Selasa, 27 Julai 2010

SEMUA YANG ADA MILIK ALLAH TETAPI AIR MILIK ALLAH SUMBER TERPENTING KEHIDUPAN..HINGGA DILARANG DJUAL TERMASUK GARAM...HARGA AIR HANYA UPAH MPROSES..

Air nadi rakyat
Dzulfikar Mashoor

SESIAPAPUN yang memerintah sebuah kerajaan, mereka akan menguruskan ekonomi. Sebelum Umno menguruskan ekonomi negara, British lebih awal menguruskan ekonomi pada era kolonialisme.

Kolonial menguasai segala kekayaan bumi. Mereka menguasai bahan mentah. Mereka menguasai tanah. Mereka menguasai istana. Mereka menguasai kuasa politik negara. Kekuasaan mereka sehingga Cukai dan mufti ditentukan oleh mereka secara mutlak.

Berakhirnya era kolonialisme, rakyat tidak juga mewarisi negara. Boleh dikatakan semua kekayaan negara diwarisi oleh mereka yang dekat dengan Umno. Air yang menjadi keperluan rakyat pun dikuasai oleh Umno.

Seperti di Kelantan, Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) pada 25 Februari 1995 menyerahkan konsesi pengurusan air pada Syarikat Thames Water (STW) demi menangani masalah berbangkit sejak Umno memerintah kerajaan negeri itu lagi.

Tetapi, dengan pegangan ekuiti 70 peratus dalam Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB), syarikat milikan British itu masih menguasai air secara mutlak.

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz kemudiannya mahu kemudahan air ini kembali dinikmati oleh rakyat secara damai dan murah.

Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri diarahkan menyelesaikan masalah penswastaan air di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin) tidak boleh menguasai 30 peratus ekuiti saham semata-mata. Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) itu wajar menguasai lebih dari itu.

Demi menjadikan air ini nadi rakyat, sebanyak RM50 juta dana kerajaan negeri terpaksa dikeluarkan untuk menebus keseluruhan ekuiti Syarikat Thames Water supaya air kembali menjadi nadi hidup rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz bersama-sama Exco Kerajaan Negeri serta wakil rakyat PAS sanggup memotong sejumlah tertentu elaun dan gaji masing-masing demi menjadikan air sebagai nadi rakyat.

Dalam suatu seminar empat tahun yang lalu, kata-kata Husam mungkin masih segar dalam kota fikiran kita yang sensitif dengan isu air ini.

“Penstrukturan semula pengurusan air di Kelantan ini mempunyai sejarah besarnya yang tersendiri, Tok Guru (Nik Aziz) berjaya mengusir British untuk kali yang kedua,” tegasnya dalam Seminar K-Ekonomi di Hilton Hotel, Subang Jaya.

Tarif air di negeri Kelantan akhirnya menjadi kedua termurah, selepas tarif air yang diselia oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kesempatan memerintah negeri Selangor, dikatakan idea Husam menstruktur semula pengurusan air Kelantan dipanjangkan dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat turut menyimpan cita-cita mahu membeli keseluruhan ekuiti Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan beberapa syarikat air swasta yang lain.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu air kembali menjadi nadi rakyat. Kerajaan Pusat yang masih dikuasai oleh Umno menghalang usaha tersebut. Hasrat itu turut dihalang oleh Exco tertentu dalam kerajaan negeri.

Bagi mereka, lebih baik Syabas ini terus dikuasai oleh seorang anak Melayu bernama Tan Sri Razali Ismail berbanding kerajaan negeri yang nyata mahu rakyat menikmati anugerah air secara mutlak.

Mereka yang terbabit dikatakan bimbang, penstrukturan semula itu mengakibatkan kuasa menguruskan perkhidmatan air negeri jatuh ke tangan mereka yang ‘tidak cukup Melayu’.

Atau lebih parah sekiranya konsesi air itu diuruskan oleh seorang pengurusan yang baru, yang nyata mampu menawarkan tarif air yang jauh lebih rendah dari apa yang dinikmati sekarang.

Dengan kekal pada pengurusan yang sedia ada, sekurang-kurangnya rakyat boleh berbangga bahawa seorang anak Melayu menikmati gaji RM425,000 sebulan atau RM5.1 juta setahun.

Mungkin air tidak relevan lagi untuk dijadikan nadi rakyat, maka orang-orang Melayu atau mungkin bukan Melayu wajar berbangga dengan semua ini.

Walhal, nikmat air di sisi Islam adalah barang keperluan yang tidak boleh diperdagangkan secara komersial. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-

“Manusia berkongsi tiga perkara (iaitu) air, rumput dan api...” (Hadith Sahih)

Dari ini, Islam membenarkan penswastaan air dari segi pengurusan sahaja atau Iqtha’u al-Intifa’. Islam turut melarang penswastaan air dari segi pemilikan mutlak atau iqtha’u at-tamlik.

Usaha memiliknegerikan air oleh Nik Aziz dan Husam di Kelantan adalah sesuatu yang selari dengan Islam. Usaha yang sedang diperjuangkan oleh Khalid juga adalah sesuatu yang dekat dengan Islam.

Usaha mereka yang menentang Nik Aziz, Husam dan Khalid itu pula adalah bertentangan dengan Islam.

Tentu bersebab apabila Allah menghalalkan penswastaan dari segi pengurusan dan mengharamkan penswastaan dari segi pemilikan.

Bagaimana mungkin Allah adalah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sekiranya Dia lebih mengasihi serta melimpahkan nikmat-Nya kepada pihak tertentu sahaja, pada masa yang sama Dia menafikan hak rakyat baik orang-orang Melayu ataupun bukan Melayu untuk menikmati anugerah air sebagai nadi hidup rakyat?

Sebab itu, ketetapan Allah pun menolak penguasaan kekayaan hasil bumi sebagaimana pada era kolonialisme British dan era kepemimpinan Umno menguasai ekuiti dalam pengurusan air seperti sekarang.

Mungkin terdetik di kalangan kita bahawa monopoli air yang dilakukan oleh pemimpin tertentu yang dekat dengan Umno ini tidak sama dengan monopoli kekayaan negara pada era penjajahan British.

Syabas dikuasai oleh seorang pengurus Melayu, kekayaan yang dinikmatinya tentu akan mengalir pada rakyat melalui zakat atau sedekah.

Persoalannya, adakah dosa seseorang pengurus Melayu yang mengeluarkan zakat dan sedekah itu mudah-mudah diterima oleh Allah yang Maha Adil, sedangkan mereka nyata merampas kedamaian hidup rakyat secara melata dengan nikmat air ini?

Allah bersama kita. Allah pun mahu rakyat hidup dalam keadaan damai dan boleh menikmati air dengan harga yang murah.

Allah pun mahu rakyat menolak sesiapa sahaja yang merampas nikmat air yang selama ini wajar menjadi nadi rakyat.

Sebab itulah, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “...Supaya perbendaharaan negara tidak berlegar di kalangan orang-orang kaya dalam kalangan kamu (rakyat)...” (Surah al-Hasyr: 7)

“AIR NADI RAKYAT, SAMBUT SERUAN ALLAH, TOLAK PEMIMPIN KHIANAT”

Memulangkan air kepada rakyat

JANGAN KITA KAYA RAYA DARI REZEKI ALLAH DALAM MASA YANG SAMA TIDAK BERSYUKUR...TAMAK...SOMBONG SERTA LAWAN HUKUM ALLAH SERTA TIDAK MEMBANTU ISLAM MERUPAKAN AGAMA ALLAH...ORANG MACAM NI MENEMPAH NERAKA ALLAH...KERANA SEGALA HAJATNYA DITUNAIKAN OLEH WANG...SEOLAH2 TUHANNYA WANG BUKAN ALLAH...ORANG MACAM NI TAK INGAT MATI KOD...DAN RASA MASUK SYURGA

Tiada ulasan: