Sabtu, 10 Julai 2010

PENYUMBANG PERKARA ZINA...ANAK LUAR NIKAH ...BUANG ANAK DLL...JANJI UNTUNG DAN KAYA

Stor pil seks RM1j diserbu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/07/10

KUALA LUMPUR: Pelbagai jenis pil perangsang dan gula-gula seks dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dirampas dalam satu serbuan di sebuah kilang haram yang menjadi stor menyimpan bahan haram itu di Balakong di sini, pagi semalam.

BAHAYA...Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM,  Mazlan Ismail menunjukkan gula-gula seks yang  dirampas.
BAHAYA...Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail menunjukkan gula-gula seks yang dirampas.
Bahan berkenaan yang dipercayai diseludup dari China dan Thailand dikesan mengandungi pelbagai kimia maut fosfodiesterase (PDE).

Penggunaan bahan berkenaan yang turut dicampur Analog Tadalafil atau Sildenafil boleh menyebabkan penggunanya diserang penyakit jantung.

Serbuan dijalankan Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan disertai Pengarahnya, Mohd Hatta Ahmad itu pada mulanya tidak mendapat kerjasama pemilik kilang yang enggan membuka pintu.

Ini menyebabkan pegawai farmasi KKM terpaksa memotong kunci pintu terbabit sebelum bertindak memasuki premis.

Sumber farmasi berkata, sebaik pintu dibuka, pihaknya menemui ribuan kotak berisi lebih 20 jenis produk perangsang seks sedia dibungkus dan menunggu masa untuk diedarkan kepada syarikat jualan langsung dan kedai ubat tradisional.

“Pemeriksaan kemudian turut menemui pelbagai gula-gula perangsang seks pelbagai warna yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran. Berdasarkan rampasan sebelum ini, gula-gula seks berkenaan dijual dengan harga RM5 setiap satu.

“Selain itu, pemeriksaan di sebuah bilik turut menemui beberapa guni plastik yang penuh berisi ratusan ribu biji pil rangsangan seks yang belum dibungkus. Semua kapsul dan pil rangsangan seks berkenaan dianggap sebagai ‘produk terlaris’ pihak sindiket untuk mendapatkan keuntungan besar,” katanya

Menurutnya, rampasan longgokan guni plastik pil perangsang seks berwarna coklat terbabit disifatkan satu kejayaan membabitkan jumlah ratusan ribu ringgit, sekali gus melumpuhkan aktiviti syarikat berkenaan.

“Seorang lelaki tempatan berusia 30-an dipercayai ahli sindiket turut ditahan bersama empat pekerja lain untuk disoal siasat berhubung aktiviti berkenaan yang menyalahi Akta Racun 1952,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas hampir lima lori produk rangsangan seks haram yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta

Tiada ulasan: