Wan Nik Wan Yussof | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mana mungkin boleh berbaik PAS dengan Umno, kerana banyak perkara yang Umno/kerajaan BN buat terhadap PAS/kerajaan PAS dan orang PAS yang bercanggah dengan hasrat berbaik-baik, antaranya mendiskriminasikan kerajaaan negeri Pakatan Rakyat. Sehingga sampai satu peringkat, menggunakan pelbagai agensi di bawah kerajaan pusat untuk mengenakan tekanan dan menyekat beberapa kemudahan serta menggagalkan rancangan kerajaan negeri. Pengalaman sebegini cukup dirasai dan secara berterusan dialami oleh PAS di Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir negeri. Kes diskriminasi Di antara kes-kes diskriminasi tersebut ialah:
Bercanggah dengan sunah Nabi Sehubungan itu, kesemua sikap ingin berbaik dari pihak Umno itu adalah tersirat keadaan di mana pada masa sama terjemla sikap berbalah dengan PAS. Maka ia merupakan sandiwara pemimpin Umno yang kononnya cintakan perpaduan. Sekaligus ia adalah bercanggah dengan teori perpaduan sejagat yang mengkehendaki persefahaman dan penyatuan sikap serta tujuan sebagai teras ke arah termeterai perpaduan sejati. Sebagaimana sunah nabi Muhammad taktkala berhijrah dari Mekah ke Madinah, lalu dianjurkan perpaduan umah antara golongan Mekah dengan golongan Madinah. Bukti perpaduan adalah menerima Nabi Muhammad selaku pemimpin dan termeterai Piagam Madinah yang menyatukan kesemuanya di atas landasan Islam. Maka, sikap diskriminasi pemimpin Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat masa kini adalah bercanggah dengan sunah Nabi Muhammad SAW. Paling lekeh untuk dilihat sebagai praktik kepada teori perpaduan ialah realiti kerjasama kerajaan campuran PAS-Perikatan tahun 1971-1974 di Kelantan. Perpaduan itu terjadi atas dorongan dan nilai political will antara pemimpin PAS dan Umno yang mahu mengukuhkan ikatan umat Islam ketika berdepan dengan kesan rusuhan kaum13 Mei 1969. Maka, teori dan praktik perpaduan itu tidak terbayang di dalam suasana ajakan perpaduan PAS-Umno pada hari ini. Tiada asas komitmen pemimpin Umno untuk meninggalkan dasar sekular dan pragmatis ke arah menerima dasar Islam. Sedangkan kesediaan menerima Islam telah diungkap sejak sekian lama olerh PAS kerana PAS memperjuankan Islam. Justeru teori perpaduan sahaja yang wujud tetapi praktik perpaduan sebenarnya tidak timbul di dalam parti Umno. Persoalan untuk umat Islam Renungi dan fahami beberapa persoalan untuk umat Islam. Apakah mungkin bagi Umno, ia berteori kemudian mempraktikkan teori perpaduan itu dengan cara keikhlasan sejati? Bagaimanakah pula rupanya perpaduan yang berkonsepkan keikhlasan sejati? Secara mudah mungkin boleh diterima idea seorang blogger (kalam perantau), yang mencadangkan langkah rasional ke arah berbaik-baik antara PAS dengan Umno ialah dengan memulakan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Kerjasama kerajaan itu boleh berlaku kalangan top level dalam kerajaan dan tidak semestinya melibatkan PerdanaMenteri dengan Menteri Besar ataukah padan sekadar Datuk Seri Utama Dr. Rais dengan ahli exco kerajaan negeri, Dr. Mohamed Fadli. Pendekatan perpaduan kerajaan-kerajaan itu sudah tentu akan dapat meredakan banyak permasalahan berbangkit selama ini. Sanggupkah pemimpin Umno? Apa pun, perpaduan sejati hanya boleh dicapai setelah penghayatan dan daya istiqamah tertinggi kalangan pemimpin, iaitu berpaksikan prinsip perpaduan Islam yang telah dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW. Saya yakin, pemimpin Umno belum bersedia untuk mengikut sunah Nabi Muhammad SAW! Wan Nik Wan Yussof, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.
Khalid berkata siasatan dalaman telahpun dijalankan sejak "dua atau tiga minggu lalu." Beliau mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang menyebut, ahli majlis daripada parti DAP itu juga merupakan seorang pemimpin veteran dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan parti negeri. Ahli majlis berkenaan didakwa telah mendapatkan kontrak untuk kroni dan anggota keluarganya dengan menulis surat sokongan menggunakan surat rasmi seorang anggota exco. Dilaporkan, ahli majlis berkenaan yang telah dilantik selama tiga penggal itu berjaya mendapatkan beberapa projek melalui kegiatan itu. Bercakap selepas satu sesi dialog di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam hari ini, Khalid berkata, beliau berasa malu kerana hasil siasatan itu dibocorkan -- sehingga mendapat liputan akhbar. K Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyerahkan kes tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Sementara itu, pemimpin DAP negeri termasuk exco Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu (kanan) masih enggan membuka mulut bagi menjelaskan kejadian tersebut.
Seorang wakil penduduk Mohamad Kaharudin Ihsan Abdul Rahman berkata, kawah berkenaan adalah hasil daripada kegiatan perlombongan itu yang didakwa berlaku sejak enam bulan lalu. Bagaimanapun, tinjauan ke lokasi berkenaan di Kampung Kenanga hari ini tidak menemui sebarang tanda-tanda kegiatan perlombongan haram dan hanya kelihatan adalah beberapa ekor lembu yang sedang meragut. Aktiviti perlombongan itu berhenti selepas laluan masuk ke tanah milik kerajaan persekutuan seluas 34 hektar di Titi Teras itu ditutup, rentetan daripada satu laporan polis yang dibuat, kata pekerja hotel itu lagi. Mohamad Kaharudin Ihsan hadir ke kawasan berkenaan untuk menemani pengerusi PAC Jagdeep Sing Deo, yang juga ADUN Dato Keramat, yang melawat tapak tersebut pada jam 10 pagi ini. Kawasan berkenaan dahulunya adalah milik hartawan Loh Boon Siew.
"Kita minta sangat kerajaan negeri Selangor supaya bersetuju dan memberi kebenaran kerana kerajaan negeri Pahang telah memulakan projek pembinaan terowong untuk proses pemindahan air dari negeri itu ke Selangor. "Jika pembinaan itu boleh dimulakan sekarang, loji itu boleh siap menjelang 2014 dan proses pemindahan air boleh dilaksanakan dengan lancar," katanya di Putrajaya, hari ini. Mengulas status terkini Langat 2 yang masih gagal mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor. Projek yang menelan belanja RM8.65 bilion tersebut telah mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor sewaktu ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), namun proses pembangunan seterusnya terbantut selepas kerajaan negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang. Menurut Peter Chin, Langat 2 adalah untuk menampung keperluan air bersih di tiga kawasan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025. Katanya, langkah alternatif untuk menampung bekalan air di tiga kawasan berkenaan selain menerusi projek Langat 2, akan membabitkan kos yang sangat tinggi. "Ia bukan sesuatu yang mustahil (untuk guna alternatif lain) tapi ia akan membabitkan kos yang sangat tinggi. Kita perlu guna logik untuk tangani hal ini," katanya Salah faham terhadap PAS
Khalid berkata, tindakan itu perlu diambil supaya "keikhlasan dan ketelusan" exco kerajaan Selangor itu tidak dipersoalkan oleh ahli PAS. "Oleh itu, kami amat berharap agar saman terhadap Tan Sri Harussani disegerakan oleh pihak Datuk Pesuruhjaya supaya terbukti bahawa beliau telah ditipu dan beliau tidak reda ditipu sebegini rupa oleh Umno dan konco-konconya," katanya. Desakan agar Hasan mengambil tindakan undang-undang ditimbulkan dalam munaqasyah (perbincangan) PAS negeri di Shah Alam, Ahad lalu. Menulis dalam blognya semalam, Khalid berharap ahli-ahli parti Islam itu tidak mempertikaikan tindakan Hasan kerana "sebagai ahli, tuntutan wala (kesetiaan) dan thiqah (kepercayaan) mesti dipertahankan". Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam turut menolak dakwaan Hasan "ingin melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan disiplin". "Ini merupakan satu kemungkinan sahaja, akan tetapi amatlah malang sekiranya PAS Selangor mempunyai seorang pesuruhjaya yang menipu. "Berdasarkan tarbiah (didikan) dan latihan keagamaan yang dibangga-banggakan sebagai asas kekuatan PAS, kemungkinan adanya pesuruhjaya negeri yang sanggup berbohong adalah hampir mustahil! Bagaimanapun, Khalid mendakwa Hasan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS telah melakukan "kesilapan" kerana "membenarkan dirinya ditipu oleh seorang mufti Umno/BN yang tegar". "Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Tan Sri Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk. Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan. "Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, stupidity is not a crime (kebodohan bukanlah jenayah)," katanya Dun Perak: Adun PR hadir atas notis Sivakumar
Dalam latar ini, satu lagi drama berlangsung dalam pertemuan itu apabila seorang wakil rakyat yang juga penyokong kuat Khalid melancarkan kritikan secara terbuka ke atas menteri besar itu. "Saya sayang MB, tapi saya lebih sayang Selangor," kata wakil rakyat itu, seperti didakwa, dalam ucapannya yang mengkritik pentadbiran Selangor.Exco belum dirombak Beliau juga didakwa telah mempersoalkan mengapa barisan exco Selangor masih belum dirombak, sedangkan negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat seperti Kedan dan Pulau Pinang telah melakukan perubahan besar dalam pentadbirannya. Segelintir anggota PKR menyifatkan tindakan wakil rakyat berkenaan ibarat ungkapan oleh Brutus yang bangun menentang Caesar dalam karya agung William Shakespeare, "Bukanlah saya kurang menyayangi Caesar, tapi saya lebih sayangkan Rom." Dalam pada itu, timbul pula spekulasi di sebalik kelantangan wakil rakyat berkenaan. Khabar yang lain pula menjangkakan, tindakan itu pula berikutan tekanan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menjalankan siasatan ke atas wakil rakyat itu. "Saya mengenali Khalid sejak tahun 2006, tapi ia menjadi tugas saya untuk menimbulkan isu mengenai Selangor, seperti yang berlaku di Hulu Selangor," kata wakil rakyat itu ketika dihubungi. Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan perkara tersebut denan alasan ia merupakan isu dalaman yang ditimbulkan dalam perbincangan tersebut. “Saya mesti ikut disiplin parti. Ada perkara yang kita boleh cakap di dalam (mesyuarat), ada yang kita tidak boleh cakap di luar (kepada media),"
Dalam sidang akhbar bersama exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu - Tee berkata beliau akan merujuk kepada peguamnya bagi menentukan sama ada dia akan menyaman The Star. "Artikel itu telah mencemarkan nama baik saya dan keluarga saya,” katanya dengan nada marah. Menurut Tee, semua surat ditulis tanpa membabitkan pegawai kerajaan atau bertindak di luar bidang kuasa mereka. Tinggalkan Lembaga Tender Beliau juga menafikan laporan akhbar itu yang menyebut bahawa beliau menduduki Lembaga Tender Majlis Perbandaran Klang kerana telah meninggalkan jawatan itu, bulan lalu. "Di muka depan, saya dilaporkan mengesahkan dakwaan tetapi pada masa yang sama saya dipetik sebagai berkata saya tidak menyedari perkara itu. Lagipun saya bukan timbalan pengerusi DAP Selangor seperti laporan akhbar itu. "DAP tidak akan teragak-agak bertindak demi kepentingan umum. Kami tidak akan melindung mana-mana ahli yang menyalah-gunakan kuasa,” kata Ean Yong. B "Dari segi teori, betul, kita mesti menghapuskan pemberian surat sokongan. Tetapi dari segi realiti, adalah sukar untuk menolak permintaan akar umbi, kerana mereka akan beranggapan bahawa wakil rakyat mereka tidak bersedia membantu. "Tetapi kerajaan negeri telah memaklumkan kepada semua pengarah jabatan-jabatan di Selangor supaya tidak terlalu mengambil berat terhadap surat sokongan dan memberikan kontrak berdasarkan merit,” katanya lagi. Walaupun pemimpin DAP bersatu dalam isu itu, namun khabar angin tersebar luas, pembocoran maklumat itu dipercayai dibuat oleh pihak dalaman parti
“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya. Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu
Ketiadaan Mohd Khir di pentas tersebut, menguatkan lagi desas-desus berhubung persaingannya dengan timbalan ketua perhubungan negeri Datuk Noh Omar, dalam merebut kedudukan menteri besar. Ja Dalam kemeriahan ini pula, muncul Ezam Mohd Nor, bekas pengikut utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diberikan tugas utama untuk mengepalai kempen 'Selamatkan Selangor.' Mohd Khir dilaporkan akan diturunkan bersama Ezam dalam peringkat kedua kempen, namun berdasarkan jadual program yang diperolehi, tiada tanda-tanda menunjukkan Mohd Khir akan muncul dalam ceramah pada hujung minggu ini. Hanya Ezam dan Noh Omar yang akan muncul di sebahagian besar ceramah yang akan berlangsung dalam pusingan kali ini. Mengulas perkembangan ini, ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata Mohd Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak dapat hadir kerana menumpukan kepada aktiviti di kawasan beliau. Beliau juga menafikan pandangan yang mengatakan Mohd Khir merajuk, lalu menolak undangan untuk hadir ke pentas berkenaan. " Mohd Khir ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah menerima jemputan untuk hadir ke majlis berkenaan. "Tapi saya kena jaga kawasan," katanya ringkas apabila ditanya sebab ketiadaan bekas menteri besar Selangor itu dalam kempen tersebut. "Mereka memang (timbulkan isu perselisihan antara beliau dengan Noh). Saya tidak ada masalah dengan Noh," katanya yang menyalahkan PKR kerana mempolitikkan isu berkenaan Pendakwaan Liong Sik bukti wujud penyelewengan
"Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu," kata wakil rakyat bebas itu yang dipecat daripada PKR sebelum ini. Tony yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP mendakwa penghapusan pemberian diskaun itu mampu memberi kesan ekonomi lebih baik kepada Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu. Bagaimanapun, beliau sebelum dilaporkan berkata, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas. Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, sekiranya tidak dibendung segera, "sikap melampau kepimpinan DAP" akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum. "Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini. "Ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini," katanya. "Meminjam (gaya) kata-kata presiden (Iran) Ahmadinejad, kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini!" Mengapa lambang dacing KANGAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Hashim Jasin mengakui malu dan takut-takut membawa pulang kampit beras dengan lambang dacing yang dihadiahkan Kerajaan Negeri suatu masa dahulu. Menurutnya, beliau menghadiri majlis pada bulan Ramadan yang ketika itu di bawah pentadbiran Datuk Seri Shahidan Kassim. “Saya terima beras yang diberikan kepada semua wakil rakyat tetapi sedikit masalah apabila saya tengok ada lambang dacing (Barisan Nasional - BN) pada kampitnya. “Saya takut-takut masa nak bawa balik ke rumah. Manalah tahu kalau ada orang Pas nampak saya pegang kampit beras dengan lambang dacing. Apa mereka akan kata kepada saya sebab tidak tahu kedudukan sebenar,” katanya. Hashim bangun mencelah dan menjelaskan sindiran ADUN Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan orang Pas begitu taksub dengan parti apabila mendapat tahu pemimpinnya melarang mereka bekerja dengan orang UMNO. Shahidan berkata, ADUN Pas itu mempunyai prasangka buruk kepadanya apabila enggan menikmati jamuan yang disediakan selepas majlis itu dengan alasan tertentu. “Jangan takutlah. Kami tak bubuh ubat atau racun dalam makanan. Jangan ada persepsi negatif kerana kita tidak pernah buat macam tu. “Kita orang UMNO boleh berkawan dengan semua orang dan tidak pernah membuat apa-apa tanggapan buruk kepada orang Pas,” katanya. Hashim berkata, beliau menghargai niat baik Kerajaan Negeri ketika itu dan jika benar-benar ikhlas, mereka sepatutnya menggunakan kampit biasa. “Kalau betul ikhlas, janganlah guna kampit yang ada lambang dacing. Susah saya untuk menepis kalau timbul salah faham dengan ahli Pas.” Menurutnya, beliau boleh berkawan dengan semua orang dan kadang-kadang orang UMNO yang menjauhkan diri daripadanya. “Sebagai contoh, dahulu ketika kami ada tiga orang dalam Dewan ini dan waktu rehat masa minum, tiada seorang pun wakil rakyat UMNO yang berani datang atau bersembang dengan saya walaupun tempat duduk lapang. “Sebaliknya mereka lebih suka duduk berhimpit-himpit di hujung sana sesama UMNO,” katanya. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar wakil Pas diberi peluang agar sama-mama mempunyai peranan untuk membangunkan negeri ini dengan mengenepikan fahaman politik. “Kerajaan wajar memberi peluang kepada semua anak Perlis membangunkan negeri, tanpa mengira parti” katanya Dr Ahmad Yunus dapat gantirugi RM55,000
Islam adil untuk semua
"Cop rasmi dan kepala surat saya telah disalahgunakan. Saya tidak pasti jumlah surat yang dikeluarkan menggunakan kepala surat dan cop rasmi itu...Saya mahu polis segera siasat. Saya mempunyai tiga surat seumpama itu dengan saya sekarang,” kata Liu di ibu pejabat polis di Shah Alam. Liu enggan menyatakan penerima surat-surat tersebut dan hanya memberi jaminan bahawa beliau akan mendedah kandungannya jika polis membenarkannya. Exco Selangor itu menjelaskan bahawa beliau dipanggil oleh jawatankuasa disiplin berikutan tuduhan Tee tersebut. "Bagaimanapun, saya berhasrat untuk memberi kerjasama sepenuhnya," katanya. Liu kini berada di jabatan siasatan jenayah komersial di Shah Alam untuk memberi kenyataan berhubung surat berkenaan
Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius. Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu. Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda. Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa. Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian. Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan. Jadi apabila saya menyentuh mengenai PERKASA - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung “kumpulan baru militan yang bernama PERKASA - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'. Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh. Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme. Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English.
Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Yang Yang Dipertua.' Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan... Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua. Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan... Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir! Nizar: Terima kasih Yang berhormat...[meneruskan ucapan] Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti. Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.
"Jika tidak, ia hanya menunjukkan mereka terlibat," katanya yang juga bekas menteri besar kepada Malaysiakini hari ini. Beliau juga tidak mengendahkan ancaman saman oleh parti itu, yang mencabarnya menamakan pemimpin DAP terbabit yang dikatakan mempunyai kaitan dengan samseng. Katanya, oleh kerana kenyataan itu perkara kali dikeluarkan oleh ahli parlimen bebas Wee Choo Keong, bukan beliau seorang sahaja patut disaman. "Tetapi semua orang tahu siapa di belakang perlombongan pasir haram ini. Ia tidak mudah. Kenapa Ronnie Liu tiba-tiba melompat," kata Khir tanpa mengemukakan sebarang bukti. Ronnie, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan sebelum ini mengetepikan dakwaan Khir yang memetik kenyataan Wee. Antara dakwaan itu, beliau mengadakan mesyuarat dengan samseng di pejabat exconya Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya. Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama. Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan. Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan. Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama. Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman
Po Persidangan bermula pada 10 pagi. Semua ADUN Pakatan Rakyat memasuki dewan dengan diketuai Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Dua persidangan dewan itu sebelum ini agak kecoh. Ganesan kemudiannya mengumumkan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasakan pada sidang dewan kali ini. Antaranya, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk. ADUN Pangkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli, mengemuka soalan pertama pada persidangan kali ini yang menyentuh soal defisit dalam bajet negeri tahun ini. Beliau berkata, rizab tinggi adalah petunjuk baik mengenai ekonomi negeri tetapi kerajaan Perak tetap berhemah berbelanja. "Namun, usul perbekalan tambahan RM80 juta tidak kena mengena dengan rizab," katanya. Ketika itu, Ganersan mengesan Nga Kor Ming (Pantai Remis) menggunakan kamera. Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan dengan kamera berkenaan tidak dirampas. Pertengkaran juga berlaku apabila ADUN Pakatan dengan sengaja merujuk speaker sebagai 'pengerusi' atau 'Datuk Ganesan' kerana tidak mengiktiraf kedudukan kerajaan negeri yang 'dirampas' itu. “Saya adalah speaker. Apabila berada di dewan ini, sila gunakan gelaran itu. Jika tidak saya akan ambil tindakan,” kata Ganesan."Okay," kata Ganesan kerana tidak mahu sidang terganggu. Zambry turut menafikan dakwaan Nga, kononnya bahawa Perak adalah negeri miskin kerana sehingga Julai lalu jumlah miskin tegar di negeri itu hanya seramai 764 keluarga. Beliau juga memberi amaran kepada Nga agar tidak memanipulasikan perangkaan itu dan membuat tuduhan palsu di media Adun BN Perak bacul, tak berani berbahas
Langkah itu dilihat bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini RTM juga mengambil tindakan yang sama ke atas penerbit kanan Chou Z Lam pada Mei lalu. Penerbit itu kemudiannya secara terbuka mendakwa ada campur tangan politik dalam rancangan ehwal semasa yang diterbitkan. "Kontrak saya berakhir pada 31 Julai lalu dan RTM tidak memperbaharuinya,” kata Tan ketika dihubungi Malaysiakini semalam. Menurut Tan, dia dimaklumkan berhubung keputusan itu melalui jabatan sumber manusia menerusi sepucuk surat yang tidak menyatakan alasan kontraknya tidak dilanjutkan. "Oleh kerana kontrak rakan-rakan yang lain telah diperbaharui, saya bertanyakan hal itu kepada penyelia saya Yap Shy Chuan. Hanya ketika itu, saya diberikan surat berkenaan,” katanya. Menurut Tan, selepas menerima surat berkenaan, beliau mengemas barangan peribadinya dan meninggalkan RTM tanpa mendapatkan penjelasan daripada jabatan sumber manusia. Tan juga enggan mengulas antara alasan yang mungkin menyebabkan kontraknya tidak diperbaharui. Sebaliknya beliau mencadangkan perkara itu dirujuk kepada Yap. Yap, bagaimanapun enggan mengulas apabila dihubungi Malaysiakini. Sebelum ini, RTM juga telah mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan dua dokumentari yang diterbitkan oleh Chou dan Tan. Chou adalah penerbit dokumentari sembilan siri yang memaparkan impak negatif terhadap penduduk pribumi di Sarawak yang dipaksa berpindah berikutan pembinanaan empangan Bakun. Manakala dokumentari Tan pula memfokus kepada rintihan penduduk di Kampung Baru Rawang yang membantah pembinaan menara kabel bervoltan tinggi di kampung mereka oleh Tenaga Nasional Berhad. Timbalan Menteri, Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang pernah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa tiada campurtangan politik dalam rancangan ehwal semasa yang diterbitkan oerh stesen kerajaan itu |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 27 Julai 2010
POLITIK PENUH TIPU DAYA DAN SEGELA PERMAINAN SERTA TEKTIK KOTOR KECUALI POLITIK ISLAM DAN PENDOKONGNYA ORANG YG TAKWA
Mahu berbaik, tapi masih berbalah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan