Khamis, 29 Julai 2010

MASIH NAK BERDALIH LAGI...TENTANG HUKUM ALLAH

Lima murid sekolah dinodai

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
2010/07/29

PETALING JAYA: Seorang pemandu van sekolah dipercayai merogol lebih lima murid perempuan berusia 10 tahun yang dibawanya di sekitar daerah ini sejak minggu lalu.

Suspek yang berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit dalam van sekolah dipandunya.


Difahamkan, suspek tidak segan silu merogol mangsa pada siang hari dan di kawasan sesak dengan orang ramai. Menurut sumber, dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari, seorang guru tadika yang melalui kawasan luar sebuah sekolah di Jalan Othman di sini, terkejut apabila melihat seorang murid perempuan yang masih berpakaian seragam dirogol dalam sebuah van.


Difahamkan, guru tadika berkenaan membuka pintu van dan menarik murid itu daripada menjadi mangsa rogol lelaki terbabit. Mangsa berjaya diselamatkan guru itu dengan bantuan dua anggota polis peronda yang melalui kawasan kejadian.


“Lelaki terbabit ditahan manakala mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya.


Sumber berkata, mangsa mendedahkan perbuatan pemandu van terbabit yang merogol lebih daripada lima murid sekolah yang dibawanya. “Selepas pemandu terbabit mengambil murid yang menggunakan khidmatnya, dia akan menetapkan sasaran mangsanya dengan menghantar murid berkenaan terakhir sekali sebelum merogolnya.


“Pemandu itu turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. Jurucakap polis berkata, pihaknya percaya suspek sudah lama aktif dan mungkin lebih daripada lima murid sekolah menjadi mangsanya. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


“Kes ini masih dalam siasatan dan kami cuba mengesan mangsa lain,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kelana Jaya, Arjunaidi berkata, seorang murid tahun enam dicabul seorang pemandu van berusia 37 tahun.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai seorang diri di dalam van sekolah sebelum suspek memegang kemaluan mangsa.


Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri.


“Setakat ini, kami masih mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.




Remaja cabul sepupu 4 tahun ditahan



2010/07/29

KUALA LUMPUR: Seorang remaja menjadikan sepupunya yang berusia empat tahun sebagai mangsa pemuas nafsu peliknya apabila sanggup menjolok jari ke dalam kemaluan kanak-kanak itu.

Kejadian terbabit berlaku di sebuah rumah di Taman Keramat, di sini, Jumaat lalu ketika kanak-kanak malang itu ditinggalkan di rumah neneknya untuk dijaga kerana ibunya mempunyai urusan kerja.


Bagaimanapun, ibunya yang pulang dari kerja kemudian mengambil mangsa dan perbuatan keji dilakukan remaja berusia 17 tahun itu terbongkar ketika wanita itu mahu memandikan mangsa.


Menurut sumber, kejadian disedari apabila kanak-kanak terbabit mengadu kemaluannya sakit ketika ibunya itu mahu memandikannya.


“Ibunya yang hairan kemudian bertanyakan mangsa mengapa dia berasa sakit sebelum terkejut apabila diberitahu ia angkara sepupunya.


“Kanak-kanak itu menceritakan sepupunya memasukkan jari ke dalam kemaluan ketika mereka berada di rumah nenek,” katanya.


Menurutnya, mendengar pengakuan itu, wanita berkenaan kemudian terus menghubungi ibu mentua dan juga kakak iparnya untuk bertanyakan kesahihan cerita terbabit.


“Bagaimanapun, ibu mentua dan kakak iparnya mengatakan yang mereka langsung tidak tahu menahu berhubung kejadian berkenaan sebelum mereka meminta wanita terbabit membawa anaknya menjalani pemeriksaan di hospital.


“Wanita itu kemudian membawa anaknya menjalani pemeriksaan doktor sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat ibu mangsa dan juga penahanan remaja terbabit.


“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan dan remaja itu berjaya ditahan kira-kira jam 3 petang kelmarin ketika dia berada di balai polis untuk membuat laporan

“Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.


Sehubungan itu katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap remaja terbabit.




Pusat hiburan umpan wanita asing montok kena serbu



2010/07/29

KUALA LUMPUR: Puluhan pelanggan yang memenuhi sebuah premis hiburan Kuchai Entrepreneur Park di sini, membawa kepada pembongkaran umpan wanita warga asing montok yang menjadi rahsia pelaris perniagaan mereka.

TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
TAHAN...GRO warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
Wanita warga asing terbabit dipercayai bukan saja menjadi pelayan pelanggan (GRO), malah turut menawarkan khidmat seks dengan kadar bayaran serendah RM150 sekali perkhidmatan.


Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar selepas sepasukan anggota termasuk pegawai Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu premis terbabit kira-kira jam 11 malam kelmarin.


Dalam serbuan itu, beberapa wanita warga asing yang berpakaian seksi dan asyik melayan pelanggan terkejut, namun tidak sempat meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis.


Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata operasi diketuai Cif Inspektor Kamarudin Mohd Yusof menahan 10 wanita warga asing iaitu tujuh warga China, Vietnam (2) dan seorang warga Thailand. Semua mereka berusia 19 hingga 35 tahun.


“Semua mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya



'Tak tahu halal haram'

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my
2010/07/29

SHAH ALAM: Seorang pemandu yang melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya berusia 16 tahun di atas kusyen van di Hentian Rehat Karak, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berasal dari Balakong dekat sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berjalan mulai semalam.


Hasbi dalam alasan penghakimannya, berkata mahkamah perlu mempertimbangkan fakta bahawa kes sumbang mahram yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat.


“Sebagai seorang bapa tidak kiralah sama ada bapa kandung atau bapa tiri perlu mendidik dan melindungi anak dan bukannya merosakkan masa depan. “Saya harap hukuman ini memberi amaran kepada orang yang mempunyai niat sama. Orang kita sekarang sudah tidak kenal halal dan haram,” Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan mangsa dalam van di Hentian Rehat Karak, kira-kira jam 11 malam, pada Ogos tahun lalu.


Atas perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.


Jika sabit kesalahan mengikut akta berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa menemani tertuduh untuk ke Kuantan bagi menghantar barangan berhubung dengan pekerjaannya.


Dalam perjalanan, tertuduh dikatakan berhenti di hentian lebuh raya dekat Gombak itu, untuk membeli makanan sebelum melakukan perkara keji itu.


Hampir setahun selepas kejadian, mangsa bertindak keluar dari rumah antara 13 dan 16 Julai lalu.


Hanya pada 17 Julai, kakak mangsa yang mengetahui kejadian itu selepas adiknya menceritakan dia dirogol oleh bapa tiri mereka

Rentetan kejadian itu, kakak mangsa membawa adiknya membuat laporan polis pada hari sama, dan tertuduh ditahan dua hari selepas itu.


Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nordin.



Jaguh boling didakwa merogol

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
2010/07/29

MELAKA: Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 pada 2008 dan atlit Sukan Malaysia (Sukma) negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan merogol teman wanitanya yang juga remaja bawah umur pada Mac lalu.

Lelaki terbabit, Nor Afizal Azizan yang pernah mewakili Kedah dan Negeri Sembilan, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mengikut kertas pertuduhan, Nor Afizal, 19, didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun empat bulan antara jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi pada 5 Jun lalu di No 225, Tingkat 2, Kings Hotel, Ayer Keroh, dekat sini.


Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.


Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin mencadangkan ikat jamin berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam tertuduh, Azrul Zulkifli Stork memohon jumlah itu dikurangkan.


Azrul memberi alasan bakal penjamin tertuduh iaitu bapanya kini tidak bekerja, manakala ibunya hanya penolong pengurus di sebuah pusat boling.


Ifa kemudian memohon tarikh sebutan baru berikutan pihaknya belum menerima laporan perubatan mangsa.


Hakim Abu Bakar Katar menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang ditangkap 21 Julai lalu



Rahsia suami kantoi

Oleh Salman Hamat dan Muhd Nur Hafidz Nordin
am@hmetro.com.my
2010/07/29

JOHOR BAHRU: Seorang isteri terkejut besar selepas mengetahui rahsia suaminya menjadi pengunjung setia ‘Rumah Kuning’ iaitu sarang pelacuran bagi kelas bawahan.

Sarang pelacuran berkenaan yang tersorok di sebuah kawasan perumahan di pinggir bandar raya ini hanya boleh diakses melalui tempahan istimewa telefon.


Selain itu, sarang pelacuran itu hanya mempunyai satu jalan keluar masuk menjadikan ia kubu paling selamat bagi mereka yang gemar menikmati tubuh montok pelacur warga Indonesia.


Kegiatan tidak bermoral pengusaha Rumah Kuning yang menjadi ‘resort’ lelaki hidung belang itu dibongkar seorang wanita yang berang selepas mengetahui suaminya menghabiskan hasil perniagaan mereka untuk mendapatkan layanan istimewa wanita asing terbabit.


Pendedahan itu bermula apabila wanita yang mahu dikenali sebagai Rashidah, 28, itu curiga dengan sikap suaminya yang cukup liat dan kerap menghilangkan diri ketika diminta menjaga premis menjual barangan am milik mereka.


Menerusi bantuan rakan, Rashidah mengintip pergerakan suaminya sebelum mendapati lelaki itu sering berkunjung ke sebuah kediaman di satu kawasan perumahan.


“Sebelum tembelangnya pecah, saya pernah beberapa kali bertanyakan hal itu padanya. Bagaimanapun dia enggan mengaku dan menyatakan dia sebenarnya melepak dengan rakan untuk menghilangkan rasa bosan.


“Saya turut menelefon suami ketika giliran menjaga kedai, tetapi ada masanya tidak berjawab dan selepas beberapa kali mencuba suami akan menjawab dan memberi alasan berada dalam tandas atau memutuskan perbualan kononnya tiada liputan,” katanya ketika ditemui di bandar raya ini.


Tidak tahan dengan sikap suaminya yang kaki kelentong itu, Rashidah mendesak lelaki itu menceritakan perkara sebenar sebelum mengaku pernah beberapa kali mengunjungi pusat pelacuran itu.


“Selepas didesak dia mengaku sering melanggan wanita dengan menggunakan hasil jualan di kedai kami.


“Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya perasaan saya apabila suami tergamak melakukan perkara seperti itu.

“Tidak cukup pengakuan itu, dia membawa saya ke pusat pelacuran terbabit dan melihat sendiri keadaan dalam rumah berkenaan serta wanita pernah dilanggan suami. Namun, apa boleh buat, perkara ini sudah berlalu,” katanya yang masih bersabar dengan suami mengenangkan anak mereka baru berusia tiga tahun memerlukan seorang ayah.


Mengikut pengakuan daripada suaminya, Rashidah berkata, pusat terbabit bukan boleh dikunjungi sembarangan orang dan hanya mereka tertentu saja boleh masuk untuk melanggan.


“Tahap keselamatan ketat, jika ada orang luar yang ingin masuk penjaga pusat terbabit akan meminta mereka memberikan nombor telefon rakan atau kenalan yang pernah mendapatkan perkhidmatan di situ.


“Nombor diberikan akan dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sebelum dibenarkan masuk,” katanya.

Bukan hanya mendapat layanan istimewa daripada gadis berkenaan, dia mendakwa pelanggan kebiasaannya terdiri daripada warga asing yang hanya dikenakan bayaran RM50 untuk melampiaskan nafsu di bilik yang dilengkapi katil, kipas dan bilik air.


Tinjauan semula Harian Metro ke Rumah Kuning mendapati lokasinya tersorok dan jauh dari jalan besar menjadikannya kubu ampuh bagi mereka yang inginkan belaian manja gadis warga asing tanpa risau diserbu pihak berkuasa.


Jika dilihat dari luar, orang ramai yang lalu lalang pasti tidak menyedari kegiatan maksiat di dalamnya berikutan persekitaran seperti rumah kampung didiami keluarga.



Didakwa izin jual tubuh di rumah



2010/07/29

SHAH ALAM: Seorang warga negara Cina dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan membenarkan tempat tinggalnya digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Shen Nan Fang, 38, yang tidak bekerja bagaimanapun tidak mengaku salah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan premisnya bagi tujuan tidak bermoral.


Dia didakwa melakukannya di rumah nombor 20-34, Jalan OS 1/2, One Selayang, Batu Caves, Gombak, dekat sini, jam 11 malam 14 Julai lalu.


Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 373 (1)(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum maksimum penjara 15 tahun dan denda.


Wan Mohd Norisham membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang warga negara Malaysia




21 pelajar hamil luar nikah



2010/07/29

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang dikesan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.


“Siasatan kementerian menunjukkan 20 kes berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes membabitkan kes rogol,” katanya.


Ketika menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam, beliau berkata, semua kes berlaku dalam kawasan perumahan masing-masing.


Menurut beliau, maklumat itu diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


“Sebagai usaha menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.


Beliau berkata, kebanyakan kes berlaku kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga.


“Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga supaya lebih prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka,” katanya. - Bernama



Seks suka sama suka

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, 12 daripadanya berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar.

“Siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes melibatkan kes rogol,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Azian Osman di persidangan Dewan Negara di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, kesemua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing dan maklumat tersebut diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga.



Pelajar rakam aksi lucah di surau
oleh M Hifzuddin Ikhsan

2010/07/29

KUCHING: Belumpun reda isu aksi panas artis Indonesia, Ariel dan Luna, orang ramai di negeri ini digemparkan pula dengan penyebaran adegan seks oral membabitkan dua pelajar Tingkatan Dua di Bintulu, Sarawak.

Lebih memeranjatkan pelajar terbabit yang berpakaian sekolah melakukan adegan seks oral di surau sekolah mereka, dengan klip videonya disebarkan secara meluas melalui internet dan telefon bimbit mulai awal bulan lalu.

Malah, lencana sekolah juga dapat dilihat pada tudung pelajar perempuan yang sudah menanggalkan kainnya, manakala pelajar lelaki yang berdiri dipercayai merakam adegan itu sendiri menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika semua guru menghadiri mesyuarat hujung tahun dengan kehilangan mereka tidak disedari rakan lain.

Aksi itu dipercayai dirakam, tahun lalu, namun ia hanya tersebar melalui internet, baru-baru ini, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Difahamkan, pelajar wanita itu sudah berpindah lain ke sekolah di Kuching akibat terlalu malu, sementara pelajar lelaki terbabit masih menuntut di sekolah sama.

Katanya, ada pihak memuat turun rakaman itu ke internet menyebabkan ia kembali menjadi tumpuan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu sudah lama berlaku dengan tindakan tegas sudah diambil ke atas dua pelajar berkenaan.

Tiada ulasan: