Rabu, 28 Julai 2010

ADAKAH GULUNGAN NI MAKSUMKE..HINGGA TAK BOLEH DIKRITIK...RASULLULLAH DE MENYEBUT DALAM HADISNYA..AKHIR ZAMAN DE ULAMAK YANG ROSAK@SUQ..

Jangan asyik kritik ulama

SENAI - Pemuda UMNO Johor mahu Pas terutamanya Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar memohon maaf kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kerana menggelarnya sebagai seorang pencacai dalam isu perpaduan Pas dan UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, Khalid Mohamed berkata, Pas seharusnya menghormati Harussani sebagai seorang ulama yang mempunyai ilmu keagamaan dan pemimpin agama terkenal di negara ini.

Menurutnya, Pas perlu faham mengenai tindakan yang mahu dilakukan oleh Mufti Perak itu adalah untuk menyatupadukan orang Melayu dan bukannya untuk kepentingan politik semata-mata.

”Janganlah mengkritik ulama sehingga peringkat menghina kedudukan mereka sebagai golongan agama. Kalau mahu kritik pun biarlah berlapik.

”Beliau (Harussani) bukan berkepentingan politik pun. Usaha yang cuba dilakukannya adalah untuk perpaduan orang Melayu sahaja. Kalau tidak setuju,

cakap tidak setuju dan jangan kritik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam sebuah akhbar semalam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian kerana Harussani berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali

yang didakwa menyentuh soal kerjasama UMNO dan parti itu.

Mahfuz menjelaskan, Hassan telah mengakui yang beliau pernah berjumpa dengan Harussani tetapi perjumpaan itu hanya melibatkan perbincangan mengenai Islam dan tidak menyentuh soal kerjasama UMNO dan Pas.

”Hassan sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pernah diberi mandat oleh Pas untuk berbincang dengan Harussani mengenai isu kerjasama Pas dan UMNO.

”Ini menunjukkan Harussani berbohong dan mendedahkan peranannya sebagai alat dan pencacai UMNO,” katanya.

Harussani sebelum ini menawarkan dirinya untuk menjadi orang tengah dalam usaha ”menyatukan umat Islam dan orang Melayu” di negeri ini.

Menurut Mufti Perak itu, pemimpin dari Pas dan UMNO telah menemuinya baru-baru ini untuk membincang dan mendapatkan pandangannya bagi menyatukan dua parti politik terbesar orang Melayu di negara ini





POLITIK BIASALAH DOUBLE STANDARD@PILIH KASIH...JIKA POLITIK ITU TIDAK BERDASAR TAKWA IAITU ISLAM...SEMATA2 POLITIK DEMI KEPENTINGAN DUNIA...MEREKA MARAH MENGKRITIK ULAMAK MEREKA...DAN MEREKA PULA BOLEH MENGKRITIK ULAMAK YANG SATU LAGI...IAITU MUSUH POLITIKNYA...HAIRAN2...MENGENA ORANG BOLEH...DIKENA ORANG MARAH PULAK...BETUL SALAH ULAMAK MASING2...SILA RUJUK QURAN DAN HADIS...KALAU MASING2 NAK MENANG GAK...TAK BOLEH BUAT APALAH...SAPE MASUK NERAKA NANTI CONFIRMLAH ULAMAK TU SALAH TERMASUK PENGIKUTNYA....

Tiada ulasan: