Sabtu, 17 Julai 2010

PE DE HAIRAN...GULUNGAN NI YANG BANYAK BERPOYA2 DAN BERGAUL BEBAS..MAKSIATNYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU...KERJA PEMERINTAH SEPATUTNYA TAKWAKAN RAKYAT

NEGARA

Orang muda boros berbelanja


PAUL (tengah) bersama kakitangan FOMCA menggunting kad kredit sebagai simbolik sempena Hari Tidak Berbelanja 2010 di Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA - Generasi muda di negara ini dikenal pasti sebagai golongan yang boros berbelanja jauh daripada kemampuan kewangan sebenar mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvarajah.

Katanya, trend yang membimbangkan itu berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, berbelanja terhadap barangan yang tidak perlu dan pengaruh rakan sehingga mendorong mereka berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.

"Kajian yang kami jalankan ekoran penggunaan kad kredit yang semakin meningkat menunjukkan golongan muda berbelanja mewah sehingga menyaksikan ada antara mereka yang sudah diisytiharkan muflis pada usia yang masih muda.

"Statistik tahun lalu menunjukkan daripada jumlah yang diisytiharkan muflis akibat penggunaan kad kredit, 50 peratus daripadanya berumur bawah 30 tahun," katanya selepas majlis pelancaran Kempen Hari Tidak Berbelanja 2010 di sini semalam.

Sehingga penghujung tahun lalu, katanya, negara mempunyai lebih 11 juta pemegang kad kredit dan jumlah itu meningkat berkali-kali ganda berbanding hanya dua juta orang pada tahun 1997.

Daripada jumlah berkenaan, hampir 4,000 telah diisytihar muflis kerana gagal melangsaikan hutang dan kira-kira 2,000 orang adalah terdiri daripada golongan berusia bawah 30 tahun.

Tiada ulasan: