Ahad, 18 Julai 2010

BETUL2 USTAZ...JANGAN TERSILAP....NAHAS JADINYA...TIADA NAS QURAN DAN HADIS HANYA DALIL LOGIK JE...TAKUT MENYESATKAN ORANG

Ahad, 2010 Julai 18

Panass..Saya Bersumpah Dgn. Nama Allah dan Rasul,Malaysia Bukan Negara Sekular !!

Tokoh cendiakawan agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady bersumpah dengan nama Allah dan Rasul bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

“Seluruh umat Islam di negara ini… hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asasl istilah itu,”’ katanya dalam temubual eksklusif dengan umno online.

Dr Muhammad Uthman yang sanggup bersumpah dengan nama Allah dan Rasul menyatakan dengan
tegas bahawa sekularisme dalam erti barat tidak wujud sama sekali di Malaysia. Umat Islam mesti segera menghentikan pertikaian berkenaan dan kembali kepada fahaman konsep sayang kepada bangsa dan agama mengikut Islam.

“Yang ada pada kita adalah konsep sayang kepada bangsa dan agama. Inilah yang Islam ajar. Jangan sesekali melanggar kerangka asal ini dan sewajarnya perlu diperkemaskan lagi untuk dijadikan contoh kepada kaum minoriti yang lain.

“Mereka yang melanggar kerangka asal ini dipanggil “Intellectual And Spritual Barbarian“ (kebiadapan intelektual rohani) yang tidak boleh dimaafkan. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku atas dasa
r kebebasan mengeluarkan pendapat,“ katanya.

Kata beliau lagi, pendapat yang menyebut sekular mula wujud di negara ini sejak kedatangan penjajah adalah tidak benar sama sekali.

“Pemisahan agama, adat dan Raja pada waktu itu adalah pengasingan pentadbiran dan bukannya pengasingan agama secara total di dalam pentadbiran. Pokok pangkal sekular ialah pengecualian agama daripada semua ruang awam. Agama dipisahkan dalam pendidikan, pentadbiran, sektor keselamatan, bank dan lain-lain.

“Kita tengok dalam pentadbiran negara hari ini, agama tidak dipisahkan sama sekali. Malah dalam apa jua aspek, agama ditekankan. Cuma mungkin secara tidak menyeluruh kerana kita sedang mengalami perubahan ,” katanya


DARI FB



Fasihah Zakariyya
muslimat patut berfikir lebih kritikal dan mari kita respon kepada isu. jadi pemikir Islam, jangan jadi pemusnah Islam. Sedih dengan apa yang berlaku di Indonesia, bila seorang profesor muslimah yang mengajar di Universitas Syarif Hidayatullah, jakarta sewenang-wenangnya menghalalkan homoseksual. siap dapat pengiktirafan di Itali lagi. Hancur ummat. Kurangkan pertikaian dengan perkara yang furu', tapi kita lebih fokus dengan isu yang memesongkan ummat..




ini camne pulak



ARTIS2 MALAYSIA...PE KOMEN MUFTI2...PAKAIANNYA..BERGAULANNYA...AKHLAKNYA...TAK KAN TAK SENTUH LANSUNG GULUNGAN NI

Bagai mimpi

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN

2010/07/18

"I love you so much!" Itulah frasa pertama yang terungkap di hati dan mindanya setiap kali sedar daripada lena. Sesekali luahan ikhlas itu meluncur laju dari bibirnya, malah itulah yang mahu dilafazkan setiap hari.
pix_middle

sebelum - selepas


Di matanya, lelaki itu yang paling sempurna. Luah Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, syukur dia dipertemukan suami sebaik Briant.

Buah hatinya bukan saja suami, tetapi juga sahabat dan guru yang paling memahaminya. Layanan diberi sungguh istimewa hingga menyemarakkan lagi kasih sayang antara mereka.

"Dia lelaki paling sempoi dan menyenangkan pernah saya jumpa. Dia tidak mengharapkan apa-apa daripada saya, malah tidak pernah meletakkan sebarang piawaian supaya saya jadi wanita sempurna. Dia menerima saya seadanya, malah kami berjanji untuk menyempurnakan antara satu sama lain.

"Bulan ini genap usia perkahwinan kami setahun satu bulan. Ikatan ini mematangkan saya, malah membuatkan saya lebih menghargai kehidupan. Briant banyak membimbing saya dan sangat prihatin.
"Sikapnya yang tenang membuatkan saya rasa sangat selesa di sampingnya. Susah untuk lihat kami bergaduh sampai kadangkala saya tertanya-tanya bila kami nak bergaduh. Pendek kata, saya sangat bertuah kerana dijodohkan dengan Briant. Dia pandai buat saya ketawa dan rasa gembira.

"Briant juga pandai menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu. Barangkali kerana dalam hubungan ini kami sama-sama terbuka untuk menerima dan belajar perkara baru," kata Nana yang menyambut ulang tahun ke-26 pada 1 Julai lalu.

Kebahagiaan dikecapi pasangan romantik ini berganda apabila Nana kini berbadan dua. Kandungan berusia hampir enam bulan itu mengeratkan lagi kasih sayang yang terbina, sekali gus menjadi bukti cinta mereka.

Kata Nana, apabila sah bergelar suri hidup Briant, dia bersedia untuk menimang cahaya mata. Selepas sembilan bulan mencuba, impian mereka untuk memiliki zuriat diperkenankan Ilahi.

Tatkala itu Nana hanya mampu menzahirkan rasa gembiranya dengan titisan air mata. Dua garisan pada alat ujian kehamilan buat dia melonjak keriangan.

"Saya dan suami memang mahu zuriat cepat. Setiap bulan saya buat ujian kehamilan di rumah dan jawapannya menghampakan. Bagaimanapun di satu pagi Februari lalu saya tergerak hati untuk buat ujian kehamilan sekali lagi. Ketika itu jam 4.30 pagi dan Briant tengah nyenyak tidur.

"Tanda dua garisan pada alat ujian itu buat saya terkesima seketika. Rasa macam bermimpi dan cepat-cepat kejutkan Briant untuk maklumkan berita gembira itu. Dia tergamam manakala saya pula tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Kami sangat teruja dan saling berpelukan selepas itu.
"Sungguh, keputusan itu benar-benar buat kami rasa sangat bahagia. Jam 9 pagi kami ke klinik untuk dapatkan pengesahan doktor. Sah, positif lima minggu. Kami terus maklumkan berita gembira itu kepada keluarga.

"Sebelum itu saya teringin sangat nak ada anak sendiri. Lihat kemesraan rakan dengan anak masing-masing buat jiwa saya meronta-ronta. Saya tak sabar-sabar mahu manjakan anak dengan belikan baju dan aksesori comel.

"Imaginasi saya bukan setakat limpahan kasih sayang dan belikan itu ini, tetapi hingga hantar ke sekolah. Sesungguhnya rumah tangga lebih lengkap bila ada anak dan kerana itu saya berazam jadi ibu terbaik.

"Sebagai persediaan diri, saya banyak membaca buku keibubapaan dan melayari Internet. Hasrat saya mahu beri didikan sebaik mungkin untuk anak ini," katanya.

Kata Nana, meskipun tidak mengalami alahan, pergerakannya kini terbatas apabila cepat merasa penat. Jika rakaman berlangsung dalam jangka masa panjang, dia akan minta ruang berehat seketika untuk menghilangkan rasa mengah.

Soal makan atau alahan bau yang biasa dialami wanita hamil tidak menghantui Nana, pun begitu katanya, empat bulan pertama dia tidak boleh menaiki kereta yang dipandu orang lain kerana akan merasa pening dan perubahan itu tidak berlaku andai dia memandu sendiri.

Situasi itu bagaimanapun sudah berakhir, malah dia bertuah kerana tidak berdepan masalah atau komplikasi.

"Alhamdulillah setakat ini saya OK dan masih lincah seperti dulu, cuma perlu membataskan sedikit pergerakan demi menjaga keselamatan kandungan.

"Mana perbuatan yang boleh memudaratkan kandungan, saya jauhi. Kalau ada kemusykilan atau rasa was-was, saya merujuk kepada mak, mentua dan kawan lebih berpengalaman.

"Sepanjang tempoh kehamilan, saya amalkan pengambilan makanan berkhasiat. Gembira sungguh bila buat pertama kali berat badan saya naik melebihi 50 kilogram. Sebelum ini kurus sangat dan perubahan ini sememangnya saya nanti-nantikan.

"Briant juga memanjakan saya. Sebut saja mahu makan apa, pasti dicari sampai jumpa. Dia banyak bantu saya melakukan kerja rumah. Walaupun saya boleh buat, dia suruh saya berehat dan dengan rela hati menyelesaikan kerja-kerja itu.

"Sikapnya yang mengambil berat itu buat saya rasa terharu. Kadangkala segan juga tetapi memikirkan berbadan dua, saya turuti kata-katanya," jelas Nana.

Tambahnya, rasa teruja Briant untuk bergelar bapa tidak dapat dibendung lagi. Jadi rutin setiap hari Briant membelai kandungan sambil berbual dengan bayi mereka.

Sesekali lucu pula melihat suaminya seakan-akan tidak sabar-sabar mahu melihat wajah zuriat mereka. Kesungguhan jejaka itu menceriakan lagi momen paling bermakna dalam bahtera perkahwinan mereka.

"Saya dijangka bersalin pada 1 November depan. Insya-Allah saya bersalin di Pusat Perubatan Sunway kerana hospital ini paling dekat dengan rumah. Kalau boleh saya mahu bersalin secara normal dan harap-harap jadi kenyataan.

"Saya akan berpantang di Kuala Lumpur saja kerana tidak sampai hati berjauhan dengan suami. Saya sudah suarakan perkara itu kepada orang tua dan ibu saya sudi datang ke Kuala Lumpur untuk menjaga saya sepanjang tempoh itu.

"Kebetulan ketika itu cuti sekolah, jadi adik pun boleh ikut sama. Kami baru berpindah ke rumah baru dan keadaannya lebih selesa. Jadi bolehlah berhimpun ramai-ramai nanti.

"Memandangkan ini cucu pertama sebelah keluarga saya, mereka sangat teruja dan tak sabar-sabar menanti detik kelahirannya. Biarpun abang Briant ada anak, mentua saya tetap teruja menanti kehadiran cucu ini.

"Soal persiapan, saya belum buat apa-apa lagi kerana baru saja tahu jantina anak kami. Insya-Allah, anak yang bakal dilahirkan ini nanti perempuan. Apabila kandungan masuk tujuh bulan baru saya dan Briant akan beli keperluan bayi kami.

"Orang tua pun tidak menggalakkan kami beli barang awal-awal dan nasihat mereka kami pegang," kata Nana yang masih mencari nama sesuai untuk buah hati sulungnya.

Beralih ke perihal kerjaya, Nana ternyata semakin selesa di konti XFM. Bertugas dari jam 4 petang hingga 8 malam, celotehnya sering menjadi peneman pendengar stesen radio itu.

Ulas Nana, bulan ini XFM bakal menyaksikan banyak pembaharuan termasuk bertukar wajah, di mana akan memainkan 100 peratus muzik rock Malaysia terbaru dan terbaik bermula esok.

Bermakna stesen ini menyediakan tapak kepada bakat rock tempatan sedia ada mahupun yang baru untuk mengetengahkan muzik mereka.

Memandangkan keadaannya yang tidak mengizinkan, hos segmen Mustika dan What's Up Bolly ini hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasnya di konti dan tidak menerima tugasan lain biarpun banyak tawaran menyusul kebelakangan ini.

"Alhamdulillah, saya gembira bertugas di XFM. Bekerja di sini tidak ada tekanan, malah teman penyampai yang lain pun baik dan gila-gila. Sepanjang tempoh kehamilan ini saya memutuskan untuk tidak melakukan banyak kerja dalam satu masa.

"Bila perut semakin besar, saya mudah mengah dan tak larat. Lagipun saya mahu fokuskan perhatian kepada kandungan dan persediaan jadi ibu.

"Kalau ikutkan, saya sepatutnya merakam single dengan Noh Hujan. Lagu sudah siap tapi Noh cadangkan supaya rakaman dibuat selepas saya bersalin.

"Tawaran berlakon pun banyak menyusul tapi saya terpaksa tolak kerana kebanyakan penggambaran dilakukan di luar Kuala Lumpur dan mengambil masa panjang.

"Sudah tertulis bukan rezeki saya dan kebetulan pula hati saya belum terbuka untuk jadikan lakonan dan nyanyian sebagai karier utama. Kolaborasi dengan Noh pun berlaku bila tiba-tiba rasa rindu nak menyanyi.

"Saya suka dengan apa yang saya buat sekarang, berceloteh dan menghiburkan orang ramai di konti. Memang dari kecil saya suka bercakap dan dengan kerjaya ini saya boleh jadi diri sendiri.

"Tidak perlu hipokrit atau jadi orang lain kerana saya bebas meluahkan apa yang ada dalam minda dan hati saya mengikut kesesuaian keadaan," katanya yang sudah enam tahun menjadi penyampai radio


CAK: Lahir anak luar nikah



2010/07/18

BANGKAI gajah sembunyilah macam mana sekalipun, akan tetap dapat dihidu busuknya. Ketika menikmati kopi bersama teman, CAK terkejut beruk apabila diberitahu seorang peserta program realiti anjuran sebuah stesen TV terkemuka ada sejarah hitam yang memalukan.
Kalau mangsa rogol atau noda tanpa rela, mungkin orang akan bersimpati dengan nasibnya, tetapi dalam kes ini peserta itu yang sengaja cari penyakit. Kesilapan itu berlaku atas kerelaan sendiri dan lebih memalukan, jantan yang menodanya bukan kekasih hati, sebaliknya lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat hiburan di utara tanah air.

Hish... murah sungguh harga maruah wanita itu. Baru kenal sudah serah diri. Mujur namanya disingkir awal ketika menyertai program realiti berkenaan. Dengarnya penganjur dapat menghidu sejarah hitam itu.

Menurut teman CAK itu, anak luar nikah peserta program realiti berkenaan berusia dua tahun dan kini dijaga keluarga jantan yang menidurinya. Khabarnya anak itu diserahkan kerana dia malu jika ada yang bertanya apa hubungannya dengan anak kecil itu.

Keluarga peserta itu bukan calang-calang, malah datang daripada keturunan baik-baik di Pantai Timur. Dengar cerita ini, CAK terus teringat lirik lagu kumpulan Raihan, Iman Mutiara yang sering bermain di bibir CAK satu ketika dulu.
Betullah apa yang terkandung dalam lirik lagu itu, iman tak dapat dijual beli, apatah lagi diwarisi. CAK difahamkan, dia masih mabuk dengan dunia sosial dan galak mengejar hidup glamor.

Sudah-sudahlah dik! Kasihanlah pada diri sendiri dan ibu bapa di kampung yang mati-mati menyangkakan anaknya baik dan terpelihara akidahnya.


CAK: Penyanyi wanita bersekedudukan



2010/07/18

TERSEDAK CAK ketika leka menyedut jus tembikai susu apabila mendengar cerita seorang kenalan yang juga pengurus seorang personaliti televisyen baru-baru ini.
CAK yang kebetulan tengah lapar ketika itu terus naik hantu mendengar kata-katanya. Maklumlah niat teman CAK baik menulis perkembangan terkini penyanyi suam-suam kuku itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja CAK simbah mukanya dengan jus yang CAK minum namun mengenangkan sudah lama kenal, CAK sabarkan hati.

Bila dengar penjelasan si pengurus itu, baru CAK faham cerita sebenar. Rupa-rupanya dia panas hati apabila penyanyi itu bercerita kononnya syarikat naungannya tidak langsung menjalankan kerja promosi untuknya.

Si pengurus itu pernah bekerja dengan syarikat sama. Jadi secara tidak langsung dia turut disalahkan. Si pengurus yang berambut ala-ala Juliza Adlizan di zaman awal 1990-an itu membuka cerita yang si penyanyi baru itu sebenarnya bukan menyewa dengan teman seperti yang ditulis dalam artikel berkenaan, sebaliknya bersekedudukan dengan teman lelakinya.

Bukan sehari dua penyanyi itu bergelumang dengan maksiat, tapi dah makan bertahun jugalah. Lagak mereka macam suami isteri. Pendek kata kalau ibu bapa penyanyi itu tahu perangai anaknya, boleh kena serangan jantung dibuatnya.
Mengucap panjang CAK mendengar pendedahan itu kerana seingat CAK penyanyi itu molek budi bahasanya. Biasanya CAK cekap mentafsir personaliti artis yang kuat propa, kaki pembelit dan hipokrit. Atau mungkin ada kerosakan pada ‘mesin pengesan’ CAK? Kata si pengurus tadi lagi, jangan percaya luahan penyanyi itu kerana dia bijak bermain kata dan pandai berlakon baik, terutama depan media.

Entahlah, CAK kadangkala serba salah. Wartawan menulis apa yang diceritakan artis. Jika benar penyanyi itu menipu, terpedayalah teman CAK, tetapi setidak-tidaknya teman CAK itu jujur dengan kerja sendiri.


GayahGebu: Jantan tak sedar diri



2010/07/18

BUAT hal lagi. Itulah tajuk besar muka depan akhbar kesayangan Gayah beberapa hari lalu. Ingatkan perangai sudah elok sikit, rupa-rupanya makin menjadi-jadi.
Gayah memang bengang sangat kalau dengar kisah wanita teraniaya. Membaca kisah bagaimana artis itu memperlakukan isterinya, bengang Gayah bertambah berkali-kali ganda.

Memang artis itu tak ada hati perut dan tak tahu malu. Isteri dan ahli keluarga lain bersusah payah kumpul wang untuk jamin kau, kau curi wang itu. Kau kasari isteri kau yang masih sanggup menerima kau walaupun banyak kali dianiaya oleh kau — suaminya sendiri! Apa masalah kau sebenarnya? Cubalah berubah. Benar-benar berubah, bukannya cuba berlakon menunjukkan kau dah berubah seperti yang dilakukan sebelum ini. Kau kata kau sudah okay dan tunjukkan kemesraan bersama isteri.

Tahulah kau pelakon. Janganlah berlakon dalam dunia nyata. Nak berlakon, berlakon dalam drama atau filem. Tak perlu buang masa berlakon kononnya dah berubah semata-mata untuk meraih simpati masyarakat.

Gayah pasti ramai dah muak dengan perangai kau. Tak habis-habis dengan kes kasari isteri. Benda sama juga kau buat. Kasari isteri, isteri buat laporan polis dan polis cari kau.
Sudah dasar orang buat salah, apabila kisah negatif kau dah tersebar, mulalah menggelabah. Ambil masa lama untuk beri keterangan kepada polis dan jika tidak pun, menghilangkan diri sampai menjadi buruan.

‘Pusing-pusing’, itulah yang kau buat. Dalam ruangan ini sendiri sudah beberapa kali Gayah hentam kau. Entah sampai bila kau nak buat hal agaknya.

Kepada sesiapa yang bersimpati kepada artis itu, cubalah bantu dia. Bantulah dia untuk berubah. Bagi motivasi ke, bagi air penawar ke.... tapi jangan bagi wang, nanti dia lari pula.

Kalau masih tak berubah juga, biarlah. Biarkan dia dengan dunianya. Jangan menyusahkan orang sudah.

Gayah dah penat cakap pasal artis itu. Kita sama-sama tunggu entah apa lagi kisah yang bakal muncul mengenai artis itu. Apa-apa pun Gayah doakan yang terbaik untuk dia dan semoga dia berubah.

Sepanjang minggu lalu memang panas dengan kisah berkaitan rumah tangga dan keluarga. Kisah si juara sebuah rancangan realiti televisyen yang kena pukul minggu lalu boleh tahan juga.

Kasihan Gayah tengok dia. Lebih membuatkan Gayah kasihan, ketika kena pukul, seluar yang dia pakai pendek sangat. Gayah pula yang malu.
Apapun, Gayah doakan masalah kau selesai. Teruskan tampil di khalayak supaya masyarakat faham apa yang berlaku dan biarkan mereka menilai sendiri.

Jangan jadi seperti sesetengah artis yang tergolong dalam kategori pengecut yang suka menyembunyikan diri apabila timbul sesuatu isu mengenai mereka.



ini lagi





Malaysia Sebuah Negara Islam .............

FIKIR DENGAN WARAS...FIKIRLAH MENYEBELAHI HUKUM ALLAH...TAKWA MENENTUKAN SYURGA ATAU NERAKA


Harussani wajib nasihat Umno hayati Islam

FIKIR SENDIRI...SENDIRI MAHU INGAT...AGAK2 KALAU NAK BODEK

RENCANA UTAMA

Akibat bual seks


HANA enggan berkahwin walaupun teman lelakinya sanggup bertanggungjawab.


HANA, 18 (bukan nama sebenar), sama sekali tidak menyangka ‘rutin mingguan’ bersama teman lelakinya, Hakim, 19 (juga bukan nama sebenar) akhirnya mengheretnya dan keluarganya ke lembah dosa yang sangat memalukan.

Dia kini hamil tujuh bulan selepas terlanjur dengan Hakim. Mempunyai kisah yang tidak banyak beza dengan gadis-gadis lain, dia sanggup menyerahkan perawan dan melakukan zina dengan teman lelakinya itu atas dasar cinta.

“Hakim tinggal satu kawasan dengan saya. Dia rajin menegur apabila terserempak. Mulanya saya buat tak endah sebab dia kaki lepak dan tidak bekerja.

“Namun, semakin lama, saya mula terhibur dengan cara dia. Pada waktu itu saya berada di tingkatan lima. Selepas dua bulan, hubungan kami semakin rapat,” ujar Hana yang berasal dari sebuah tanah rancangan di Negeri Sembilan.

Kerap bertemu selepas sekolah, dia dan Hakim terdorong untuk melakukan hubungan seks selepas berbual-bual mengenai rakaman aksi lucah melibatkan seorang rakan Hana yang tersebar.

Perbualan yang hangat itu membawa kepada aksi-aksi ringan sebelum Hakim membawanya pulang ke rumah.

“Petang itu, kami bersetuju untuk melakukan aksi-aksi ringan, hanya sekadar suka-suka dan tidak mahu terlanjur.

“Mulanya hanya baju terdedah dan seluar terlondeh, tetapi semakin lama, kami semakin asyik. Syarat untuk tidak berzina semakin kami lupakan sebaliknya kami terus hanyut.

“Selepas pulang ke rumah, saya mula rasa menyesal. Tetapi Hakim bijak memujuk dan memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku,” katanya ketika ditemui Jurnal di sebuah rumah perlindungan di Selangor.

Rakaman

Hubungan rapat Hana dan Hakim tidak dapat dihidu oleh keluarganya. Alasan pulang lewat kerana terlibat dengan kelas tambahan atau aktiviti sekolah cukup kuat untuk menutup sisi gelap Hana.

Selepas kali pertama terlanjur, bagaikan gian, jiwa dua anak muda ini sentiasa tidak boleh dipisahkan. Rembang petang sering menjadi saksi pasangan muda ini memadu kasih.

“Sejak terlanjur kali pertama, kami tidak serik malah sentiasa mencari peluang untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

“Untuk mengelak syak orang sekeliling, Hakim selalu bawa saya ke tempat sunyi untuk berasmara. Pada hujung minggu pula, kami akan bermotosikal ke sebuah kawasan rekreasi untuk mencari kawasan yang lebih privasi.

“Walaupun hanya beralaskan surat khabar atau baju, saya tidak merungut. Sekadar suka-suka, saya tidak kisah,” cerita Hana yang sebelum ini yakin dia boleh mengelak daripada hamil dan menurutnya, Hakim tangkas dalam bab itu.




Namun, kuasa Allah melebihi segalanya. Hana didapati hamil selepas hampir setahun menjalin hubungan intim dengan Hakim.

“Saya jadi tak keruan apabila tidak datang haid sekitar Januari lalu. Untuk kepastian, saya beli kit ujian kehamilan di farmasi dan keputusannya adalah positif, saya mengandungkan benih Hakim,” katanya.

Hana tidak berani buka mulut dengan keluarganya apatah lagi dengan bapanya yang disifatkan panas baran.

“Sejujurnya, selepas mengetahui saya hamil anak luar nikah, saya sangat menyesal. Apa yang pernah terjadi ini pernah terlintas dalam kepala saya masa mula-mula terlanjur dengan Hakim.

“Saya cuba memikirkan cara terbaik untuk merahsiakan kandungan ini, tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menggugurkannya,” katanya.

Ibunya ada menyedari perubahan fizikal dan tingkah lakunya namun Hana masih berdiam diri.

“Dua tiga kali emak menegur perubahan saya. Katanya tubuh saya nampak berisi. Emak tidak terfikir kalau saya mengandung kerana lakonan sempurna saya sebelum ini.

Enggan kahwin

“Namun, masuk bulan ketiga, selepas berfikir panjang, saya buat keputusan untuk memberitahu emak. Saya tidak menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi adalah disebabkan kejahilan saya. Saya reda dengan apa yang telah terjadi dan sesuatu perlu dilakukan sebelum perut membesar.

“Emak menangis. Seminggu selepas itu, emak beritahu kepada abang dan kakak tetapi minta dirahsiakan daripada ayah sehingga jumpa jalan penyelesaian yang munasabah.

“Dua minggu selepas itu baru abang beritahu keadaan saya kepada ayah. Saya sudah bersedia jika ayah marah dan pukul saya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Ayah terduduk. Hanya kalimah istighfar keluar daripada mulutnya. Ayah tunduk dan menekup muka. Ayah menangis dan terus keluar rumah,” ujarnya sebak.

Tidak mahu terus membebani keluarga dengan masalah kehamilannya, Hana rela jika dia dihantar ke rumah perlindungan.

Keluarga teman lelakinya telah dipanggil berbincang dan Hakim setuju untuk bertanggungjawab namun Hana enggan berkahwin.

“Kesilapan ini adalah pengajaran yang sangat besar ertinya untuk saya. Selepas ini saya tidak mahu silap lagi. Hidup saya masih panjang masih luas dunia ini untuk saya teroka,” ujarnya yang berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan selepas habis berpantang nanti.


MEMILIH nafsu sebagai bukti ikatan cinta boleh membawa kepada penzinaan hingga menyebabkan kehamilan anak luar nikah.


Sebelum mengakhiri perbualan petang itu, Hana sempat menitipkan nasihat buat kaum Hawa.

“Anggaplah kisah saya sebagai pengajaran. Buat yang sedang bercinta, jangan mudah percaya dengan pujukan teman lelaki, apatah lagi jika mereka minta kita melakukan perkara yang bukan-bukan untuk membuktikan cinta kepada mereka.

“Jika mereka ikhlas menyayangi kita, mereka akan lindungi dan pertahankan kita, bukannya merosakkan,” ujar Hana



renungkan peringatan Allah swt


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;mereka itulah orang-orang yang lalai.(Al-A'raf:179)


pas itu bukan Islam...Pas satu wadah..Wadah memperjuangkan Islam..Lihat perlembagaannya.Islam boleh dianuti semua kaum atau bangsa.rakyat China lebih ramai Islam dari rakyat Islam dari keturunan melayu di Malaysia.Islam kene laksanakan secara meyeluruh.tidak berpilih2.Islam pun dibawa dari China ke Melaka.Memperjuangkan ISLAM itu WAJIB bagi orang yang mengaku ISLAM.Menentang salah satu hukum atau ragu2 terhadap apa yg ada dalam Quran serta hadis...serta apa2 saja yg shahih dari Islam...boleh mbawa kpd murtad atau jadi kafir...marilah sama2 kita menjauhinya...elok pergi mengaji sampai faham...amal...InsyaAllah Allah swt akan beri taufik dan hidayah...


Ahli perniagaan dikaitkan dengan PM bersama Paris Hilton
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.



Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'?
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal.

"Adakah kerana CEOnya (Ketua Pengarah Eksekutif) adalah adik Perdana Menteri (Datuk Seri Nazir), maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB," soal Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.

Lagi pun, ujarnya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak.

Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara.

Dari segi yang lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pengurusan CIMB seakan mengambil kesempatan atas arahan terbaru pentadbiran Najib itu.

"Selepas 1,000 keping wang yang didebitkan dalam mesin, mereka akan dicaj RM10. Setiap 100 keping yang didebit selepas itu, akan dicaj pula RM1. Mengapa mereka dipaksa sebegini," ujarnya.

Menurut beliau, Maybank sehingga kini tidak pernah mengenakan caj pada sebarang transaksi auto-debit, cek ataupun tunai.

Malah, tambahnya lagi, pengusaha stesen minyak turut dinasihatkan membuat pembayaran debit di bilik pegawai akaun tertentu secara eksklusif supaya tidak terdedah kepada pengetahuan umum.


Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?
Jul 20, 10 10:05am
Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Me
nurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat.

"R
ancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"M
alaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil.

DUNIA

Taek Jho Low jutawan Malaysia bersama selebriti Paris Hilton


GAMBAR yang beredar di Internet menunjukkan Taek Jho Low (kanan) bersama penyanyi Usher pada parti sambutan Tahun Baru pada 31 Disember 2008 di Las Vegas.


NEW YORK – Beberapa laman web selebriti mendedahkan bahawa jutawan yang bersama dengan selebriti Paris Hilton di Paris ialah Taek Jho Low.

Beberapa laman web termasuk majalah OK! melaporkan Jumaat lalu, Paris menjalani sesi fotografi di atas sebuah bot di Paris dengan memakai baju seksi berwarna merah jambu.

Selebriti itu berada di Paris bersama adiknya, Nicky Hilton semasa sesi fotografi tersebut.

Menurut majalah OK!, jutawan Malaysia itu dilabelkan sebagai seorang lelaki misteri dan dia dilaporkan membelanjakan sejumlah besar wang di kelab-kelab di seluruh dunia.

Sebelum ini, Paris menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan dengan menaiki sebuah jet peribadi dari London dengan rombongan jutawan Malaysia.

Siapakah jutawan Malaysia itu yang mendapat perhatian majalah dan laman-laman selebriti di Barat?

Pada 8 November 2009, akhbar New York Post melaporkan kehadiran Low, berusia 20-an, yang merupakan lulusan Sekolah Perniagaan Wharton di Philadelphia, AS di kelab-kelab malam di New York dengan membelanjakan ribuan dolar dalam tempoh tiga bulan.

Low mendapat tumpuan akhbar itu apabila dia bersama dengan beberapa selebriti seperti penyanyi P. Diddy berada di sebuah lokasi terkenal di bandar raya ini.

Akhbar itu turut melabelkan Low sebagai seorang lelaki misteri dari Malaysia.

Menurut akhbar itu, Low yang bertubuh gempal dan berkaca mata dilaporkan pernah menghantar 23 botol minuman keras Cristal kepada pelakon Lindsay Lohan bagi meraikan hari lahirnya.

Pemilik kelab Pink Elephant di 27th Street, New York, David Sarner berkata kepada akhbar itu, Low selalunya membelanjakan AS$50,000 (RM161,150) hingga AS$60,000 (RM193,380) semalam.

Menurutnya, Low pernah menerbangkan lapan pelayan kelab itu untuk menghadiri satu parti di Malaysia.

Menurut akhbar itu, Low pernah meraikan ulang tahun kelahirannya dalam satu parti mewah di Las Vegas manakala pelakon Megan Fox dilaporkan diterbangkan untuk menghadiri parti tersebut.

Akhbar New York Post melaporkan, adalah amat ganjil kerana tidak banyak maklumat mengenai lelaki yang mendapat perhatian meluas itu.

Menurut akhbar itu, berdasarkan biografi rasmi lelaki tersebut, dia berkhidmat sebagai penasihat untuk beberapa syarikat antarabangsa.

Namun, apabila pihak New York Post cuba menemu bual pakar-pakar Malaysia seperti kumpulan pemikir Majlis Hubungan Asing, nama Low tidak pernah didengari.

Menurut sumber-sumber akhbar itu, Low tinggal di sebuah apartmen yang mempunyai kadar sewa AS$100,000 (RM322,300) sebulan di Park Imperial yang merupakan lokasi penginapan pelakon James Bond, Daniel Craig dan P. Diddy.

Dia tidak akan pergi ke mana-mana kecuali ditemani oleh seorang pengawal keselamatan.

Pada 24 Mac lalu, akhbar New York Post melaporkan Low membayar AS$33 juta (RM106.35 juta) untuk sebuah penthouse di 1 Central Park West yang mencatatkan rekod jualan di New York.

Bilionair AS, Donald Trump membeli apartmen itu pada harga AS$5 juta (RM16.11 juta) pada 1997 sebelum menjualnya setahun kemudian pada harga AS$10.4 juta (RM33.51 juta) kepada penerbit filem Itali, Vittorio Checchi Gori.

Akhbar itu melaporkan Low membeli penthouse itu menerusi sebuah syarikat.

Pada 1 Julai lalu, akhbar New York Post melaporkan bahawa lelaki misteri itu telah meninggalkan apartmen di Park Imperial menuju ke sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Namanya itu kemudian mendapat tempat sekali lagi di majalah dan laman selebriti Hollywood selepas dia dilaporkan berada bersama dengan Paris. – Agensi

Saham: Lagi Umno hapus kuota Melayu
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengan tindakan kerajaan yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi menghapuskan kuota 30 peratus saham Bumiputera.

Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, dengan tindakan itu jelas yang Umno BN hanya beretorik sahaja dalam kata-kata mereka tetapi tindak tanduk mereka jelas ‘tidak serupa bikin’.

“Dan mengapa hanya akhbar berbahasa Cina sahaja yang mengeluarkan kenyataan ini. Mengapa tidak Utusan Malaysia, TV3 mengeluarkan artikel ini?” soalnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan semalam.

Dalam wawancara tersebut, menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta itu menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham Bumiputera dari perspektif makro.

Kerajaan berharap Bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat, tambahnya.

Sehubungan itu, tegas Nasrudin, DPPP mendesak agar kerajaan mewujudkan semula kuota untuk Bumiputera kerana ia adalah hak orang Melayu.

“Jangan kerana perkiraan politik yang dangkal, kerajaan Umno BN menggadaikan hak orang Melayu. Kalau ini dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), pasti Umno BN akan menuduh PR khianat orang Melayu tetapi yang ini bagaimana?” soalnya.

Katanya, setelah kenaikan harga minyak, pemansuhan bantuan biasiswa kepada pelajar Melayu, tanah rezab Melayu digadaikan, kali ini Umno BN menghapuskan pula kuota yang khas untuk orang Melayu.

Ini, katanya bererti bahawa tidak perlu ada saham Bumiputera dalam sesebuah syarikat yang mana akan membuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat asing untuk memiliki sesebuah syarikat.

“Bukankah ini menutup ruang usahawan Melayu untuk bersaing?” tanya beliau lagi.

Sebelum ini, kata beliau sekurang-kurangnya kuota itu membolehkan usahawan Melayu mempunyai tempat dalam memastikan mereka dapat terus berdiri sama tinggi dengan syarikat luar.

Umno tenat, sanggup peralat mufti berbohong
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

"Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

"Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

"Saya berkayakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang "terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu".

"Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka," katanya



Bapa dakwa anak ditatu dalam tahanan

Harakahdaily

KOTA BELUD, 27 Julai: Seorang bapa hari ini mendakwa anak beliau ditatu secara paksa oleh sekumpulan banduan sewaktu ditahan di penjara Kepayan, Kota Belud, Mac lalu.

Hassan Awang, 66, bapa kepada Hairul Hassan, 21, mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 19 Mac lalu, sewaktu anaknya itu ditahan bagi menunggu keputusan Mahkamah Majistret.

Menceritakan kejadian yang menimpa anaknya itu beliau memberitahu, antara jam 11 pagi hingga jam 1 tengah hari pada tarikh berkenaan, empat orang banduan telah memaksa anaknya dengan kekerasan untuk ditatu.

Mereka diketuai oleh seorang banduan yang dianggap ketua di penjara tersebut yang hanya dikenali sebagai Bobby.

Malah lebih menyedihkan katanya, seorang warden bertugas yang sepatutnya menghalang perbuatan itu, turut membantu banduan tersebut menginiaya anaknya.

"Perkara itu disaksikan oleh dua warden, malah salah seorang daripada mereka telah membantu mengisi dakwat ke dalam mesin tatu.

"Anak saya merayu supaya jangan ditatu kerana beliau seorang Islam dan Islam mengharamkan penganutnya bertatu, namun rayuan anak saya tidak dihiraukan," katanya mengadu kepada Harakahdaily.

Menurut Hassan lagi, tatu di sebelah bahu (kanan) dan lengan tangan kanan (kiri) anaknya itu berukuran 18 sentimeter lebar dan 28 sentimeter panjang.

Hairul ditahan di Balai Polis Kota Belud pada 5 Mac lalu dan kemudian dibawa ke penjara Kepayan 12 Mac hingga 16 April bagi menunggu keputusan kimia.

Selepas itu beliau kemudian dibawa semula ke Balai Polis Kota Belud untuk tahanan lanjut.

Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara pada 19 April.

Beliau sekali lagi dibawa ke Penjara Kepayan untuk menjalani hukuman sehingga dibebaskan 25 Mei lalu.

Menurut Hassan, kegiatan itu berleluasa di penjara tersebut di mana mesin tatu tersebut didakwa bergerak bebas tanpa sebarang halangan pihak berkuasa penjara.

Ianya juga digunakan secara bergilir-gilir oleh banduan di penjara tersebut.

Namun apa yang dibimbanginya, kesan penggunaan bergilir-gilir tersebut kerana ada di antara penagih menghidap penyakit HIV Aids.

"Ada kalangan banduan itu penagih dadah dan mesin ini tercemar dengan darah. Resiko sangat tinggi untuk dijangliti HIV Aids," katanya kerisauan.

Biarpun sudah dibebaskan, anaknya kini berada dalam keadaan bertatu, ketakutan dan trauma dengan pengalaman mengerikan yang menimpanya.

"Dengan pendedahan ini saya harap Menteri Dalam Negeri, dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat bertindak sewajarnya," katanya mengharapkan satu tindakan tegas pihak berkuasa.


Tiada ulasan: