Rabu, 28 Julai 2010

CINTA ITU ANUGERAH ALLAH...KITA TAK BOLEH LARI DICINTAI DAN MENCINTAI...TAPI BIAR BERLANDASKAN SYARAK...

NEGARA

Farah digugurkan kendali kes Anwar


FARAH


PUTRAJAYA - Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.






NEGARA

Hidup dengan lauk kenduri


ku faridah (kanan) menangis sambil memeluk ahli keluarga selepas kembali ke pangkuan keluarga di Kampung Kuala Pueh, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - "Setiap hari anak-anak akan tanya, ibu apa lauk kita hari ini dan saya jawab tak ada.

"Hidup kami susah. Anak-anak terpaksa cari rumah yang adakan kenduri. Mereka membawa pulang lauk untuk kami makan sama-sama," demikian kata Ku Faridah Ku Seman, 33, seorang lagi wanita Malaysia yang terpedaya dengan lelaki Lombok dan hanya dapat kembali ke tanah air selepas hampir 10 tahun menderita.

Ku Faridah, seorang janda, mengenali lelaki itu yang bernama Rosman, 35, pada tahun 2000 sewaktu menetap di rumah adiknya di Johor Bahru.

Rosman dikatakan lelaki yang pandai mengambil hati semata-mata kerana dia sering menolong Ku Faridah dan adiknya membayarkan sewa rumah serta membelikan mereka makanan.

Mereka kemudian bercinta dan akhirnya bernikah tanpa restu keluarga di sebuah masjid di Johor Bahru sebelum lari ke Lombok, sebuah wilayah di Mataram, Indonesia.

Pasangan itu pada mulanya hidup bahagia dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohd. Haikal Daniel, 9, Puteri Balqis, 4 dan Dewi Helen Fiona, 2.



Antara Farah Azlina dan Gani Patail

Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengumumkan Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Katanya lagi Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

Kononnya “Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

Hmmm..

Kasihan dengan Farah Azlina ni ya.. biarpun didapati tidak bersalah tapi dia digugurkan juga dari kes ini, hanya kerana dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra.. err.. percaya pula mereka kepada Raja Petra kali ini..

Kalau begitu peratusan boleh percaya tulisan Raja Petra telah meningkat kepada 41% dari 40% seperti yang telah didakwa oleh seorang pemimpin dari UMNO yang apa nama dia tah.. baru-baru ini yang mengatakan hanya 40% benar manakala 60% lagi adalah tidak benar..

Jika Gani Patail berkata “Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

Bagaimana pula dengan Gani Patail sendiri, Gani yang telah terlibat secara langsung untuk mereka-reka bukti diatas dakwaan liwat keatas Anwar sepertimana laporan polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim 10 tahun lalu?

Gani Patail yang yang dijanjikan oleh Pak Lah semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri akan tidak terlibat secara langsung dalam kes tuduhan liwat kali ini yang telah menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Tidak terjejaskah nama baik atau kredibiliti jabatan Peguam Negara jika seorang yang telah terbukti terlibat secara langsung mereka-reka bukti 10 tahun yang lalu kini terlibat sekali lagi dalam kes yang sama.

Cuma yang membezakannya dengan kes kali ini ialah yang mendakwa diliwat 10 tahun dulu dipenjara tetapi yang mendakwa diliwat kali ini bebas bergembira dan bercinta buat kali kedua..

Biarpun penglibatan Farah Azlina dalam kes ini sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut dan beliau juga dikatakan tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan, beliau digugurkan kerana dikhuatiri menjejaskan kredibiliti Jabatan Penguam Negara.

Penglibatan Farah Azlina yang dikatakan bercinta dengan Saiful akan mencetuskan ‘conflict interest’.

Tetapi Gani Patail yang berpengaruh dalam menentukan halatuju Anwar Ibrahim samada ke penjara atau sebaliknya dan Gani Patail yang telah terbukti tiada kredibiliti kerana dibuktikan telah mereka-reka bukti dalam kes liwat yang pertama 10 tahun yang lalu masih terlibat dengan kes tuduhan liwat yang kedua ini.

Jadi diantara Gani Patail dan Farah Azlina siapa sebenarnya yang secara serius telah menjejaskan nama baik atau kredibiliti Jabatan Penguam Negara?

Gani Patail sendiri ataupun Farah Azlina?



DPP Farah didakwa ‘bercinta’ Saiful digugur dari pasukan pendakwa

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.
Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.

“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.

Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. –


Kisah perit episod cinta Lombok

HULU TERENGGANU 28 Julai - "Kehidupan saya amat sengsara di sana, pernah juga tidak makan dan paling menyedihkan apabila anak saya juga terpaksa mengikat perut menahan kelaparan."

Itu luahan Ku Faridah Ku Man, 33, wanita dari Kampung Kuala Pueh dekat sini yang berjaya dibawa balik selepas tujuh tahun melarikan diri bersama suaminya ke Mataram, Lombok, Indonesia.

Episod 'cinta Lombok' Ku Faridah bermula apabila dia mengenali seorang lelaki dikenali sebagai Rosman, 35, pada tahun 2000 ketika dia ke Johor untuk menetap bersama seorang adiknya yang bekerja di negeri itu.

Setelah tiga tahun mengenali lelaki itu, dia menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pemuda berkenaan walaupun mendapat bantahan keluarga dan kemudian terus melarikan diri ke Lombok bersama pemuda tersebut yang ketika itu telah menjadi suaminya.

Namun kebahagiaan yang diharapkan berpanjangan tidak tercapai apabila dia yang mempunyai tiga anak bersama lelaki terbabit ditinggalkan dua tahun bermula 2008 di perkampungan itu sebelum diceraikan kira-kira empat bulan lalu.

Menceritakan pengalamannya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini, wanita itu yang bercucuran air mata mengakui kehidupannya amat sengsara di Lombok hingga menyebabkan dia membuat keputusan nekad mahu pulang ke Malaysia.

Tambahan pula, jelasnya, dia tidak dapat menahan kesedihan setiap kali memandang wajah anaknya yang sering kelaparan.

"Saya bekerja di sebuah kilang tembakau dengan pendapatan 20,000 rupiah atau RM6 sehari dan saya tidak mampu tanggung tiga orang anak setelah ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurutnya, paling menyedihkan apabila dia dihalau dari rumah keluarga mertua dan terpaksa menumpang di rumah jiran sehingga anak-anak sering kelaparan.

"Setiap kali waktu makan, anak akan bertanya lauk apa yang ada hari ini dan saya menggeleng kepada tanda tiada lauk.

"Ekoran itu anak sulung saya mula berjalan di kampung-kampung berdekatan untuk mencari majlis kenduri bagi membolehkannya mendapat makanan percuma untuk dibawa pulang," katanya.

Katanya, akibat kesempitan hidup, dia dan anaknya terpaksa menumpang di sebuah rumah milik ibu angkatnya yang tiada bekalan elektrik serta air sebaliknya menggunakan pelita menerangi rumah itu setiap malam.

Jelasnya, dia dan anak-anaknya juga pernah tidak mandi berhari-hari kerana tiada bekalan air memandangkan tempat mengambil air terlalu jauh dari rumahnya.

"Rumah kami hanya diterangi dengan pelita dan ia juga diguna secara terhad manakala untuk mandi saya perlu menumpang di rumah jiran atau terpaksa berjalan jauh semata-mata untuk mandi.

"Saya juga pernah bekerja dari awal pagi hingga awal pagi keesokan harinya bagi membolehkan saya mendapat wang lebih bagi menampung perbelanjaan seharian," ujarnya.

Mengenai layanan keluarga mertuanya, dia berkata, dua tahun pertama di sana mereka melayannya dengan baik namun berubah selepas difitnah oleh iparnya sehingga menyebabkan hubungan keluarga retak, lalu dia dan anaknya dihalau dari rumah.

"Selepas kejadian tersebut, suami juga berubah dan kemudian terus meninggalkan saya ketika sedang mengandungkan anak ketiga.

"Selepas dua tahun ditinggalkan saya nekad bercerai dan mahu pulang ke Malaysia.

"Sebelum ini saya tidak dapat berbuat demikian kerana suami tidak membenarkan saya menghubungi keluarga di Malaysia selain merampas telefon bimbit," katanya.

Ku Faridah yang sebak ketika ditanya mengenai tiga anaknya yang tidak dapat pulang bersamanya, memberitahu, dia berjanji akan mengambil ketiga-tiga anaknya itu kelak.

"Saya sudah serik ke sana lagi dan tidak mahu menyusahkan keluarga di sini namun saya tetap akan membawa pulang anak saya itu," ujarnya.

Tiga cahaya matanya bersama Rosman iaitu Mohd. Haikal Daniel, 9, Puteri Balqis, 4, dan Dewi Helen Fiona,2, kini diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Sosial Jakarta.

Ku Faridah juga mempunyai dua anak lagi iaitu Wan Mohd. Haiman Harit Wan Mohd. Hilmi, 13, dan Wan Mohd. Hazwan, 11, hasil perkahwinan terdahulunya dengan rakyat tempatan




Lelaki ditahan masukkan botol deodoran dalam kemaluan tunang

KUCHING 28 Julai - Seorang peniaga ikan ditahan polis hari ini selepas dipercayai memukul dan memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan tunangnya dalam satu kejadian di sebuah rumah dekat Matang malam kelmarin.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di kediamannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu.

Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, wanita berusia 23 tahun yang bersendirian di rumahnya didatangi suspek lalu berlaku pertengkaran dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu lelaki terbabit terhadap mangsa.

Mangsa bukan sahaja dipukul dengan tukul oleh tunangnya malah lelaki itu mengambil botol deodoran milik wanita itu lalu merodok kemaluan wanita itu.

Selepas melihat mangsa dalam kesakitan, suspek melarikan diri. Mangsa menghubungi seorang ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis.

Mangsa yang ditemani beberapa ahli keluarganya dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun masih trauma dengan kejadian itu

Tiada ulasan: