Ahad, 25 Julai 2010

BIMBING RAKYAT INDONESIA DULU...MEREKA LEBIH PERLU....WALAUPUN SINI PERLU JUGA TAPI BIAR ORANG TEMPATAN YANG MEMBIMBING

ESQ: Jangan hentam, bimbing kami...
Jul 25, 10 9:07am
Syarikat program motivasi ESQ Leadership Center Sdn Bhd akan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjadi 'orang tengah' untuk mereka bermuzakarah dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pengurus Besar ESQ Marhaini Yusoff berkata ia bagi membolehkan syarikat itu menjelaskan perkara sebenar berhubung kandungan modul kursus motivasi anjuran syarikatnya yang diharamkan MAIWP kerana didakwa menyeleweng daripada ajaran Islam.

"Kami akan cuba menulis surat kepada menteri dan berharap beliau dapat menyediakan platfom untuk kita berbincang secara ilmiah dalam semangat yang betul.

"Memang segala hak untuk mengeluarkan fatwa itu ada pada negeri-negeri, tapi bagi kami sebelum mengeluarkan sebarang fatwa kami berharap diadakan muzakarah untuk kami menjelaskan sebarang kesamaran," katanya ketika ditemui media selepas majlis minum petang ESQ, di ibunegara semalam,lapor Bernama.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Panel Syariah dan Akidah ESQ, yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Katanya, langkah itu juga bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai memandangkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan kursus yang dijalankan mereka boleh dilaksanakan di negara ini.

"Selama ini pun kami memang minta untuk berbincang, dan kalau ada kesamaran dan perlu diubah kami boleh ubah, tapi jangan terus menghentam kami, tolong bimbing kami," katanya.

Marhaini juga menafikan dakwaan bahawa syarikat itu cuba membawa ajaran sesat dan mendokong falsafah liberal.

"Kalau kami liberal, tunjukkan di mana kami liberal, kalau kami murtad tunjukkan bukti atau statistiknya, kami yakin perkara ini boleh diselesaikan secara baik," katanya.

Pada 17 Jun lepas, MAIWP mengharamkan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership kerana mendapati ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Bagaimanapun, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 14 Julai lepas memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ.

ESQ yang ditubuhkan di negara ini pada 2006 merupakan sebuah syarikat yang menjalankan latihan modal insan dan ia diasaskan oleh warga Indonesia, Dr Ary Ginanjar Agustian

Tiada ulasan: