‘Pas sesat’ bukan rujuk akidah: Mohd Shafie
JERLUN - Kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’ yang diungkapkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini bukan merujuk kepada akidah pengikut Pas di seluruh negara sebaliknya hala tuju perjuangan parti yang terpesong dari landasan sebenar.
Mohd Shafie berkata, perkataan sesat yang digunakannya sebelum ini merujuk kepada objektif perjuangan Pas yang kononnya berpaksikan agama Islam tetapi kini parti itu sanggup mengenepikan perjuangan agama semata-mata memenuhi kepentingan politik peribadi.
”Kini semua orang dapat lihat Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup berpelukan bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang semata-mata demi kepentingan politik mereka,” katanya pada sidang media di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun, di Wisma Jerlun di sini semalam.
Menurutnya, beliau tidak akan tunduk dengan tekanan segelintir pemimpin Pas yang memintanya menarik balik kenyataan ‘Pas parti ajaran sesat’.
“Tiada sebab untuk saya berbuat demikian. Saya sudah jelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataan saya dan berharap perkara ini difahami jelas oleh pemimpin Pas,” katanya
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 16 Julai 2010
NO KOMEN...ALLAH SAHAJA YANG APA YANG DIMAKSUDNYA....CUMA HATI2 BERCAKAP....SEKARANG ORANG DAH BIJAK...DIAM SAJA TETAPI BERDOA...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan