Mufti perlu dihormati
SHAH ALAM – Golongan yang berpengetahuan luas dalam bidang agama seperti mufti dan ulama perlu dihormati dan disanjungi, bukannya dihina mahupun dicerca dengan gelaran dan perkataan yang mengaibkan.
Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, setiap individu termasuklah mufti dan ulama berhak mengeluarkan pendapat masing-masing dan perlu dihormati walaupun berbeza dengan pandangan sendiri atau orang lain.
“Gejala segelintir masyarakat yang tidak menerima nasihat sebalik:nya menghina golongan berilmu agama tinggi ini boleh memusnahkan institusi masyarakat sekiranya dibiarkan berterusan.
:“Sekiranya mereka tidak bersetuju dengan golongan itu mengenai sesuatu isu, berbahaslah secara akademik dan mengikut landasan yang betul bukannya mengutuk secara membuta-tuli,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.
:Menurut beliau, kekurangan ilmu menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan pandangan yang betul atau salah.
“Mungkin ada pendapat yang mempunyai pro dan kontranya, jadi setiap individu perlu mengkaji sedalamnya pendapat itu sebelum tidak menyetujuinya.
“Sekiranya ada yang perlu diperbaiki, belajar untuk memberi cadangan yang bernas kerana pandangan daripada mufti dan ulama ini adalah panduan kepada masyarakat,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pendakwah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkata, setiap pendapat yang dikeluarkan mufti dan ulama adalah demi kepentingan bersama.
“Dalam hal agama, mufti dan ulama adalah golongan yang perlu dijadikan rujukan kerana segala saranan mereka adalah bukan untuk kepentingan sendiri, sebaliknya sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membimbing umat.
“Saya bimbang mereka yang mengutuk mufti dan ulama ini akan terputus rahmat daripada Allah SWT kerana menolak kebenaran yang dibawa sekaligus menghina agama itu sendiri,” katanya.
Terdahulu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan beliau tidak kisah dihina dengan pelbagai gelaran mengaibkan seperti disiarkan beberapa laman blog.
Harussani menerima hinaan berkenaan selepas beliau memberi saranan agar pemimpin politik dapat mengadakan pertemuan demi mengajak umat Islam bersatu.
“Terpulang kepada mereka untuk menilai kerana sudah termaktub dalam al-Quran bahawa mencaci, memaki dan menghina orang lain adalah berdosa,” katanya
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Isnin, 26 Julai 2010
DALAM KEADAAN UMAT YANG BERJUTA SUDAH TENTU ADA YANG MUAK ATAS SIKAP SESEORANG,CUMA PENYAMPAIANNYA BIADAB TAPI KITA JUGA JGN BIADAB DENGAN ALLAH SWT..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan