Jumaat, 16 Julai 2010

BAGUSLAH JAGA FIZIKAL DUNIA.RASUAH,ROGOL,ZINA,LWN HUKUM ALLAH DLL TAK TERASA TERANC AMKE,SEBAB TERLIBAT SAMA KOD,INGAT! ALLAH BUKAN BODOH

NEGARA

Sungai Selangor makin terancam


KEADAAN kawasan mengorek pasir di Kampung Chuang, Rasa di Hulu Selangor yang boleh menjejaskan sumber bekalan air mentah di Sungai Selangor.


HULU SELANGOR - Meskipun aktiviti melombong pasir di kawasan seluas lapan hektar di Kampung Chuang, Rasa di sini didakwa dihentikan sejak April lalu, namun kerja-kerja melombong di situ telah meninggalkan kerosakan ekosistem dan struktur permukaan tanah di kawasan berkenaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati aktiviti perlombongan yang berlangsung selama lapan bulan di situ bukan sahaja telah merosakkan kawasan hutan dan permukaan tanah, malah dibimbangi bakal menjejaskan Sungai Selangor kerana sungai itu terletak cuma kira-kira tujuh meter dari tapak perlombongan.

Situasi itu tidak sepatutnya dibiar berterusan kerana Sungai Selangor merupakan sumber utama bekalan air mentah kepada kira-kira 24 peratus penduduk Lembah Klang seperti kawasan Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Klang, Batu Arang dan Rawang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baru, Wong Koon Moon berkata, Sungai Selangor boleh terjejas jika longgokan pasir atau tanah dari tapak perlombongan melimpah ke dalam sungai lalu menyumbat serta mengotori Sungai Selangor.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana jika pencemaran Sungai Selangor bertambah teruk maka bekalan air untuk penduduk turut terjejas," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tiada ulasan: