Isnin, 19 Julai 2010

ADAKAH FAEDAHNYA...PERKARA BEGINI ELOK DIELAKKAN BAIK WANITA ATAU LELAKI..

DUNIA

Wanita dilarang hisap shisha


SEORANG lelaki menyediakan shisha di sebuah kafe di Bandar Gaza kelmarin.


BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas yang menguasai Gaza melarang wanita daripada menghisap shisha kerana menganggap rumah tangga dan imej penduduk Palestin akan terjejas jika perbuatan itu dibenarkan.

Larangan itu merupakan usaha terbaru pergerakan tersebut untuk melaksanakan gaya hidup yang berteraskan peraturan ketat agama Islam.

"Adalah tidak sesuai bagi seorang wanita untuk duduk bersilang kaki dan merokok di tempat awam. Perbuatan itu mencemarkan imej penduduk kami," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Ehab Ghussein dalam satu kenyataan semalam.

Jurucakap Polis Hamas, Ayman Batneiji berkata, ramai wanita yang menghisap rokok di tempat awam telah bercerai apabila suami mereka melihat isteri masing-masing melakukan perbuatan itu.

Larangan itu diberitahu oleh beberapa pegawai keselamatan berpakaian biasa yang berjalan di sebuah kawasan kafe yang popular di Gaza.

Mereka mengarahkan tidak ditawarkan shisha kepada pelanggan wanita.

Pada mulanya, pemilik-pemilik kafe keliru dengan menganggap larangan tersebut turut melibatkan pelanggan lelaki.

Namun, seorang jurucakap Hamas mengeluarkan satu kenyataan bagi memberi jaminan kepada penduduk bahawa larangan itu hanya melibatkan wanita. - AP

Tiada ulasan: