Sabtu, 31 Julai 2010

TAK MUSTAHIL BAGI ALLAH..."KUN" MAKA JADILAH...

DUNIA

Misteri makhluk aneh di Britain


GAMBAR yang dirakamkan oleh Gill Pearce menunjukkan makhluk misteri yang berleher panjang di Goodrington, Britain.


EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.

Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).

Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.

"Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air," kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. - Agensi



DUNIA

Misteri objek langgar kapal tangki


GAMBAR fail menunjukkan kapal tangki M. Star


FUJAIRAH – Pihak berkuasa pelabuhan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam menyatakan kemungkinan kapal tangki Jepun, M. Star berlanggar dengan kapal selam atau terlanggar periuk api sehingga mengakibatkan dek kapalnya rosak semasa belayar melalui Selat Hormuz di Teluk Parsi dekat Iran.

Pengurus Besar Pelabuhan Fujairah, Kapten Mousa Mourad berkata, pemeriksaan yang dibuat ke atas kapal sepanjang 333 meter itu selepas ia tiba di pelabuhan tersebut menunjukkan kerosakan berlaku akibat kesan pelanggaran dengan sebuah objek.

“Kami belum pasti sama ada objek itu kapal selam atau periuk api,” katanya.

Seorang wartawan agensi berita Reuters yang melihat kapal itu mendapati terdapat satu lekuk besar empat segi dan beberapa tanda kerosakan di sebahagian badan kapal.

Agensi berita rasmi UAE, WAM menyiarkan gambar yang menunjukkan beberapa tingkap dan pintu kapal yang pecah.

Sebelum ini, media melaporkan kapal itu dibadai ombak misteri kelmarin manakala kerajaan Jepun menyatakan ia mungkin diserang.

Semasa kejadian, kapal itu membawa 2.3 juta tong minyak mentah ke Jepun.

Sementara itu di Tokyo, firma kapal tangki kedua terbesar dunia, Mitsui O.S.K. Lines Ltd. yang memiliki M. Star menyatakan, mereka telah mengupah beberapa pakar dalam kes serangan tentera untuk menyiasat kejadian tersebut. – Reuters



Tiada ulasan: