Ahad, 18 Julai 2010

TAHNIAH DAN BAGUS...TAPI KEMALANGAN FEBUARI ...JULAI BARU ZIARAH...SATU LAGI JANGAN PILIH KASIH UNTUK ZIARAH..

Pemuda Kota Raja ziarah mangsa kemalangan
Harakahdaily

KLANG, 17 Julai: Skuad Perihatin Dewan Pemuda PAS Kota Raja (DPPKR) telah turun menziarahi mangsa kemalangan jalan raya, Seksyen 30, kelmarin.

Skuad Perihatin yang diketuai oleh ketua Pemuda, Zainal Said bersama beberapa ahli jawatankuasa, antaranya melawat Zulkifli Said, 30, yang mengalami kecederaan lutut yang agak serius di Taman Amir Syafiqah Jalan Kebun.

Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan Februari yang lalu sewaktu pulang dari kerja berhampiran simpang Bukit Rimau-Berjaya Park yang kini masih dalam rawatan dan dijangka pulih sepenuhnya penghujung bulan Ogos.

Beliau yang berkhidmat di sebuah syarikat pengilangan kenderaan di Shah Alam terpaksa membiayai kos perubatan tambahan bagi memastikan pulih sepenuhnya.

Walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang dialami, tetapi masih terpancar keceriaan di raut wajah beliau menerima kunjungan Skuad Perihatin DPPKR.

Skuad Perihatin DPPKR turut melawat seorang lagi mangsa kemalangan jalan raya, Khairul Syafiq, 14 tahun yang patah kaki kanan sewaktu hendak pergi ke Sekolah Menengah Jalan Kebun.

Kehadiran Skuad Perihatin DPPKR ke rumah mangsa cukup bermakna bagi ahli keluarga kerana dapat mengurangkan beban yang ditanggung mangsa.

Justeru, Skuad Perihatin DPPKR mengingatkan kepada semua penunggang motosikal dan pemandu kenderaan agar berhati-hati di jalan raya dengan pertambahan jumlah kenderaan yang semakin meningkat.

Tiada ulasan: