ESQ: Kami mungkin mangsa persaingan | |||
|
Ini memandangkan, syarikat tersebut merupakan satu-satunya syarikat latihan pembinaan modal insan yang menggunakan modul berteraskan Islam di negara ini, kata pengurus besar syarikat itu Marhaini Yusoff.
"Tapi kita lebih suka untuk bersinergi daripada bersaing. Kalau ada mana-mana pihak berminat, kita sedia untuk sinergi," katanya ketika ditemui selepas satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya lagi, beliau bagaimanapun tidak pasti dengan jelas jumlah sebenar agensi kerajaan yang menyertai program anjuran syarikat tersebut, yang mula beroperasi sejak empat tahun lalu.
"Setakat ini 3,000 syarikat telah sertai latihan kami, dan ada juga pegawai kanan kerajaan.
"Tapi saya tidak pasti berapa ramai agensi kerajaan kesemuanya," katanya lagi.
Pengasas terbang dari Indonesia
Tambahnya, syarikat tersebut juga telah membatalkan kesemua program latihan yang dijadualkan untuk diadakan di Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam sidang media tersebut, pengerusi panel syariah syarikat itu Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan mufti berkenaan bagi mengadakan muzakarah.
Namun tarikh bagi pertemuan itu belum ditetapkan lagi, katanya.
Dalam sidang media berkenaan, pengasas ESQ Dr Ary Ginanjar Agustian turut hadir daripada Indonesia dan mengambil peluang menepis dakwaan yang dilemparkan ke atas modul latihan yang diperkenalkannya.
Beliau yang juga penulis buku ESQ: Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual tu berkata kandungan modul berkenaan sememangnya diasaskan dari teori sains oleh pemikir bukan Islam.
Namun teori tersebut dipersembahkan berdasarkan konsep dan ajaran Islam, katanya dalam sidang media sama
SEJAK AKHIR2 INI RAMAI MANUSIA MENGUNAKAN ISLAM UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN...JADI JUTAWAN SERTA HIDUP MEWAH DAN GAYA HIDUP MEREKA SENDIRI MACAM AHLI KOPRAT...BUKAN HIDUP MEMADA@ZUHUD....SEDIKIT SANGAT YANG MENGUNAKAN KEUNTUNGAN ITU UNTUK ISLAM BALIK....MEREKA NI MENJUAL AGAMA DENGAN DUNIA...KADANG2 SISTEM@KAEDAHNYA MELANGGAR SYARIAT ISLAM...BAGI ORANG JAHIL SANGAT MUDAH TERPENGARUH....ZAMAN NI RATA2 MANUSIAN ISLAM HAUSKAN AGAMA DAN IMAN...MAKA MEREKA INI MENGAMBIL KESEMPATAN SEPERTI MENANGGUK DI AIR KERUH...HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU APA MATLAMAT SEBENAR MANUSIA NI.,,NAK KAYA ATAU UNTUK DAKWAH...IAITU MEMANG UNTUK MENCARI KEREDAAN ALLAH SWT...
Pengasas ESQ nafi amal fahaman pluralisme
2010/07/29
KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat latihan pembinaan modal insan ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ), Dr Ary Ginanjar Agustin menjelaskan beliau bukan Islam liberal serta tidak mengamal fahaman pluralisme.Ketika ditemui pada sidang media bagi menjelaskan perkara itu semalam, Ary turut melafazkan dua kalimah syahadah serta mendakwa buku dan modul ESQ yang dihasilkannya berlandaskan
sepenuhnya kepada al-Quran
Katanya, beliau juga akan mengemukakan permohonan kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, bagi bermuzakarah menjelaskan segala kekeliruan yang timbul.
Biasanya jika seseorang itu sesat, ia akan mempertikaikan al-Quran, mengaku dirinya sebagai rasul, tapi siapa yang menyertai ESQ tidak ada perubahan akidah, katanya.
Kontroversi mengenai ESQ tercetus apabila Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ yang dikatakan bertentang dengan akidah Islam serta ajaran ahli sunnah waljamaah.
ESQ – Suatu Perbincangan
Sejak SS Mufti WP mengeluarkan fatwa tentang ESQ, banyak timbul persoalan dikalangan masyarakat, untuk membincangkan isu ini, beberapa orang sahabat yang pernah terlibat telah tampil membuat ulasan, untuk memudahkan para pembaca saila ke FB: Dr Abu Anas Madani atau Abdul Basit Abdul Rahman.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mufti-wilayah-esq-program-murtad-terancang-galak-islam-liberal/
Mufti Wilayah: ESQ program murtad terancang, galak Islam liberal
Oleh G. Manimaran
July 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang mengeluarkan fatwa mengharamkan program motivasi ESQ berkata, kandungan modul syarikat yang berpusat di Indonesia itu sarat dengan metode dan fikiran liberal, yang bertentangan dengan Islam.
“Lebih bahaya lagi apabila fikiran tersebut diserap melalui platform latihan kepimpinan yang terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa agama.
“Oleh itu, ia perlu disekat sebelum merebak menjadi ‘barah’, yang bakal merosakkan akidah dan syariah dan sukar dikawal lagi,” kata beliau dalam kertas kerja kajiannya bertajuk “Gerakan Islam Liberal Indonesia dan Kaitannya dengan ESQ”.
Program ESQ, yang wujud sejak satu dekad lalu, diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bulan lalu kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme dan ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
Bagaimanapun dua mufti — Tan Sri Harussani Zakaria dan Datuk Hassan Ahmad, masing-masing dari Perak dan Pulau Pinang, yang pernah menyertai program motivasi anjuran ESQ Leadership Center — memberitahu The Malaysian Insider bahawa modul syarikat itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan akidah, malah memberi kesan positif kepada peserta-peserta.
Setelah 10 tahun beroperasi, sejak 16 Mei 2000, sehingga kini jumlah alumni ESQ telah mencapai lebih 850,000 termasuk di Malaysia. Operasi di Malaysia bermula sejak 2006.
Kertas kerja Wan Zahidi ini dikeluarkan ketika muncul kontroversi berhubung fatwanya yang mengharamkan program motivasi ESQ. Fatwa itu dikeluarkan bulan lalu.
Dalam kertas kerjanya setebal 44 muka itu, beliau berkata, gerakan Islam liberal adalah usaha halus untuk mengeluarkan umat Islam daripada agama mereka tanpa disedari, dan ia dilakukan atas nama Islam.
Dengan kata lain jelas Wan Zahidi, ia adalah program pemurtadan yang terancang dan sistematik dilaksanakan melalui platform intelektual, ilmiah dan akademik.
“Gerakan ini didalangi oleh kuasa asing yang ingin meruntuhkan Islam khususnya Yahudi,” katanya lagi.
“Adalah diperhatikan bahawa di bawah panji Islam liberal ini terkumpul pelbagai anasir yang ingin merosakkan Islam termasuk Qadyani dan Syiah.
“Misalnya usaha menggugat keaslian Mushaf yang ada hari ini dan menganggapnya sebagai ‘perangkap Quraisy’ adalah daripada pemikiran Syiah yang menuduh para sahabat r.a. telah mengubah al-Quran.
“Dan, al-Quran yang sebenar dikenali dengan ‘Mushaf Fatimah’ ada pada Imam Mahdi ‘yang ghaib’.
“Mushaf ini akan lahir bersama kemunculan Mahdi yang dinantikan oleh umat Syiah,” kata Mufti Wilayah Persekutuan ini.
ESQ menurut Wan Zahidi, adalah satu kursus kepimpinan dan pengurusan yang diasaskan oleh Ary Ginanjar Agustian di bawah syarikat ESQ Leadership Center yang berpusat di Jakarta. Kini ia telah dikembangkan ke Malaysia melalui penubuhan beberapa pusat di Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.
Dakwa beliau, gerakan ini yang pada peringkat awalnya tidak begitu ketara ancaman berkembang dengan begitu dahsyat sekali seperti yang digambarkan oleh seorang intelektual Indonesia, Dr Ugi Suharto dalam bukunya “Pemikiran Islam Liberal” yang mempersoalkan mengapa sampai begitu dahsyat sekali faham pluralisme agama berkembang di Indonesia.
“Jawapannya adalah ringkas: kerana Indonesia secara perlembagaan tidak memberikan hak istimewa kepada Islam untuk menjadi agama rasmi negara, yang akhirnya Islam secara khusus tidak dilindungi dari segi undang-undang,” katanya.
Katanya, melalui metode “kemerdekaan berfikir” dan sikap pluralis, al-Quran telah ditafsir secara bebas dengan menggunakan teori mereka yang jelas murtad daripada Islam.
“Cara ini akan mengubah ajaran Islam sepertimana yang berlaku kepada Kristian,” ujar beliau lagi.
Oleh itu kata beliau, ia mesti menjadi pengajaran kepada Malaysia supaya terus mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara dalam perlembagaannya.
“Apabila tidak ada perlindungan undang-undang ini, maka anasir-anasir yang merosakkan Islam dari dalam begitu mudah disebarkan dalam masyarakat tanpa boleh dihalang oleh pemerintah Indonesia sendiri,” katanya lagi.
Kata beliau, keadaan itu seharusnya memberi pengajaran kepada masyarakat Islam di Malaysia supaya menangani unsur-unsur yang merosakkan akidah di peringkat awal lagi agar ia tidak berkembang hingga menjadi ancaman kepada akidah umat dan sukar dikawal lagi.
“Juga pihak berkuasa agama perlu memanfaatkan sepenuhnya undang-undang yang ada bagi membendung ancaman ini sebelum masanya terlewat.
“Di samping itu, dalam rangka melaksanakan tanggungjawab memelihara kemurnian akidah, pihak yang bertanggungjawab juga perlu peka terhadap taktik penyusupan yang menggunakan ‘platform’ bukan agama, khususnya yang datang dari luar negara,” katanya lagi.
http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/07/komen-peribadi-tentang-fatwa-esq-mufti.html
Beberapa hari kebelakangan ini penulis dihujani banyak pertanyaan berkenaan kedudukan fatwa pengharaman ESQ yang telah diwartakan oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan (SSDMWP) pada 17 Jun 2010. Sebagai seorang yang pernah beberapa kali mengikuti kursus ESQ (sebelum ia dibawa ke JK Fatwa Kebangsaan dan mempunyai Panel Syariah sendiri), menonton video-video dan membaca buku-buku ESQ, penulis merasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh SSDMWP tersebut. Lebih-lebih lagi penulis teramat sedih apabila timbul fitnah-fitnah lain berikutan pewartaan fatwa berkenaan. Komentar penulis berkenaan isu ini adalah seperti berikut:-
Pertama: SSDMWP telah melaksanakan tugasnya di bawah kuasa yang telah diberikan oleh Yg Di Pertuan Agong (YDPA) kepadanya. Oleh itu, mempertikaikan mana-mana fatwa yang telah diwartakan bermakna mempertikaikan YDPA. Bagi penulis sekurang-kurangnya bagi mereka yang tidak bersetuju pun,janganlah sampai lupa bahawa setiap wilayah @ negeri di Malaysia ini ada pihak yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kesucian agama Islam. Logiknya, jika seorang ahli agama @ ustaz yang telahpun memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam sendiri pun perlu menghadiri temuduga utk memperoleh tauliah mengajar, apatah lagi ‘orang luar’ yang bukan dlm bidang agama ingin menyampaikan ajaran agama (walaupun berkonsepkan motivasi) di negara ini.
Kedua: Setakat pengetahuan penulis, tiada lagi fatwa yang dikeluarkan secara semberono oleh mana-mana institusi fatwa di Malaysia. Semuanya sudah tentu berasaskan satu kajian yang konkrit dan menyeluruh serta diputuskan melalui musyawarah oleh golongan yang berkeahlian. Hujjah-hujjah mengapa fatwa itu dikeluarkan jelas disebutkan di dalam kertas pewartaan. Sama ada ia dipersetujui atau tidak, itulah penemuan dan dapatan yang terhasil daripada kajian dan ijtihad yang dilakukan.
Ketiga: Fatwa pengharaman sesuatu perkara tidak semestinya merujuk kepada haramnya sesuatu perkara itu pada zatnya. Kadang-kadang ia lebih bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang mungkin akan membawa kerosakan pada masa-masa akan datang atau disebut sadd al-zara’i’. ESQ tidak boleh menafikan bahawa kini mereka mempunyai dua versi yang berbeza. Versi pertama iaitu sebelum ditegur dan belum mempunyai panel syariah sendiri. Versi kedua iaitu selepas ditegur dan telah melantik Panel syariah. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui adakah ESQ benar-benar telah menerima ‘perubahan versi’ itu atas dasar ia menyalahi aqidah dan syariah..atau..ESQ hanya mengubahnya kerana itu kehendak ‘client’ di Malaysia. Wallahu a’lam.
Keempat: Alasan yang mengatakan bahawa “tiada apa-apa keraguan pada ESQ kerana saya sendiri telah mengikuti kursus tersebut” tidak boleh diterima bulat-bulat untuk menjustifikasikan bahawa ESQ itu 100 persen halal. Orang yang mengkaji ESQ hanya dengan mengikuti kursus-kursus ESQ tidak akan menemui ‘apa sebenarnya sumber ilmu’ ESQ. Apa yang ada di dalam kursus tersebut hanyalah metodologi penyampaian ESQ berserta aspek teknikalnya sahaja. Tetapi ideologi pengasasnya bagaimana? Apa alirannya? Siapa gurunya? Apa sumber ilmu dan rujukannya? Oleh itu, penulis berpandangan SSDMWP bukan hanya menilai ESQ melalui kursus-kursus yang dijalankan tetapi yang lebih penting ’sumber ilmunya’ iaitu melalui buku-buku karangannya dan tuan gurunya.
Kelima: ESQ bukan lahir sebagai satu kursus motivasi biasa seperti tanggapan sesetengah pihak. Ia bermula dengan satu teori yang dikarang oleh Ary Ginanjar melalui bukunya ‘Membangun Kesuksesan Berdasarkan 5 Rukun Iman dan 6 Rukun Islam’ pada 2001, diikuti dengan buku ‘ESQ Power’ dan ‘ESQ: Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual’. Buku-buku ini sepatutnya menjadi kajian utama para pengkaji ESQ kerana di sinilah bermulanya ESQ dan ESQ tidak akan wujud jika tiada ‘ideologi’ yang terkandung di dalam buku-buku ini. Ideologi bukan sesuatu yang mudah untuk dikompromi, walaupun isi kandungan ini telah dibincangkan oleh Panel Kajian Aqidah JAKIM & Panel Pemantau JK Fatwa dengan Ary Ginanjar, tetapi ESQ tidak pernah membuat perakuan bahawa ideologi yang wujud dalam buku tersebut adalah menyalahi aqidah sebaliknya hanya bersetuju untuk menukarkannya dengan versi baru yang ‘Malaysia compliance’. Penulis tidak pasti adakah modul ESQ di Indonesia atau di tempat-tempat lain telah diubah seperti apa yang wujud di Malaysia? Jika yang diubah hanya ESQ versi Malaysia bermakna ESQ hanya menurut ‘Malaysia compliance’ bukan ‘Syariah compliance’!
Keenam: Orang yang ‘bukan ahli’ janganlah terlalu cepat melatah dalam isu agama sehingga ke peringkat memperlekehkan institusi fatwa atau mufti. Alasannya hanya mufti wilayah yang mengeluarkan fatwa tetapi mufti lain tidak. Bagi penulis, tindakan SSDMWP sememangnya tidak popular di kala ESQ diterima baik oleh ramai tokoh agamawan dan pelbagai pihak. Tetapi sejarah telah membuktikan, apabila ia melibatkan isu ‘ideologi’ yang sukar dilihat oleh zahir mata kecuali oleh mereka ‘yang ahli’, maka tidak hairan jika ada fatwa yang menongkah arus. Ia tidak berbeza dengan tindakan Imam al-Ghazali yang mengkafirkan al-Farabi dan Ibn Sina ketika masyarakat memuji kedua-dua mereka sebagai tokoh matematik, politik dan perubatan. Al-Ghazali mengkafirkan mereka kerana pengaruh pemikiran falsafah yang meresap ke dalam ideologi mereka dalam bab ketuhanan yang menyeleweng daripada aqidah Islam yang sebenar (Rujuk kitab al-Munqiz min al-Dhalal atau Tahafut al-Falasifah). Bagi Imam al-Ghazali kesalahan kedua-dua tokoh itu adalah muktamad, bagaimanapun Ibn Rusy menolak pandangan al-Ghazali dalam kitabnya ‘Tahafut al-Tahafut’ dengan menghujjahkan bahawa kesalahan kedua-dua tokoh itu bukan perkara yang muktamad (qat’iy). Adakah dengan pengkafiran al-Ghazali terhadap al-Farabi dan Ibn Sina boleh menjatuhkan martabat keilmuan al-Ghazali? Penulis tidak fikir mana-mana ‘orang berilmu’ yang memahami tradisi keilmuan akan mengatakan begitu.
Ketujuh: Bidang perbahasan ESQ bukanlah berfokus kepada isu syariah semata-mata, ia lebih kepada perbahasan ilmu falsafah, usuluddin dan pemikiran Islam. Para ulama yang pakar dalam bidang ini sepatutnya diberi ruang yang seluas-luasnya untuk membongkar segala-galanya tentang ESQ. Mereka lebih berhak untuk memperkatakan tentang ESQ kerana mereka adalah ahli dalam bidang tersebut. Selain memahaminya dari konteks agama Islam, penguasaan terhadap teori dan falsafah Barat juga amat penting bagi memastikan kita tidak tertipu di sebalik pelbagai istilah dan teori yang diketengahkan. Sebagai contoh, penulis tidak fikir semua orang memahami apa itu perrenial philosophy dalam perbahasan Barat. Satu falsafah ketuhanan yang amat halus dan licik dan boleh meresap dengan mudah tanpa disedari oleh penganut agama itu sendiri.
Kelapan: Seorang ahli ilmu tidak sewajarnya menilai ESQ hanya pada zahirnya. Ia seperti mengatakan, “adakah kita mahu mengharamkan ESQ sedangkan ESQ telah banyak mengubah orang yang tidak solat kepada bersolat, tidak bertudung kepada bertudung…dll”. Bagi penulis, kalau ini hujjahnya maka apa salahnya ‘Syiah’ dan ‘al-Arqam’, bukankah kumpulan-kumpulan ini amat indah pada zahirnya. Tetapi apabila ideologinya dibongkar, di sana jelas terlihat kedangkalan pegangan mereka. Mungkin ini yang menjadi keutamaan SSDMWP ketika memutuskan fatwa tersebut.
Kesembilan: Bila dibuat perbandingan antara ESQ versi asal dan versi yang diubah, penulis dapati tiada lagi keistimewaan ESQ. Dulunya konsep pencarian, suara hati, asimilasi sifat tuhan, God Spot dan rumus Zero Mind Process menjadi hardcore subject dalam kursus ESQ. Tetapi kini fokus ESQ lebih kepada monolog-monolog yang meruntun hati para peserta untuk menangis. Kelebihan teknikal seperti penggunaan layar besar, kesan bunyi, pencahayaan dan kepakaran berpidato digunakan oleh para trainer untuk mengujudkan suasana sedih hingga menyentuh hati para peserta. Bagi penulis, jika ini yang menjadi kelebihan ESQ, ia bukanlah isu besar yang perlu dipertahankan sangat. Ia tiada beza dengan para pakar motivasi di Malaysia, cuma bezanya hanyalah ‘persoalan teknikal dan metodologi penyampaian’.
Kesepuluh: Bagi individu yang was-was sama ada mahu menyertai ESQ atau tidak. Nasihat penulis adalah seperti sabda Baginda SAW: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan”. Insya-Allah kita akan selamat dan keluar daripada segala bentuk syubuhat, khilaf atau segala keraguan.
Sebagai rujukan semua, di sini adalah beberapa keraguan yang pernah ditimbulkan terhadap ESQ berdasarkan kitab rujukan utama mereka (yang akan dibekalkan secara percuma kpd setiap peserta kursus-versi lama):-
http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=449142796082&id=226669856575&ref=mf
Serabut sungguh kelihatan keadaan ilmuan agama rasmi kerajaan dalam hal ESQ. Ramai pula yang meminta ulasan saya. Sebenarnya saya telah mengulas berkenaan ESQ tahun lalu. BUKA SINI (http://www.zaharuddin.net/content/view/828/95 ). Pun begitu, ulasan kontrusktif saya itu dilihat negatif oleh penyokong taksub ESQ. Sehingga ramai juga yang menyerang saya dek kerana terbuai emosi cintakan ESQ.
Ulasan saya itu diambil perhatian seketika oleh pihak ESQ di ketika mereka diserang oleh JAKIM. Apabila mereka berjaya mendapat tapak sokongan melalui Mufti Perak, Menteri dan lain-lain tokoh. Ada yang melaporkan kepada saya, bahawa cadangan dan teguran saya hampir semuanya dibakul sampahkan sahaja. Malah di ketika pengurusan ESQ cuba memperbaiki modul mereka dengan membuang mana-mana bahagian yang dikira boleh mendatangkan masalah, sebahagian penyokong ESQ membantah sehingga membuat petition rasmi. Contohnya, mereka tidak mahu ‘joget dan lagu matahari’ mereka ditiadakan, dan macam-macam lagi tuntutan mereka. Pengurusan berbelah bahagi. Akhirnya lagu matahari dan joget itu dilaporkan telah diendorse oleh seorang mufti yang kuat menyokong ESQ, katanya sesuai untuk anak muda. lalu cased is closed, no need to change. Begitu juga banyak lagi hal lain yang tidak lagi dalam ingatan saya.
Sejak dari itu, ESQ sudah saya abaikan dari perhatian, khususnya apabila mereka telah menubuhkan majlis penasihat Shariah sendiri. Bagi saya, urusan semua peserta ESQ dan pengurusan ESQ di hadapan Allah sudah dipindahkan kepada bahu lima orang penasihat Shariah itu. Jika masih ada yang sesat atau menyeleweng, mereka lima orang itulah yang akan menanggungnya dahulu, diikuti oleh penggerak utama.
HANGAT SEMULA
Kini, ESQ digugat lagi oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Saya kira mungkin ada baiknya juga, biar pihak ESQ lebih celik mata untuk menapis kandungan ESQ dengan lebih rapi. Perlu ingat, bukan hanya kandungan, tetapi juga implementasi. Kandungan betul boleh sahaja disampaikan dalam bentuk yang salah dan tidak menepati hukum Islam. Warta Mufti Wilayah itu juga mungkin boleh membuka peluang kepada pelbagai ilmuan dari pelbagai aliran untuk campur tangan, menyemak dan membetulkan apa yang sudah ada di dalam ESQ. Dari tinjauan saya di akhbar online hari ini dan semalam (9-10 Julai 2010), pelbagai pihak berkuasa agama mula berjanji melakukan semakan lagi terhadap ESQ.
Ada yang menggaru kepala bila membaca kenyataan ini (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010070911483620100709114836/Article/) :-
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lalu yang dihadiri mufti-mufti memutuskan ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam serta tidak bertentangan dgn ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. ”
Lalu, mengapa Mufti Wilayah berbeza?
Tidak perlu dipelikkan, sejak dahulu pun Mufti negeri tidak semestinya sependapat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, lihat sahaja jawatankuasa rasmi fatwa kerajaan Negeri Selangor tahun 1993 yang dipengerusikan oleh Al-Marhum Dato’ Hj Ishak baharom berkenaan ASB (buka halaman 14). Pandangannya tidak sama dengan mufti yang lain. Buka di :
http://www.muftiselangor.gov.my/PortalFatwaSelangor/html/Download/Keputusan/KeputusanFatwa1993/KoleksiKeputusanFatwa1993.pdf
Malah mufti Perlis lebih banyak berbeza pandangan dengan mufti-mufti lain sejak dari dahulu lagi. Itu kerana mereka berlainan ‘kem’ (muda dan tua). Tetapi apa yang menarik dalam isu ASB dan ESQ kali ini, mufti yang berbeza pandangan adalah dari satu ‘kem’, iaitu ‘kem kaum tua’ dalam kata lain BOLEH DIKATAKAN IA IBARAT Mufti Wilayah vs Mufti Perak. Keduanya dari kem yang sama, malah juga dari aliran politik yang juga sama. Walau ia kelihatan negatif, namun ia juga merupakan satu perkembangan yang baik dalam dunia intelektual. Sukar sebelum ini dijumpai atau dibenarkan berbeza pendapat di kalangan mereka. Ia sebuah petanda, perkembangan ilmu masih wujud.
PERBEZAAN PANDANGAN MUFTI
Hal yang sama kini berlaku dalam bab ESQ, walau mufti-mufti lain bersetuju dengan ESQ, adalah menjadi hak Mufti Wilayah dan jawatankuasa fatwanya untuk berbeza pendapat. Cuma harapan saya semasa membaca warta itu adalah, hujah-hujah di sebalik pengharaman dan penyesatan itu mestilah kukuh, tepat, jitu dari hasil kajian teori dan lapangan. Justeru, saya mengharap penemuan baru yang jitu dan tepat akan disampaikan di dalam warta rasmi fatwa itu.
Malangnya, apabila saya membaca warta tersebut, sebahagian besar kandungan kelihatan ‘outdated’, malah adakalanya kelihatan ‘sebiji’ dengan hujah yang disebar di blog esqsesat.blogspot, sebuah blog yang ‘tidak bernama, tidak berpunya atau yang berpemilik tapi agak penakut, bimbang disaman’. Sifat blog tersebut menjadikan isinya tidak berautoriti.
Jika begitulah kandungan warta rasmi Mufti, saya bimbang ia selepas ini akan menjatuhkan sedikit krebiliti mufti sahaja di mata masyarakat umum khusus mereka yang berpendidikan tinggi dan mampu menganalisa. Namun jika itu diyakini oleh mereka sudah mencukupi, pihak terlibat wajar memberikan perhatian dan semakan lebih mendalam.
Pihak ESQ pula, tidak boleh mendabik dada dengan sokongan ulama Indonesia dan senarai panjang mereka. Jika mereka ingin terus bertapak kukuh, mereka perlu memberi respon baik dan ilmiah kepada inti warta itu, bukan hanya sekadar menyatakan “kami ada penasihat Syariah”, “kami ada senarai ulama Indonesia yang menyokong”, “ulama singapura” dan sebagainya. Penasihat Syariah ESQ perlu bekerja kuat untuk menulis bahan ilmiah ini dengan bijak dan tidak hanya duduk berehat sekadar menunggu wartawan datang, membiarkan pengurusan ESQ kelam kabut menangani masalah ini.
Apa yang perlu diberi perhatian, saya pernah bertanya kepada seorang trainer ESQ tahun lalu,
“Adakah jika perubahan dibuat maka ia akan dibuat bagi seluruh modul ESQ atau hanya bagi modul tertentu dan di malaysia sahaja, kerana ia memasuki pasaran Malaysia?”
Saya kurang ingat jawapannya, namun ia tidak begitu positif sehingga memberikan saya kefahaman dan kesimpulan berikut :
“Modul akan diubah mengikut permintaan dan restriction tempat sasaran masing-masing. namun yang asal belum pasti tertakluk kepada pelbagai aspek lain..”
Jika demikian, perubahannya adalah hanya form dan bukan susbstance. Wallahu’lam.
KESIMPULAN
Apa-apa salah tapi masih boleh diperbetulkan, jangan terus diharamkan khususnya jika ia terbukti boleh membawa kebaikan. Lebih cantik jika dihantarkan surat rasmi amaran mungkin, atau dipanggil berdiskusi secara tertutup terlebih dahulu. Bukankah Islam mengarahkan musyawarah dengan kedua-dua pihak sebelum keputusan dijatuhkan. Jika semua itu telah dilakukan, maka tiada cadangan saya tadi relevan lagi.
Pihak ESQ pula, jangan hanya menghantar Pak Ary berdiskusi dengan ulama dalam hal ini. Pak Ary bukan berpendidikan rasmi bidang agama, lalu laras bahasa yang digunakan mungkin berbeza, menyukarkan perbincangan menyebabkan pak ulama tidak dapat menangkap maksud mereka. Oleh itu, pastikan bawa sekali penasihat Shariah mereka yang tahu serba serbi berkenaan ESQ secara total (teori dan praktikal serta hujah bagi semuanya), agar mereka boleh menjadi lisan ketika menerangkan kepada para ulama.
Terus terang saya katakan, ketika saya menyemak ESQ tahun lalu (iaitu pada Mei 2009), saya diberikan jawapan bertulis Pak Ary kepada JAKIM dan Majlis Fatwa (kurangpasti). Namun banyak jawapannya tidak kemas pabila dianalisa menurut piawan ‘Ulum Aqidah, Fiqh dan Usul Fiqh. Malah ia juga tidak akademik. Mungkin ia kemas dari kacamata ilmu motivasi dan falsafah tetapi ia sama sekali tidak memuaskan dari tiga perspektif ilmu di atas. Sebab itu, respon Pak Ary perlu ditransformkan oleh Penasihat Shariah ESQ sebelum diserahkan kepada JAKIM, Mufti Wilayah atau mana-mana pihak berkuasa agama.
Kemudian pada feb 2010, saya difahamkan jawapan baru selepas transformasi dan semakan oleh majlis Shariah ESQ telah dibuat, ia mengandungi jawapan rasmi terhadap dakwaan yang terdapat dalam warta Mufti Wilayah. Anda boleh baca di sini (http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/jawapan-kpd-isu2-yg-ditanyakan-oleh-alumni-esq_2.pdf ) . Adapun saya tidak boleh memberikan sebarang komen ke atas dokumen itu kerana tidak punyai masa dan minat untuk menelitinya. Harapan saya ia sudah berjaya ditransformasi oleh penasihat Shariah sehingga menepati laras tiga ilmu asas tadi.
Perbezaan pandangan ulama diakui sentiasa wujud maka fahamilah ini. Jika Wilayah berkeras dengan keputusan mereka, hormatilah hak mereka dan jangan dipaksa mereka mengubah warta mereka melalui pengaruh kuasa politik atau administrasi. Ia hanya akan menghancurkan tahap independent sesebuah badan berkuasa agama di dalam Negara kita. Bukankah sudah begitu system di dalam Negara kita?, setiap negeri diketuai oleh Sultan mereka, manakala urusan agama di Wilayah & Pulau Pinang diketuai oleh YDP Agung. Sebab itu ada negeri seperti Perlis yang berpendirian sedikit berbeza dengan negeri lain, itu juga hak mereka, jangan semudahnya menyesat dan mengutuk. Begitu juga sebaliknya.
Moga pembaca tidak terus keliru dengan perkembangan itu. Saya kira, selepas ini saya mungkin tidak akan mengulas apa-apa lagi berkenaan ESQ. Cukuplah ulasan panjang lebar tahun lepas dan ulasan ringkas ini.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/941/72/
Ulama Indonesia: Alasan haram ESQ terlalu umum | |||
|
Pandangan itu dinyatakan demikian ketua umum Muhammadiyah Prof Din Shamsuddin dan pemimpin Nahdhatul Ulama Drs Amidon Shabirah yang hadir ke satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.
"Kita boleh bincang semua masalah untuk jernihkan hubungan antara kita... Kami sangat terbuka (untuk bertemu) tambahan lagi kami sudah datang ke (Malaysia)," katanya.
Difahamkan, usaha untuk mengatur pertemuan di antara pengurusan ESQ Leadership Center di Malaysia telahpun dijalankan melalui Jabatan Perdana Menteri.
"Saya menilai kenyataan itu terlalu umum dan tidak mendasari hujah yang luas," katanya yang telah meneliti sepuluh alasan yang dikemukakan dalam pewartaan pengharaman tersebut.
"Dalam Islam kita diminta berhati-hati untuk menilai orang Islam sebagai sesat atau keluar akidah.
"Tidak semudah itu untuk menuduh seseorang sebagai sesat. Kalau saya ditanya, saya bertanggungjawab untuk memberikan pandangan (sebagai mufti)," katanya lagi.
Katanya, MUI mempunyai beberapa biro, termasuk biro fatwa dan biro kajian yang akan menjalankan penelitian terhadap aktiviti mazhab tertentu yang 'disangsikan' seperti gerakan Ahmadiah.
Jelasnya, persidangan MUI terakhir bagaimanapun tidak membincangkan perkara itu kerana ia dianggap bukan satu isu besar.
"Di Indonesia, isu ini dianggap sudah selesai," kata Din lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan