Sabtu, 24 Julai 2010

PELIK BUNYINYA... AKAL MANUSIA BEGINI... KREATIFNYA DAN CANGGIHNYA..SEMATA2 TAK MAHU MENGGUNA HUKUM ALLAH

hairan...,manusia Allah hidupkan...kurniakan pelbagai
rzki...bila bab undang2 Allah dketepikan...xmau guna pakai..guna
undang2 sendiri @manusia cipta...xingat mati..xtakut neraka...menolak
bererti INGKAR pada PERINTAH ALLAH...ni bermakna TURUT pada
HASUTAN syaitan...bererti menempah NERAKA ALLAH...




NEGARA

Sekolah khas untuk pelajar mengandung


SEKOLAH khas untuk pelajar mengandung dicadang bagi mengelak berulangnya kes seperti bayi perempuan dalam gambar ini yang ditemui di perhentian bas oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru semalam.


MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.

Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.

"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.

Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.

Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.

Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.

"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya



Tangani kes buang bayi

BANDARAYA MELAKA – Melaka akan menubuhkan Sekolah Murid Mengandung sebagai usaha mengurangkan gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini.

Setakat ini, perbincangan antara Kerajaan Negeri, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Jabatan Pelajaran Negeri sudah meluluskan dasar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, tindakan itu sebagai alternatif kepada pelajar berkahwin awal bagi membendung masalah sosial dalam kalangan mereka.

“Kita sebenarnya mahu mengelakkan maksiat daripada terus berlaku dan tidak mahu lagi gejala pembuangan bayi ini berterusan berlaku dalam masyarakat.

“Jika sudah tidak boleh tahan nafsu, mereka boleh kahwin awal dan Kerajaan Negeri akan beri RM500 untuk menaja pernikahan ringkas mereka," katanya selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab Jaim Batang Tiga Timur, semalam.

Menurutnya, Jabatan Pelajaran tiada halangan kerana dalam dasar sekolah tidak tercatat pelajar mengandung tidak boleh bersekolah.

"Bagaimanapun, jika Kementerian Pelajaran tidak bersetuju dengan cadangan ini, Kerajaan Negeri sanggup melaksanakan sendiri kerana benar-benar memandang serius masalah ini," katanya.

Ditanya sama ada usaha itu boleh meningkatkan penceraian, Mohd Ali berkata, usaha menyelamatkan bayi tidak berdosa dan mengelak maksiat perlu diutamakan.

Katanya, masyarakat perlu kembali semula kepada cara lama iaitu berkahwin awal untuk mengelak gejala negatif



Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

KUALA LUMPUR - Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul di sini, malam tadi.


Mayat yang masih bertali pusat dan diselimut dengan kain itu ditemui dalam tong sampah pada kira-kira pukul 10 malam oleh pengutip barang-barang lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu.

"Ketika lelaki itu menggeledah tong sampah untuk mencari barang-barang yang boleh dikitar semula, dia menemui satu bungkusan plastik yang berisi mayat bayi itu bersama urinya," kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang dalam tempoh kurang dari empat jam sebelum mayatnya ditemui.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Rahsia bocor

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
2010/07/24

MELAKA: Seorang remaja mengambil kesempatan ketiadaan ibu bapanya di rumah untuk membawa teman wanita serta sepasang kekasih yang juga rakannya untuk melakukan maksiat.

Bagaimanapun, tindakan dua pasangan remaja berusia antara 15 dan 17 tahun itu menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat bersuka ria tidak berpanjangan apabila dicekup penduduk di sebuah kawasan di pinggir bandar ini, semalam.


Semua mereka diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana berkhalwat.


Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, rahsia remaja lelaki berusia 17 tahun mengajak teman wanita serta rakannya ke rumahnya bocor selepas seorang lelaki lain datang ke rumah terbabit untuk membuat kerja penyelenggaraan.


Katanya, ketika itu lelaki berkenaan hanya menemui remaja terbabit, bagaimanapun dia terdengar suara perempuan di rumah itu.


“Lelaki berkenaan memaklumkan kepada penduduk mengenai kehadiran rakan perempuan remaja terbabit sebelum pemeriksaan dilakukan sekumpulan anggota persatuan penduduk.


“Selepas kumpulan itu tiba, mereka memanggil remaja terbabit dan baru rakan yang lain keluar. Pemeriksaan mendapati semua mereka tidak mempunyai hubungan mahram dan ditahan sebelum diserahkan kepada Jaim,” katanya, di sini, semalam.


Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati remaja berusia 17 tahun itu memanggil rakannya datang ke rumah selepas ibu bapanya berada di luar daerah atas urusan peribadi.


Katanya, kesempatan itu diambil remaja lelaki terbabit dan teman wanitanya serta dua lagi rakannya untuk masuk ke rumah berkenaan, kira-kira jam 2 pagi.


“Mereka tidur di rumah itu hingga ditahan dan diserahkan kepada Jaim,” katanya.


Menurutnya, remaja terbabit tidak lagi bersekolah manakala tiga remaja lain dipercayai ponteng




Bawa bayi tutup khalwat

Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
2010/07/24

ALOR SETAR: Helah seorang wanita yang cuba memberikan susu kepada bayi berusia empat bulan yang juga anak kepada teman lelakinya yang sudah berkahwin gagal memperdaya anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sebelum mereka ditahan dalam sebuah motel di Jalan Pegawai di sini, kerana berkhalwat, awal pagi semalam.

Dalam serbuan itu, wanita berusia 20-an itu pada mulanya mendakwa bayi dipangku sebagai anaknya, namun siasatan lanjut mendapati bayi itu sebenarnya anak kepada pasangan lelakinya berusia 30-an.


Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, dalam operasi kira-kira jam 1 pagi itu, anggotanya membuat serbuan di motel terletak di satu kawasan perumahan sebelum mengetuk pintu bilik berkenaan berkali-kali.


Beliau berkata, pintu bilik itu kemudian dibuka seorang lelaki dan membenarkan pemeriksaan lanjut dijalankan.


“Pada mulanya, kami menyangkakan pasangan itu sudah berkahwin kerana terdapat seorang bayi berusia kira-kira empat bulan di pangkuan seorang wanita.


“Mereka memberi alasan konon sudah berkahwin dan datang ke sini untuk suka-suka menyebabkan terpaksa menyewa motel berkenaan. “Bagaimanapun, tindakan pasangan itu yang mencurigakan dan seolah-olah ketakutan menyebabkan kami mengesyaki mereka berkhalwat sebelum menjalankan siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, ketika pemeriksaan, wanita itu terus berlakon dengan berpura-pura menjaga bayi itu yang didakwa anaknya dengan memberikan susu botol dan memujuk bayi berkenaan berhenti menangis.


Bagaimanapun, katanya, lakonan wanita itu tidak menjadi apabila bayi berkenaan tidak henti-henti menangis ketika di pangkuannya dan berlarutan hingga pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut.


Beliau berkata, pihaknya mengesyaki sesuatu yang mencurigakan apabila wanita itu gagal memujuk bayi berkenaan yang terus menangis walaupun diberikan susu.


“Apabila disoal siasat, wanita itu akhirnya mengaku bayi itu anak kepada pasangannya dan tindakan mereka membawa bayi berkenaan semata-mata untuk mengaburi pihak berkuasa.


“Wanita itu dipercayai masih bujang dan berasal dari Sungai Petani manakala pasangannya yang sudah berkahwin turut menetap di daerah sama,” katanya


Dalam operasi sama, pihaknya menahan satu lagi pasangan berusia 23 dan 28 tahun dari Kepala Batas, di sini yang dicekup di motel sama

Tiada ulasan: