Khamis, 15 Julai 2010

MALAYSIA TIADA KE KEPAKARAN BIDANG INI...HINGGA TERPAKSA AMBIL DARI LUAR...YANG KITA TAHU NEGARA ITU PUN ADA MASALAH DALAM PENGHAYATAN ISLAMNYA....

NEGARA

ESQ akhirnya dapat lampu hijau


ABDUL SHUKOR menunjukkan laporan mengenai isu kursus ESQ di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia semalam memutuskan bahawa kursus Latihan Kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik oleh ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ).

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai setelah pihaknya membincangkan isu kursus ESQ sebanyak tujuh kali bermula April tahun lalu sehingga mencapai keputusan muktamad pada 16 Jun lalu.

"Muzakarah juga memutuskan supaya ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti, perlakuan yang boleh menimbulkan keraguan atau yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan syariat Islam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul kursus motivasi anjuran ESQ itu kerana mendapati ajarannya menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Antaranya mendakwa bahawa para nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian serta menekankan konsep suara hati sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan.

Menurut Abdul Shukor, pihaknya juga memutuskan kursus ESQ yang dipelopori Dr. Ari Ginanjar Agustian dari Indonesia itu mendapat pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jelas beliau, pihaknya juga bersetuju membuat ketetapan bahawa panel syariah ESQ perlu bertanggungjawab serta memantau sepenuhnya pembetulan atau pindaan yang dibuat dan pelaksanaan tindakan tersebut hendaklah dilaporkan secara berterusan kepada muzakarah

Tiada ulasan: