JANGAN BELASAH AJE...SYAITAN MEMANG LICIK..NI SEMUA ORANG MAKLUM JADI KITA KENA MOHON PERLINDUNGAN DARI ALLAH SWT....
Ronaldo bayar 'ibu tumpang' untuk anak Ronaldo
LONDON - Ketua pasukan bola sepak
Portugal, Cristiano Ronaldo didakwa membayar 'seorang ibu tumpang'
untuk mendapatkan anak lelakinya yang dilahirkan semasa skuadnya
bertanding di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Semalam, akhbar-akhbar menyiarkan pengakuan Ronaldo bahawa dia kini
menjadi seorang bapa tetapi identiti ibu yang melahirkan anaknya
dirahsiakan kerana pemain tersebut dikenali ramai masih bujang.
Akhbar Diario de Noticias melaporkan bayi itu dikandung ibu
tumpang tersebut sejak musim panas lalu di San Diego, Amerika Syarikat
(AS) semasa Ronaldo sedang bercuti.
Bayi seberat 4.30 kilogram itu dilahirkan pada 17 Jun lalu ketika
bintang pasukan Portugal itu berada di Afrika Selatan untuk perlawanan
Piala Dunia 2010.
Menurut sebuah akhbar, anak itu hasil hubungan Ronaldo dengan seorang wanita AS yang dibayar supaya menyembunyikan identitinya.
Bayi itu kini dipercayai dijaga oleh keluarga pemain tersebut di Algarve, selatan Portugal.
Kakak Ronaldo, Katia Aveiro menyatakan berita Ronaldo menjadi bapa itu adalah benar.
Aveiro memberitahu, bayi tersebut mempunyai mata dan rambut berwarna coklat seperti Ronaldo.
Stesen televisyen RTP di Portugal mendakwa bayi yang dilahirkan setinggi 53 sentimeter itu akan dipanggil Ronaldo.
Ronaldo menjadi bapa dua hari selepas skuadnya menentang pasukan
Ivory Coast dan empat hari sebelum membantu Portugal membelasah Korea
Utara dengan keputusan 7-0.
Akhbar itu turut melaporkan Ronaldo terbang ke Algarve untuk bertemu
dengan anaknya, sebaik sahaja Portugal tersingkir daripada Piala Dunia
selepas dikalahkan oleh Sepanyol pada 29 Jun lalu. - Agensi
ATAS KEGILAAN KITA DENGAN BOLA...SERTA MINAT TERHADAP SESEORANG PEMAIN...TREND INI TAKUT JADI IKUTAN...LEBIH2 LAGI YANG BERAGAMA ISLAM YG KURANG ARIF DLM AGAMA SERTA MEMPUNYAI IMAN YANG NIPIS...BEGITULAH HALUS SYAITAN NAK MENYESATKAN KITA..CUBA KITA FIKIRKAN KEHARUSANNYA...ADA ATAU TIDAK...IA MEMANG DE JUDI...BERCAMPUR GAUL...DEDAH AURAT YG MELAMPAU SERTA MELALAIKAN....AGAK2 BOLEH ATAU ADA KEHARUSAN TAK.....TANYA USTAZ2@ULAMAK2 YG HEBAT2...SYAITAN SUNGGUH LICIK DALAM MENGODA CUCU CICIT ADAM AS...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan