Isnin, 5 Julai 2010

HUKUM ALLAH DAH ADA....REJAM ATAU 100X ROTAN...TGOK DAH KAWIN ATAU BELUM...TAK KAN TAK SESUAI LAGI

Bapa bayi dibuang patut terima hukuman



2010/07/05

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kelana Jaya mencadangkan Kanun Keseksaan dipinda bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap lelaki yang menjadi pasangan wanita yang dihukum atas kesalahan membuang bayi.

Cadangan itu dikemukakan dalam satu daripada dua usul berkaitan sosial dan pendidikan yang dipersetujui sebulat suara pada persidangan perwakilan ketujuh pergerakan itu, di sini, semalam. Anggota Wanita Umno Cawangan Kelana Baru, Norshaireen Abd Khalid yang mencadangkan usul berkenaan, berkata kerajaan perlu menyemak semula peruntukan undang-undang mengenai fenomena pembunuhan dan pembuangan bayi yang dilihat semakin berleluasa kini.


“Mengikut Kanun Kesiksaan Seksyen 309A dan 309B, tiada peruntukan hukuman dikenakan terhadap lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang mendorong kepada tindakan tidak berperikemanusiaan itu. “Kajian juga patut dilakukan supaya hukuman maksimum dikenakan terhadap ibu bayi kerana membunuh atau sengaja membuang dengan niat membunuh,” katanya pada persidangan dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator, Datuk Maznah Mazlan itu. Seramai 218 perwakilan bahagian termasuk ketuanya, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin hadir pada majlis itu. Persidangan itu juga turut menyokong usaha Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur mewujudkan ruang khas menempatkan bayi bagi membolehkan mana-mana ibu terdesak yang tidak inginkan bayi mereka supaya dapat meninggalkannya dengan selamat di situ. Anggota Wanita Umno Cawangan Penaga Baru Zawyah Ibrahim pula mencadangkan Kementerian Pelajaran menyediakan sukatan pelajaran sesuai sebelum mengambil keputusan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).


“Kerajaan perlu ada kaedah memastikan pada tiga tahap pertama persekolahan (tahun satu hingga tiga), murid dapat menguasai 3M (menulis, membaca dan mengira) dan kaedah kemahiran lain dapat diperkenalkan untuk mengukur tahap kemahiran murid,” katanya




LIHAT QURAN...TANYA MUFTI2 DAN USTAZ HEBAT YANG SELALU MASUK TV DAN RADIO...TANYA SURAH APA SERTA AYAT KEBERAPA.....TENTU IA TAHU...TANYA LAGI BOLEH LAKSANA ATAU TAK ZAMAN NI....

LELAKI DAN WANITA MUHSAN@DAH KAHWIN REJAM...NI TERMASUK JANDA ATAU DUDA

LELAKI DAN WANITA MUHSAN DENGAN 100x ROTAN....

JANGAN BERDALIH2...YANG BUAT NI AHLI MAKSIAT BUKAN ORANG BAIK2....KALAU IA BAIK TAK IA BUAT...

Tiada ulasan: