Isnin, 12 Julai 2010

JADIKAN IKTIBAR@PENGAJARAN..INI SEMUA KERANA MENGABAIKAN ISLAM DAN HUKUM ALLAH...

DUNIA

775 mayat pembunuhan kejam dikebumikan semula


SEORANG wanita menangis di sebuah keranda saudaranya di kawasan perkuburan Potocari sebelum ia dikebumikan semalam.


SREBRENICA, Bosnia-Herzegovina - Puluhan ribu penduduk di sini semalam menghadiri pengebumian ratusan mangsa pembunuhan beramai-ramai pada ulang tahun ke-15 jenayah paling kejam di Eropah sejak era tentera Nazi.

Satu kawasan tepi bukit digali bagi menempatkan 775 mayat yang merupakan pengebumian paling besar di bandar Srebrenica setakat ini.

Mayat itu ditemui dalam satu kawasan perkuburan besar dan dikebumikan semula semalam.

Namun jumlah itu merupakan satu persepuluh daripada lelaki termasuk budak yang dibunuh apabila anggota-anggota penentang Serbia menawan bandar ini pada Julai 1995.

Dalam Perang Bosnia itu yang berlaku di sini, kira-kira 30,000 penduduk bergegas ke sebuah pangkalan tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Potocari untuk mendapatkan perlindungan. - AP

Tiada ulasan: