Isnin, 12 Julai 2010

YANG PENTING AMALAN ISLAM DAN TAK MENGHALANG TUK JADI TAKWA






DAH TAKDIR DE HIKMAHNYA MUNGKIN ELOK DAN MUNGKIN MENGUNDANG KETIDAK BAIKAN.....


Dunia

Pendidikan rendah, wanita Melayu pilih pasangan asing

2010/07/12

SINGAPURA: Adakah lelaki Melayu tidak boleh diharap dan gagal memenuhi cita rasa wanita Melayu berpelajaran tinggi sehingga mereka terpaksa mencari pasangan berbangsa asing?

Apakah kurangnya mereka berbanding jejaka Cina atau 'mat salih' yang bagaikan besi berani menarik perhatian wanita Melayu?

Persoalan yang menjadi perhatian ini dikaji secara ilmiah oleh Lulu Marlya Abdul Rahim, 23 tahun.

Tesis beliau yang menyelongkar isi hati 12 siswazah Melayu berusia antara 23 hingga 55 tahun, yang berumah tangga dengan lelaki bukan Melayu bertajuk 'Masuk Melayu', membantu beliau meraih ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Kepujian Kelas Dua (Atas), dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

Hasil kajian itu, beliau menemui beberapa kelemahan yang terserlah di kalangan lelaki Melayu yang menyebabkan ramai siswazah wanita 'mencari cinta' daripada lelaki kaum lain.

Antaranya ialah kurangnya lelaki Melayu yang berpendidikan tinggi, ego yang tinggi seolah-olah darjat mereka lebih tinggi daripada wanita dan kecenderungan membuat keputusan sendiri tanpa menghormati perasaan wanita.

“Saya dapati rata-rata, kelulusan tinggi si wanita, di samping pergaulan mereka, menjadi sebab utama mengapa pilihan hati mereka bukan lelaki Melayu. “Semua yang diwawancara mengaku sukar mencari pasangan Melayu yang setaraf tahap pendidikannya. Kalau pun ada siswazah lelaki Melayu, mereka awal-awal lagi sudah diambil orang!

“Jadi, si wanita perlu 'merantau' mencari lelaki bangsa asing,” kata anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu.

Menurut Lulu, lebih separuh daripada wanita yang diwawancara dalam kajian itu bersuamikan lelaki Amerika, Inggeris dan beberapa negara Eropah lain. Bakinya memilih lelaki Cina sebagai pasangan. – Agensi




KOMEN

1.ISLAM ITU ADALAH AGAMA BUKAN KAUM ATAU BANGSA

2.TIDAK MESTI MELAYU ITU BERAGAMA ISLAM

3.TIDAK MESTI PULA BERAGAMA ISLAM MEREKA TAAT PADA HUKUM ISLAM

4. BUDAYA SERTA ADAT BERBEZA DENGAN IBADAT ISLAM

5.ISLAM BUKAN MENJAMIN SYURGA KECUALI MEREKA TAKWA

6.PENDIDIKAN RENDAH BUKAN ERTI MENGHALANG UNTUK TAKWA

7.PENDIDIKAN TINGGI PUN BUKAN JAMINAN MEREKA AKAN TAKWA

8.SEBENARNYA ITULAH JODOHNYA...LELAKI BAIK UNTUK PEREMPUAN BAIK JUGA
DAN SEBALIKNYA...

9. JADI ...JANGAN HAIRANLAH...YANG PENTING BIAR KITA DALAM KETAKWAAN BUKAN
MEMILIH PASANGAN YANG BERPENDIDIKAN TINGGI ATAU KAYA@BERGAJI BESAR ....INI ADALAH HASIL
PERGAULAN BEBAS DAN TAK IKUT ISLAM BAGAIMANA NAK MEMILIH PASANGAN YANG TELAH DITERANGKAN OLEH RASULLULLAH SAW....WALAUPUN IA BUKANLAH SEMUA BEGINI..


PERINGATAN

KADANG2 PASANGAN SATU BANGSA@MELAYU DAN AGAMA ISLAM PUN TAK IKUT HUKUM ISLAM...CONTOHNYA TAK SOLAT....SOLAT NI BUKAN PERKARA MUDAH.....

Tiada ulasan: