Allah tidak akan redha dengan orang yang menyusahkan orang lain!
قال النبي: من ضَارَّ ضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه
"Barangsiapa
yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri,
sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula"
(Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)
Hadith
di atas menerangkan kepada kita bahawa, setiap insan sangat ditegah
dalam hal menyusahkan orang lain. Bukankah kita mengetahui bahawa
menyusahkan orang lain adalah satu perkara yang sangat dibenci oleh
masyarakat? Bahkan Raja segala raja iaitu Allah Azzawajall sendiri
sangat murka dengan perkara tersebut. Sehinggakan sekiranya kita tahu
ada jiran kita yang sedang lapar, dan kita tidak menolongnya, maka kita
bukanlah seorang muslim yang Mukmin.
(Hadith riwayat Al-Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrad" dan Al-Baihaqi, sumber Ibnu Abbas: Sahih)
ليس المؤمن الذي يشبع وجاره جائع
"Bukanlah
orang mukmin (yang sempurna Imannya) yang berada dalam keadaan kenyang,
sedangkan (dia tahu) jirannya dalam keadaan lapar"(Hadith riwayat Al-Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrad" dan Al-Baihaqi, sumber Ibnu Abbas: Sahih)
Bagaimanakah perasaan kita apabila berhadapan dengan kesukaran, kesulitan dan kepayahan? Tentu tiada seorang pun yang masih boleh ketawa hatta senyum yang tak seberapa. Sepatutnya Muslim yang benar-benar mukmin sentiasa membantu muslim yang lain terutamanya bila berada dalam kesulitan. Bukankah orang Islam itu saling tolong-menolong, bantu-membantu, kuat -menguatkan? Rasulullah berpesan:
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
"(Kerjasama
dan pertolongan) seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti
satu binaan yang saling menguatkan atara satu sama lain"(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Teringat saya kisah seorang rakan yang bersama-sama mengikuti pengajian diploma (DPLI) di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Beliau pada mulanya berhasrat untuk memilih bidang (opsyen) Bahasa Arab. Tetapi selepas ditemuduga, beliau tidak mampu menguasai bahasa Arab apatah lagi mengajar matapelajaran bahasa Arab di sekolah nanti. Jadi, dengan ihsan si penemuduga, dengan yakin dan penuh kepercayaan, dia sanggup membantu rakan saya ini untuk menukarkan opsyen yang diminta kepada subjek pendidikan Islam. Setelah menunggu keputusan temuduga tersebut, alangkah terkejutnya apabila didapati dia mendapat opsyen Bahasa Arab. Hal ini sama sekali berlwanan dengan persetujuannya dengan penemuduga tempoh hari.
Selepas diterima memasuki pengajian DPLI tersebut di universiti, dia seterusnya cuba mendalami bahasa Arab, akan tetapi dia sangat tidak mampu. Selang beberapa hari, dia meminta pihak atasan universiti tersebut menukarkan opsyennya kepada subjek pendidikan Islam atas alasan tidak dapat menguasai bahasa Arab. Ini kerana rakan saya tadi bukan beralatar belakangkan pendidikan bahasa Arab semasa di UKM dahulu. Oleh yang demikianlah dia tidak mampu untuk meneruskan pengajian diploma pendidikannya ini dalam bidang Bahasa Arab.
Selepas kes ini diutarakan olehnya untuk di "review" bagi pihak atasan universiti, maka beberapa orang dan pensyarah menganggap kes ini sebagai melepaskan batuk di tangga serta tidak bersungguh. Mereka beranggapan bahawa rakan saya ini boleh belajar dan percaya kepada "life-long learning". Betul, tetapi bukan di sini tempatnya kita boleh aplikasikan istilah tersbut untuk merealisasikannya. Kes ini formal dan memerlukan "formalities" yang cekap dan sempurna kerana ia melibatkan KPM, dan pihak universiti.
Beberapa hari dia berulang alik ke pejabat pentadbiran pendidikan universiti tersebut, tapi malangnya, dia tidak punyai kuasa dan pangkat untuk meleraikan masalahnya. Sudah ramai orang yang dia jumpai dan bertanyakan halnya kepada mereka, namun tetap tidak boleh berbuat apa-apa.
Sehinggalah tiba waktu peperiksaan. Dia gagal melakukan yang terbaik walaupun sudah sedaya upaya mencuba yang terbaik. Apabila keputusan peperiksaan semester dikeluarkan, dia gagal dan merayu kepada pensyarah supaya dipertimbangkan (diluluskan) dengan perjanjian yang dia mesti mendapat keputusan "lulus" dalam GPA akan datang.
Dalam masa yang sama, dia cuba mencari dan belajar sedaya upaya untuk mempelajari Bahasa Arab yang sangat dia takuti kerana ketidakbiasaannya terhadap bahasa tersebut walaupun dia pernah bersekolah di sekolah agama (Arab) pada satu ketika dahulu.
Dipendekkan cerita, dia akur dengan "adjustment" yang telah dilakukan oleh pihak universiti dan percaya dia akan dapat menukar opsyennya suatu hari nanti selepas di "posting" ke sekolah.
Sekarang tibalah masa untuk praktikal bagi semua guru pelatih DPLI daripada universiti tersebut. Apabila tiba hari dia di "observe" (diselia) oleh pensyarah pelawat (juga daripada universiti yang sama), dia gagal memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran. Rata-rata pensyarah pelatih mengatakan yang beliau tidak mampu mengajar dengan baik disebabkan kesulitan penyampaiannya dalam bahasa Arab sebagaimana yang saya ceritakan. Dia mengajar subjek Bahasa Arab komunikasi tingkatan 1. Tetapi tahap penguasaan bahasanya amat lemah dan kadang-kadang hampir sama taraf dengan pelajar-pelajarnya.
Pensyarah-pensyarah yang datang menyelianya memberi sokongan dan galakan kepadanya untuk terus berusaha dan dalam masa yang sama, mereka memberi jaminan akan membantu rakan saya ini untuk menukar opsyennya kepada matapelajaran Pendidikan Islam yang ternyata lebih sesuai dengan kemampuan bahasa serta komunikasinya.
Alangkah bahagianya hati, apabila dekan universiti telah meluluskan penukarannya kepada pendidikan Islam. Akan tetapi dia mestilah menambah beberapa minggu praktikalnya untuk di "observe" buat pusingan yang ketiga setelah dua pusingan telah tamat. Dalam pada itu, Alhamdulillah, saya yang juga bersamanya mengajar di sekolah yang sama agak gembira dengan berita itu. Sebaik sahaja saya tamat praktikal, rakan saya tersebut menyambung selama 3 minggu lagi di sana.
Tiba-tiba,
terdengar pula desas-desus yang mengatakan pihak pensyarah juga tidak
berpuas hati dengan "teaching practice" nya sehingga beberapa pensyarah
lain turun padang. Alangkah kesiannya hamba Allah ini yang bertungkus
lumus, mengikut sahaja kehendak pihak universiti (pensyarah) supaya
dapat menukar opsyennya kepada pendidikan Islam akhirnya terpaksa
mengharungi kepayahan, kesusahan dan kesulitan yang bukan berasal
daripada diri sendiri, tetapi orang lain. Apa yang dilakukannya hanya
sia-sia sahaja. Sepanjang belajar DPLI di universiti tersebut, kosong.
Bukankah begitu ramai orang-orang atasan universiti tersebut dibantu
pula dengan pensyarah-pensyarah yang bijak pandai dalam menguruskan hal
sebegini? Tetapi kenapa ya nampaknya seperti ada sesuatu yang aneh? Tak
boleh kah dibantu seorang pelajar ini sahaja?? Bukankah Rasulullah
berkata: من فرج عن مسلم كربة، فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة - "Siapa
yang melepaskan suatu kesukaran daripada seserang muslim, maka Allah
akan melepaskannya daripada suatu kesukaran daripada kesukaran-kesukaran
pada hari kiamat"
Begitu
juga dengan praktikal selama 3 bulan di sekolah menengah juga kosong.
Lanjutan praktikalnya selama 3 minggu juga tiada apa. Berpenat lelah,
letih ke sana ke mari dengan niat ikhlas untuk menjadi seorang guru
akhirnya dibebani dengan kepincangan pengurusan dan ketidakadilan.
Begini lah jika pengurusan sesuatu tidak dilandaskan kepada sistem dan
ajaran Islam. Rasulullah menyebut:
لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت
"Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah segala keinginannya mengikut apa yang aku bawakan (ajaranku)"
(Hadith sahih riwayat Al-Baghawi)
Berita
terbaru ialah, Wallahu A'lam dia terpaksa menyambung pengajian
diplomanya (yang sepatutnya tamat pada bulan 11 dan menunggu "posting"
untuk tahun depan) pada bulan 12 sehingga bulan 3, 2009 nanti untuk
"independent study" dan seterusnya menyambung praktikal pada bulan 3
sehingga bulan 6. Jadi dia terpaksa menghabiskan sisa-sisa kehidupannya
untuk DPLI selama 2 tahun. Itu pun belum tentu lulus..
ارحم من في الأرض يرحمك من في السماء
"Kasihanilah penduduk di bumi, kelak kamu akan dikasihani oleh penghuni yang berada di langit"
(Hadith riwayat At-Tabarani: Sahih)
Inilah dia kisah seorang manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan. Kesukaran dan kepayahan ini jika nak dibandingkan dengan penderitaan saudara kita di Palestin memanglah tidak boleh diukur, tetapi kita tetap berpegang kepada sokongan terhadap orang yang dizalimi.
اتقوا الظلم فإن الظلم ظلمات يوم القيامة
"Janganlah kalian menzalimi, kerana sesungguhnya kezaliman itu menjadikan kegelapan-kegelapan di hari kiamat"(Hadith daripada Jabir, riwayat Muslim: Sahih)
Begitu juga dalam hadith yang lain Rasulullah melarang berlaku zalim:
المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يسلمه
"Orang Muslim itu ialah saudara bagi orang Muslim yang lain; dia tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya terbinasa"
(Hadith sahih riwayat Abu Daud dan Attirmidzi)
Tidak
kira menjadi mangsa keadaan, rakusnya pentadbiran dan kepincangan
pegurusan yang akhirnya menyebabkan seseorang kehilangan haknya yang
patut dimiliki secara tenang dan mudah!
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
"Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Muslim (Orang Islam)ialah orang yang menyelamatkan orang muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya… (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah)
Muslim yang paling baik tidak menyusahkan orang lain melalui tangannya yaitu tindakannya. Dia tidak akan meletakkan kendaraannya hingga menganggu lalulintas. Dia tidak akan membunyikan klaksonnya dengan kuat sehingga menyebabkan orang lain terkejut. Muslim yang paling baik tidaak mencela muslim yang lain melalui lisannya. Dia tidak akan memfitnah sesama muslim. Muslim yang baik juga tidak mempunyai hasad dengki sesama muslim. Islam melarang umatnya mengunakan mulutnya untuk mengumpat atau bercakap koror dan mengunakan anggota lain untuk menyakiti orang Islam yang lain. Berakhlaklah dengan akhlak Nabi yaitu akhlak Al-Qur’an. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik yang disebut dalam Al-Qur’an . Akhlak muslim yang mulia itu berat timbanganya. Amalan yang dilakukan beserta akhlak yang baik , walau sedikit diberikan pahala dan ganjaran yang banyak.Elakkanlah dari menyusahkan orang lain
Jun 10, 2008
Assalaamu’alaikum
w.b.t….. Hari-hari kita mesti berdepan dengan bermacam perangai dan
jenis manusia. Bilangannya tidak spesifik dan berbeza pada berlainan
manusia. Dan yang pasti, tidak mustahil dalam hari-hari yang kita jalani
ini kita ada menyakitkan hati orang dan menyusahkan orang, sama ada
secara sengaja atau tidak sengaja.
Sesuatu perkara yang dilakukan dengan tidak sengaja
biasanya dimaafkan dalam Islam, kerana “Setiap amal itu dikira
berdasarkan niat”. Maka kita tumpukan pada perkara yang sengaja kita
lakukan. Mungkin ada di kalangan kita yang suka orang takut pada dia.
Suka orang lain susah. Suka orang lain tidak tinggi darinya. Suka orang
lain koman darinya dan sebagainya. Maka dengan sifat-sifat demikian
mungkin akan timbullah perangai suka menyusahkan dan menyakitkan hati
orang lain.
Saya ambil contoh , jika sekiranya kita menjadi
pengurus dalam sesebuah syarikat. Ada pengurus yang suka orang lain
takut pada dia. Dan tidak kurang juga yang suka membebankan anak-anak
buah nya dengan kerja yang bertimbun-timbun demi ingin mencari kekayaan
peribadi. Maka jika kita tergolong begitu, maka kasihanilah diri kita
sendiri, janganlah membebankan orang lain dengan bebanan yang berat demi
mahu mencapai matlamat kita. Dengan kata lain, jangan lah menyusahkan
orang lain. Kerana apa? Kerana dengan menyusahkan orang lain
sedikit-demi sedikit hari-hari maka lama-lama akan terkumpul menjadi
banyak. Dan dibimbangi kesusahan yang kita akan tanggung sebagai balasan
perbuatan kita itu akan lebih dasyat, teruk dan siksa lagi di masa akan
datang? Maka tidak takutkah lagi anda? Berani lagi untuk menyusahkan
anak-anak buah anda dengan tidak sepatutnya?
Begitu juga kepada orang yang suka tengking-tengking
anak-anak buahnya dan orang lain. Menyebabkan orang sentiasa takut dan
tidak selesa bersamanya. Apa gunanya orang takut pada kita tetapi di
hati kecil mereka tiada perasaan hormat langsung kepada kita? Sebaiknya
sekadar orang menghormati kita pun sudah memadai, tidak perlu lah kita
menyeksa orang lain dengan perasaan takutnya pada kita. Jika anda suka
dalam keadaan demikian, dibimbangi pada masa akan datang anda akan
mengalami perasaan takut yang amat sangat dan ditimpa kesusahan yang
amat dasyat.
Tidak perlu tunggu kita menjadi pengurus, kita hidup
berjiran pun sudah cukup untuk kita berfikir. Elakkanlah dari menyakiti
hati jiran, memburuk-burukkan mereka dengan tidak sepatutnya, membuatkan
mereka takut dan cuak pada kita dan seumpamanya. Sama-samalah kita cuba
untuk mengelakkan diri kita dari sengaja menyusahkan orang lain,
sebelum kita mendapat susah yang amat sangat, na’uzubillah.
Baarokallahu lakum. Wallahu a’lam :)
BAB 4: SIAPA YANG MENYUSAHKAN ORANG LAIN, ALLAH AKAN MENYUSAHKANNYA
2203[Bukhari 7152] Diriwayatkan dari Jundub ra, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda, "Siapa yang berbuat baik untuk sum'ah[footnote 1], Allah akan berbuat sum'ah (menelantarkan dan menghinakannya) pada hari kiamat. Siapa yang menyusahkan/ menyulitkan orang lain, Allah akan menyusahkan/ menyulitkannya pada hari kiamat". Para sahabat berkata kepada Rasulullah Saw, "Berilah kami wasiat". Rasulullah Saw bersabda, "Sesungguhnya bagian tubuh manusia yang pertama kali membusuk adalah perutnya. Karena itu, siapa yang bisa tidak makan kecuali makanan yang halal, maka lakukanlah, dan siapa yang mampu menghindarkan tangannya dari penumpahan darah sehingga dia terhalang dengan surga, maka lakukanlah".
[footnote 1]: Sum'ah adalah berbuat kebaikan untuk mencari popularitas (bukan mencari ridha Allah)

Siapa Yang Menyusahkan Akan Disusahkan Pula
Siapa Yang Menyusahkan Akan Disusahkan Pula | al-uyeah.blogspot.com |
Ganjaran bagi mereka yang menyusahkan orang lain. Perhatikan hadits berikut mamen, Read men! No more "Jika ada yang susah, mengapa dibuat mudah?"
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ الْوَاسِطِيُّ حَدَّثَنَا خَالِدٌ عَنْ الْجُرَيْرِيِّ عَنْ طَرِيفٍ أَبِي تَمِيمَةَ قَالَ شَهِدْتُ صَفْوَانَ وَجُنْدَبًا وَأَصْحَابَهُ وَهُوَ يُوصِيهِمْ فَقَالُوا هَلْ سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ وَمَنْ يُشَاقِقْ يَشْقُقْ اللَّهُ عَلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالُوا أَوْصِنَا فَقَالَ إِنَّ أَوَّلَ مَا يُنْتِنُ مِنْ الْإِنْسَانِ بَطْنُهُ فَمَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا يَأْكُلَ إِلَّا طَيِّبًا فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا يُحَالَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجَنَّةِ بِمِلْءِ كَفِّهِ مِنْ دَمٍ أَهْرَاقَهُ فَلْيَفْعَلْ قُلْتُ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ مَنْ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُنْدَبٌ قَالَ نَعَمْ جُنْدَبٌ
Telah menceritakan kepada kami Ishaq Al Wasithi telah menceritakan
kepada kami Khalid dari Al Jurairi dari Tharif Abu Tamimah mengatakan,
aku menghadiri Shafwan dan Jundab serta sahabat-sahabatnya ketika Jundab
memberi wasiat kepada mereka, lantas mereka bertanya; 'Apakah kau mendengar sesuatu dari Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam? '
Ia menjawab; aku mendengar beliau bersabda: "Barangsiapa beramal
karena sum'ah (ingin didengar), maka Allah menjadikannya dikenal suka
bersum'ah pada hari kiamat, dan barangsiapa menyusahkan (manusia), maka
Allah juga bakalan menyusahkannya pada hari kiamat."
mereka berkata; "Wasiatilah kami!"
ia berkata; 'Yang pertama-tama membusuk dari tubuh manusia adalah
perut, maka barangsiapa yang mampu untuk tidak menyantap selain yang
baik, lakukanlah, dan barangsiapa tidak ingin dihalangi antara dirinya
dan surga karena segenggam darah yang ia tumpahkan, lakukanlah.'
Saya bertanya kepada Abu Abdillah; 'Siapa yang mengatakan aku mendengar Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam, apakah Jundab? '
ia menjawab; "Iya, Jundab." (HR Bukhari)
Senin, Agustus 03, 2009
SIAPA YG MENYUSAHKAN ORANG MUSLIM, ALLAH AKAN MENYUSAHKANNYA
Bila kita amati dalam kehidupan
sehari-hari, banyak sekali perilaku sebagian orang yang dapat saja
termasuk kategori menyakitkan, menyusahkan atau membahayakan orang
lain.
Pernahkah anda melakukan / melihat perbuatan seperti :
1. Merokok ditempat umum. Rokok tidak hanya mengganggu kesehatan bagi penghisapnya, tapi juga bagi orang-orang yang terkena asap rokok itu.
2. Memuat angkutan umum melebihi kapasitas. Berdesakan didalam kendaraan umum jelas menyusahkan dan juga berbahaya.
3. Mengemudi dijalan raya secara ugal-ugalan/ngebut. Hal ini dapat mengganggu pengguna jalan lainnya dan dapat menimbulkan kecelakaan.
4. Mengemudikan kendaraan yang kurang/tidak layak jalan. Emisi gas buang melebihi ambang batas, bunyi knalpot nyaring dll.
5. Parkir sembarangan/ditempat terlarang. Menyulitkan pengguna jalan lainnya.
6. Pengguna sepeda motor yang melewati gang di lingkungan perumahan pada waktu penghuni sudah tidur malam.
7. Menjual makanan/minuman tidak/kurang bersih, apalagi mengandung zat berbahaya.
8. Mempersulit urusan.
Perbuatan-perbuatan seperti itu dapat dikatakan, menyusahkan, menyulitkan atau membahayakan orang. Masih banyak lagi perbuatan yang menyusahkan, menyulitkan dan membahayakan orang. Islam mengajarkan agar menghindari perbuatan tersebut. Didalam Al Qur’an Surat Al Ahzab ayat 58 Allah SWT berfirman: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”.

Rasulullah SAW juga mengingatkan:” Dari Abu Shirmah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :”
Siapa yang membahayakan (orang muslim), maka Allah akan membahayakannya
pula. Dan Siapa yang menyusahkan (orang muslim), maka Allah akan
menyusahkannya pula”. (HR Tirmidzi).
Agar dalam kehidupan didunia ini tidak
bertambah lagi kesusahan, kesakitan dan bahaya, maka berusahalah untuk
tidak melakukan perbuatan yang membahayakan dan/atau
menyusahkan/menyakitkan orang lain. Ajaran Islam itu indah. Alangkah
nyamannya hidup ditengah-tengah masyarakat yang senantiasa menjaga
perilaku. Sehingga tidak ada warga tersakiti atau tersusahkan. Islam
menjadikan kehidupan ini terasa nyaman.Permudahkanlah...Jangan Menyusahkan!!!
Sabda Rasulullah s.a.w: "Berikan
kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka,berikanlah khabar
gembira dan janganlah kamu menjadi mereka menjauhkan diri (daripada
Islam)"
(Hadith Riwayat Bukhari; Kitab ilmu, Bab Ma Kana al Nabi (s.a.w) Yatakhawwalukum
bi al-Mawizah wa al-'ilm Kay La Yunaffiru. Jil 1)
Inilah Hadith yang perlu dipegang untuk setiap muslim yang bergelar Pendakwah, tidak mengira bangsa, jantina atau warna kulit, kerana Islam itu datang untuk semua kaum.
Dalam keadaan negara Malaysia yang berbagai ragam dan jenis manusia ini, pendakwah mestilah mempunyai keilmuan dan kebijaksaan yang tinggi.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 185: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Dan dalam dalam satu hadith lagi Nabi s.a.w bersabda:
"Agama Islam itu mudah, tidak ada seseorang yang lebih suka mengambil berat
dalam Agama melainkan dia akan kalah sendiri. Maka perbetulkan,perdekatkan, berikan
khabar gembira dan gunakan waktu pagi dan petang serta sedikit daripada
waktu malam". (hadith Riwayat Bukhari;Kitab al-iman, Bab al-Din Yusr. Jil. 1).
Sesungguhnya manusia itu berbagai ragam, ada yang ingin kepada Islam, tetapi keinginannya tidak begitu kuat, boleh jadi akan ada orang yang murtad kembali kerana perkara yang remeh temeh. Ada juga orang bukan Islam, tidak mahu memeluk Islam kerana nampak Islam itu menyusahkan. Sedangkan perkara yang mereka nampak menyusahkan itu sebenarnya masih khilaf dan tidak qati’i.
Jika non-muslim atau saudara baru kita berkata kepada saya, “jika saya memeluk Islam, adakah perlu saya berkhitan?”. Maka saya akan berkata, bergantung pada anda sendiri, jika anda takut, maka tidak perlu dan tidak wajib pun berkhitan kerana Islam itu sungguh mudah. [1]
Jika mereka (yakni non-muslim atau org yg baru masuk Islam) berkata kepada saya, “saya amat suka makan katak,kura2, biawak. Adakah halal untuk saya memakannya?”. Maka saya akan menjawab, “makanlah dan Ia halal, sesungguhnya Islam itu tidak menyusahkan penganutnya.” [2]
Dan jika mereka berkata kepada saya,”sebelum memeluk Islam saya suka makan babi, selepas masuk Islam,barulah saya tahu, babi itu haram di makan dan bernajis, apakah yg perlu saya lakukan kepada pinggang mangkuk saya, periuk kuali saya?”. Maka saya akan berkata “bukankah kamu sudah membasuh dengan air selepas menggunakannya?.sesungguhnya babi adalah najis sederhana, ia sudah suci dengan basuhan kamu itu”. [3]
Dan jika mereka bertanya lagi kepada saya, “adakah Islam agama yang adil?”. Maka saya akan menjawab “Islam lah Agama yang seadil-adilnya, kerana jika muslim membunuh non muslim (kafir Zimmi), maka pembunuh itu tadi akan turut di bunuh berdasarkan hukum qisas”. [4]
Jika mereka bertanya kepada saya, “adakah semua hidupan laut itu halal untuk dimakan?”. Maka saya akan berkata, “selagi ia tidak beracun, maka ia halal. Sesungguhnya Agama Islam itu mudah”. [5]
Lihatlah, betapa mudahnya Islam itu untuk penganutnya, sehinggakan Rasulullah s.a.w sendiri pun jika di beri pilihan akan memilih perkara yang mudah selagi mana ia tidak berdosa.inilah Rahmat kepelbagaian mazhab, dan mereka yang terkeliru dengan kepelbagaian pendapat ini, boleh jadi mereka tidak mendapat Rahmat.
Kemungkinan akan ada orang yang bertanya kepada saya, “kenapa kebanyakan jawapan kamu bercanggah dengan mazhab syafi’i?”. maka saya akan menjawab, “tugas saya adalah untuk menyampaikan Agama Islam, bukan mazhab syafi’i”.
Dan bagi mereka yang berpegang dengan satu mazhab, dan terus taksub dengan satu2 mazhab, dan mendakwah menggunakan satu mazhab, boleh jadi orang non-muslim tidak akan masuk Islam, dan boleh jadi orang yang baru memeluk Islam akan murtad kembali, Inilah kerugian jika memakai hanya satu mazhab.
Dan jika ini berlaku, salah siapa? Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak?
Pikir sendiri la…….
Nota:
[1] jawapan di ambil berdasarkan mazhab hanafi
[2] jawapan di ambil berdasarkan mazhab maliki
[3] jawapan di ambil dari mazhab syafi’i yang merupakan pendapat Imam Nawawi
[4] jawapan di ambil dari mazhab hanafi
[5] jawapan di ambil dari mazhab syafi’i

8 ulasan:
Saya suka catatan ini..TQ
Salam,
Selepas membaca blog ni saya harap ramai yang memahami. Xnak cakap banyak sebab nanti dianggap mengungkit pula. Rehda atas pertolongan sblum ni. Terima kasih kerana pernah MENYUSAHKAN aku... akula power rangers pink kerana aku ingin menjadi kuat hihihi....
Mas Bro! Kuliah ane dipersulit, ane ga lulus2 kuliah, gmn solusinya?
Trimaksih kpda yg mnyusahkan aku hukum dunia lpas hukum Allah ade ..
Penulisan ini sedikit sebanyak meringankan gundah di hati saya. Terima kasih penulis di atas infonya.
Saya setuju dengan kamu
Trimaksih kpda yg mnyusahkan aku hukum dunia lpas hukum Allah ade ..
Catat Ulasan