Cara Hadapi Istri yang Boros
December 13, 2013 by ulan
Para suami sering mengeluhkan tentang kebiasaan belanja istri mereka yang menguras kantung. Tak jarang, jatah bulanan yang biasa mereka berikan ludes begitu saja jika dipegang oleh sang istri. Untuk itu, berikut adalah cara ampuh untuk menghadapi para istri yang tidak pintar mengelola keuangan atau boros. Yuk simak bersama!
1. Berdiskusi dengannya
Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menghadapi istri yang suka menghabiskan uang belanja dan boros. Ketika segala sesuatu dalam pernikahan Anda berjalan di luar kendali Anda, Anda harus segera membicarakan itu dengan istri Anda. Buat dia sadar bahwa kebiasaannya menghambur-hamburkan uang dapat mempengaruhi jumlah tabungan dan kondisi keuangan kalian.
2. Jangan katakan berapa jumlah tabungan dan gaji Anda
Jika istri Anda terlalu egois dan tidak peduli tentang kondisi keuangan rumah tangga Anda, jalan terbaik yang bisa Anda ambil adalah dengan menyembunyikan rekening tabungan Anda. Jika istri Anda tahu bahwa Anda memiliki jumlah tabungan yang besar, dia pasti akan menghabiskannya. Jadi, usahakan untuk menyembunyikan jumlah tabungan Anda dan rincian gaji Anda dari dia, sampai istri Anda bisa belajar mengontrol dirinya.
3. Rencana masa depan
Buatlah perencanaan yang matang tentang tabungan pendidikan bagi anak-anak Anda di masa depan. Gunakan cara ini untuk menghadapi istri yang boros, sehingga Anda bisa membuatnya menjadi lebih hemat.
Sumber: Merdeka.com
Jangan TAKUT belanja ISTERI!
Tersenyum lebar kakak-kakak dan isteri-isteri membaca topik Bro Razzi kali ni kan… semua suka semacam je. Tengok tuhh… dah hint kat suami masing-masing dan suruh hafal, well… sememangnya artikel Razzi kali ni khas untuk semua, especially nak-nak dekat raya ni kan
Bagi yang sudah bertahun-tahun follow penulisan Razzi semenjak 2006, dari buku-buku dan ebook-ebook saya, dari blog Brother Love dan facebook, pasti tahu apa yang selalu saya bentangkan. Santai dalam panas, macam tengah berjemur kat tepi pantai gitu…
So, SUAMI! Husbands and what a great father you’re… juga harus senyumlah bila membaca saranan saya ni. Bukan apa, sememangnya kita tahu tanggungjawab seorang suami dan betapa banyak perbelanjaan di dalam sesebuah rumahtangga. Lebih-lebih lagi mereka yang sudah memiliki anak-anak yang bersekolah. Persediaan masuk sekolah pun dah ribu-ribu.
NAMUN, janganlah sesekali merasa gusar atau takut untuk berbelanja kepada keluarga especially isteri. Secara logiknya, setelah isteri yang bertungkus lumus menjaga rumah serta anak-anak, menyiapkan segala keperluan suami dan sebagainya, “She deserved a great treatment from her husband!.”
Pesan ibu saya :“Esok Razzi kahwin, janganlah takut belanja isteri dan anak-anak, InsyaAllah! berkat dan akan bertambah lebih banyak rezeki nanti!”Aduuuh!! kalau seorang ibu sudah berpesan sebegitu, takkan kita mahu mengabaikannya? Sesuatu yang baik dan membawa berkat ini sewajarnya kita ikuti dan amalkan. Lagi pun, sesungguhnya, setiap anak-anak kita itu, sedari dalam perut ibunya lagi, Allah telah meletakkan rezekinya sendiri. Begitu juga, si isteri. Rezekinya telah ditetapkan – Inilah yang kadang-kadang tu kita sering terlupa.
Mungkin dalam tiba-tiba kita mendapat rezeki yang banyak. Lantas kita fikir semuanya adalah dari usaha kita seorang diri. Sebenarnya, rezeki yang banyak itu adalah KOMBINASI dari rezeki anak-anak dan isteri yang disalurkan melalui kita.
Sebab itu sering orang kata, “Rezeki anak-anak”… sebenarnya mereka terlupa tentang rezeki dari ‘membina masjid’ itu, iaitu rezeki perkahwinan dan rezeki dari isteri yang dikahwini.
Jadi, JANGANLAH TAKUT untuk BELANJA ISTERI, walaupun isteri mempunyai pendapatannya sendiri. Kalau isteri nak belanja suami, Alhamdulillah!… jika tidak, kita belanja dia banyak-banyak! Hahaha – manalah tahu, lagi banyak kita belanja isteri, lagi banyak Allah curahkan rezeki dan menambahkan keuntungan buat kita, isteri pun pasti bertambah sayang!
Daripada si suami ni asyik belanja kawan-kawan nak menunjuk dia banyak duit, lebih baiklah belanja anak-anak dan isteri. Sesetengah suami pulak ada yang suka belanja kat entah sapa-sapa dan awek mana. Hmm, ada baiknya belanja isterilah, dah memang sah-sah milik kita. Daripada belanja perempuan mana ni, belakang kita dia melaram dengan jantan lain, kita tak tahu. Buat rugi duit kita je.
PERINGATAN: Amboi, suka sangatlah tu si isteri mendengarnya! TAPI, kena ingat juga isteri-isteri tu… maksud belanja isteri disini BUKAN belanja isteri yang boros dan suka menghabiskan duit suami, sehingga melampaui kemampuan suami.
Tetapi, belanja isteri yang baik, penyayang, solehah, bijak mendidik anak-anak, pandai berjimat, mengurus rumah tangga dan menghormati suami. Kalau isteri yang membazir dan suka menunjuk-nunjuk tu, buat Tuhan tarik rezeki kita lagi ada lah.
So, sebagai seorang suami amatlah berkat berbelanja untuk anak dan isteri. Janganlah sesekali merasa takut habis duit atau menganggap perbelanjaan buat isteri itu satu beban yang memudaratkan. Selalu percaya, dengan berbelanja pada isteri, InsyaAllah! rezeki kita akan bertambah lagi.
Love,Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Suami rimas isteri boros berbelanja
DALAM rumah tangga, suami isteri harus berlaku adil untuk menjadikan suasana di dalam rumah harmoni dan penuh rahmat, bukan bertelagah dan saling menuding jari mencari salah antara satu sama lain.
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri adalah kata-kata yang sering kedengaran bersabit rumah tangga. Selalunya, masyarakat akan nampak keburukan suami walaupun suami seorang yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab.
Sedikit sahaja salah suami, setahun akan jadi sebutan tetapi satu kebaikan yang isteri lakukan, sepanjang hidup akan mendapat pujian. Itulah hakikatnya seperti mana badai dalam rumah tangga yang ada pasang surutnya.
Ada isteri yang didera suami dan ada juga suami yang didera isteri tetapi apabila membabitkan suami selalu dikatakan kes terpencil. Memang betul pun.
Ada juga suami yang makan hati kerana sikap isteri yang tidak mendengar cakap, ego dan kerap buat perkara yang melukakan hati suami. Namun, suami tetap tabah melalui cabaran rumah tangga dengan harapan isteri akan berubah kerana fikirkan anak-anak yang masih belajar dan perlukan bapa.
Tapi sampai bila harus bersabar? Sampai masa, kesabaran itu akan meletup juga. Begitulah yang berlaku kepada Arman (bukan nama sebenar) yang makan hati berulam jantung dengan sikap isterinya, Najwa (bukan nama sebenar).
Ingin tahu apa yang berlaku, saya paparkan cerita menarik ini untuk renungan anda semua seperti mana dikhabarkan oleh Arman kepada saya melalui emelnya.
Saya serahkan kepada anda untuk membuat pertimbangan, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Begini kisahnya:
"Saya berusia awal 40-an dan isteri lewat 30-an. Kami telah berkahwin 17 tahun lalu dan dikurniakan dua orang cahaya mata berusia 12 dan 15 tahun. Najwa berhenti kerja setelah anak sulung kami lahir kerana ketika itu sukar mencari pembantu rumah.
"Di peringkat awal, ibu saya yang menjaga anak kami tetapi memandangkan ibu semakin tidak sihat, saya minta Najwa berhenti kerja. Mulanya, dia merungut juga tetapi saya katakan yang saya mampu menanggung kami sekeluarga dan memberinya sebulan gaji seperti mana semasa dia bekerja.
"Itu janji saya, tidak termasuk perbelanjaan rumah dan persekolahan anak-anak. Alhamdulillah sampai hari ini, saya tidak pernah mungkir janji. Najwa menerimanya dengan baik.
"Dia nampak gembira kerana saya masih membayar gaji kepadanya setiap bulan. Dengan tugasnya sebagai suri rumah sepenuh masa, tentu banyak agendanya di rumah, tambahan pula dia pernah bekerja.
"Ada kala dia habiskan masa berkunjung ke rumah jiran untuk berbual, pergi membeli-belah, menonton dan mengunjungi spa serta pergi gim untuk menjaga kecantikan.
"Saya tidak melarang, sebab saya tahu itu kesukaan dia. Lagipun saya tidak mahu dia bosan duduk di rumah tanpa buat apa-apa. Tidak sangka pula, kebebasan yang saya beri rupa-rupanya telah disalahgunakan oleh Najwa.
"Sejak dia berhenti kerja, salah satu hobinya adalah membeli-belah. Dia berbelanja sakan setiap bulan, di samping terbabit dalam pelbagai perkara, main kutu, pinggan mangkuk, tupperware, hiasan rumah dan lain-lain yang mana tentunya memerlukan wang yang banyak.
"Sudahnya, dia minta saya tolong selesaikan segala hutang piutangnya sedangkan perbelanjaan bulanan untuk dia, saya sudah bagi setiap bulan. Perkara ini menjadikan saya sakit kepala kerana terlalu memikirkan beban hutang yang dibuat oleh Najwa.
"Semuanya kerana isteri terpengaruh dengan jiran-jiran yang suka menunjuk-nunjuk dan berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Siapa sahaja yang datang berjual, pasti Najwa akan membelinya. Pinggan mangkuk, kain ela, karpet, barang kemas dan macam-macam lagi.
"Dia langsung tidak fikir akan kesusahan saya mencari duit. Ingatkan bila dia tidak bekerja, beban saya menjadi ringan tetapi sebaliknya. Kepala saya semakin sakit dengan hutang yang dia buat.
"Saya selalu nasihatkan dia supaya berjimat, jangan ikut orang. Tapi dia berdegil. Saya cakap sikit bagi nasihat, dia akan melenting dan mengungkit tentang pengorbanannya berhenti kerja untuk menjaga anak-anak kami.
"Saya bukan tidak bagi dia membeli tetapi harus kena dengan tempat. Bukan tidak boleh beli, tetapi jangan setiap bulan, bukit kalau ditarah hari-hari lama kelamaan akan habis juga.
"Itu belum masuk bab menyambut hari raya atau bila ada jualan murah. Pasti dia yang dulu buat rancangan untuk pergi membeli-belah dengan rakan-rakan dan jiran yang menjadi kawan baiknya.
"Saya bukan pegawai yang bergaji tinggi, tetapi pendapatan bulanan cukup untuk membayar pinjaman rumah, kereta dan belanja hidup kami sekeluarga. Saya juga perlu mengirim wang ke kampung kerana masih ada ibu dan adik beradik yang perlu dibantu.
"Malah saya juga menabung untuk masa depan anak-anak dan hari tua kami. Saya pelik kenapa Najwa tidak faham akan tanggungjawab yang saya ada. Sepatutnya dia membantu saya. Ini tidak, dia tambah lagi masalah kepada saya.
"Malah, dia jadi keras kepala kerana saya selalu menghalang sikap borosnya itu. Belum pun saya dapat bonus, dia sudah buat perancangan untuk membeli apa yang perlu. Itu yang dijajanya setiap hari. Duit belum datang, dia sudah buat rancangan untuk menghabiskannya.
"Sedangkan saya merancang untuk mengurangkan hutang, dia pula sibuk hendak pergi bercuti. Yang buat saya marah, dia sudah buat tempahan tiket kapal terbang, hotel dan sebagainya. Semuanya itu dirancang tanpa berbincang dan minta izin saya dulu.
"Ini mesti rancangan kawan-kawan dia yang suka berjalan setiap bulan. Dia orang ada duit, macam Najwa bergantung kepada saya. Walaupun saya mampu, saya tidak akan bazirkan duit untuk tujuan yang tidak berfaedah.
"Bukan saya tidak suka tetapi faham-fahamlah, berapa sangat bonus yang saya dapat. Kalau sudah dihabiskan dengan pergi bercuti setiap tahun, tentu hasrat saya untuk melangsaikan hutang terbantut.
"Tapi Najwa tidak pernah fikir akan hal ini. Dia fikirkan seronok dia sahaja, ke sana ke mari macam isteri jutawan. Mahu tidak mahu, saya paksa diri membenarkan dia pergi kerana tidak mahu gaduh.
"Ingatkan bila balik semua selesai dan dia gembira, rupanya tidak. Dia merungut duit habis kerana tidak sempat membeli-belah. Itupun jadi masalah kepada dia.
"Dia langsung tidak fikir bagaimana saya berjimat nak langsai hutang. Ikut salah, tak ikut pun salah. Saya tahu Najwa mahu dilayan sama seperti masa dia bekerja dulu. Bila ini berlaku, saya macam menyesal pula suruh dia berhenti kerja, jika tidak tentu ini tidak akan berlaku.
"Tapi semuanya sudah terjadi. Pada saya, apa yang saya minta betul sebab tugas seorang isteri dan ibu adalah untuk rumah tangga. Lagipun, setiap bulan saya bagi gaji untuk dia, tak tahulah saya kenapa Najwa boleh berubah.
"Saya percaya dia terpengaruh dengan jiran-jiran yang tidak bekerja dan kawan-kawannya yang memang kaki berbelanja. Puas saya cakap jangan ikut orang, ikut cara hidup kita. Tapi dia degil.
"Tapi hendak salahkan mereka tidak boleh juga sebab semuanya berpunca daripada saya. Apa yang berlaku, saya anggap ujian untuk rumah tangga kami. Saya harap Najwa akan berubah. Saya tidak mahu dia anggap saya kedekut dan berkira dan mengungkit pengorbanannya berhenti kerja.
"Saya berdoa siang malam minta dia berubah dan kembali ke pangkal jalan. Sepatutnya gaji bulanan yang saya bagi sejak dia berhenti kerja cukup untuk dia belanja.
"Saya tidak mahu dia terus hanyut dengan hidupnya sekarang dan kami sekeluarga akan terkena tempiasnya. Anak-anak makin besar dan perlukan wang untuk belajar hingga ke peringkat universiti.
"Pada masa yang sama, saya juga menasihatinya dengan baik, minta dia fikir tentang masa depan anak-anak. Harap dia akan termakan nasihat saya. Saya tidak akan berhenti berdoa. Saya tahu lambat laun Najwa akan sedar juga.
"Sebagai suami, saya amat sedih kerana setiap tahun, duit bonus saya pasti habis untuk Najwa pergi bercuti dengan kawan-kawannya. Kali ini, saya mesti berkeras jika tidak Najwa tidak akan berubah. Semoga Allah lembutkan hati Najwa dan bagi saya kesabaran,'' kata Arman menutup cerita.
Kisah suami isteri berselisih faham adalah lumrah, terpulang kepada bagaimana pasangan tersebut menanganinya. Dalam fikiran saya, Arman tentu mempunyai cara untuk menyelesaikan masalahnya dengan Najwa.
Saya yakin Najwa akan faham dan menerima nasihat suaminya untuk kebaikan bersama dan keharmonian rumah tangga. Saya cadangkan Arman membawa Najwa dan anak-anak bercuti sekali sekala agar dia tidak berasa bosan dan tahu Arman menghargai pengorbanannya berhenti kerja.
Cara ini membantu keluarga Arman menikmati percutian selain mengeratkan hubungan keluarga. Banyak yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk menikmati kebahagiaan jika kena caranya.
Kepada Najwa dan para isteri di luar sana yang mungkin tertekan dengan keadaan di rumah, jangan sekali-kali bertindak mengikut emosi. Rancanglah dengan suami, luahkan apa yang terbuku di hati supaya setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik. Yang paling baik, hargai suami, dengar cakap suami untuk kebaikan bersama dan keharmonian dalam rumah tangga.
Menamatkan catatan, jadilah seperti sekuntum bunga ros, apabila sudah kering, ia akan jatuh ke tanah, namun masih ada yang sudi mengutipnya sebagai hiasan penyeri rumah.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan