Tasawwuf > Bab 12 : Sifat-sifat Mazmumah
1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
-
Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika
makan atau minum.
- Makan
dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang
itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini
menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
-
Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun
tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana
termasuk di dalam amalan membazir.
-
Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
- Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
- Ia
bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru
kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
-
Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran.
Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah
akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
- Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.
- Iaitu
menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang
atau berpindah kepadanya.
- Seseorang
yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat
nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau
lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang
bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu
wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang
lain.
- Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
- Iaitu
menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada
jalan yang dituntut oleh agama.
- Nikmat
yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada
seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya
dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan
pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan
dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu
wata‘ala.
- Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
- Iaitu
kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
- Perasaan
inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan
seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
- Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
- Ia
bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara
yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan
di akhirat.
-
Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada
kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut
ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak
menjadi kebajikan di akhirat.
-
Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan
perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya
daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
- Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.
- Iaitu
membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
- Orang
yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih
tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang
lain itu hina dan rendah pangkat.
- Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
- Iaitu
merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
- Orang
yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam
hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna
dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya
dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan
sebagaimana yang dia lakukan.
- Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
- Iaitu
memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
- Setiap
amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah
keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah
kepada Allah semata-mata.
- Orang
yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya
telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
SIFAT-SIFAT MAZMUMAH
Sifat Mazmumah adalah sifat tercela. Menurut imam al-ghazali, antara sifat mazmumah adalah seperti berikut:
GEMAR MAKAN DAN MINUM
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang bererti :
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang bererti :
" Yang terlebih afdal pada Allah itu ialah orang yang banyak berlapar
dan banyak tafakur. Dan yang terlebih benci kepada Allah itu ialah
orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak makan"
Kenapa sedemikian? Kerana mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar
mkan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa
terdorong untuk tidur dan beristirehat.
BANYAK BERKATA-KATA YANG SIA-SIA
Sudah menjadi lumrah manusia suka bercakap yang siaisia, yang boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.
Sudah menjadi lumrah manusia suka bercakap yang siaisia, yang boleh ditakrifkan sebagai bencana lisan ialah mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.
Firman Allah yang bermaksud:
" Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruj( manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf atau mendamaikan antara manusia" - surah An-nisan :114

Malahan ada hadis Rasulullah saw yang bermaksud : Sesiapa beriman kepada
Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik atau diam sahaja.
MARAH
Sifat marah berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang bersikap sedemikian selalunya disorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya
Sifat marah berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang bersikap sedemikian selalunya disorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya
Seringkali orang pemarah ini mewarisi sifat-sifat seperti sombong,
bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain. Bagaimanapun, islam tidak
melarang umatnya mempunyai sifat marah dalam hal-hal tertentu seperti
firman Allah SWt yan bermaksud:
"Wahai Nabi, perangilah orang kafir dan orang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka" - surah al-Tahrim:9
HASAD, DENGKI DAN IRI HATI
Sifat-sifat ini lahir dari rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Terdapat hadis Rasulullah yang bererti:
Sifat-sifat ini lahir dari rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Terdapat hadis Rasulullah yang bererti:
"Hasad itu memakan kebajikan, sebagaimana api memakan kayu"
Firman Allah yang bermaksud:
"Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan berasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan, mereka bersuka ria kerananya" - surah Ali imran:120
Untuk mengelakkan perasaan hasad, dengki dan iri hati ini, seseorang itu
perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk, mengucapkan puji dan syukur
kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh saudara seislam kita.
Mudah-mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa kelak.
KASIH PADA HARTA
Tidak salahnya memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil. Tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.
Tidak salahnya memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil. Tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.
Agama kita menuntut orang yang kaya dan berada menunaikan tanggungjawab
kepada masyarakat seperti bersedekah, berzakat, dan membelanjanakan
harta di jalan Allah. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Hai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu
dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian.
Maka tergolonglah mereka di kalangan orang yang rugi" - surah al-munafiqun:9
TAKBUR
Firman allah yang bermaksud:
Firman allah yang bermaksud:
" Apabila dikatakan padanya: Takutilah Allah. Ia lalu dipengaruhi
oleh kemegahan (takbur) yang membawanya kepada dosa, cukuplah neraka
jahanam (sebagai balasan)" - surah al-Baqarah : 206
Banyak sebab yang bolej membawa seseorang itu kepada sifat takbur atau
menyombong diri. Antaranya sebab nasab keturunan, kuasa pemerintahan,
kecantikan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.
Untuk menghindari sifat takbur ini, selalu mengamalkan sifat tawaduk
atau rendah diri dengan membanyakkan pergaulan dengan semua peringkat
ahli masyarakat dan melatih diri mendengar pandangan orang lain dalam
segala hal.
RIAK
Riak ditakrifkan sebagai sifat untuk menari pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.
Riak ditakrifkan sebagai sifat untuk menari pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.
Sifat riak yang nyata seperti menunjuk-nunjuk dalam amal ibadah dan riak
yang tersembunyi ialah beratnya hati seseorang untuk beramal apabila
bersendirian tetapi akan berbuat demikian apabila orang lain yang
menyaksikannya!
Terdapat hadis Rasulullah saw yang bererti:
"Serendah-rendah riak adalah syirik"
Rakan-rakan perlu berhati-hati supaya tidak bersifat riak dan
sebaik-baiknya hendaklah membiasakan diri untuk merahsiakan segala
amalan baik kita supaya tidak diketahui orang
Apakah perkara yang boleh membuatkan seseorang itu riak? Ianya adalah
seperti mempertontonkan keindahan tubuh badan, pakaian, ucapan dan
perlakuan.
UJUB
Sifat ujub pula berkait rapat dengan takbur dan riak. Ujub bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaaan dan lain-lain.

Sifat ujub boleh diatasi dengan sentiasa memikirkan bahawa tiada benda di dunia ini akan kekal.
Setiap sifat boleh ditimpa keuzuran atau penyakit suatu hari nanti, yang
tinggi darjat keturunannnya tidak akan dinilai di sisi Allah selain
takwa dan yang kaya pula boleh mengalami bencana-bencana seperti
kecurian, penculikan dan sebagainya
Sentiasalah menghisab atau meneliti kekurangan diri sendiri ( muhasabah)
sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada
sifat-sifat tercela ini.
KASIH AKAN DUNIA
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenenagan duniawi akan
menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan
dunia ini telah digambarkan oleh Allah swt dalam firmannya :
"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan senda
gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumbailumba dalam
mengumpul harta kekayaan dan anak pinak" - surah al-Hadid: 20
Allah swt telah menjelaskan dalam firman-Nya yang lain, bahawa segala
yang ijadikan di muka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan
kepada manusia untuk menilai baik buruknya amalan seseorang itu.
Seandainya insan itu mengenali hakikat kejadian dirinya dan mengenali
rahsia dirinya dengan sebaik-baiknya, mengenali rahsia dan hikmah dunia
ini sebagai tempat menimba bekalan takwa menuju akhirat, pasti kecintaan
yang melampaui batas terhadap kehidupan dunia yang sementara ini akan
terhapus
10 Sifat Mahmudah Dan Mazmumah Menurut Imam AL-GHAZALI ~
Ilmu Tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di
dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat
mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah
iaitu yang keji dan tercela.
Ilmu Tasawuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah. Antara syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah banyak bersabar serta banyak melalui penderitaan.
Imam Al-Ghazali r.a telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah (Terpuji) di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin. Sifat mahmudah adalah sifat yang terpuji yang dituntut oleh Islam supaya diamalkan oleh umatnya. Sifat-sifat utama yang tergolong dalam sifat-sifat yang mahmudah ialah:
1) TAUBAT (Membersihkan Hati)
2) KHAUF (Takut kepada Allah)
3) MUHABBAH (Kasih Sayang sentiasa ingat kepada Allah)
4) ZUHUD (Menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)
5) SABAR (Menahan diri daripada keluh kesah pada suatu musibah)
6) SYUKUR (Memuji setiap nikmat daripada Allah)
7) IKHLAS (Setiap perbuatan diniatkan untuk keredhaan Allah )
8) TAWAKAL (Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah)
9) REDHA (Tenang hati terhadap apa yang datang daripada Allah)
10) ZIKRULMAUT (Sentiasa ingat mati dan memperlengkapkan diri untuknya)
Imam Al-Ghazali juga menggariskan sepuluh sifat Mazmumah (Tercela) di dalam kitab tersebut iaitu:
1) Banyak Makan
2) Banyak Bercakap
3) Marah
4) Hasad
5) Bakhil
6) Cintakan Kemegahan
7) Cinta Dunia
8) Bangga Diri
9) Ujub (Hairan Diri)
10) Riya' (Menunjuk-nunjuk).
Semoga Allah S.W.T. menggantikan sifat Mazmumah dalam diri kita dengan sifat Mahmudah. In Shaa Allah..Aamiin.
P/s: Hargai dan sayangilah diri kita sendiri, kerana tiada sesiapa yang akan menghargai sebelum kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan