Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Riak dan sum'ah adalah dua sifat yang dibenci oleh Allah SWT. Jika terdapat kedua-dua sifat ini amalan seseorang itu terbatal dan tidak diterima oleh Allah SWT.
Apa saja sifat yang boleh mendatangkan keburukan, kebinasaan atau kecelakaan dalam hidup seseorang, ia boleh dianggap sebagai penyakit. Perbuatan riak dan sum'ah dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah SWT.
Riak berasal dari kata ru’yah yang ertinya melihat. Berlaku riak ertinya menampakkan amal soleh supaya dilihat manusia. Riak ada disebut dalam al-Quran, antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang-orang yang memperlihatkan amalnya (yura’un) dan enggan membayar zakat.” (Surah al-Ma’un ayat 6-7)
Ulama Islam berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan. Sementara Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.
Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al-Maun ayat 4-6).
Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak Islam yang sentiasa menyeru umatnya agar beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dengan rasa angkuh dan (suka) mempamer (riak) kepada manusia.” (Surah al-Anfal, ayat 47)
Sahabat yang dimuliakan,
Selain daripada riak satu lagi sifat yang dibenci oleh Allah SWT adalah sum'ah. Sum’ah berasal daripada kata samma’a yang ertinya memperdengarkan. Memperdengarkan amal kepada manusia ertinya menampakkan amal yang sebelumnya dirahsiakan.
Riak dan sum’ah menurut istilah adalah mempamerkan amal soleh kepada orang dengan tujuan mendapatkan kehormatan. Jika seseorang beramal untuk dilihat manusia, itu namanya riak. Jika tidak dilihat manusia tetapi kemudian dia menceritakannya kepada mereka, itu namanya sum’ah.
Imam ‘Izzuddin ‘Abdissalam membezakan riak dan sum’ah. Beliau berkata:
“Riak adalah beramal kerana selain Allah SWT. Sum’ah adalah menyembunyikan amal kerana Allah SWT, tetapi kemudian menceritakan amal itu kepada manusia.”
Di sini seolah-olahnya Imam ‘Izzuddin melihat semua riak adalah tercela, sedangkan sum’ah ada tercela dan ada yang terpuji. Sum’ah tercela apabila tujuan penceritaan amal itu demi penghormatan manusia dan sum’ah terpuji apabila tujuan penceritaan demi penghormatan Allah SWT dan reda-Nya.
Nampaknya pendapat Imam Izzuddin sesuai dengan nas syariat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak (pamer) kepada manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Manakala Rasulullah SAW menyebut dalam hadis riwayat al-Bukhari yang bermaksud: “Sesiapa memperdengarkan (amalnya), Allah SWT pun akan memperdengarkan (keburukannya); sesiapa memperlihatkan (amalnya), Allah SWT akan memperlihatkan (keburukannya).”
Dalam hadis diriwayatkan Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku bimbang atas kamu adalah syirik kecil. Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Rasulullah SAW menjawab: Riak.”
Ada tiga faktor menyebabkan seseorang itu suka mempamer atau bersikap riak antaranya lingkungan keluarga ia membesar.
Pertama, ada kala seorang anak membesar dalam keluarga yang tradisinya suka mempamerkan atau riak sehingga anak itu juga mengikutinya.
Kedua, kerana bersahabat dengan kawan yang suka menunjuk-nunjuk lalu terpengaruh dengan peribadi kawannya.
Ketiga, tidak mengenal Allah SWT dengan baik.Kurangnya pengetahuan mengenai Allah SWT boleh menjadi penyebab seseorang suka bersikap suka mempamer.
Sahabat yang dikasihi,
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).
Untuk menjauhkan diri atau membersihkan hati daripada perbuatan riak dan sum'ah, kalian hendaklah mengamalkan sifat muraqabah. Muraqabah dapat memperlihatkan dan menghayati kepentingan dan hak Allah dengan memperhitungkan diri sendiri, berapa banyak kebaikan dan dosa yang telah dilakukan sebagai perbandingan supaya terus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan apa jua tindakan yang akan dilakukan.
Bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya. Taubat dan istighfar amat dituntut ke atas setiap orang yang beriman.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135).
Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222).
3 Tanda Orang Yang Riak
on
Sunday, October 27, 2013
Pelihara Diri Dari Perasaan Riak
3 Tanda Orang Yang Riak
Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 3 Tanda Orang Yang Riak.
Riak
adalah sifat yang dibenci oleh Allah SWT. Jika terdapat sifat riak
dalam diri seseorang, maka amalan seseorang itu mungkin akan terbatal
dan tidak diterima
oleh Allah SWT.
3 Tanda-Tanda Orang Yang Riak
Jom sama-sama kita hindari perasaan riak dalam diri dengan mendekatkan diri kita kepada Allah.
Selasa, 17 Ogos 2010
pengertian RIAK
Firman Allah dalam surah al-Ma'unayat 4-6 yang bermaksud:
"Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak."
Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Perkara yang diriakkan oleh manusia;
1. Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.
2. Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
3. Riak dengan perkataan
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata-kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.
4. Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.
5. Riak dengan ramainya murid dan pengikut
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama' itu dan ulama' ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.
PeringkatRiak
1. Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2. Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3. Riak Jali (yang terang)
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4. Riak Khafi (yang tersembunyi)
Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.
Punca Riak
Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;
1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.
Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.
Ketakutanini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.
Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.
Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit.
Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1.Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah danjuga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2.Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
3.Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4.Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.
5.Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
6.Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.
Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas keranaAllah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun, untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya akan menyebabkan timbulnya perasaan riak dan rasa bangga diri,namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi, jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.

RIAK
Pengertian
Menurut imam al-Ghazali: riak adalah mencari kedudukan pada hati
manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan.
Menurut Habib Abdullah Haddad: riak adalah menuntut kedudukan atau
minta dihormati dari kalangan orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk
akhirat.
Menurut pendapat ulama: riak bermaksud mempamerkan atau
menunjukkan amalannya yang baik dengan tujuan supaya dipuji sama ada dengan
pangkat, wang atau harta, isteri, suami dan sebagainya.
Kedudukan Riak Dalam Islam
1. Hidupnya penuh kebohongan dan kepalsuan.
2. Tergolongan perbuatan orang munafik.
3. Tergolong syirik kecil.
Ancaman Terhadap Riak Menurut Al-Qur’an
1. Mendapat kutukan Allah s.w.t. Firman
Allah s.w.t:
×@÷ƒuqsù šú,Íj#|ÁßJù=Ïj9 ÇÍÈ tûïÏ%©!$# öNèd `tã öNÍkÍEŸx|¹ tbqèd$y™ ÇÎÈ tûïÏ%©!$# öNèd šcrâä!#tムÇÏÈ
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (iaitu) orang-orang
yang lalai dari solatnya, Orang-orang yang berbuat riak. (Surah al-Ma’un: 4-6)
2. Membatalkan pahala amalan kebajikan.
Firman Allah s.w.t:
$yg•ƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#qè=ÏÜö7è? Nä3ÏG»s%y‰|¹ Çd`yJø9$$Î/ 3“sŒF{$#ur “É‹©9$%x. ß,ÏÿYム¼ã&s!$tB uä!$sÍ‘ Ĩ$¨Z9$# Ÿwur ß`ÏB÷sム«!$$Î/ ÏQöqu‹ø9$#ur ÌÅzFy$# ( ¼ã&é#sVyJsù È@sVyJx. Ab#uqøÿ|¹ Ïmø‹n=tã Ò>#tè? ¼çmt/$|¹r'sù ×@Î/#ur ¼çmŸ2uŽtIsù #V$ù#|¹ ( žw šcrâ‘ωø)tƒ 4’n?tã &äóÓx« $£JÏiB (#qç7|¡Ÿ2 3 ª!$#ur Ÿw “ωôgtƒ tPöqs)ø9$# tûïÍÏÿ»s3ø9$# ÇËÏÍÈ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala)
sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima),
seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia
tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu
seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa hujan
lebat, lalu menjadilah dia bersih (Tidak bertanah). mereka tidak menguasai
sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang kafir. (Surah al-Baqarah: 264)
Ancaman Terhadap
Riak Menurut Hadis
1. Boleh membatalakan syahadah atau iman
seseorang kerana syirik. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya serendah-rendah riak adalah
merupakan syirik. (Riwayat Tabrani dan Hakim)
2. Terhapusnya amalan kebajikan. Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara
taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu". (Riwayat ad-Dailami)
3.
Tidak mendapat rahmat Allah di dunia dan
akhirat. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Aku (Allah) sama sekali tidak memerlukan sekutu dari segala
sekutu. Barangsiapa yang berbuat sesuatu amalan yang menyekutukan Aku dengan
selain Aku, maka dia Aku tinggal bersama sekutunya” (Riwayat Muslim)
SIFAT RIAK
Published April 13, 2012 by wana93
Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
“Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul
ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada
Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang
tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia
menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Maksud riak ialah mencari sebarang penghargaan di hati manusia
sehingga dengan itu kita dapat mencapai pangkat, kedudukan dan
kebebasan. Ramai orang menjadi bebas kerana penyakit riak ini. Kerana
mereka tidak berhati-hati.Seandainya manusia memikirkan hakikat perbuatan mereka, tentu mereka tahu bahawa kebanyakan ilmu yang mereka tuntut dan adat yang mereka laksanakan berpunca daripada sifat riak.
Contoh :
1) Seorang pelajar yang bersungguh-sungguh belajar untuk mendapat pujian gurunya.
2) Seorang pelajar yang menolong gurunya supaya dipilih menjadi pengawas sekolah.
3) Seorang yang membuat sesuatu kebaikan untuk mendapat pujian orang sekelilingnya.
“Maka, celakalah untuk orang-orang yang solat. Yang lalai dari solatnya. (iaitu) Yang mengerjakan kebaikan untuk dilihat orang (riak).” (Surah Al-Mau’un : 4-6)
Mari sama-sama kita lihat ke dalam diri
sendiri. Apakah segala amal ibadah dan kebaikan yang kita lakukan adalah
kerana Allah s.w.t?? Atau hanya untuk ditonton dan dilihat oleh orang
ramai supaya kita dipuji dan bangga diri??
Hakikatnya, riak adalah berkehendakkan pujian dunia, bukan kerana Allah lagi. Tapi, kerana dunia.
Moga hati-hati kita bersih daripada salah
satu penyakit hati yang amat berbahaya ini. Bahaya terhadap iman kita.
Bahaya terhadap jiwa kita. Sama-sama kita berusaha untuk ikhlas dalam
setiap perlakuan kebaikan dan kerja-kerja ibadah dengan niat hanya
kerana Allah s.w.t. InsyaAllah. :)
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.” (Riwayat Muslim)
“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah…” (Surah An-Nisa’ : 125)
Penyakit Hati Ujub, Riak, dan Takabbur
Penyakit Hati
Terdapat perbezaan antara ujub, riak dan takabbur. Apa yang selalu menjadi kekeliruan kita ialah untuk membezakan 3 penyakit hati ini. Ya, terdapat perbezaan antaranya.Ujub
Jika yang dibicarakan adalah berkenaan dengan UJUB, maka kita perlu untuk memahami bahawa ujub ini timbul dalam hati. Ujub ini adalah lintasan-lintasan kecil yang membisikkan bahawa “aku sedang berbuat baik”, “aku hebat mampu berbuat sedemikian”, atau “wah, baik juga rupanya aku.”Selalunya, ujub ini hadir sebegitu.
Maksud saya, ujub hadir ketika melakukan kebaikan.
Contohnya, tiba-tiba, minggu itu kamu berterusan menjadi orang pertama yang masuk ke surau pada waktu Subuh, hati-hati sahabat, bimbang akan hadir ucapan hati sebegini:
“Wah, mantap jugak aku rupanya, direct bangun paling awal nie.”
Maka, UJUB telah menjelma.
Juga, hati ini akan cenderung untuk memuji diri sendiri terhadap kelebihan yang ada. Ketika mempersembahkan jawapan di papan putih, ketika memberi ucapan di atas pentas, ketika azan dan menjadi imam, ketika mengalunkan bacaan Quran malah ketika menaip status di Facebook atau tweet di Twitter.
“Eh, ramainya like status aku, hebat juga ya, baru 5 minit sudah 100 like.”
“Bukan calang-calang, setiap tweet aku pasti saja ada yang retweet atau favourite.”
Itu, UJUB.
Riak
Beza pula dengan RIAK. Riak merupakan perbuatan yang menunjuk-nunjuk. Secara mudahnya, ketika sedang melakukan amal atau apa sahaja, ketika itu hadir dalam hati niat untuk menunjuk.Bermakna, riak ini akan terjadi apabila wujud seseorang yang lain. Tidak akan terjadi riak jika tiada siapa yang kita mahu tunjuk, contohnya kamu hidup di sebuah pulau yang hanya kamu di situ.
Kamu melangkah masuk ke dalam surau, baru sahaja ingin melabuhkan punggung untuk duduk tiba-tiba masuk ustaz warden, sebagai Ketua Ibadah, nanti apa pula dia cakap, jadi kamu pun mula solat sunat Rawatib.
Nampak? Ayat “nanti apa pula orang cakap” yang timbul itu sudah cukup untuk membuktikan kamu hanya menunjuk-nunjuk.
Orang yang riak, selalunya tidak istiqomah. Apabila ada faedah, dia akan buat, apabila tiada, dia tidak buat. Maksudnya di sini, jika dia dapat tunjukkan pada orang, dia akan buat, jika tidak, dia tidak buat. Contoh di asrama, selalunya dia akan turun surau awal pada waktu Subuh, tetapi minggu itu, seluruh ahli biliknya pulang ke kampung, dia bukan setakat bangun lewat, malah hanya solat Subuh di biliknya sahaja.
Itu, RIAK.
Tetapi kena ingat, pada orang istiqomah pun riak ini boleh berlaku.
Contoh di surau lagi, setiap malam Khamis akan diadakan qiamullail, setakat ini kamu masih tidak terlepas lagi tetapi minggu itu kawan ajak tidur di rumahnya. Kamu menolak semata-mata tidak mahu terlepas qiamullail itu. Maklumlah, seluruh penghuni tahu kamu masih tidak terlepas lagi. Soalan saya, tidak boleh qiamullail di rumah kawannya saja? Jika dia beralasan di rumah kawannya payah nak bangun dan tiada ‘skuad’ yang mengejutkan seperti di asrama, itu lain cerita. Tetapi, selalunya dia bangun sendiri dengan menguncikan jam dan dia mampu sahaja bangun awal walau di mana pun, mengapa tidak tidur sahaja di rumah kawan dan qiam sahaja di sana?
Jelas RIAK di situ.
Takabbur
Sekarang, TAKABBUR. Ini juga perbuatan hati, dan merupakan penyakit. Seperti ujub, cuma takabbur ialah berasakan kamu adalah lebih hebat dari lainnya. Ujub, kamu puji diri sendiri. Takabbur, kamu bandingkan kamu dengan yang lain dan tinggikan dirimu. Lagi advance!Dan juga lagi teruk.
Kamu lihat, semua orang adalah lebih rendah darimu dan kamu lebih mulia. Bayangkan, kamu merupakan seorang pemidato yang hebat malah pernah menjuarai di peringkat kebangsaan. Satu masa, kamu menghadiri kursus pidato bersama kawan-kawan yang baru sahaja berkecipung dalam bidang ini. Jika wujud rasa dalam hati bahawa kamulah yang paling hebat, maka takabbur mula menguasai.
Natijahnya, kamu berasa tidak puas hati apabila orang lain yang menjadi ketua dan bukannya kamu. Kamu berasa, bukankah kamu yang memiliki pencapaian yang paling tinggi antara yang lainnya? Mengapa dia pula yang ketua? Ketika ada yang menegur kamu bahawa kamu salah pada sekian-sekian, kamu melenting dan tidak mahu terima malah tergamak berasa yang menegur itu memandai-mandai. Maklumlah, kamu peringkat kebangsaan, dia baru nak mula.
Itu, TAKABBUR.
Juga berlaku takabbur ini jika terdapat perbezaan bangsa, warna kulit dan negara. Di Malaysia, di negara sendiri, tiba-tiba seorang warga asing dari Bangladesh menegurmu kerana memotong barisan di ATM. Kamu pekakkan telinga dengan anggapan jijik dan selekehnya orang yang menegurmu itu.
Jelas benar takabbur di situ.
Takabbur ini sememangnya rasa dalam hati. Jika yang tebal sangat tu, mungkin sehingga ucap dengan lisan.
”Kau siapa nak tegur aku? Kau baru ijazah, aku dah Master kot..”
Sudahlah meninggi diri, merendahkan orang pula.
TUNTASNYA, ini semua penyakit hati. Gambaran ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa buruknya sifat ini dan pelakunya. Syaitan itu sangat licik. Kadang-kadang tanpa sedar, kita telah bersifat dengan ujub, riak, takabbur dan penyakit hati yang lainnya.
Ketika melangkah masuk untuk beribadah, kamu mula berasa kamu hebat. Itu UJUB. Masuk pula seorang kawan, kamu sengaja lamakan ibadah itu atau zahirkan ibadah itu dengan suara atau sebagainya, itu RIAK. Ketika melihat kawan itu tidak beribadah seperti kamu, kamu berasa kamu lebih hebat dan mulia darinya, itu TAKABBUR.
Sia-sia sudah ibadahmu itu.
Malah, Allah dan Rasul melaknatnya.
Moga saya, moga saya, moga saya dan kalian dapat mengamalkan apa yang baik, dan meninggalkan apa yang buruk.
Wallahu ta’ala ‘alam bissowaab..
Sumber asal: http://aku-azharian.blogspot.com
Bahaya sifat suka menunjuk2 ni boleh jatuh riak. Diri sendiri lebih tahu apa yg dilakukan itu utk menunjuk2 / riak.
Aku ada beberapa kawan yang rapat kat office ni..lagipon kat office ni staf perempuan x ramai , so beberapa kerat perempuan yang ada inilah menjadi teman rapat aku.
Dari segi lain semua ok, tapi yang aku x berkenan adalah sikap suka menunjuk-nunjuk..berlumba-lumba nak beli barang contohnya hand bag, tudung, baju dll yang mahal-mahal dengan tujuan nak lawan sape lagi hebat...aku ok lagi part ni..yang aku tak tahan sekali, diorang suke mengata kat orang yg guna barang biasa-biasa ..bermacam diorang kata..contohnya "tak mampu" "sengkek" " kedekut"..lama2 aku pon terasa sebabnya aku pon pakai barang biasa2 jer..
Kawan yang suka menunjuk -nunjuk
Aku ada beberapa kawan yang rapat kat office ni..lagipon kat office ni staf perempuan x ramai , so beberapa kerat perempuan yang ada inilah menjadi teman rapat aku.Dari segi lain semua ok, tapi yang aku x berkenan adalah sikap suka menunjuk-nunjuk..berlumba-lumba nak beli barang contohnya hand bag, tudung, baju dll yang mahal-mahal dengan tujuan nak lawan sape lagi hebat...aku ok lagi part ni..yang aku tak tahan sekali, diorang suke mengata kat orang yg guna barang biasa-biasa ..bermacam diorang kata..contohnya "tak mampu" "sengkek" " kedekut"..lama2 aku pon terasa sebabnya aku pon pakai barang biasa2 jer..
Tapi bila difikirkan balik, xkan disebabkan ni aku nak putuskan persahabatan dengan diorang..tapi lama-kelamaan kawan dengan diorang, aku terkesan sama..hinggakan aku sanggup nak join diorang beli barang yg mahal2 sampai cecah ribuan ringgit..bila difikir balik, xsangka sungguh kuat penangan kawan dalam mempengaruhi pemikiran kita..
so kat sini nak minta pendapat korang macam mana aku nak handle berkawan dengan kawan yg asyik nak lumba sape yg hebat ni?
Menunjuk-nunjuk di Laman Sosial
Semalam aku terima satu mesej dalam
whatsapp group. Rasanya anda pun mungkin ada terima mesej ni yang
pastinya cepat berlegar-legar di whatsapp masing-masing.
Ini adalah whatsapp yang dimaksudkan:
Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu.
Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur….
Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.
Tapi kini, tanpa kita sedari, melalui fb dan laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nnjuk atas kata-kata ‘share’..
beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak-banyak, upload gambar…dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm.. dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain.
Tapi realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tak ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yang kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..
Ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..
Ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi.
Maka :-
“Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka”..
“Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana”..
“Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit”..
“Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana.”..
Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.
Yang sudah tu sudah…
Jom, sama2 kita berusaha ke arah itu.
Komen aku, setuju dan tidak setuju.
Setuju
Setuju juga sebab aku pun kadang-kadang
sedikit tidak selesa tengok orang yang jenis tayang-tayang cek ni. Bukan
sebab aku tak ada duit. Bukan sebab aku tak ada cek untuk dipamer. Tapi
sebab aku rasa macam tak perlu buat demikian. Aku rasa tunjuk cek bagai
ni macam ada unsur nak menunjuk juga.
Tapi tak adalah aku nak marah dan
negative kepada yang nak tunjuk tu. Masing-masing punya hal la kan. Dah
namanya media sosial. Memang adalah yang kita tak setuju dengan
status-status di sana.
Tidak setuju
Dulu lain. Sekarang lain. Dulu masa
zaman mak ayah kita tak ada media sosial. Bisnes online juga tidak
berkembang pesat seperti sekarang ni. Jadi perbuatan tunjuk makanan,
pakaian, percutian dan lain-lain itu memang tidak relevan.
Sekarang tren sudah berubah. Orang
tunjuk benda-benda tu semua kadang-kadang bukan sebab nak tunjuk. Tapi
sebab nak iklankan produk dan perkhidmatan mereka. Paling tidak pun
untuk ‘public awareness’ dan branding.
Itu semua strategy dalam pemasaran
sekarang. Boleh saja kalau tak nak ikut arus. Cuma aku rasa akan jadi
agak ketinggalan la. Untuk maju dalam bisnes kenalah ikut peredaran
zaman dan sasaran pasaran.
Tepuk dada tanya ilmu
Jadi aku rasa mesej whatsapp tersebut
dibuat dengan tidak mengambil kira peredaran zaman. Apa-apa pun ia
whatsapp saja pun. Itu salah satu media pengiklanan yang berpengaruh
juga tu. Setuju ke tidak, tepuk dada, tanyalah ilmu yang ada.
Tuesday, October 22, 2013
Siapa yang layak dituduh menunjuk-nunjuk dan riak?
Saya terbaca catatan seorang cendekiawan tentang sifat menunjuk-nunjuk
dan sikap merendah diri. Apabila terbaca catatan tersebut, saya terasa
bahawa catatan tersebut kena tepat pada diri saya. Sama ada benar untuk
saya atau tidak, tidaklah diketahui.
Sebabnya saya memang suka menyatakan sesuatu pendapat yang saya rasakan berguna dan bermanfaat untuk dikongsi dengan orang ramai. Memang, ada kalanya terlalu banyak dan mungkin keterlaluan, hingga mungkin menimbulkan salah faham atau rasa kurang senang dalam diri orang lain. Tidak tahulah apa sebab sebenarnya dan atas dasar apakah timbul persepsi sedemikian. Akhirnya label 'suka menunjuk-nunjuk' akan dicap secara mudah ke atas saya. Walhal bukan itu sebenarnya niat saya, kerana saya 'terpaksa' melakukannya (demi kepentingan umum). Apapun saya patut mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana tanpa catatan itu, mungkin tidak timbul idea untuk menulis di blog yang makin usang ni.
Umum harus sedar bahawa apa yang ketara tidak semestinya menggambarkan realiti. Label 'suka menunjuk-nunjuk' tidak boleh dilabelkan secara mudah terhadap seseorang. Sebaliknya, seseorang itu hanya boleh dikatakan suka menunjuk-nunjuk JIKA DAN HANYA JIKA memenuhi definisi berikut:

Menunjuk-menunjuk atau riak bermaksud - suatu perlakuan atau perbuatan seseorang mempamerkan sesuatu spt. kebolehan, kelebihan atau hak milik dirinya kepada orang lain, yang secara jelas dilakukan dengan niat sengaja untuk (i) mendapatkan suatu kelebihan lain atau penghormatan untuk dirinya, atau (ii) membolehkannya mengatasi ciri yang sama yang ada pada orang lain. (sinonim - membangga / meninggi diri, berlagak sombong)Definisi menunjuk-nunjuk di atas mungkin masih rapuh, tetapi bagi saya cukup untuk menjelaskan apakah sebenarnya 'keperluan' bagi seseorang yang hendak dituduh sebagai menunjuk-nunjuk (mungkin saya patut jadi peguam).
Umumnya istilah menunjuk-nunjuk ini timbul kerana terdapat orang yang
mempamerkan sesuatu kelebihan - kemahiran, kepakaran, pengetahuan, hak
milik dan sebagainya. Seseorang tidak akan tampil atau berani
menonjolkan diri, melainkan jika dia tahu dia ada suatu kelebihan
(termasuklah saya). Tetapi perbuatan itu sahaja belum boleh dikatakan
menunjuk-nunjuk melainkan sengaja atau dengan niat yang tertentu.
Sesetengah perbuatan boleh dikategorikan sebagai menonjolkan kelebihan
tetapi berlaku secara tidak sengaja atau tanpa disedari. Jadi adilkah
jika orang yang berkeadaan sedemikian dituduh dengan gelaran yang
negatif? Sudah tentu tidak. Maka elemen niat ataupun sengaja harus ada
bagi orang yang hendak dilabel menunjuk-nunjuk.
Perbuatan yang menonjolkan kelebihan dengan sengaja itu pula mestilah
memberi kelebihan, pujian, penghormatan dan sebagainya (iaitu sebagai
ganjaran kepada perbuatan menunjukkan kelebihan itu) kepada orang yang
melakukannya.
Ada orang sengaja melakukan sesuatu, tetapi dengan niat yang baik. Misalnya tabiat saya suka menampilkan sesuatu yang saya miliki yang saya rasa bermanfaat untuk orang lain, dan saya tidak kisah sekiranya ia tidak memberi pulangan atau ganjaran kepada saya (ini untuk menjelaskan niat, bukan menunjuk-nunjuk betapa baiknya saya). Apatah lagi yang melibatkan ilmu pengetahuan. Bagi saya, ilmu bermanfaat untuk masyarakat dan tidak harus disembunyikan / didiamkan saja. Jika tidak, masyarakat yang rugi. Wajarkah seseorang yang mempunyai kelebihan dan sengaja menggunakan kelebihannya itu untuk kepentingan awam dituduh sebagai menunjuk-nunjuk? Kepentingan awam harus diutamakan kerana jika orang itu tidak menunjukkan kelebihan tersebut, maka orang awam yang akan kerugian. Salahkah Spiderman (bukan saya) menggunakan keupayaan adiwiranya untuk menyelamatkan orang?
Perbuatan menunjuk-nunjuk itu lazimnya dilakukan untuk kepentingan peribadi. Misalnya dilakukan dengan niat untuk membolehkan seseorang mengatasi orang lain, iaitu atas faktor mengatasi persaingan. Ada yang dilakukan untuk mendapat habuan (jika tanpa habuan, hal itu tidak mahu dilakukan). Ada juga yang mengharapkan balasan lain seperti populariti, pujian, kenaikan pangkat dan sebagainya.

Definisi di atas penting kerana dapat mengelakkan salah faham dan persepsi buruk terhadap sesuatu perbuatan yang kelihatan seperti menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya bukan. Bahkan ada sesetengahnya mungkin terpaksa dilakukan, atau demi kepentingan awam, atau berlaku secara tidak sengaja. Maka di sini jelas sekali elemen penting yang perlu diteliti ialah - apakah niat sebenar suatu perlakuan itu dilakukan.
Sumber komik
[1]: http://img.tfd.com/wn/1A/BF93C-boast.jpg
[2]: http://www.CartoonStock.com
Maksud Riak Yang Orang Selalu Salah Faham
Maksud riak biasanya dikaitkan dengan perbuatan menunjuk2 di depan orang. Biasa kita dengar, atau kita sendiri kata benda macam ni:
“Aku bukan nak riak..”
“Takmau la buat ni, takut riak pulak”
“Tengok tu, menunjuk2. Riak!”
Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,
“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).
Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Allah dengan makhluk-Nya, iaitu manusia lain.
Riak adalah sifat yang berlawanan dengan ikhlas. Bila ikhlas bermaksud kita melakukan sesuatu kerana Allah, maka riak bermaksud sebaliknya iaitu melakukan sesuatu bukan kerana-Nya.
Contoh perbuatan riak ialah:
1. Solat dengan begitu kusyuk sekali supaya orang yang melihat akan berasa “Wow, kusyuknya dia ni solat, mesti alim ni”
2. Bersedekah dengan banyak supaya orang kata “Wow, pemurahnya dia!”
3. Mengaji dengan suara merdu dan tajwid yang betul supaya orang kata “Wow, hebatnya dia mengaji!”
Amat sukar nak ikhlas kan?
Namun, terdapat beberapa perbuatan yang kita tak sedar, ia adalah riak sebenarnya. Contohnya…
1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ORANG KATA kita nak menunjuk2.
2. Kita sering solat sunat (dhuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab TAKUT KAWAN KATA kita alim sangat.
3. Kita nak cerita kebaikan kita tapi ayatnya “AKU BUKAN NAK RIAK” supaya ORANG yang dengar INGAT yang kita ni memang baik.
Perbuatan di atas tu, boleh jadi tidak riak, bila kita ikhlas. Ikhlas adalah bila…
1. Kita tidak mahu menderma di depan orang kerana TAKUT ALLAH MARAH bila kita merasa ujub bila derma lebih dari orang lain.
2. Kita sering solat sunat (shuha misalnya) tapi satu hari kawan kita datang dan kita tinggalkan solat sebab ALLAH KATA wajib muliakan tetamu, solat dhuha tu sunat je.
3. Kita cerita je lah dengan niat semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan yang mendengarnya. Baik ke buruk semua pembalasan dari Allah.
Riak ni sangat tersembunyi. Sebab ia kan satu spesis dengan ikhlas, cuma berlainan arah. Ikhlas adalah perbuatan yang sulit (waduh, kok cakap Indon) untuk dilihat dengan mata kasar, sukar untuk dikesan. Begitu juga dengan riak. Kerana ia melibatkan hati. Kita mana boleh nak tahu hati sesiapa, sedangkan Nabi pun tak tahu. Dalam hati sendiri pun sukar nak dikesan “Aku ni ikhlas ke riak?”
Riak juga boleh jadi bila kita melakukan ibadat kerana sesuatu, contohnya kerana nak lulus periksa, maka solatlah kita awal waktu, siap solat sunat, solat hajat, puasa bagai. Sekali periksa tak berapa nak lulus, terus bungkus semua tu. Siap marah2 Tuhan lagi “Aku semayang hajat semua pun Kau tak beri lulus? Ini tidak adil! Malas semayang!”. Ataupun,periksa dah lulus, so buat apa nak lakukan semua tu lagi kan? Salah ni dik, amal ibadah kita kena ikhlas, bukan sebab nakkan sesuatu. Memangla kita kena ada extra effort kalau mahu something, tapi dia kena ada follow up. Kalau tak dapat, usaha lagi, atau bertaubat, mungkin kafarah dosa. Kalau dapat, bersyukur dan buat la jugak semoga nanti dapat lagi banyak.
Bagi orang kebanyakan seperti saya, riak ni kadangkala disalah faham dengan ujub. Maksud ujub ialah merasakan dirinya lebih dari orang lain. Lebih alim, lebih kaya, lebih pandai, lebih segala-mala la. Dia adik beradik dengan riak, tapi ujub tak semestinya riak, dan riak tak semestinya ujub. Tapi biasanya kalau dah ujub tu mestilah ada riak jugak. Kalau rasa diri alim, mesti la nak tunjuk kealiman kan. Orang mesti pandang aku… paling kuat ibadat, paling pandai mengaji, paling berilmu….
Satu lagi sifat yang ada kaitan dengan riak ialah sum’ah. Sum’ah ialah memperkatakan tentang amal baiknya. Berbeza dengan riak yang meperlihatkan, sum’ah ialah memperdengarkan.
Takbur pula ialah membesar-besarkan diri. Dia jelah yang hebat. Dia jelah yang best. Dia jelah yang ada blog. Eh?
Apa-apa pun semua sifat2 di atas mestilah diperangi, terutama sifat riak, kerana ia adalah sesuatu yang serious. Di akhirat kelak, Allah tidak sudi memandang ibadah mereka yang ada riak, sebaliknya disuruh minta pahala daripada orang-orang yang diriakkan tu. Alangkah ruginya kan? Susah payah solat, sekali Allah tak sudi terima T_T disebabkan kita solat tu sebab nak suruh orang tengok kita macam bagooos.
Susah nak buat kan? Ye lah bukannya kita nampak Allah, dan Dia tu takde nak bercakap2 dengan kita secara direct. Kalau manusia ni, kejap je dapat pujian “Wah baiknya budak ni!”, “Dia ni alim ni” dan kita pun tersenyum2 puas.
Riak adalah sejenis penyakit. Jadi adalah ubatnya. APakah ubat riak?
- Melakukan sesuatu amal kebaikan kerana suruhan Allah. Bukan kerana pahala, atau pembalasan, atau nak periksa, atau pujian orang atau apa2. Dah Tuhan suruh tu buat aje lah.
- Selalu muhasabah diri.. adakah aku ikhlas? Atau nak tunjuk kat orang je?
- Selalu berdoa semoga Allah tetapkan iman dan jauhi dari sifat2 riak.
- Banyakkan ibadah sunat yang jauh dari pandangan orang.
- Sentiasa bertaubat, beristighfar dan menangisi dosa2.
- Tanamkan rasa cinta kepada Allah dan takut kepada azab seksa-Nya.
ujub dan riak
bismillahirrahmanirrahim..
ujub dan riak? apa tu?????
ma makna ujub?? ma makna riak?? ramai dalam kalangan kita menyalahkan ertikan maksud sebenar ujub dan riak.. ramai dari kita beranggapan ujub dan riak membawa maksud yang sama.. ujub sebenarnya perasaan yang lahir dari hati yang merasakan diri sendiri lebih mulia dan baik dari orang yang lain.. kata hati yang dibisikkan oleh syaitan bagi merosakkan amalan kebajikan dan ibadah .. "I'm just better than you" .. semakin hari kita melakukan amal ibadah.. semakin teruk pandangan kita terhadap orang lain.. sehingga perasaan ini kadang kala mengasuh kita menjadi seorang yang degil dan sukar untuk menerima nasihat.. kerana merasa diri lebih baik dari orang yang memberi nasihat.. sedang Islam mengajar kita untuk bersifat tawadhuk.. rendah diri.. dan merasakan amalan yang dilakukan masih banyak yang perlu diperbaiki.. merasakan diri ini hina kerana dalam kehidupan sehari hari.. diri kita tak terlepas dari melakukan dosa..
riak pula adalah sifat bermegah-megah dalam melakukan sesuatu..
menunjuk-nunjuk.. melakukan amalan supaya diri dipandang mulia oleh
orang lain.. "look at me, I can perform the solah as Imam better than you" semakin
hari diri merasakan seronok menerima pujian.. dan semakin hari semakin
diri meningkatkan amalan.. untuk mendapat pujian yang lebih.. sedang
ketika berseorangan, diri merasakan begitu malas sekali untuk bersujud
kepada Allah.. amalan yang dilakukan penuh kepuraan.. mendapat pujian
dari manusia sedang Allah murka.. walaupun ujub riak ini tidak membawa
erti yang sama-sama.. namun kedua perasaan ini sering ada bersama-sama
.. dan sebenarnya perasaan ini dibisikkan oleh syaitan bagi merosakkan
amalan yang dilakukan oleh anak adam...
Peringkat Riak
1- Riak Akhbar : Melakukan ibadat untuk mendapatkan sesuatu dari manusia dan bukan untuk beroleh keredhaan Allah. Contoh : Dia beribadat kerana nak sanjungan dari manusia.
2- Riak Asghar : Melakukan sesuatu kerana Allah dan selain daripada-Nya. Contoh : Dia bersedekah kerana melihat si pulan tu glamour dan dalam masa yang sama dia bersedekah kerana Allah.
3- Riak Jali (secara terang) : Memerlukan sesuatu kesan yang nyata mendorong seseorang itu melakukan amal ibadat sehingga tanpa riak dia tidak berminat untuk melakukan amal. Contoh : Dia mesti mencari kemegahan bila bersedekah. Kalau nak bersedekah mesti dapat liputan meluas dalam berita. Jika tidak, dia tidak mahu bersedekah.
4- Riak Khafi (secara tersembunyi) : Tersembunyi di dalam hati dan hanya dia tahu apa yang bermain dalam hatinya. Riak ini juga menjadi pendorong baginya untuk terus beribadat. Contoh : Demi memikat hati pemuda yang kuat beribadat dan kaya itu suka padanya, dia sanggup pakai tudung, sentiasa solat berjemaah di surau, berkelakuan sopan dihadapannya. Di belakang lain cerita.
ulamak menyatakan golongan yang mempunyai kedua-dua atau salah satu sifat di atas akan tertolak amalannya disisi Allah S.W.T.. kerana Allah hanya menerima amalan hambanya yang ikhlas dalam mencari rahmat Allah S.W.T.. adakah kita lupa?? atau sememangnya kita tidak mengetahui... bahawa seseorang itu memasuki syurga adalah dengan rahmat Allah S.W.T.. dan amalan yang dilakukan hanyalah satu usaha kita dalam mendapat rahmat Allah S.W.T.. bagaimana kita mampu mendapatkan rahmat Allah S.W.T sedang dalam melakukan ibadah kita tiada sifat tawadhuk dan sibuk mencari pujian orang lain.. sedang insan-insan yang lain hanyalah hamba yang daif.. sama seperti kita.. yang tidak mampu memberi apa-apa sedang yang maha berkuasa hanyalah Allah S.W.T.. tuhan sekalian alam.. jadi.. mari sambil kita renung2.. dimanakah nilai kita disi Allah S.W.T sebenarnya..
KESIMPULAN
kedua-dua sifat di atas hendaklah kita kikis kerana ia adalah musuh no 1 kita dalam melakukan amal kebajikan dan ibadah.. kedua dua sifat ini mampu mengheret kita ke nereka Allah S.W.T yang sangat pedih.. bertaubatlah kita kepada Allah S.W.T.. carilah redha Allah.. kerana dengan rahmatNya lah kita akan beroleh kejayaan.. berdoalah kepada Allah S.W.T supaya disemaikan benih cinta kepadaNya melebihi cinta kita kepada dunia.. kerana kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar adalah apabila kita mendapat cinta dari Allah S.W.T
mari kita lihat gambar di bawah.. mengenai pintu-pintu syaitan yang ada dalam diri kita dan cara menutupinya
ujub dan riak? apa tu?????
ma makna ujub?? ma makna riak?? ramai dalam kalangan kita menyalahkan ertikan maksud sebenar ujub dan riak.. ramai dari kita beranggapan ujub dan riak membawa maksud yang sama.. ujub sebenarnya perasaan yang lahir dari hati yang merasakan diri sendiri lebih mulia dan baik dari orang yang lain.. kata hati yang dibisikkan oleh syaitan bagi merosakkan amalan kebajikan dan ibadah .. "I'm just better than you" .. semakin hari kita melakukan amal ibadah.. semakin teruk pandangan kita terhadap orang lain.. sehingga perasaan ini kadang kala mengasuh kita menjadi seorang yang degil dan sukar untuk menerima nasihat.. kerana merasa diri lebih baik dari orang yang memberi nasihat.. sedang Islam mengajar kita untuk bersifat tawadhuk.. rendah diri.. dan merasakan amalan yang dilakukan masih banyak yang perlu diperbaiki.. merasakan diri ini hina kerana dalam kehidupan sehari hari.. diri kita tak terlepas dari melakukan dosa..
1- Riak Akhbar : Melakukan ibadat untuk mendapatkan sesuatu dari manusia dan bukan untuk beroleh keredhaan Allah. Contoh : Dia beribadat kerana nak sanjungan dari manusia.
2- Riak Asghar : Melakukan sesuatu kerana Allah dan selain daripada-Nya. Contoh : Dia bersedekah kerana melihat si pulan tu glamour dan dalam masa yang sama dia bersedekah kerana Allah.
3- Riak Jali (secara terang) : Memerlukan sesuatu kesan yang nyata mendorong seseorang itu melakukan amal ibadat sehingga tanpa riak dia tidak berminat untuk melakukan amal. Contoh : Dia mesti mencari kemegahan bila bersedekah. Kalau nak bersedekah mesti dapat liputan meluas dalam berita. Jika tidak, dia tidak mahu bersedekah.
4- Riak Khafi (secara tersembunyi) : Tersembunyi di dalam hati dan hanya dia tahu apa yang bermain dalam hatinya. Riak ini juga menjadi pendorong baginya untuk terus beribadat. Contoh : Demi memikat hati pemuda yang kuat beribadat dan kaya itu suka padanya, dia sanggup pakai tudung, sentiasa solat berjemaah di surau, berkelakuan sopan dihadapannya. Di belakang lain cerita.
ulamak menyatakan golongan yang mempunyai kedua-dua atau salah satu sifat di atas akan tertolak amalannya disisi Allah S.W.T.. kerana Allah hanya menerima amalan hambanya yang ikhlas dalam mencari rahmat Allah S.W.T.. adakah kita lupa?? atau sememangnya kita tidak mengetahui... bahawa seseorang itu memasuki syurga adalah dengan rahmat Allah S.W.T.. dan amalan yang dilakukan hanyalah satu usaha kita dalam mendapat rahmat Allah S.W.T.. bagaimana kita mampu mendapatkan rahmat Allah S.W.T sedang dalam melakukan ibadah kita tiada sifat tawadhuk dan sibuk mencari pujian orang lain.. sedang insan-insan yang lain hanyalah hamba yang daif.. sama seperti kita.. yang tidak mampu memberi apa-apa sedang yang maha berkuasa hanyalah Allah S.W.T.. tuhan sekalian alam.. jadi.. mari sambil kita renung2.. dimanakah nilai kita disi Allah S.W.T sebenarnya..
KESIMPULAN
kedua-dua sifat di atas hendaklah kita kikis kerana ia adalah musuh no 1 kita dalam melakukan amal kebajikan dan ibadah.. kedua dua sifat ini mampu mengheret kita ke nereka Allah S.W.T yang sangat pedih.. bertaubatlah kita kepada Allah S.W.T.. carilah redha Allah.. kerana dengan rahmatNya lah kita akan beroleh kejayaan.. berdoalah kepada Allah S.W.T supaya disemaikan benih cinta kepadaNya melebihi cinta kita kepada dunia.. kerana kebahagiaan dan kejayaan yang sebenar adalah apabila kita mendapat cinta dari Allah S.W.T
mari kita lihat gambar di bawah.. mengenai pintu-pintu syaitan yang ada dalam diri kita dan cara menutupinya
Takbur, Ujub, Riak
( al-cAraf : 40)
Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah S.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk syurga.
Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang
membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai
salah satu perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat
mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap
diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain.
Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan
bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong adalah perkataan
yang sama maksud dan pengertiannya.
Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak.
Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.
Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.
Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.
Sifat takbur mempunyai tiga peringkat iaitu :
1- Takbur kepada Allah S.W.T.
Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takbur seperti ini.
2- Takbur kepada Rasul
Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10)

3- Takbur terhadap sesama manusia.
Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq.
Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:
a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
c) Bertuhankan kepada manusia.
d) Menghalang sifat-sifat baik.

Posted 8th February 2012 by Mikael Ooi
Minda: Hindari penyakit riak
MAHA Besar dan Maha Berkuasanya Allah dapat kita lihat dengan
kejadian manusia yang pelbagai rupa dan kelakuan. Walaupun rambut sama
hitam, tapi warna kulit, bahasa, tingkah laku dan agama tidak sama
antara seorang dengan seorang. Begitu juga kalau kita lihat dalam
kehidupan manusia di bumi ini. Ada yang miskin ada yang kaya. Ada yang
baik hati, ikhlas, jujur, amanah dan terdapat juga mereka yang busuk
hati, sombong, dengki, kedekut dan riak.
Apa saja sifat yang boleh mendatangkan keburukan, kebinasaan atau kecelakaan dalam hidup seseorang, ia boleh dianggap sebagai penyakit. Perbuatan riak dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah s.w.t. Ulama Islam berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan. Sementara Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al-Maun ayat 4-6).
Dalam surah al-Baqarah ayat 264 Allah berfirman maksudnya: “Hai
orang- orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan
mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana
riak kepada manusia.” Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah
perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan, pujian atau
penghormatan daripada orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan
kehendak Islam yang sentiasa menyeru umatnya agar beramal atau melakukan
perkara kebaikan dengan hati penuh keikhlasan dan mengharapkan
keredaan Allah.
Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya.
Kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam akan tercemar dan rosak jika tidak dilandasi keimanan dan keikhlasan hati serta mengharapkan keredaan Allah. Justeru, dalam Islam setiap amal kebajikan yang disertai dengan riak adalah tergolong dalam perbuatan syirik kecil yang boleh merosakkan amal kebajikan, melunturkan kemurnian akhlak dan akan mendapat kerugian hidup di dunia dan akhirat.
Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau mengerjakan ibadah hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadah untuk menunjukkan yang kononnya mereka baik, pemurah, warak atau rajin beribadah. Mereka lakukan kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu turuti hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu daripada (agama) Allah. (Surah Sad ayat 26).
Dalam surah Muhammad ayat 16, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka itu telah dicap (ditutup) Allah mata hatinya dan mereka mengikut hawa nafsunya.” Adalah sangat jelas umat Islam yang melakukan perbuatan riak akan mendapat balasan buruk daripada Allah. Sementara Rasulullah sendiri sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhi diri daripada perbuatan riak melalui beberapa hadisnya. Antaranya, Rasulullah bersabda: “Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu.” (Hadis riwayat Ad-Dailami).
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).
Untuk menjauhkan diri atau membersihkan hati daripada perbuatan riak, umat Islam hendaklah mengamalkan sifat muraqabah. Muraqabah dapat memperlihatkan dan menghayati kepentingan dan hak Allah dengan memperhitungkan diri sendiri, berapa banyak kebaikan dan dosa yang telah dilakukan sebagai perbandingan supaya terus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan apa jua tindakan yang akan dilakukan.
Bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya. Taubat dan istighfar amat dituntut ke atas setiap orang yang beriman.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135).
Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222).
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Hindaripenyakitriak/Article/index_html#sthash.f4SGzjy3.dpufApa saja sifat yang boleh mendatangkan keburukan, kebinasaan atau kecelakaan dalam hidup seseorang, ia boleh dianggap sebagai penyakit. Perbuatan riak dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah s.w.t. Ulama Islam berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan