Mufti: Kariah masjid, surau boleh guna budi bicara
Jawatankuasa kariah masjid dan surau di negeri ini boleh menggunakan
budi bicara dalam melaksanakan larangan penggunaan pembesar suara luar
masjid dan surau bagi aktiviti selain untuk azan dan iqamah, kata Mufti
Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor.
Beliau berkata sekiranya larangan itu diwartakan pada masa depan, pengurusan masjid boleh mempertimbangkan penggunaan pembesar suara itu mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
"Keputusan fatwa mengecualikan azan dan iqamah daripada larangan menggunakan pembesar suara luar masjid. Tetapi diharap jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid dapat gunakan budi bicara apa yang patut mereka lakukan bagi melaksanakan maksud larangan tersebut dalam konteksnya yang sebenar.
"Golongan literalis hanya nampak huruf undang-undang, mereka ikut sepenuhnya apa yang ditulis dalam undang-undang. Tapi orang cerdik dapat melihat makna yang terkandung di balik apa yang tertulis," katanya dalam kenyataan di Georgetown semalam.
Larangan penggunaan pembesar suara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.
Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.
Wan Salim berkata fatwa larangan penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau harus dilihat kepada kesan dan matlamat yang ingin dicapai untuk kepentingan individu dan masyarakat sepertimana dikehendaki oleh syarak.
"Inilah yang dinamakan 'maqasid syariah' yang sering dibincangkan dalam forum-forum dan seminar di dunia Islam zaman kini," katanya.
-Bernama
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, sekolah tidak dibenarkan menganti cuti sekolah yang ditutup akibat jerebu tersebut sebaliknya pihak pengurusan sekolah iaitu guru besar dan pengetua harus mengguna budi bicara masing-masing bagi melengkapkan sesi pembelajaran 2015.
Menurutnya, kementerian mengakui penutupan sekolah ekoran masalah jerebu sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran sesi persekolahan namun pembelajaran di sekolah perlu diteruskan mengikut kebijaksanaan pihak sekolah sendiri.
“Kita serahkan kepada budi bicara pihak sekolah untuk mencukupkan sesi pembelajaran 2015 namun saya yakin, masalah tidak cukup menghabiskan sukatan pelajaran untuk tahun ini tidak ketara, tidak banyak sekolah hadapi isu ini, jika ada, saya pasti pihak sekolah mampu mengatasinya,’’ katanya selepas menyampaikan hadiah pemenang Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, Isnin.
Operasi sekolah mula tergangu dan ditutup sementara bermula 15 September lalu ekoran masalah jerebu manakala peperiksaan awam seperti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hanya akan dibatalkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah bacaan 500.
Mengulas
lanjut mengenai perkara itu, menurut Kamalanathan, peperiksaan awam tersebut akan diteruskan seperti biasa selagi tahap bacaan IPU masih sekitar 100 atau lebih serta tidak merbahayakan pelajar.
“Bagi tujuan itu juga, kita mahu sekolah mematuhi peraturan pekeliling yang sudah kita edarkan di semua sekolah ekoran masalah jerebu ini paling utama, tidak sesekali membenarkan kegiatan luar bilik darjah diadakah.
“Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak yang tidak bersekolah kerana cuti jerebu ini, berada dalam rumah, kementerian mahu semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam masalah yang berlaku pada masa ini,’’ ujarnya.
Petikan artikel dari Berita Harian, 8 Jun 2013
>> Kawal perbelanjaan bulanan, pastikan buat simpanan tunai di bank
Kita mempunyai pendapatan yang agak baik. Beban tanggungan juga tidak besar. Mungkin sekadar membayar ansuran bulanan kereta dan rumah. Kos perbelanjaan pendidikan anak-anak juga ditanggung bersama isteri.
Ini bermakna, kita sebenarnya masih mampunyai lebihan tunai pada setiap bulan untuk dijadikan simpanan. Bagaimanapun, entah kenapa ia masih tidak cukup. Setiap pertengahan bulan hingga hujung bulan, kita sudah mula mengeluh atau termenung macam mana wang tunai kita boleh berkurangan dengan ketara sekali.
Kita mungkin tertanya-tanya, orang lain yang mempunyai pendapatan dan tanggungan hampir sama dengan kita, tetapi masih dapat membuat simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bulanan.
“Kenapa dia boleh buat simpanan, aku pula tak boleh? Apa yang aku berbelanjakan?” itulah persoalan yang bersarang dalam hati kita.
Mungkin kita berasakan sangat remeh untuk memikirkan apa bagaimana wang dibelanjakan. Ditambah pula dengan perasaan: “Duit aku, ikut suka aku apa nak belanja.” Malahan ada yang berasakan semua benda dianggap penting dan mesti dibeli, tanpa perlu bertangguh atau tidak langsung berfikir panjang.
Jadi, apa kata kita memikirkan pengurusan wang tunai dengan serius. Ini penting untuk kebaikan kita. Ketepikan sifat ego atau berlagak tak tentu fasal dalam pengurusan wang tunai ini. Apa gunanya kita berpuluh tahun kerja dengan pendapatan yang agak besar tetapi masih tidak ada simpanan langsung dalam bank, Tabung Haji atau Amanah Saham. Kalau ada pun simpanan, jumlahnya terlalu sedikit, tidak konsisten atau tiada disiplin.
Apa itu pengurusan tunai?
Pengurusan aliran tunai ialah proses memantau, menganalisis serta menyelaraskan aliran tunai peribadi kita. Aliran tunai ini pula mengandungi dua komponen utama; pendapatan (aliran masuk) dan perbelanjaan (aliran keluar).
• Pendapatan aktif:
Ia adalah hasil daripada pekerjaan (gaji) atau hasil usaha perniagaan kita. Sebaik sahaja kita berhenti bekerja atau berniaga, pendapatan aktif kita akan turut terhenti. Contoh pendapatan aktif termasuk gaji dan hasil keuntungan perniagaan.
• Pendapatan pasif
Diperolehi daripada simpanan atau pelaburan. Pendapatan pasif tidak mengambil kira status pekerjaan kita. Contoh pendapatan pasif termasuk faedah atau keuntungan sewa, dividen dan royalti.
Corak perbelanjaan
Aliran keluar tunai pula terdiri daripada perbelanjaan tetap, perbelanjaan berubah-ubah dan budi bicara.
• Perbelanjaan tetap
Perbelanjaan yang tidak berubah. Ia biasanya adalah perbelanjaan keperluan hidup dengan jumlah yang sama dibelanjakan setiap bulan. Contoh perbelanjaan tetap ialah bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah, kereta, sewa rumah, premium insurans dan upah bayaran pengasuh anak kita.
• Perbelanjaan berubah-ubah
Perbelanjaan yang jumlahnya tidak tetap. Ia berubah-ubah, lazimnya adalah untuk perbelanjaan keperluan hidup. Contoh perbelanjaan ini, termasuk makanan, pakaian, bil utiliti dan barangan keperluan rumah yang penting.
• Perbelanjaan budi bicara
Perbelanjaan mengikut budi bicara kita. Sebahagian besar perbelanjaan budi bicara bukanlah untuk keperluan hidup tetapi sesuatu yang boleh memberi keseronokan kepada kita. Contoh, apabila kita makan luar bersama keluarga, membeli pakaian mahal atau berjenama, melanggan TV satelit, hiburan dan barangan keperluan rumah yang tidak penting.
Pastikan sentiasa ada lebihan tunai
Dengan memahami aliran masuk dan keluar tunai, marilah kita mempelajari cara menggunakan penyata aliran tunai. Penyata aliran tunai menunjukkan semua pendapatan dan perbelanjaan dalam tempoh tertentu. Penyata aliran tunai adalah alat asas untuk menyemak tahap kesihatan kewangan dan menilai kedudukan kewangan kita.
Pengurusan aliran tunai yang baik akan memastikan kita selalu mempunyai pendapatan yang cukup untuk membayar semua perbelanjaan kita. Ia juga akan menempatkan diri di tahap kedudukan kewangan yang selesa.
Kalau pendapatan kita lebih daripada perbelanjaan, bermakna kedudukan wang tunai kita berada pada tahap positif. Tapi kalau perbelanjaan melebihi pendapatan, keadaan ini dianggap negatif atau defisit.
Jumlah Wang Masuk > Jumlah Wang Keluar = Lebihan Tunai (Syabas! Teruskan usaha anda)
Jumlah Wang Keluar > Jumlah Wang Masuk = Defisit Tunai (Kaji semula corak perbelanjaan anda)
Kalau kita membelanjakan semua pendapatan, ini tidak bermakna kedudukan wang tunai kita adalah baik. Ia sebenarnya membuatkan kita tidak mempunyai sebarang simpanan untuk tujuan kecemasan. Bayangkan, apakah akan terjadi kepada kedudukan wang tunai kita kalau kita diberhentikan kerja atau tidak berupaya bekerja lagi?
Beliau berkata sekiranya larangan itu diwartakan pada masa depan, pengurusan masjid boleh mempertimbangkan penggunaan pembesar suara itu mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
"Keputusan fatwa mengecualikan azan dan iqamah daripada larangan menggunakan pembesar suara luar masjid. Tetapi diharap jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid dapat gunakan budi bicara apa yang patut mereka lakukan bagi melaksanakan maksud larangan tersebut dalam konteksnya yang sebenar.
"Golongan literalis hanya nampak huruf undang-undang, mereka ikut sepenuhnya apa yang ditulis dalam undang-undang. Tapi orang cerdik dapat melihat makna yang terkandung di balik apa yang tertulis," katanya dalam kenyataan di Georgetown semalam.
Larangan penggunaan pembesar suara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.
Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.
Wan Salim berkata fatwa larangan penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau harus dilihat kepada kesan dan matlamat yang ingin dicapai untuk kepentingan individu dan masyarakat sepertimana dikehendaki oleh syarak.
"Inilah yang dinamakan 'maqasid syariah' yang sering dibincangkan dalam forum-forum dan seminar di dunia Islam zaman kini," katanya.
-Bernama
Sekolah guna budi bicara cukupkan pembelajaran
5 OKT: Guru Besar dan pengetua sekolah diminta menggunakan budi bicara sendiri untuk mencukupkan waktu pembelajaran yang terjejas akibat penutupan sekolah ekoran jerebu sejak September lalu.Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, sekolah tidak dibenarkan menganti cuti sekolah yang ditutup akibat jerebu tersebut sebaliknya pihak pengurusan sekolah iaitu guru besar dan pengetua harus mengguna budi bicara masing-masing bagi melengkapkan sesi pembelajaran 2015.
Menurutnya, kementerian mengakui penutupan sekolah ekoran masalah jerebu sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran sesi persekolahan namun pembelajaran di sekolah perlu diteruskan mengikut kebijaksanaan pihak sekolah sendiri.
“Kita serahkan kepada budi bicara pihak sekolah untuk mencukupkan sesi pembelajaran 2015 namun saya yakin, masalah tidak cukup menghabiskan sukatan pelajaran untuk tahun ini tidak ketara, tidak banyak sekolah hadapi isu ini, jika ada, saya pasti pihak sekolah mampu mengatasinya,’’ katanya selepas menyampaikan hadiah pemenang Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, Isnin.
Operasi sekolah mula tergangu dan ditutup sementara bermula 15 September lalu ekoran masalah jerebu manakala peperiksaan awam seperti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hanya akan dibatalkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah bacaan 500.
Mengulas
lanjut mengenai perkara itu, menurut Kamalanathan, peperiksaan awam tersebut akan diteruskan seperti biasa selagi tahap bacaan IPU masih sekitar 100 atau lebih serta tidak merbahayakan pelajar.
“Bagi tujuan itu juga, kita mahu sekolah mematuhi peraturan pekeliling yang sudah kita edarkan di semua sekolah ekoran masalah jerebu ini paling utama, tidak sesekali membenarkan kegiatan luar bilik darjah diadakah.
“Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak yang tidak bersekolah kerana cuti jerebu ini, berada dalam rumah, kementerian mahu semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam masalah yang berlaku pada masa ini,’’ ujarnya.
Bijak berbelanja, hati bahagia
Posted at Ogos 05, 2013 in Wang Anda
>> Kawal perbelanjaan bulanan, pastikan buat simpanan tunai di bank
Kita mempunyai pendapatan yang agak baik. Beban tanggungan juga tidak besar. Mungkin sekadar membayar ansuran bulanan kereta dan rumah. Kos perbelanjaan pendidikan anak-anak juga ditanggung bersama isteri.
Ini bermakna, kita sebenarnya masih mampunyai lebihan tunai pada setiap bulan untuk dijadikan simpanan. Bagaimanapun, entah kenapa ia masih tidak cukup. Setiap pertengahan bulan hingga hujung bulan, kita sudah mula mengeluh atau termenung macam mana wang tunai kita boleh berkurangan dengan ketara sekali.
Kita mungkin tertanya-tanya, orang lain yang mempunyai pendapatan dan tanggungan hampir sama dengan kita, tetapi masih dapat membuat simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bulanan.
“Kenapa dia boleh buat simpanan, aku pula tak boleh? Apa yang aku berbelanjakan?” itulah persoalan yang bersarang dalam hati kita.
Mungkin kita berasakan sangat remeh untuk memikirkan apa bagaimana wang dibelanjakan. Ditambah pula dengan perasaan: “Duit aku, ikut suka aku apa nak belanja.” Malahan ada yang berasakan semua benda dianggap penting dan mesti dibeli, tanpa perlu bertangguh atau tidak langsung berfikir panjang.
Jadi, apa kata kita memikirkan pengurusan wang tunai dengan serius. Ini penting untuk kebaikan kita. Ketepikan sifat ego atau berlagak tak tentu fasal dalam pengurusan wang tunai ini. Apa gunanya kita berpuluh tahun kerja dengan pendapatan yang agak besar tetapi masih tidak ada simpanan langsung dalam bank, Tabung Haji atau Amanah Saham. Kalau ada pun simpanan, jumlahnya terlalu sedikit, tidak konsisten atau tiada disiplin.
Apa itu pengurusan tunai?
Pengurusan aliran tunai ialah proses memantau, menganalisis serta menyelaraskan aliran tunai peribadi kita. Aliran tunai ini pula mengandungi dua komponen utama; pendapatan (aliran masuk) dan perbelanjaan (aliran keluar).
• Pendapatan aktif:
Ia adalah hasil daripada pekerjaan (gaji) atau hasil usaha perniagaan kita. Sebaik sahaja kita berhenti bekerja atau berniaga, pendapatan aktif kita akan turut terhenti. Contoh pendapatan aktif termasuk gaji dan hasil keuntungan perniagaan.
• Pendapatan pasif
Diperolehi daripada simpanan atau pelaburan. Pendapatan pasif tidak mengambil kira status pekerjaan kita. Contoh pendapatan pasif termasuk faedah atau keuntungan sewa, dividen dan royalti.
Corak perbelanjaan
Aliran keluar tunai pula terdiri daripada perbelanjaan tetap, perbelanjaan berubah-ubah dan budi bicara.
• Perbelanjaan tetap
Perbelanjaan yang tidak berubah. Ia biasanya adalah perbelanjaan keperluan hidup dengan jumlah yang sama dibelanjakan setiap bulan. Contoh perbelanjaan tetap ialah bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah, kereta, sewa rumah, premium insurans dan upah bayaran pengasuh anak kita.
• Perbelanjaan berubah-ubah
Perbelanjaan yang jumlahnya tidak tetap. Ia berubah-ubah, lazimnya adalah untuk perbelanjaan keperluan hidup. Contoh perbelanjaan ini, termasuk makanan, pakaian, bil utiliti dan barangan keperluan rumah yang penting.
• Perbelanjaan budi bicara
Perbelanjaan mengikut budi bicara kita. Sebahagian besar perbelanjaan budi bicara bukanlah untuk keperluan hidup tetapi sesuatu yang boleh memberi keseronokan kepada kita. Contoh, apabila kita makan luar bersama keluarga, membeli pakaian mahal atau berjenama, melanggan TV satelit, hiburan dan barangan keperluan rumah yang tidak penting.
Pastikan sentiasa ada lebihan tunai
Dengan memahami aliran masuk dan keluar tunai, marilah kita mempelajari cara menggunakan penyata aliran tunai. Penyata aliran tunai menunjukkan semua pendapatan dan perbelanjaan dalam tempoh tertentu. Penyata aliran tunai adalah alat asas untuk menyemak tahap kesihatan kewangan dan menilai kedudukan kewangan kita.
Pengurusan aliran tunai yang baik akan memastikan kita selalu mempunyai pendapatan yang cukup untuk membayar semua perbelanjaan kita. Ia juga akan menempatkan diri di tahap kedudukan kewangan yang selesa.
Kalau pendapatan kita lebih daripada perbelanjaan, bermakna kedudukan wang tunai kita berada pada tahap positif. Tapi kalau perbelanjaan melebihi pendapatan, keadaan ini dianggap negatif atau defisit.
Jumlah Wang Masuk > Jumlah Wang Keluar = Lebihan Tunai (Syabas! Teruskan usaha anda)
Jumlah Wang Keluar > Jumlah Wang Masuk = Defisit Tunai (Kaji semula corak perbelanjaan anda)
Kalau kita membelanjakan semua pendapatan, ini tidak bermakna kedudukan wang tunai kita adalah baik. Ia sebenarnya membuatkan kita tidak mempunyai sebarang simpanan untuk tujuan kecemasan. Bayangkan, apakah akan terjadi kepada kedudukan wang tunai kita kalau kita diberhentikan kerja atau tidak berupaya bekerja lagi?
Kangar, 27 September – Para graduan seharusnya bijak menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan serta pengalaman yang ditimba sepanajang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam apa jua keputusan dan tindakan yang bakal diambil kelak.
Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah, dalam zaman serba mencabar ini, para graduan seharusnya lebih sedar dan peka akan cabaran yang menanti di lapangan sana.
``Tiada lagi bimbingan tenaga pengajar dan bantuan daripada rakan-rakan selepas ini sebaliknya yang ada hanya diri anda, berbekal ilmu yang tersemat di dada.
``Walau apa pun keadaannya, sebagai seorang graduan anda seharusnya berfikiran terbuka, matang, berintegriti, menghormati orang lain, bertindak secara rasional dan profesional berasaskan iman dan taqwa.
``Saya percaya jika para graduan sekalian dapat menilai erti menghargai dan toleransi terhadap persekiratan anda dan keseimbangan dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat, maka anda akan selamat dan sejahtera sepanjang masa,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada sidang ketiga Istiadat Konvokesyen Ke-9 UniMAP di Dewan 2020 di sini. Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin.
Tuanku Hajah Lailatul Shahreen yang juga Pro-Canselor UniMAP bertitah, ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan penting dalam memandu arah graduan yang bakal memasuki gerbang pekerjaan.
``Sokongan, dorongan dan bantuan hendaklah terus diberikan supaya mereka tidak mudah tersasar dalam persekitaran baharu yang ditempuhi. Dugaan dan cabaran amat sengit maka ada yang mampu menanganinya dan ada juga yang akan lalai dibuai gelombang keseronokan yang sementara ini.
``Janganlah sekali-kali dibiarkan mereka tersasar jauh dari batasan agama serta undang-undang yang merosakkan impian masyarakat, negeri dan negara,” titah baginda lagi.
Konvokesyen
UniMAP kali ini melibatkan sebanyak 1,875 pelajar yang terdiri daripada
44 penerima Doktor Falsafah (PHD), Sarjana Sains (69 orang), Sarjana
Pengurusan Perniagaan (31), Ijazah Sarjana Muda (1,423) dan Diploma
(308).
Petisyen pengampunan: Terserah kepada budi bicara Agong
27 Februari 2015 1:24 AM
Raja
Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melihat
isi kandungan buku Manuskrip Raja-Raja Melayu sambil dibantu Naib
Canselor Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin
dan diperhatikan Dr. Rais Yatim (tengah) semasa Seminar Institusi Raja
(Siraj) 2015 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam. –
UTUSAN/GHAZALI BASRI
KUALA
LUMPUR 26 Feb. – Meskipun petisyen pengampunan diraja telah difailkan,
Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipaksa untuk memulakan mesyuarat
pengampunan atau keputusan memandangkan perkara tersebut bergantung
kepada budi bicara Seri Paduka.
Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial
dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menegaskan, Seri Paduka tidak
tertakluk dengan sebarang tempoh masa untuk berbuat demikian.
“Terserah kepada institusi Raja untuk memikirkannya sama ada petisyen itu (permohonan untuk pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim) perlu didengari atau diuruskan sistem dan pentadbirannya dengan cepat. Kalau tidak disempurnakan Seri Paduka, maka tidak menjadi kesalahan.
“Seri Paduka tiada tempoh masa. Cepat atau lambat. Mungkin ini dibuat untuk melengahkan kekosongan kerusi di kawasan berkenaan tetapi jika itu pun niatnya, ia tidak relevan dalam pengampunan tersebut.
“Sebaliknya, jika pengampunan itu dipohon atas (dasar) keinsafan, itu terserah kepada Seri Paduka untuk memberi penjelasan dan penentuan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Institusi Raja (Siraj) 2015 di sini hari ini.
Kelmarin, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama anak-anaknya iaitu Nurul Nuha dan Nurul Izzah memfailkan petisyen permohonan pengampunan diraja di Istana Negara dan menghantar satu salinan kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Jika pengampunan diberikan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan kekal walaupun didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Dalam pada itu, Rais memberitahu, petisyen berkenaan akan diteliti oleh Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan yang terdiri daripada Peguam Negara atau wakilnya serta Menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata, Anwar kini berada dalam keadaan yang tidak boleh menentukan hak dirinya sendiri dan atas sebab itu, simpati dan pertimbangan khusus hendaklah datang dari luar bidang undang-undang biasa ketika ini.
“Jadi, dengan itu, moga-moga Wan Azizah tidak lagi mengkritik pihak mahkamah dan perundangan sekiranya ingin mendapat perhatian diraja,” katanya.
Sementara itu, Rais meminta mata pelajaran mengenai institusi raja diperkenalkan di peringkat sekolah hingga ke universiti bagi mendidik pelajar berkenaan peranan serta menghormati institusi itu,
Beliau menambah, langkah itu sekali gus dapat membendung tindakan menghina institusi tersebut dalam kalangan rakyat di negara ini.
“Memandangkan hal sedemikian (menghina institusi raja), saya rasa masanya telah sampai kerana tindakan itu menjadi cerminan kepada kita. Perlu ada panduan dan pendidikan yang jelas bagi membendung aktiviti seumpama itu,” katanya.

PROSIDER
mengikut langkah2/peraturan yg telah ditetapkan
baik di pejabat kerajaan
badan berkanun
swasta
dll
apa yg berlaku
1... xseleras arahan@prosider antara pegawai/pekerja
a. depan beri no giliran ...ni prosider...xlengkap...balik bererti xberi nomborlah...
b. pegawai A kata pegawai B...pegawai B ni bab pegawai A uruskan
c. pegawai S kata ni kne pegawai U...pegawai U kata pegi ke pegawai T
d. kata ke pegawai A...ke pgwai B...B ke C...C ke D...last2 pegawai ni xdtg ari ni
e. A kata begini...B kata bgitu...last2 yg pegawai trlibat mguruskan...lain sama sekali...
f. dll ikut pengalamanmasing2
lawan...ckp benar...silap2...prosider lgi susah. ...de lgi tinggi denda dan kena buli....ssb mereka de kuasa...da bersara dan xkerja...xde la kuasa
sape salah
sape teraniya
sape letih
sape susah
sape kerja xbetul dan xselaras
dll sape yg dkambing hitamkan....biasanya kitalah
macam mna nak dbetulkan
biarkan berlaku sampai bila2
atau lantaklah
jadi mangsa
d marah
d salahkan
d herdik
d denda
dan di yg lain2 la...
kitalah
itu belum masa yg pjg
brulang alik
tinggalkan tugas skejap...diizinkan
cuti
dll
kalau kne btg hidung mcm mana
surat komen...d abai
cadangan d abai
mcm2 abailah...
kita citer pasal agama/akhirat
kita yg buat zalim
kita yg pilih bulu
kita pilih kasih
kita mnekan dan myusahkan
kita double standard
dll
mereka tuntut
Allah tanya
maka jawab masing2
ni hakikat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan