Menurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".
Yong (kiri) yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.
"Momokan Kristianisasi digunakan... untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, (manakala) penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung," kata bekas ketua menteri Sabah itu dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.
Jeffrey, yang merupakan sebahagian daripada pemimpin kerajaan PBS pada tahun 1994, juga mengakui bahawa apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah tepat mengambarkan apa yang berlaku di Sabah ketika itu.
Jeffrey (kanan), yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan (IDS) pada tahun 1980-an, bersama-sama dengan Yong berjaya membongkar bahawa terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Namun ini ditolak terus oleh pemimpin BN.
"NGO Islam yang mempunyai hubungan dengan (ketua BERJAYA) Datuk Harris Salleh kemudiannya memutarkan perkara itu dan menjadikannya isu kaum dan agama dengan mendakwa (kami) menjadikan pertumbuhan penduduk Melayu-Islam sasaran," katanya.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin berpengalaman Sabah ini percaya bahawa taktik lapuk BN tidak mungkin mendapat sokongan meluas pada hari ini kerana sebahagian besar pengundi kini lebih matang dan dapat melihat bahawa momokan Kristianisasi cuma “helah politik".
Bagi ahli parlimem Shah Alam Khalid Samad beliau lebih berhati-hati dengan kenyataannya.
Jika sebelum ini pendedahan bahawa terdapat penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi menyaksikan partinya, PAS mempunyai isu menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi serbuan gereja berkenaan menjadikan pembangkang lebih defensif.
Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor percaya tindakan ke atas masyarakat Kristian itu sesuatu yang bermotifkan politik.
"Bagaimana serbuan seperti itu boleh berlaku tanpa pengetahuan anggota exco Selangor mengenai hal ehwal Islam dan Pengarah JAIS - mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian itu? Ini menunjukkan kemungkinan ada campur tangan luar," katanya.
- Ibnu Daud · Universiti Sains Malaysiaapapun, gerakan kristianisasi memang berlaku dalam negara, pekara ni dah lama, cumanya org2 yang masuk kristian x berani ishtihar sbb undang mengekang dan bimbang akan dipinggirkan, begitu juga dengan orang Melayu athies, mereka juga satu ancaman kepada umat islam kerana cuba mempengaruhi org lain.kebanyakan mereka ialah yg jahil dlm agama dan mereka lebih suka kaji agama lain dari belajar agama sendiri.kesannya hati mereka terpengaruh dgn agama lain.
- Price Patrick Sumithiran · Top Commenter · UTAR Setapak
- Joseph Salang · University Putra Malaysia (UPM)Apa pulak tak boleh, Sekarang masa rakyat Msia mohon kesaksamaan dlm kehidupan.Kalau agama lain boleh ditarik masuk islam kenapa kami tidak boleh membawa penganut agama islam masuk kristian.kalau pakatan memenangi pru ke13 perlembagaan ini yang harus dirombak.Wakil Mp Sabah Swak harus memohon rombakan ini kerana kristian majoriti di kepulauan borneo.keadilan untuk semua.masa untuk berubah.Bersih dlm kehidupan.
- Jozie Rizal Osman · Top Commenter · Sekolah menengah seksyen 16 shah alamNi Lagi lahanat. Aku heran betul, kalau betul lah seperti dikata, tak menang pembangkang kat Selangor, Pulau Pinang, Kelantan. Aku rasa kalau PR pulak menang diorang pun kata takde undi hantu, kan bahalol namanya semua ini. Come on lah, rakyat Malaysia berapa banyak yang pergi mengundi, berapa banyak pulak nak buat undi hantu, tolong lah cubalah fikir, aku rasa kalau ada pun bukan setakat BN buat, PR pun sama. Percayalah
- Izmil Amri · Top Commenter · Universiti Teknologi MaraMismah... jgn risau la. Aku tidak lupa padamu. Akan ku nanti kau di pusat buang undi. Aku tidak akan lupa.... kah kah kah.
- Eng-Poh Ng · Top Commenter · Caen, France
- Nukilan Hati · Kota Kinabalumomokan kristianisasi memang helah politik, hanya sekadar mau menutup kegiatan SPR y memberi kad pengenalan biru secara berleluasa tanpa kira syarat sah menjadi warganegara... harap semua penganut agama x termakan momokan politik ini...kerana dalam politik memang ada y suka sangat menjadi 'momok'...
- Miswan Giman · Top Commenter · Works at JKR SelangorKerajaan Selangor kena cari siapa yang mengetuai penguatkuasa Jais pada malam itu, arahan siapa penyiasatan itu dijalankan... dah jadi cerita lain ni...
- Jozie Rizal Osman · Top Commenter · Sekolah menengah seksyen 16 shah alam
- Wawe Aklee · Top Commenterperpecahan orang melayu, gerakan kominis, peristiwa 13 mei, keristaianisasi semuanya adalah hantu-hantu momok ciptaan UMNO/BN untuk menakutkan orang Melayu supaya kembali menyokong UMNO/BN dalm pr 13 nanti........Yang menjadi kenyataan umum dalam sejarah politik negara, sebenarnya UMNO dan BN tidak komitet memperjuangkan Islam dan orang melayu, kerana, umno sudah sekain lama umno sudah dikuasai oleh golongan tamak haloba yang berselindung disebalik nasionalisma sempit mereka........harap penyokong reformasi, jangan mundur. Teruskan perjuangan ini sampai berjaya...........
Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.
"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.
"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri.
Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan.
JAIS antara pihak pertama dilaporkan mengkritik tindakan itu atas alasan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama".
"Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam.
"Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?
"Akhirnya, kita pening siapa yang jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?" soalnya lagi.
- Ezwan Kamarul · Top Commenter · Managing Partner at Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhdini sume drama nak menutup kes Mismah laaa ni...Nak memperbodohkan orang supaya orang lupa isu SPR ngan JPN...Nak menutup cerita yg lu sudah kutip beribu-ribu pendatang asing bagi IC status warganegera untuk mengundi lu...
- A. Karim Omar · Top Commenter · University of Illinois at Springfield
- Ezwan Kamarul · Top Commenter · Managing Partner at Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhd
- Mohd Yusra · Top Commenter · Sekolah menengah kebangsaan rompinOrang murtad dari dulu lagi kat negara ni tapi baru2 ni umno aku tengok bukan main alim lagi. MISMAH apa cerita?
- Antanom Ontoros · Top Commenter · Universiti Malaysia Sabah
- Mohamad Noor Mohd Zain · Top Commenter · Penjaja kecil bumiputra at Ericsson Saudi Arabia
- Deansmen Dean · Top Commenter · CEO at Self Employed ContractorNKO NI ASRI JANGAN KOMEN SEMBRONO..TAMBAHKAN REMPAH PADA ISU YANG DALAM SIASATAN...KALAU NKO NI DULU BEKAS MUFTI PERLIS...TAKKAN LAH NKO TAK FAHAM PROSEDUR YANG SEHARUSNYA DI LAKSANAKAN...SIASATAN KENA DIBUAT SECARA MENYELURUH...." ORANG ISLAM " YANG DITAHAN DI PREMIS JAIS ITUPUN TAK HADIRKAN DIRI UNTUK SIASATAN....KENAPA TAKUT PULA NAK DATANG KE JAIS....MASUK GEREJA TAK TAKUT PULA......SO NKO NI ASRI TAK PAYAH LA TUMPANG SEMANGKUK KONON2NYA MEWAKILI ORANG YANG TIDAK MEMIHAK...HAMLAU LA NKO ASRI KALAU NKO LETAK KAN TARAF GEREJA NI SAMA JER DENGAN TARAF MASJID......BAIK DIAM TUNGGU LAPURAN RESMI JAIS.
- Namia Aiman · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
- Adzwar Halim · Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)klu takut sgt, tak pyh la cuti time krismas. tu bukan ke bermakna merestui agama diaorg. sempit otak pemikirannya.
- Namia Aiman · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
- Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
- Mohamad Noor Mohd Zain · Top Commenter · Penjaja kecil bumiputra at Ericsson Saudi Arabia
- Keadilan Pha · Top Commenter · Kerja & kerja at Bursa Lowongan Kerjaini lah mainan kotor UMNO/BN.. utk ubah pemikiran org ramai..pasal skg org duk sibuk pasal JPN/SPR..rakyat asing dah boleh mengundi..
- Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
- Amiromantik Ameerhensembermakna, pihak gereja pun dibayar oleh UMNO krn pihak gereja yg menyebabkan isu ini timbul, Gereja terima 50 juta, Jais terima 50 juta, 12 orang Islam yg masuk gereja terima sorang 10 juta..pasal isu ini boleh alih perhatian dpd isu SPR...ada isu cikit UMNO punya kerja, pandai betul UMNO boleh atur segala2nya,
Beliau berkata, ini kerana tiadanya sebarang tindakan susulan terhadap isu serbuan JAIS itu.
"Bagi kami, helah sedemikian amatlah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sesuatu yang amat sensitif bagi kedua-dua masyarakat Muslim dan Kristian di Malaysia, yang sedang memerhati dan mengikuti kes ini," katanya.
"Sebarang usaha untuk melengahkannya adalah suatu yang amat tidak bertanggungjawab dan dan hanya menempah ketidakstabilan rakyat dan negara.
"Sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorokkan perkara ini dari rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sahaja sebab tidak layak lagi memegang jawatan menteri besar," kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi Pemuda Umno, katanya, tiada sebarang kompromi dalam perkara yang melibatkan aspek akidah.
"Oleh itu, kami mendesak agar rakyat diberikan bukti dan laporan tentang perkara ini dan pada yang sama janganlah kita mudah untuk saling tuduh menuduh.
"Atas sebab itulah, kerajaan negeri Selangor harus tampil memberi penjelasan berhubung insiden serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama sekarang juga, tanpa berdolak-dalih lagi," tegas Khairy.
Dilihat lesu
Sehubungan, katanya, Pemuda Umno "amat kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang bukan sahaja dilihat lesu malahan kaku dalam tindakannya menangani isu serbuan tersebut."
"Kalau dilihat daripada awalnya, para pendokong pembangkang begitu beria untuk cuba mengelakkan diri dari bertanggungjawab dan terus menuding jari dengan mengatakan bahawa perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa Sultan Selangor.
"Malahan, tanpa usul periksa dan semberononya, mereka juga tampil dengan dakwaan bahawa ia adalah suatu konspirasi kerajaan pusat.
"Namun, segalanya berubah dan sepi sejurus selepas menteri besar Selangor bersuara kerana mereka tahu bahawa pihak kerajaan negeri harus memikul tanggungjawab dan menjawab segala persoalan berhubung isu ini," tambahnya.
Dakwanya, menteri besar memilih untuk berlengah dan menyorok di belakang tabir JAIS walaupun beliau sepatutnya harus segera menyiasat kes ini bagi mengambil tindakan perlu yang wajar.
"Bagi masyarakat Muslim, kegusaran mereka tertumpu kepada isu murtad atau keluar agama. Ini disebabkan bukan sahaja sebarang langkah bagi mengembang kepercayaan agama lain kepada penganut Islam adalah ditegah oleh Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, malahan penukaran agama atau murtad adalah satu dosa yang amat besar di dalam Islam.
"Oleh yang demikian, dakwaan bahawa cubaan untuk memurtadkan penganut agama Islam di gereja tersebut adalah suatu yang amat serius. Pada waktu ini, gambaran yang sebenar masih lagi kabur.
Borang soalan
"Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil-wakil masyarakat Kristian berhubung isu ini, kejadian tersebut tidak lebih daripada majlis makan malam kesyukuran.
"Namun, terdapat pula pihak yang menyangkal kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa ia bukan sekadar majlis makan malam dengan bukti borang soalan tentang agama Islam yang didakwa dikoyak dan dibuang sejurus sebelum pihak penguatkuasa JAIS menyerbu masuk.
"Manakala bagi masyarakat Kristian, mereka tersinggung dengan serbuan dan menganggapnya sebagai suatu penindasan, pembulian dan tiadanya sikap toleransi.
"Di samping itu, sudah pastinya mereka kecewa akibat disalah tuduh sekiranya dakwaan adanya usaha-usaha bagi memurtadkan orang Islam di gereja tersebut adalah tidak benar sama sekali," tambahnya.
Oleh itu, tegas Khairy, apa yang mustahak sekali adalah bagi pihak kerajaan negeri Selangor untuk tampil bagi menjelaskan isu ini, sekarang tanpa bertangguh lagi.
"Dalam hal ini, sekiranya Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Pemuda PAS telah berpuas hati dengan penjelasan JAIS, persoalannya apakah pula yang ditunggu-tunggu oleh menteri besar Selangor untuk mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan negeri berhubung isu ini?" soalnya.
Pada masa yang sama, tegas Khairy, Dr Hasan serta Pemuda PAS haruslah juga tampil menjelaskan sebab dan asas bagi mereka berpuas hati dengan tindakan JAIS.
"Ini kerana kita tidak boleh menerima apa yang mereka kata bulat-bulat. Masyarakat umum juga mahu tahu apa bukti yang meyakinkan mereka untuk menyokong JAIS?
"Oleh itu, amatlah penting kepada masyarakat Islam dan Kristian untuk mengetahui apakah bukti dan laporan yang telah mereka terima sehingga memuaskan hati mereka dengan asas serbuan pada 3 Ogos itu.
Bantuan kemanusiaan
"Dalam pada itu, Pemuda Umno juga ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh terus menyalah dan menolak bantuan kemanusian atau kewangan yang dihulurkan oleh sebilangan pihak gereja kepada mereka yang dhaif dan memerlukan," katanya sambil menambah, ini kerana bantuan tersebut sememangnya ditagih dan membantu golongan miskin di saat memerlukan.
Namun, tegasnya, apa yang tidak boleh diterima oleh orang Islam adalah apabila bantuan tersebut diberi dengan bermotif atau diselitkan dengan usaha untuk memurtadkan mereka yang mana bukan sahaja suatu yang salah bagi penganut agama Islam bahkan menyanggahi ketetapan Perlembagaan Persekutuan.
"Pada masa yang sama, episod sebegini merupakan suatu peringatan kepada kesemua institusi yang menyelenggarakan kutipan wang zakat untuk berusaha lebih giat di dalam mengenal pasti serta menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf penerima zakat, terutama yang fakir dan miskin.
"Sungguhpun kita tidak menolak inisiatif dan bantuan mana-mana pihak , tetapi institusi zakat haruslah bersedia dan mampu menjadi tempat pertama bagi orang Islam untuk memohon bantuan di kala memerlukan.
"Di samping itu, kepada pihak yang beranggapan dan berkata “janganlah takut tak keruan, takkanlah orang Islam senang sangat nak tukar agama sebab dapat bantuan”, kami nak tegaskan kepada mereka supaya berpijak di bumi yang nyata," tambahnya.
Menurut Khairy lagi, ia mungkin suatu yang lunak dan mudah diungkap oleh mereka yang hidup dengan selesa berselimutkan kehidupan kelas menengah tetapi tidak sama sekali bagi sebilangan besar golongan miskin yang begitu terdesak sehingga terpaut dengan sebarang bantuan kewangan untuk menukar agama mereka.
"Bahkan perkara ini bukan suatu fenomena yang asing atau baru. Sebagai kesimpulannya, Pemuda Umno amat serius memantau isu murtad atau pertukaran agama," tegasnya.
- Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd SapineKhairy awat bangang Sangat.. JAIS yg Diam.. Kerajaan Negeri Cuma Suruh Exco semua diam sebelum siasatan selesai.. bila masa pulak JAIS mau ikut cakap MB..depa Semua Barua UMNO! Khairy.. kalau Bini lu Sendiri jadi Members Sister in Islam yg Menjadi Penyokong kuat IFC baik diam.. Nak jadi Juara Islam Tengok Bini Dulu jadi ahli persatuan mana... Ingat Pengarah JAIS sebelum ni Khusrin yg Dah jadi SUK Selangor melalui Pintu Belakang.. JAIS ni dulu Kuliah Dr Asri pun depa serbu..tangkap kata Dr Asri Ngajar takde tauliah..
- Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd SapineIni gamabr Bini kamu dengan Geng Sister In Islam yg jadi org kuat IFC.. jadi org UMNO tk payah bising pasai IFC ngan Sister In Islam.. http://www.thenutgraph.com
/the-confident-malay/ - Zamm Yusop · Works at Zafi andam and pelamin s/b
- Johari Bakar · Top Commenter
- Jiwa Alan · Works at Sime DarbyBagi Pemuda Umno, katanya, tiada sebarang kompromi dalam perkara yang melibatkan aspek akidah- insaf jap..hahaha.
- Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
- Hulubalang Akhir Zaman · Kuala Lumpur, MalaysiaMalaysiakini mengambil Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan tokoh2 politik utk mengulas isu2 ini di media hanya akan menaikkan sentiman politik dan sikap percakaran sesama Islam. Tambah2 lagi tokoh politik ini dilihat hanya liabiliti kpd rakyat dimalaysia. Malaysiakini cuba memaparkan Isu berkaitan Islam yg suci ini dibawa oleh tokoh2 yg korup.. apakah ada agenda disebaliknya??
Banyak lagi org2 yg berauthoriti nk ulas isu murtad.. terutama org2 drpd jabatan agama, tok mufti dan tokoh akademik yg bekas kristian seperti Dr Ridhuan Tee Abdullah, juga bekas2 Paderi yg dah jadi muslim dan mengepalai badan2 dakwah.. mereka lebih memahami situasi ini.
Umat islam seharusnya tidak terpengaruh sentimen politik apabila melihat isu murtad. Umat Islam marilah sama2 berfikir... - Raja Rimba · Top Commenter · UC BerkeleySAKSIKAN PENIPUAN SEJARAH OLEH DAJJAL. KITA SEJAK KECIL DISEKOLAH DIAJAR SUPAYA MENGHAFAL SEJARAH YANG SALAH. SILA SHARE VIDEO INI DIBUTANG SHARE DIBAWAH VIDEO. TERIMA KASIH http://bit.ly/p10Y9C
- Muhammad Sabri · Top Commenter · The Boss at Bisnes Sendiriahhhhaahhahaa nie dia budak lepasan graduan oxford yg paling bodoh tahap cipan...nk cakap bab akidah konon cermin dulu family awk khayi..jng nk tunjuk baik la...nak jadi hero konon....tu ko nasihatkan bini najib suruh pakai tudung dulu..br blh jd hero..kalu berani la...lalalalalalala
- Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
- Mat Cikaro · Top Commenter · Pemimpin diri sendiri at Usaha sendirikahhh..kahhhh...kahhhhh...
. KJ kata takut akidah umat islam lari... ko tahu ker makna akidah... ko akidah aper.... ko ader akidah ke Kj.... ajaq bini dan mak mertua pakai tudung dulu baru sebut bab akidah.... peeeee rahhhhh - Rimau Sumatera · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
- Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
- Perangi Corruption · Top Commenter
- Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengaiumno bukan nak membela agama, kalau ada isu2 menguntungkan mereka, mereka akan mengangkat keris memberitahu raayat mereka lah pembela agama bangsa dan tanah air.sedangkan umno lah pemusnah sebenar nya semuanya ini.awas raayat jangan layan dengan orang yang semakin gila segala gala nya ini.
- Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
- Bewok Kwok Kwok · Top Commenter · College
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang (kiri) berkata, jika tidak berhati-hari, ia berpotensi menjadi "isu lain".
"Kita kena waspada dengan dakyah pihak (agama) lain," ketika ditanya tentang nasihat NGO itu kepada JAIS dalam keadaan isu itu semakin panas.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Musa berpendapat kes itu amat bergantung kepada 12 orang saksi beragama Islam yang diminta membantu siasatan tetapi dilaporkan gagal hadir ke sesi itu.
"Sekarang JAIS kena pastikan 12 orang ini dapat hadir ke mahkamah. Silapnya dulu tak tangkap terus (ketika pemeriksaan), tetapi dilepas," katanya.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam dilaporkan akan mengeluarkan waran tangkap ke atas 12 individu yang hadir dalam majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kerana tidak seorang pun yang hadir.
Ditanya tentang tanggapan sesetengah pihak yang meragui asas serbuan JAIS kerana belum mendedahkan sebarang bukti, Musa tidak bersetuju jabatan itu melayan permintaan sebegitu.
"Ia pasti akan mengganggu proses siasatan," katanya.
- Randy Andy · Top Commenter · Works at Im a Muslim & Im ProudSetuju dgn pendapat Peguam Syrie..Ingatalh permainan politik? Siapa?..Gereja Methodist ialah antara organisasi Kristian yg amat berpengaruh di Malaysia khususnya Sarawak..Awas gerakan Anti Taib Mahmud..Tahniah Sarawak tak terima UMNO..Bangkitlah Sarawak! Org2 Kristian tdk akan melawan dgn keganasan..tetapi mereka akan melawan dgn pedang2 Doa! Tunggu dan lihat wahai Malaysia!!
- Neal Chinmestilah kena hati-hati, nanti takut ada orang tambah gula, garam kicapl blah blah blah.
- Mohammad Ismail · Top Commenter“Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan peringatan yang baik serta debatlah mereka dengan cara yang baik, sesungguhnya, Tuhanmulah Yang Maha Tahu siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang Maha tahu siapa yang mendapat petunjuk”. (Surah an-Nahl : 125).
- Bahaderul Hisham Adam · Industrial Teknology Institutekene berhati2..mmg ada pihak yg cuba menangguk di air yg keruh..kununnye akulah juara yg pertahan akidah umat islam m'sia ni..remind kes lepas2 aishah bukhari dn lain2..mana engkau org seme?????
Sehubungan itu, katanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain.
“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.
“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.
“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.
Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.
Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.
“Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?
“Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula,” katanya mengakhiri SMS itu.
- Haji Mohamad Bin Jusoh · Uzlah at SendiriPada peribadi saya, adalah wajib JAIS mengambil tindakan. Tugas kita 5 perkara 1. Menjaga agama pada diri 2. menjaga diri yang beragama 3. menjaga zuriat keturunan 4. menjaga harta benda 5. menjaga negara. Jika asri mengatakan sampai bila kita nak bergantung pada undang2, eloklah parlimen membubarkan semua undang2. adakah wajar? Asri takut negara lain mengambil tindakan, baik apa hukumnya kristian memasuki agama Islam? Budha hindu memeluk islam? Jika pancung, itu merupakan kesanggupan mereka dipancung, adakah mereka yang murtad bersedia dipancung? Atau Asri akan menjadi petualang mempertahankan orang murtad? Jika murtad berkisar kepada ilmu di dada, sedikitkah ilmu orang2 murtad di zaman Rasulullah dengan isra' mi'raj, sedikitkah Ilmu mereka yang murtad di zaman abu bakar r.a, di zaman khulafa' arrasyidin? Kurangkah tarbiah mereka itu pada ketika itu? Asri bukan tak tahu membiarkan rakyat awam murtad merupakan satu dosa. Itulah terlalu banyak sangat mencari salah Ulama' sunni, kitab2 sunni, sehingga tempiasa dihati menyalahkan orang menjaga tauhid umat Islam, sudah wajar Kerajaan sekarang menukar silibus tauhid rububiah, ulihiah dan asma' wa sifat kepada aqidah ahli sunnah wal juamaah. Semakin hari dah semakin teruk, ingatlah wahabilah pencetus kerosakan sesebuah negara semenjak zaman muhammad abdul wahab.
- Haji Mohamad Bin Jusoh · Uzlah at SendiriApakah saudara beranggapan apabila saudara susah, miskin, tak boleh makan saudara tukar agama yang kasi makan, kasi senang? Maaflah saya tidak tahu saudara muslim atau kristian. Sedemikian bukan pegangan orang Islam, mungkin itu pegangan orang kristian, jika itu pegangan orang kristian, bermakna Tuhan mereka ialah aman, makanan dan senang.
- Berg TheGreat · Top Commenter · Shah Alam, MalaysiaPandangan Dr Asri diambil dari perspektif yang lain... dan ianya tak semestinya betul...
Adalah menjadi tanggungjwab JAIS dan kita muslim keseluruhannya mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama ini dari mubaligh2 kristian ini...
tak semua orang punyai ilmu penuh didada mcm dr, dan adalah menjadi tanggungjawab pihak tertentu untuk mengelakkan perkara sebegini dari terus menular...
Persoalan asas dalam isu ini adalah tindakan JAIS itu salah? For me TIDAK SAMA SEKALI...- Yagami Raito · Top Commenter · Machida, Tokyo, Japandulu Dato Asri ni cakap ade orang minum air ludah ustaz... pastu cakap lain pulak.. ni dah cakap tah apa2 pulak daaah... undang2 apa yang membolehkan orang bukan Islam menceroboh masjid kita? Pasal undang2.. dalam Islam pun ada undang2 dan peraturan... kalau buat salah dapat dosa.. kalau buat baik dapat pahala.. tu bukan kira denda dan hadiah tu? manusia memang perlu hidup berdasarkan undang2 dan peraturan.. haiwan sahaja yang hidup tanpa undang2 dan peraturan wahai bekas mufti!
- Muhammad Iskandar · Top Commentersy sokong Dr.Asri.. kenapa negara kita MAlaysia negara ISLAM tetapi...rakyatnya keluar dari ISlam dan takut pulak dgn agama lain??Pasti ada sebab??Dan kalau tindakan JAIS tu kita amalkan dinegara kita seperti menyerbu pusat2 ibadat agama lain..nanti kalau negara yg bukan Islam pun buat benda yg sama dgn menyerbu pusat ibadat orang islam dan mendakwa orang islam atas kesalahan menyebarkan agama bagaimana??Kita jangan lihat konteks dlm negara kita sahaja.Sebab itu lah dakwah agama Islam di negara kita tak berkembang dan orang bukan islam semakin menjauhi islam dan memusuhi islam ini adalah kerana tindakan orang2 yg mengganggap agama islam itu hanya utk orang melayu atau pun puak2 tertentu sahaja.Fikiran yg sempit..Islam agama berdakwah..dan adalah kewajipan kita sebagai orang islam berdakwah kepada orang bukan islam.Sebarkan Islam keseluruh pelusuk dunia..Cuba bayangkan kalau negara2 bukan islam tak membenarkan orang islam berdakwah...peratusan orang islam didunia tak berkembang...jangan menganggap agama itu utk orang melayu shj.
- Leftenan Nan · Top Commenter · SMK PanglimaBERG... kita akan dipandang serong oleh agama lain jika terlalu bergantung kepada undang2 untuk survival agama kita...orang kristian menggunakan kaedah halus mengmurtadkan orang islam mereka tidak undang2 .nah mari kita lihat orang islam di EROPAH mengembangkan syiar islam sehingga menggerunkan golongan ULTRA NASIONALIS KRISTIAN .kerajaan KRISTIAN disana tidak terlalu taksub menggunakan undang2 untuk menyekat syiar islam disana.
- Kuning Berdaulat · Top CommenterAlhamdulillah Dr Asri semoga apa yg Dr ulas ini diterima pakai oleh semua yg mempunyai akal (fitrah)...
- Katak Lompat · Top Commenter
- Ck Din · Top Commenter · Sabah, Malaysiasemua agama menyatakan ugama mereka betul dan benar, mereka ingin menyelamat semua umat konon nya, dan membantu semua umat supaya umat sejahtera dan mereka mendapat pahala...Islam, kristian, Hindu, Budha semua untuk menarik kepada semua bangsa supaya sejahtera didunia..ini , tapi yg bebal nya Orang Melayu yg tak ada akai...baik pemerentah..baik individu..baik pendawah dan ulama nya..berdakwah kepada org yg ada dalam masjid semesti dia dah faham islam..tapi yg miskin x g masji siapa nak dakwah..s
di Sabah & sarawak ramai kes macam ini , Bapak Hj. anak joseph..Kristin dan sebagai nya..kerena kemiskinan..duit Zakat berlambak..pendakwah berlambak ustaz2 bertabur...semua nya nak cari duit ditempat yg selesa dan mudah..tlg la..fikirkan
- Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · NilBETUL KATA KATA DR.ASRI. YANG LAIN SEPERTI MENDENDA ORANG TIDAK PERPUASA, MEMANG TAK PATUT DAN JUGA LAIN LAIN DENDA YANG TIDAK KENA MENGENA DENGAN ISLAM. ISLAM MELARANG TAPI BUKAN MENDENDA (UMPAMA -NYA MEREKA YANG BERMAIN TOTO). PEMERINTAH KENA KAN TAX KEPADA TOTO, BAGAIMANA? BAGAIMANA MEREKA YANG BERKERJA DI-CASINO DE-GENTING?
- Papa Sito · Kansas City, Missourii think Umno purposely wanted to scare the Rakyat. Umno knows for sure what is right and what is wrong cause they are the ones who wrote the rule book but they tend to act like samseng toward the Rakyat. if they were to reason like DR Asri then they will lost their samseng-an.
- Yagami Raito · Top Commenter · Machida, Tokyo, Japanpertanyaan dan persoalan dato Asri ni patut beliau pergi tanyakan khas untuk pemimpin2 BN sekarang ni.. bukannya membelit2 kat media sampai orang sangka dia kata JAIS yang salah.. apa orang awam boleh buat dengan keadaan maksiat sekarang ni? apa JAIS boleh buat dengan budak2 melaram tu semua.. JAIS nak tangkap? MANA ADA KUASA.. BUAT JUGAK? KENE KUTUKKK LAGI NANTI.. cakap tak kene tempat tu yang aku pelik ni.. sebab dendam ke?
Pengarah eksekutif NGO itu - yang membantu golongan miskin dan 'melarat' dan penghidap HIV dan AIDS - Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti" sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.
Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.
"Kami membantu orang ramai, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Harapan Komuniti adalah rakan kepada Majlis AIDS Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pada hari berkenaan (Rabu 3 Ogos 2011), Harapan Komuniti hanya mengadakan majlis kesyukuran/makan malam amal untuk mengumpul dana di premis DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama).
Hidangan orang Islam
Majlis makan malam tersebut, jelasnya, dihadiri oleh penderma, rakan-rakan dan penerima bantuan Harapan Komuniti.
Koh berkata, kira-kira 120 orang dari pelbagai latar belakang, menghadiri majlis makan malam tersebut dan dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh orang Islam, diikuti dengan persembahan tarian 1Malaysia, kuiz, dan pelaporan oleh individu.
Harapan Komuniti juga, tambahnya, mengadakan doa umum.
"Kira-kira jam 9.30 malam, kira-kira 30 pegawai JAIS dan polis, ada yang berpakaian seragam manakala yang lainnya berpakaian biasa, datang ke premis tersebut tanpa kebenaran atau tanpa waran menggeledah," katanya.
Berikutan itu, kata Koh, Harapan Komuniti terus bertanya kepada pegawai JAIS sama ada mereka mempunyai sebarang waran.
"... dan walaupun ditanya berulangkali, pegawai JAIS enggan menunjukkan kepada kami sebarang waran mengeledah atau untuk tangkapan," katanya.
Malam malang
Menurut Koh lagi, mereka masuk ke dalam dewan dan mengambil gambar, video dan malah membuang risalah dari pelbagai laci dan kabinet di dalam dewan tersebut, tanpa sebarang kebenaran pihaknya mahupun pemilik premis DUMC.
Sementara itu, peguam Harapan Komuniti, Annou Xavier (kiri) pula berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi "harapan" kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.
Bagaimanapun, katanya, pada "malam yang malang itu", JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.
"Harapan Komuniti telah membantu ramai rakyat Malaysia yang miskin dan melarat, tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, namun JAIS telah bertindak mengganggu sebuah majlis yang berjalan dengan aman dan harmoni pada 3 Ogos," tambahnya.
Menurut Annou lagi, Harapan Komuniti adalah sebuah organisasi '1 Malaysia' dalam erti kata yang sebenarnya, di mana ahli lembaganya terdiri daripada seorang Melayu, Mohd Rahim Bin Ithnen; seorang Cina, Raymond Koh dan seorang India, Sri Ram a/l KS Gopal, untuk membantu semua kaum, agama serta kepercayaan dan bukan hanya memuji-muji '1 Malaysia' sebagai satu slogan semata-mata.
Beliau berharap serbuan yang tidak munasabah seperti ini, tidak akan berlaku pada masa yang akan datang, yang menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu dan trauma kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
- Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd SapineTu la Sebabnya.. Bila org Bukan Islam masuk Masjid dikata Menghina Islam.. Bila Org Islam pergi Gereja dikatakan Murtad.. Tapi Najib pi Mengadap Pope kat Vatican City senyap pulak..Bila Org Islam pergi minta Bantuan kat BaitulMal banyak Songeh.. Yg Bestnya ade Tarian 1Malaysia! Ingat lepas ni jangan Buat Traian 1 Malaysia.. anda mungkin Murtad..kah kah kah Kalau Berani Najib bawa Draf Pindaan Undang ke Parlimen untuk melarang Ummat Islam Murtad! kami PAS akan sokong 100%.. pasal PAS dah cuba bawa Draf Pindaan tapi di Tolak mentah oleh Parlimen yg dikuasai UMNO ApCO.. sekarang ni Perlembagaan yg dicipta UMNO dan British membenarkan mana penganut Convert selepas 18tahun...
- Yoie Alias · Top Commenter · Ungku Omar Polytechnicorg islam masuk gereja buat pe bro, takde tempat lain nak masuk, depa nk bual majlis bantuan mcm tu x bole buat kat luar ke, kalo nk cerita pasal umno, umno ni memanng kite kene tentang habis habisan, sebb umnolaa puncanya....tapi dalm soal masuk gereja, kita org islam x bole pergi ke tempat mcm tu x kira parti ape pun..tu kan umah ibadah kristian...kalo nak buat sumbangan pun minta diorang buat kat luarlaa, kalo diorang betul2 ikhlas, kat luar pun diorang bole buat kan...knpe kene gereja, dan diorg pun mengaku ade buat kuiz, kuiz tu disahkan oleh jais yg berkenaan agama islam, mengapa org kristian nak buat kuiz tentang islam, mesti nak seleweng punya,...... fikirlaa sdri.
- Munirah Razak · Full Time Tutor at Home Tuition Teachermasa william and kate kahwin pulak macam mana ? agong and permaisuri datang and masuk gereja kan.. pastu raja2x dari arab pun masuk sekali kan.. itu tak bermaksud kita akan murtad. kadar keihklasan sesuatu majlis tu bukan berdasarkan tempat.. jangan lah narrow minded sangat
- Maghael Muyang Gawing · C.O.W/SI at Perunding Muhandis ( C & S Jurutera Perunding )semua kes perbalahan agama dan perbalahan kaum kebanyakan berlaku di malaya....kenapa kurang berlaku di sarawak....sebab kemungkinan...terpulang kepada sesebuah komuniti untku hidup dengan aman dan mengekalkan kesejahteraan..dan satu lagi..kurangkan menjaga tepi kain orang lain...dan hormat agama sesama induvidu...kemungkinan perbalahan agama selalu terjadi di sana..adalah disebabkan diatas ke tiadak ansuran dalam hidup. kurang bercakap dan pergaulan yang terlampau mengira agama/kaum/taraf diri...
- A. Karim Omar · Top Commenter · University of Illinois at Springfield
- Harrison DajaiEncik Maghael Muyang Gawing kamu mmg betul! Sarawak & Sabah are more civilized..hey ingat, semua hasil mentah seperti minyak, balak dll datang nyer dr sarawak & sabah. Sarawak ada 2 tpt pengeluar minyak. Malaya???? Buat anak, buang anak..pandai ler.... Jais or whatever organization that did that nonsense... apologize immediately!!
- Antanom Ontoros · Top Commenter · Universiti Malaysia SabahA. Karim, klu betul apa yg kau ckp ni... sy nasihatkan agar seorang iban yg 'malang' ni batalkan saje niatnya itu...nanti masuk perangkap pulak bila dah insaf dan berpatah balik ke agama asalnya, dia akan diancam bunuh oleh agama islam seperti yg diwar2kan.Tlg perjelaskan kpd dia, nanti dia menyesal kemudian hari... susah pulak kami nak bantu dia.
- Lia Suraya · Bangi, MalaysiaKalau betul ada orang Islam ikut makan di gereja, apa salahnya? Tak kan kerana itu mereka menjadi murtad?
- Ezwan Kamarul · Top Commenter · Managing Partner at Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhd
- Ijan Kaydee · Top Commenter
- Sham Ahmad · Top Commentermcm mana pulak dgn 12 soalan kuiz yg d sediakan itu? kuiz utk pesakit aids ke?
- Ijan Kaydee · Top Commenter
- Asman Abdullah Hasrat · Top Commenter · Northen University of Malaysia
- Arjunan Aman Arjunan · Top CommenterSaya kenal seorang (Paster Kristian).Beliau pernah jemput saya untuk menghadiri majlis2 yang mereka adakan mengikut agama kristian. Saya tidak keberatan nak tolak kerana saling hormat-menghormati sesama manusia. Di situ saya melihat kebanyakan yang hadir adalah agama kristian. Mereka doa, menyanyi dan membaca kitab Bible mereka. Penerangan tentang beberapa ayat dari kitab mereka dan juga cerita zaman hidup Nabi Yesus. Bagi diri saya, tidak apa2 yang nampak dicurigakan kerana sekurang-kurangnya mereka meluangkan masa untuk mengingati Tuhan Yang Maha Penyayang, dan saya juga mendapat rahmat kerana menyertai majlis agama tersebut, SEDANGKAN pada masa yang sama ada golongan manusia menonton drama,filem,lepak dekat pusat beli-belah,minum di bar,karaoke,menonton konsert,rumah urut,maksiat, sembang kedai kopi,kelab disco,berlumba ...mo...See More
- Ahmad Hassan · Top Commenterberselindung di sebalik majlis amal konon. Boleh kutip derma dan buat majlis untuk menolong tetapi mengapa di gereja ? empat lain yang tak menimbulkan prejudis kan banyak. Apa pula kaitannya kertas soalan agama tu ?
- Mohd Irwan · Top Commenter · International Islamic University MalaysiaKaitannya sama dgn bom molokov dgn parang yg tetiba ditemui sblm Bersih 2.0 oleh polis. Sama jgk dgn kononnya ada parang yg dijumpai masa adik aminurrashid ditembak mati oleh polis wlaupun dlm bicara xde pun senjata tu... XKAN TU PUN X BOLEH NAK BACA SKRIP YG SENTIASA DIULANG-ULANG?
- Muhammad Firdaus Zainal Abidin · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia (UTMKL)
- Yoie Alias · Top Commenter · Ungku Omar Polytechnic
AHLI GERAKAN ISLAM PERLU TAHU USLUB DAKWAH
Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat.
Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini.
Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga kerahsiaan, memperkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti memberi perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu alat, membudayakan pembacaan al-Quran, memastikan isteri dan anak perempuan menutup aurat, mewajibkan perkara sunat untuk diri sendiri, tidak melaga-lagakan pemimpin, menjaga solat berjemaah, memimpin pertubuhan, mampu kendali majlis keramaian atau usrah, menepati janji dan tidak merokok.
Pada masa yang sama juga, pendakwah khususnya di kalangan anggota gerakan Islam meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas kepada uslub dakwah:
1. Berhikmah: iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."
Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya:
a) Menghormati kotak pemikiran golongan sasaran, maknanya pendakwah perlu melihat tahap mentaliti mereka sebelum menyampaikan sesuatu idea, ditakuti jika tidak sampai apa yang diutarakan, berkemungkinan besar akan menjadi sia-sia, kerana baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa: "Bercakaplah kepada orang ramai menurut tahap cara berfikir mereka."
b) Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mengelak bahasa bunga yang merumitkan golongan sasaran atau menggunakan bahasa secara berterus-terang hingga dapat digarap dengan mudah.
c) Memilih waktu yang sesuai untuk bercakap pada perkara berhubung Islam atau dakwah, ia disandarkan kepada satu peristiwa yang pernah terjadi pada Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi), di mana beliau sering bercakap tentang Islam pada setiap hari Khamis, salah seorang pendengar setianya bertnya, alangkah bagusnya jika engkau dapat bercakap tentang Islam setiap hari wahai Ibnu Mas'ud, beliau menjawab; aku tidak mahu berbuat demikian bimbang ia akan membosankan kamu semua, aku berbuat demikian sebagai meneladani apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ke atas kami. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
d) Mengehadkan masa ketika bercakap - iaitu pendakwah tidak meleret-leret ketika menyampaikan pandangannya tentang sesuatu topik, kerana boleh jadi yang mendengarnya seorang yang sakit, orang tua atau yang mempunyai keperluan lain, lebih-lebih lagi ketika menyampaikan khutbah para jemaah tidak boleh balik awal sebelum solat dilaksanakan dan sebagainya, Rasulullah s.a.w. bila berkhutbah menggunakan pendekatan yang sederhana dan segera agar tidak menyebabkan jemaah lama menunggu.
2. Nasihat yang baik: Iaitu satu nasihat atau peringatan yang boleh melunakkan hati-hati manusia yang keras dengan amalan ahli dunia yang lupakan akhirat khususnya pada hari ini, di mana ramai manusia yang lebih cenderung kepada aspek sukan dan hiburan keterlaluan hingga boleh meninggalkan tugas utama sebagai Muslim/Muslimah iaitu solat fardu lima waktu, begitu juga pendakwah adalah disaran untuk memperbanyak mengingatkan manusia tentang dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk. Ia adalah bertujuan untuk mencairkan manusia.
Pendakwah atau daie perlu memelihara perkara berikut:
* Ringkas yang berkesan dan tidak menjemukan penyampaian.
* Menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan.
* Memperbaykan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia.
* Menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat.
3. Berbahas dengan cara yang baik: Berbahas adalah salah satu wasilah atau pendekatan dalam menyampaikan sesuatu hujah, adakalanya ia bersifat mulia dan pada ketika yang lain pula bersifat buruk, ia bergantung kepada sejauh mana cara berbahas tanpa mengikut aliran emosi, berbahas dengan cara mulia ada disebut dalam ayat di atas, surah an-Nahl 125 maksudnya: "Berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."
Ada pun berbahas yang cenderung kepada sifat tercela disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 8 maksudnya: "Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."
4. Berbahas dengan cara yang mulia berdasarkan elemen terbaik yang digunakan oleh pendakwah, iaitu mengemukakan hujah mudah tetapi benar yang boleh membuka minda manusia seperti yang ditegaskan Allah mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. yang berdialog dengan kaumnya, di mana kisah itu dipaparkan menerusi ayat 258 surah al-Baqarah maksudnya: "Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan," ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."
Pendakwah boleh juga mengambil inisiatif dengan menggunakan pendekatan al-Quran bagi menguatkan hujahnya ketika berbahas atau berdialog dengan golongan sasaran, apatah lagi mereka yang agak degil dan keras kepala.
Ayat 35-37 surah at-Tur boleh dijadikan modal berdakwah, firman Allah maksudnya: "(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35). Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?(37)"
Pendekatan dakwah melalui kisah teladan dalam al-Quran atau pada Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kisah-kisah benar yang dipaparkan dalam al-Quran sebenarnya mampu menarik minat golongan sasaran kepada Islam, kerana ia bukanlah kisah dongengan, tetapi kisah benar yang dikisahkan Allah Yang Maha Benar untuk menjadi bahan renungan, kesedaran dan membuka minda untuk berubah.
Sebagai contoh kisah yang dipaparkan melalui ayat 259 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Atau (tidakkah engkau rasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?" Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Dia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: "Sekarang aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa Allah SWT menganjurkan kepada manusia untuk melancong (bukan tujuan maksiat) bagi melihat kebesaran Allah SWT, penting untuk memikirkan pada bahan-bahan ciptaan Allah di muka bumi, menentukan aspek kematian dan kebangkitan yang pasti berlaku, penjelasan mengenai tempoh mati dan hidup tidak boleh dikiaskan dengan kehidupan di dunia, membuktikan kekuasaan Allah dalam melakukan apa sahaja walaupun tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia yang terbatas.
5. Menggunakan teknik soal jawab ketika berdakwah: Penggunaan teknik soal jawab dalam berdakwah, dianggap sebagai satu cara terbaik, kerana ia disandarkan kepada cerita dalam al-Quran, di mana Allah SWT bertanya kepada manusia dalam banyak yang bersifat soalan yang perlu dijawab oleh manusia, antara ayat-ayat berkenaan ialah:
* Ayat 1-3 surah al-Ma'un: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3)"
* Surah al-Fil: "Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)"
6. Membawa contoh-contoh perumpamaan atau bidalan ketika berdakwah: Penguasaan tentang ayat-ayat al-Quran menjadi keutamaan kepada pendakwah, justeru mereka boleh menggunakan ayat-ayat bersifat perumpamaan seperti yang disebut oleh al-Quran menerusi ayat 261 surah al-Baqarah: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Kesimpulannya, apabila uslub dakwah yang disyorkan di atas dapat direnungi bersama oleh mereka yang bergelar pendakwah, khususnya yang menjadi anggota gerakan Islam, insya-Allah ia akan menjadi satu pendekatan yang mampu mencairkan manusia yang cemderung kepada kebenaran Islam. Selamat Mencuba. - Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya.
Uslub Dakwah
Uslub dakwah merupakan satu istilah yang tidak pernah lekang dari bibir setiap petugas dakwah. Oleh kerana ia telah menjadi suatu perkara yang biasa disebut, maka ia tidak lagi berhajat kepada penghuraian.
Lantaran itu, hampir setiap pendakwah mentafsirkan uslub dakwah menurut kacamata mereka masing-masing, sesuai dengan perkumpulan yang mereka wakili.
Dari situ satu huraian lengkap berhubung dengan uslub dakwah diperlukan bagi menjamin seseorang pendakwah itu tidak menyeleweng dari landasan penafsiran. Ianya mestilah bermula dari Al-Quran yang telah dijamin kebenarannya oleh Allah s.w. t.
USLUB DAKWAH MENURUT AL-QURAN
Di dalam Al-Quran, ayat yang menyebut perkataan uslub sebenarnya tidak ada. Apa yang ada ialah permahaman yang boleh diambil sewaktu Allah s.w.t. berfirman memerintah manusia menyeru ke jalanNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl: 125)
Apabila persoalan uslub di dalam ayat di atas diletakkan selepas daripada seruan dakwah, ia menunjukkan bahawa uslub adalah perkara kedua.
Perkara paling utama ialah menyeru manusia terlebih dahulu ke jalan Allah, Tuhan yang menciptakan mereka. Kesedaran ini perlu diutamakan terlebih dahulu, barulah berbincang mengenai uslub dakwah.
Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini ialah kecenderungan membincangkan uslub terlebih dahulu. Setelah mereka berselisih dalam persoalan uslub dakwah, bagaimana mereka boleh bersatu dalam menjalankan tugas dakwah.
Usaha menentukan uslub siapa yang lebih betul sudah cukup membuang masa seseorang petugas Islam. Sedangkan Tuham menyuruh mereka memulakan tugas dakwah terlebih dahulu, kemudian dalam mengolah dakwah barulah timbul persoalan.
Sebagaimana yang kita sebutkan sebentar tadi, perkataaan uslub secara jelas tidak disebut dalam Al-Quran, namun begitu perkataan yang hampir sama dengan pengertian uslub telah disebutkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Ma’idah: 35)
Hikmah, Uslub Dakwah yang Agung
Firman Allah s.w.t : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” ( Surah An-Nahl : 125 ).
Hikmah merupakan suatu anugerah rabbani, Allah s.w.t menganugerahkannya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki dari kalangan hambanya. FirmanNya : “Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.” ( Surah Al-Baqarah : 269 ). Hikmah pada asalnya suatu sifat yang ada pada setiap manusia, tetapi ia perlu disempurnakan dengan akhlak yang menyeluruh. Kemungkinan ia terdapat disisi sebahagian manusia, tetapi sekiranya ia tidak dihias dengan akhlak yang mulia ia dikhuatiri akan hilang.Pendakwah yang berjaya adalah seorang yang mampu mendapatkan banyak daripada hikmah daripada pembelajaran dan latihan , demikian itu, kami akan membentangkan beberapa fenomena atau tanda-tandanya, kesemuanya terkandung di dalam bab akhlak. Rasulullah s.a.w telah mengajar kita bahawa kita tidak mungkin dapat menguasai manusia kecuali dengan akhlak. Baginda bersabda : “ Kamu tidak sekali-kali menarik manusia dengan harta-harta kamu, tariklah mereka dengan akhlak-akhlak kamu”.
Menguasai manusia merupakan salah satu fenomena hikmah disisi para pendakwah, dan asas kepada hikmah adalah kalimah yang baik : firman Allah s.w.t : “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).” ( Surah Ibrahim : 24, 25 )
Kalimah yang baik itu bukan seperti suara yang keluar keudara kemudian hilang begitu sahaja tetapi ia adalah sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dan ia sentiasa menghasilkan buah-buah (hasil-hasil) yang baik. Dengan perumpamaan ini Allah s.w.t menyeru manusia untuk berpegang dengan kalimah yang baik sehingga ia menjadi akhlak semulajadi. Kalimah yang baik itu adalah dengan bersegera mendahului orang lain, firman Allah s.w.t : “dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.” ( Surah Al-Baqarah : 83 ), “dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran).” ( Surah Al-Isra’ : 53 ). “oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.” ( Surah Al-Baqarah : 148 ), ketika berdialog dengan orang lain “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik ” ( Surah Al-Ankabut ), dan sekiranya seseorang memulakan kalimah yang baik, seorang muslim itu tidak boleh membalasnya kecuali dengan ucapan yang serupa dengannya atau lebih baik darinya, firman Allah s.w.t : “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).” ( Surah An-Nisa’ : 86 )
Adapun sekiranya apabila orang yang lain memulakan dengan kalimah yang tidak baik, seorang muslim itu mempunyai tiga pilihan :
Pertama : Membalas kejahatan dengan yang serupa dengannya berdasarkan firman Allah s.w.t : (Dan jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya.” (Surah Asy-Syura : 40 ), juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w untuk kaum muslimin sekiranya seorang yahudi berkata kepada kamu “ Celaka keatas kamu” balaslah mereka dengan berkata “dan keatas kamu”, dan seorang muslim tidak boleh membalas kejahatan tersebut dengan sesuatu yang lebih.
Ia merupakan salah satu pintu masuk syaitan bagi mencetuskan permusuhan dan kebencian di antara sesama manusia. Rasulullah s.a.w pernah menegur Aisyah r.a daripada pertambahan dalam keadaan membalas kejahatan seperti yang disebut di dalam hadith-hadith sahih ketikamana seorang Yahudi berkata kepadanya : “ Celaka keatas kamu”, Aisyah r.a menjawab “ Bagi kamu kecelakaan, kemurkaan dan laknat ”. Rasulullah s.a.w bersabda “Jangan wahai Aisyah, cukup bagi kamu dengan berkata : dan keatas kamu..sesungguhnya Allah s.w.t menyukai kelembutan dalam setiap sesuatu.” .
Kedua : Memaafkan. Ia tidak membalas kejahatan tersebut samada dengan yang serupa dengannya ataupun dengan yang lebih buruk darinya. Demikian firman Allah s.w.t : “Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya).” ( Surah Asy-Syura :40 ), “Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” ( Surah Asy-Syura :43 ), “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. “Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah” ( Surah An-Nahl : 126,127 ). Ayat ini jelas tentang bersabar dengan orang-orang bukan Islam, memaafkan mereka hatta ketika waktu perang dan selepas selesai peperangan.
Ketiga : Membalas kejahatan dengan kebaikan, demikian akhlak seorang muslim yang terbaik. Ia merupakan darjat hikmah yang paling tinggi dalam berinteraksi dengan orang lain. Ia juga merupakan akhlak pendakwah atau mereka yang berdakwah kepada Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t tentang sifat-sifat orang yang bijaksana : “Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.” ( Surah Ar-Ra’d : 22 ), dan firmanNya tentang sifat-sifat muslimin : “Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.” ( Surah Al-Qasas : 54 ). FirmanNya tentang sifat-sifat mereka yang bertakwa pula : “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” ( Surah A’li-Imran : 134 ). Orang-orang yang bertakwa telah dibahagikan kepada tiga darjat :
Pertama : Orang-orang yang menahan kemarahannya, mereka tidak membalas kejahatan tetapi masih berasa marah.
Kedua : Orang-orang yang memaafkan kesalahan pelakunya, dia bukan sahaja tidak membalas malah turut menghilangkan perasaan marah dari hatinya.
Ketiga : Membalas kejahatan dengan dengan kebaikan. Demikian adalah darjat yang tertinggi bagi orang yang bertakwa. Sifat inilah yang layak atau sepatutnya dimiliki oleh para da’i (pendakwah) kepada Allah s.w.t.
Metode-Metode atau Uslub Dakwah
Pada postingan sebelumnya, telah dibahas tentang definisi dakwah. dari definisi tersebut dapat kita ketahui bahwa dakwah memerlukan sebuah metode atau uslub agar dapat tercapai dengan baik. kita tahu bahwa Rasulullah saw setelah diangkat menjadi Rasul, beliau tidak henti-hentinya mengajak manusia mentauhidkan (mengesakan) Allah. dakwah beliau sangat luar biasa. beliau berhasil merubah suatu budaya yang sangat rusak dan hina.
Meskipun beliau seorang nabi, bukan berarti beliau melaksanakan dakwah tanpa metode dan hanya menyerahkan urusan dakwah kepada Allah semata. tapi berbagai metode beliau terapkan. berbagai cara beliau ambil.
Metode yang Rasulullah saw terapkan dapat kita pelajari lebih dalam dalam Al Quran, Sunnah, Sejarah para Nabi, dan khususnya sirah Rasulullah saw. berikut diantara metode atau uslub dakwah yang beliau terapkan.
1. At-Tabligh
Yaitu menyampaikan dan menjelaskan prinsip-prinsip kepada suatu kaum
Raslullah saw bersabda “ Sampaikan dariku walau satu ayat”
2. Al Mujadalah. Yaitu diskusi tentang masalah agama. Khususnya kepada orang yang memiliki intelektual tinggi. (QS.An-Nahl:125)
3. Al Mau’idhah. Yaitu memberi nasehat terutama kepada anak-anak atau kepada kaum yang belum mengerti tentang Islam, tetapi mereka memiliki kecendrungan hanif (lurus).(QS.An-Nahl:125)
4. Al Qudwah Hasanah. Yaitu memberi contoh yang baik dalam segala hal.
5. At Tilawah. Yaitu membacakan ayat Al Quran maupun ayat Kauniyah
6. At Tazkiyah. Yaitu pembersihan diri, fisik, harta dan spiritual
7. At Ta’lim. Yaitu pengajaran tentang Islam secara sistematis.
8. As Siyasah. Yaitu melalui diplomasi politik.
9. At Takwinul bait. Yaitu membangun dan mengembangkan keluarga Islami
10. Ar Risalah. Yaitu berdakwah melalui tulisan, delegasi, atau duta.
11. Al Infaq. Yaitu dakwah melalui sedekah dan zakat
12. Al Qiyadah Al islamiyah. Yaitu kepemimpinan Islami yang menggerakkan nilai-nilai Islam
13. Al Mu’ahadah. Yaitu mengadakan perjanjian politik. Sebagaimana yang di lakukan Rasulullah saw pada perjanjian Hudaibiyah.
14. Al Musabaqah bil khair. Yaitu berlomba-lomba dalam kebaikan
15. Asy Syukur. Yaitu menambah taat kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada manusia.
16. Al Hijrah. Yaitu berpindah dari suasana tidak islami kepada suasana islami.
17. Al Jihad. Yaitu melaksanakan dan memperjuangkan amal islami secara methodologis (cara) dengan mengerahkan segala potensi.
Demikian beberapa metode atau uslub dakwah yang pernah dilakukan oleh beliau dan para shahabat. saya paham bahwa masih ada metode Rasulullah saw yang belum tercantum dalam tulisan ini. oleh karena itu, bagi yang mengetahui metode dakwah lain, harap menambahkan dengan mengisi di kolom komentar. atas partisipasinya saya ucapkan jazakumullah khoirol jaza’. semoga Allah memberkati kita.
Sumber: Agenda dakwah oleh Abu I’dad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan