Rabu, 3 Ogos 2011

BILA AMANAH DIJADIKAN KEUNTUNGAN....AKHIRAT GULUNGAN2 INI TAK KAN TERLEPAS....TUNGGU AZAB YANG PEDIH DARI ALLAH SWT....

Pakar patologi: Sarbaini terjatuh dengan tak sengaja
Ogos 2, 11 9:10pm

Ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Profesor Madya Dr Faridah Mohd Noor berkata Ahmad Sarbaini Mohamed terjatuh dari tempat yang tinggi dengan tidak disengajakan, dan beliau menolak berlakunya unsur bunuh diri atau dibunuh.

Beliau juga berpendapat penolong pengarah kastam Selangor itu tidak membunuh diri kerana tidak ada sebarang nota bunuh diri dijumpai di tempat kejadian, selain tidak terdapat kesan kecederaan pada pergelangan tangan akibat dikelar.

"Sekiranya Ahmad Sarbaini telah dibunuh dan dicampak keluar melalui tingkap di pantri itu, akan dijumpai kesan pergelutan di kawasan berkenaan, namun hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan ditemui," katanya.

Dr Faridah berkata jika mangsa cuba mempertahankan diri atau melawan kembali jika diserang, sudah pasti terdapat kesan kecederaan atau luka pada badan Ahmad Sarbaini.

Beliau memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa kematian Penolong Ahmad Sarbaini adalah disebabkan pendarahan teruk di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi selain kesukaran untuk bernafas.

Katanya, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati kecederaan yang dialaminya konsisten dengan kesan jatuhan dari aras tiga, bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata darah yang banyak keluar daripada mulut, hidung dan telinga kiri juga menyebabkan mangsa sukar bernafas.

"Mangsa tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan pengaliran darah yang menutup saluran pernafasannya," kata Dr Faridah yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid pada prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Dia dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai kastam.

Dr Faridah, yang menjalankan bedah siasat ke atas Ahmad Sarbaini pada 6 April lepas berkata terdapat 42 kesan kecederaan pada badan mangsa.

"Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam dan luka pada mata, dagu, dahi, pergelangan tangan, dada, dan juga beberapa kepatahan pada tulang tangan dan lutut, serta retak di bahagian tengkorak yang ditemui pada badan mangsa," katanya.

Beliau berkata kecederaan patah pada kaki sebelah kanan hingga menyebabkan tulang pada bahagian lutut mangsa terkeluar adalah konsisten dengan kesan jatuhan dari tempat tinggi.

Selain itu, keadaan sebelah kasut yang tertanggal daripada kaki mangsa dan jam tangan tercabut juga konsisten dengan kesan jatuhan tersebut, katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili SPRM.

Saksi ke-29 itu juga berkata Ahmad Sarbaini dianggarkan meninggal dunia antara jam 7 pagi hingga 11 pagi, dan tubuh mangsa didapati suam selain kekejangan otot masih berlaku, ketika mayatnya ditemui pada 6 April lepas.

Prosiding di depan Koroner Aizatul Akmal Maharani disambung esok.

- Bernama

Dr Rosti letak jawatan NC Unisel
Ogos 2, 11 8:29pm

Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai -- Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

- Bernama


SPR dilapor mula lantik pegawai pengurus p'raya
Ogos 2, 11 2:01pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula melantik pegawai pengurus pilihan raya bagi semua kawasan pilihan raya - satu petanda bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan tiga atau empat bulan lagi - berkemungkinan besar November depan.

Menurut laporan akhbar bahasa Cina Kwong Wah Daily hari ini, surat pelantikan bagi semua pegawai pengurus pilihan raya itu dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lepas.

Pada kebiasaannya, pilihan raya umum diadakan tiga atau empat bulan selepas surat pelantikan pegawai pengurus pilihan raya dikeluarkan.

Laporan itu menyebut, cakap-cakap bahawa pilihan raya umum semakin hampir, sudah tersebar luas dan semua petunjuk menunjukkan semua pihak sedang membuat persediaan untuk menghadapinya.

SPR juga telah mengenal pasti tempat untuk dijadikan pusat penamaan calon manakala Jabatan Pelajaran memilih sekolah yang akan digunakan sebagai tempat mengundi.

"Sekolah-sekolah berkaitan telah diarah supaya tidak menyewakan dewan mereka pada bulan November," kata laporan itu.

Semalam akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan bahawa semua bahagian BN di 222 kawasan Parlimen telah diminta mengemukakan senarai awal calon kepada pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan tertinggi BN secepat mungkin.

Memetik sumber, laporan itu berkata arahan itu telah dikeluarkan oleh kepimpinan BN sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.


Pengundi meragukan, PAS Johor buat laporan polis
Ogos 2, 11 2:19pm

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Mohd Salleh hari ini membuat laporan polis mendakwa terdapat senarai pengundi meragukan dikesan dalam daftar pemilih negeri itu.

Dakwanya, semakan rambang terhadap beberapa nombor kad pengenalan melalui laman web SPR semalam mendapati sejumlah pengundi berkongsi nombor kad pengenalan lama yang sama walaupun berbeza nombor kad pengenalan baru.

NONEFaizul ((gambar kanan, tiga dari kiri) juga mendakwa, kebanyakannya mempunyai nama yang sama atau seakan-akan sama.

“Atas penemuan ini saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk membuat laporan polis kerana bimbang berlaku manipulasi ke atas senarai daftar pemilih pilihan raya Malaysia,” laporan itu dipetik.

Nama-nama yang didakwa meragukan adalah Lee Chui Ching, Sabran Hosnan dan Ong Peng Seng.

Kes PKFZ: JPPH tetap kadar faedah 6 peratus saja
Ogos 2, 11 3:28pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu kadar faedah ditetapkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi urusan pembelian tanah di Mukim Klang bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah sebanyak 6 peratus setahun.

Bekas ketua pengarah JPPH, Kementerian Kewangan, Shah Alam, Datuk Sahari Mahadi berkata kadar faedah yang diperakui oleh JPPH ialah sebanyak 6 peratus dan bukannya 7.5 peratus.

NONESaksi kedua pendakwaan bagi kes perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan Tun
Dr Ling Liong Sik itu memberitahu kadar faedah 6 peratus tersebut adalah termasuk dalam nilai harga tanah iaitu RM25 sekaki persegi.

"Kadar faedah 6 peratus tersebut telah termasuk dalam harga bagi nilai tanah iatu RM25 sekaki persegi, Jabatan ini (JPPH) hanya memperakui kadar tersebut (6 peratus) dan bukannya kadar faedah 7.5 peratus, JPPH tidak memperakui kadar 7.5 peratus dalam nilai tanah RM25 sekaki persegi itu," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.

Sahari menjelaskan nilai tanah RM25 sekaki persegi itu telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan yang mana harga nilai tanah tersebut dibuat berdasarkan kos tanah, infrastruktur dan kos kewangan meliputi tempoh bayaran balik.

"Harga RM25 bagi sekaki persegi tanah itu adalah mengambil kira faktor special value (nilai-nilai khas) tanah itu, kos kewangan dan tempoh bayaran balik, maknanya di sini harga RM25 itu sudah dinilai dari segi nilai khas, kos kewangan dan bayaran tertangguh," katanya.

Sahari turut memberitahu bahawa keluasan tanah adalah 999.5 ekar menjadikan harga jualan tanah RM1,088,456,000.

Ketika ditanya Tun Abd Majid, sekiranya kadar faedah 7.5 peratus diambil kira pada harga nilai tanah RM25 tersebut, adakah akan terdapat pembayaran lebihan pada jumlah jualan tanah tersebut, Sahari menjawab "ya".

Sahari turut menjelaskan bahawa setiap agensi kerajaan akan mengikut nasihat jabatan itu bagi penentuan kadar penilaian tanah.

"Kita akan nasihat pihak kerajaan, maka kerajaan kena ikut nasihat kita, boleh katakan 99.9 peratus agensi kerajaan akan ikut nasihat yang diberikan oleh JPPH, " katanya.

Dr Ling dituduh menipu Kerajaan Malaysia dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu bahawa JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp telah pun mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua tuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp telahpun mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

- Bernama

  • Azman Hj Mohd Noor · MD at Self Employed Consultant
    siapa yang tak tau anak Dr Ling telah menjadi jutawan diusia muda...contohi TN Guru Nik Abdul Aziz...minta SPRM siasat hartanya...dan jgn lupa juga siasat harta Najib...Dasar pemimpin tak amanah...
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      betul3,xapa buat apa saja rakyat mlsia kan baik,tambahan plak klu yg dok kat atas tu muka melayu,org melayu lg xkisah,dia bangga dgn bangsa dia,xsedar diri sendiri papa kedana,merempat d negara sendiri,menggong
  • Kamariah N Unose · Top Commenter
    Inilah politik Bn/mca/mic/unporno dah lebih 50thn kerjanya begitulah hendaknya.... dah terlampau lam berkuasa sehingga mengnggap Malaysia ini bapak dia punyai apa je dia buat semua betul x ada check and balance. Bila org tegur ia nyahkan, disingkirkan, dijatuhkan dgn cara yg amat kotor sekali...sehingga harta rakyat pun dlm tangan meraka sesuka hati.... ini semua pengajaran dari dr M lah yg menggalakan........

Taib didakwa bayar firma PR RM15j
Hazlan Zakaria
Ogos 2, 11
10:47am

Laman anti Tan Sri Taib Mahmud Sarawak Report mendakwa, ketua menteri Sarawak itu membayar RM15 juta kepada syarikat perhubungan awam bagi menaikkan imejnya di peringkat antarabangsa.

NONELaman itu mendakwa, Taib membayar AS$5 juta (RM15 juta) kepada syarikat British bagi menjalankan kempen media menentang Sarawak Report.

Laporan itu mendakwa FBC Media Ltd daripada United Kingdom - sebuah produksi TV - telah menolong ahli politik korporat bagi mencuci imej sejak beberapa dekad.

Syarikat itu juga didakwa secara rahsia menjual slot program TV yang sepatutnya tidak memihak untuk mempromosikan pelanggan antarabangsa, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Taib.

RM42.6j duit raya untuk semua peneroka Felda
Ogos 2, 11 12:47pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.

Beliau berkata pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran
terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

"Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta. Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta," katanya.

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.

Najib berkata bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.

Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang.

Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara, katanya.

"Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal," katanya.

Najib turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan.

- Bernama

Hadis Ke Tiga Puluh Lima : -


LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Tiada ulasan: