

Pada majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.” Manifesto sembilan teras itu diumumkan sehari selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya Sarawak yang dijadualkan pada 16 April ini.Antaranya:
- Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik
- Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik
- Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahaan sentiasa dipertingkatkan
- Memelihara alam sekitar, budaya waisan da kepercayaan semua kaum.
- Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
- Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
- Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

Bertajuk "Bersama Memajukan Sarawak: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", antara topik yang diliputi adalah tadbir urus yang baik, pengurusan alam sekitar, peluang perniagaan dan pekerjaan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), pendidikan, pembaharuan pajakan tanah dan hak milik tanah. Selain itu, risalah itu turut memberi penjelasan mengenai kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara, usaha kerajaan BN untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kepada golongan kurang bernasib baik. Ia turut menjelaskan usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kesan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu isteri Taib, Puan Sri Amar Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan negeri Datuk Sri Wong Soon Koh, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah, dan calon BN bagi kerusi Nangka Dr Annuar Rapaee.

Pegawai SPRM menemui mayat timbalan pengarah kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di luar bangunan suruhanjaya itu selepas dia datang untuk menemui pegawai penyiasat. Ahmad dipercayai jatuh dari tingkap tingkat tiga di mana dia menunggu untuk menemui pegawai penyiasat. Insiden tersebut mengimbau kembali kes kematian seorang pembantu politik, Teoh Beng Hock pada 2009, yang juga jatuh dari tingkat pejabat SPRM, selepas disoal siasat sebagai seorang saksi dalam satu kes rasuah. Kematian Ahmad mencetuskan kecaman hebat terhadap SPRM. Ahmad adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam kempen memerangi rasuah dan pengubahan wang haram. "Kami mahu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan segera untuk menentukan bukan sahaja punca kematian tetapi bagaimana dua kematian yang serupa, boleh berlaku," kata penyelaras kanan Suaram, Nalini Elunalai kepada AFP. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa, beliau akan menjalankan "siasatan dalaman yang komprehensif" dan menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata siasatan rasuah berkenaan akan diteruskan walaupun berlaku kematian tersebut. Desak rombakan SPRM
SPRM, dalam satu kenyataan hari ini, berkata suruhanjaya itu telah menahan kerja dua pegawainya kerana dikatakan gagal mematuhi peraturannya berkaitan dengan saksi dan suspek. Ia ekoran mereka dikatakan gagal melaksanakan tugas mereka untuk bersama saksi/suspek sepanjang waktu semasa kehadiran mereka di premis SPRM. Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP, mendesak supaya badan anti-rasuah itu dirombak. "Walaupun SPRM berjanji kes seumpama itu tidak akan berulang... tetapi kematian Ahmad menunjukkan SPRM tidak belajar dari kematian Teoh," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan SPRM hari ini, dua pegawai SPRM itu ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar engkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM. Ia ekoran mereka dikatakan gagal berada bersama saksi/pelanggan sepanjang masa ketika saksi/pelanggan berada dalam premis SPRM. Proses tahan kerja itu, kata SPRM, adalah bagi membantu melicinkan siasatan dan ditahan kerja sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan. Menurut kenyataan itu lagi, tindakan menahan kerja itu dibuat di bawah Peraturan 43 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataertib) (Pindaan) 2002, untuk penyiasatan. Apabila selesai, hasil siasatan dalaman itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM.
Terma rujukan jawatankuasa aduan itu adalah untuk memantau pengendalian oleh suruhanjaya akan aduan mengenai salahlaku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai suruhanjaya. Ia juga untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dalam tatacara kerja suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja suruhanjaya sebagaimana yang difikirkan patut. Semalam, kira-kira pukul 10.15 pagi, Ahmad Sarbani, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April lepas bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane. Sebelum itu, Ahmad Sarbani yang datang sendiri ke pejabat itu telah diiringi seorang pegawai untuk bertemu pegawai penyiasat namun pegawai tersebut telah meninggalkan mangsa dan keluar sebentar bagi mendapatkan pegawai penyiasat. Namun dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati mangsa tiada dalam bilik berkaitan dan setelah mencari di kawasan itu, terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat berkenaan.

Selain itu, bekas presiden MIC itu juga menikmati segala kemudahan dan elaun lain yang diberikan selaras dengan taraf duta. “Seramai enam orang kakitangan (juga) telah diperuntukkan untuk bertugas di pejabat Duta Khas. Bermula 1 Jun 2011, Pejabat Duta Khas adalah di tingkat 25, Plaza Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur,” katanya dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini. Nazri menjawap soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu rasional kerajaan menubuhkan jawatan tersebut dan lingkungan kerjanya. “Rasional menubuhkan jawatan Duta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur di India dan Asia Selatan.Tidak bertindih “Oleh kerana negara-negara Asia Selatan, terutamanya India sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat, keperluan infrastruktur yang berkualiti adalah amat penting untuk menyokong pembangunan ekonomi tersebut,” katanya.
Menurut Nazri lagi jawatan yang disandang oleh Samy Vellu itu juga tidak bertindih dengan tugasan rasmi pegawai kerajaan yang lain. “Lingkungan kerja Duta Khas adalah mengenalpasti projek-projek infrastruktur di Asia Selatan yang sesuai dengan kelayakan dan kebolehan syarikat-syarikat Malaysia. “Seterusnya, Duta Khas akan mengerakkan peranan mewujudkan peluang yang baik bagi syarikat tersebut untuk mengambil bahagian dalam projek-projek tersebut mengikut undang-undang dan peraturan tempatan,” katanya. Sesetengah pihak menganggap jawatan Duta itu diwujudkan khas bagi menghargai sumbangan Samy Vellu, yang sudi melepaskan jawatan presiden MIC tahun. MIC kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya di Sungai Siput

Katanya, kes itu berbeza kerana Allahyarham Ahmad Sarbani tidak dipanggil untuk membantu siasatan tetapi datang sendiri ke pejabat SPRM. "Apa yang saya diberitahu, dia datang secara sukarela ke pejabat SPRM hanya nak tukar statement (kenyataan) yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Dia mohon nak tukar statement. "Dalam masa SPRM memanggil IO (Pegawai Penyiasat) kes berkenaan, sekelip mata sahaja kejadian itu berlaku. Ini berbeza dengan kes Teoh Beng Hock," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Kuching hari ini. Sehubungan itu, Najib berkata beliau telah mengarahkan polis dan SPRM melakukan siasatan secara rapi, telus dan profesional. Beliau juga berharap siasatan secara terperinci dapat dijalankan segera kerana kerajaan tidak akan cuba melindungi apa-apa perkara. Katanya, ini perlu bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian yang melibatkan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56. Semalam, Allahyarham Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane setelah dilaporkan datang untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia yang dibongkar baru-baru ini. Teoh pula ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan di bangunan itu.
Selamatkan wang negara Ditanya apakah perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu seperti dalam kes Teoh, Najib berkata biarlah polis menyiasat perkara itu terlebih dahulu.
Beliau berkata tindakan SPRM melakukan siasatan adalah bagi menyelamatkan wang negara kerana ia adalah sesuatu yang serius. "Kerajaan nak bersihkan Kastam dan jimatkan wang rakyat. Jika dapat berkas orang yang terlibat, yang untung adalah rakyat. Tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku. "Kita mesti ingat tujuan siasatan itu dilakukan untuk menjimatkan wang rakyat dan (penyelewengan) dah berlaku bertahun-tahun. Ia mesti dihentikan dan (pihak bertanggungjawab) diberkas sama sekali," katanya. Perdana Menteri berkata mungkin ada sedikit gangguan dalam tugas SPRM berikutan kejadian seperti itu sudah dua kali berlaku tetapi ia perlu diteruskan demi kebaikan rakyat.
"Tindakan ini boleh jimatkan banyak hasil negara. Bila hasil negara bertambah, boleh buat banyak program untuk rakyat," kata Najib.
Sementara itu, Bernama melaporkan pada satu majlis di SMK Santubong dekat Kuching, Najib berkata pemimpin Pakatan Rakyat sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.
Ketepikan soal prinsip Katanya, Pakatan hanya akan mengambil kesempatan kepada isu yang menguntungkan mereka sahaja.
Perdana Menteri berkata ia jelas tergambar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung kontroversi video seks yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya. Beliau mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang terbongkar bulan lepas. Najib berkata kebiasaannya pembangkang akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu. "Ini yang ramai orang rasa pelik dan aneh sebab sebarangan isu, merekalah yang pertama akan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan. 
Razif Rifai · UiTM Penang 2001 - 2007



Tiada ulasan:
Catat Ulasan