Sabtu, 2 April 2011

CEGAH SEBELUM PARAH

Barah pangkal rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

This message box is using an invalid "type=custom" parameter and needs fixing.

Templat:Citation style

Cervical cancer
Histopathologic image (H&E stain) of cervical intraepithelial neoplasia.
ICD-10 C53
ICD-9 180
OMIM 603956
Pangkalan data penyakit 2278
MedlinePlus 000893
eMedicine med/324 radio/140

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5). Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. [1] Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?

  1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  2. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
  4. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

Di Amerika Syarikat, barah pangkal rahim membunuh 3,870 wanita setiap tahun dan 300,000 di seluruh dunia, kebanyakkannya diakibatkan oleh virus human papilloma yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin. [2]

Orang terkenal yang mengidap atau meninggal disebabkan barah pangkal rahim:


Mengenali gejala barah pangkal rahim


Perubahan prabarah dan peringkat awal barah pangkal rahim biasanya tidak menyebabkan rasa sakit atau menampakkan gejala lain. Oleh itu, penting untuk menjalani ujian Pap dengan kerap untuk mengesan prabarah serviks pada peringkat awal untuk rawatan yang paling berkesan.

Apabila penyakit barah serviks berkembang, wanita boleh memerhatikan satu atau beberapa gejala yang berikut:

1. Pendarahan yang abnormal dari vagina:

Pendarahan yang berlaku antara haid.

Pendarahan selepas bersetubuh, menggunakan douche atau pemeriksaan pelvis.

Haid yang lebih lama dan lebih banyak daripada selalu.

Pendarahan selepas menopaus.

2. Lelehan yang banyak dari vagina.
3. Rasa sakit pada bahagian pelvis.
4. Rasa sakit ketika bersetubuh.


Satu soalan untuk gadis melayu boleh. Berapa ramai antara korang semua yang ada kanser serviks? Aik, kenapa senyap aje? Biasalah, orang perempuan memang tak suka berbicara hal-hal macam ni. Bagi diorang, kita takde hak untuk tanya hal-hal yang dikatakan dalaman ini. Tapi tahukah korang bahawa setiap gadis melayu di Malaysia ini mempunyai peluang untuk mendapat kanser serviks? Ok. Stop kat situ. Aku tahu korang dah bengang.

Ok. Kita sambung plak. Apakah gejala atau tanda-tanda kanser Serviks ni?

1. Lelehan dibahagian faraj yang berbau dan berair
2. Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks
3. berlaku pendarahan dari faraj sebelum dan selepas buat seks
4. berlaku pendarahan dari farah selepas putus haid

Jadi, apa kes plak gadis-gadis melayu boleh boleh dapat kanser serviks ni plak? Mungkin ada antara korang yang tak tahu atau mungkin dah tahu. Kebiasannya, orang yang dapat kanser ni mempunyai aktiviti seks yang sangat hebat. Malah, berkemungkinan orang tersebut mempunyai pengalaman seks diawal usia dan juga pasangan seks yang ramai. Jadi, biasa sangatlah diorang dapat penyakit bahaya ni kan? Selain itu, jangkitan daripada virus Human Papilloma. Mak aii, virus menda tu?? Jangan tanya aku, aku pun baru tahu je menda ni selepas baca Panduan Senang Hamil yang digarap oleh Fatina Aziz ni. Fuh, macam-macam info aku dapat pasal kanser serviks ni..

Beberapa website yang sesuai untuk dijadikan rujukan.

1. Dr. Rushdan Noor – Kanser Wanita
2. Buletin Kesihatan
3. Buku Kanser Wanita
4. MyHealth
5. Kanser Serviks
6. TeknoSains – Kanser Serviks

Dan jangan lupa kepada gadis melayu boleh, sila lakukan Ujian Pap Smear. Ujian ini antara ujian awal untuk memeriksa kesihatan servik korang. Malah, jika dikesan awal, ianya boleh menyelamatkan nyawa korang. Ianya tak perlu dibius dan cuma mengambil masa beberapa minit sahaja. Ujian Pap Smear ini merupakan satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser. Ujian ini merupakan langkah awal untuk mengelakkan korang daripada menderita akibat kanser Serviks ini.




    Tahukah kamu Malaysia merekodkan lebih 1400 kes baru kes barah pangkal rahim setiap tahun? Resah? Jadi pastikan kamu tahu segala-gala mengenainya....

    Kita kadang-kadang lebih peka kepada informasi barah payudara..Adalah lagi baik nya kita ketahui tentang semua informasi tentang semua penyakit merbahaya dan berisiko kematian yang tinggi.. Barah pangkal rahim atau dikenali sebagau kanser serviks ini juga hakikatnya ancaman kepada kesihatan wanita,malah dicatatkan pembunuh kedua paling tinggi bagi wanita Malaysia. Konflik ini boleh dielak malah boleh dirawat dengan potensi untuk sembuh 100%, sebaik saja simptomnya di kenal pasti. Untuk mengelakkanya??..

    Rutin Pemeriksaan
    Lakukan pemeriksaan Pap Smear.. tapi sayangnya,masih ramai mengelak mengelaknya. Dianggarkan kira-kira 4.2 wanita yang berlinkungan 20 hingga 65 tahun dianggarkan tidak pernah menjalani ujian ini.

    Bukan Mangsa?
    Dara ketika berkahwin bukan pertanda kamu selamat,kerana jikakamu pernah mempunyai ''sejarah'' silam,kamu juga terdedah kepada risiko dijangkiti Human Papillomavirus (HPV) _sejenis virus kelamin,punca ketuaat kemaluan.Biarpun awalnya tidak merbahaya,tetapi jika ada perubahan pada sel-sel pangkal rahim,ia mungkin berkembang menjadi konflik barah!
    Diperingkat awal barah ini tidak menyakitkan,malah tiada genjala tertentu. Tapi bila keadaan makin serius,ia mungkin menyebabkan pendarahan tidak normal,pendarahan antara haid, atau selepas melakukan hubungan seks;haid yang lama (serta banyak); lelehan kemaluan (banyak juga busuk); sakit di pelvik; sakit ketika seks. Dan virus HPV16 dan 18, kedua-duanya dikenal pasti sebagai punca lebih dua pertiga kes barah ini.

    Masih Ada Harapan
    Jika hasil pemeriksan mendapati kamu positif barah pangkal rahim,rawatan akan diberi mengikut aspek tertentu.
    Pertama ialah tahapnya-jika ia sudah merebak kepada organ lain dalam badan,
    Kedua ialah usia dan keadaan kesihatan,
    Ketiga ialah jenis rawatan pilihan( pembedahan,kimoterapi,atau terapi radiasi-atau kedua-duanya).
    Selain itu kamu mengkehendaki menjalani beberapa rawatan sussulan seperti x-ray,biopsi, atau ujian darah.

    Siapa Mungkin Terdedah Jadi Risiko?
    Wanita berusuia antara 20-65 tahun terdedah kepada bahaya penyakit ini,terutama jika mereka dalam kategori kumpulan berikut:
  • Memulakan amalan hubungan seks ketika usia muda brlasan tahun.Atau mengamalkan tabiat seks bebas dan sering bertukar pasangan.
  • Dijangkiti virus HPV.kerana ia antara punca yang boleh menyumbang kepada risiko diserang barah ini.
  • Tidak peka kebersihan diri,terutema di sekitar bahagian kemaluan.
Perokok. Ini kerana nikotin mampu membunuh sel K (Killer),sejenis antibodi dalam badan yang berfungsi sel kanser.Justeru semakin kurang bilangan sel K, dalam badan,semakin tinggilah risikonya.

Cara Elakkannya
Selain melakukan rutin ujian Pap Smear,rutin penjagaan asa patut diamalkan:
  • Pastikan kamu setia pada satu pasangan dan paling utama,elakkan terpengruh budaya sosial yang terdedah kepada amalan seks bebas.
  • Jika suami atau isteri mengadu mengalami jangkitan tertentu pada bahagian kemaluan,sebaiknya gunakan kondom sebagai langkah pencegahan.
  • Cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan HPV ialah dengan mengelakkan sentuhan seksual dengan orang yang komfirm
  • Tiada ulasan: