Sabtu, 2 April 2011

REJAM HINGGA MATI BAGI YANG DAH KAHWIN...100X SEBATAN BAGI YANG BELUM KAHWIN...NAPE TAK LAKSANAKAN?...

JANGAN HAMPIRI
ZINA


Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)

Hasil Nukilan: shopuan@kmkd.matrik.edu.my

Hak Cipta tak terpelihara.
Tolong sebarkan.


Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum….adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kpd perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnyak ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaiut melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaiut khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kpd perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita nak belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan mambawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kpd org yg berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran shj. Ni study group.
Study group…? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua shj? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yg lain tu…. banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkan kaum sejenis yg boleh memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorg, tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri spt yg dilakukan oleh para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jadi malaikat! Krn Allah ciptakan kita sbg manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul: cinta selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai kecuali nikah. (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kpd perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tpt sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam……Bukankah meereka semakin hampir dan dekat dgn perzinaan? Penghujung jln cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai org yg bercinta tlh sampai kpd daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg melahirkan kita dalam keadaan bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yg mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yg ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kta manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia walaupun bahaawa mereka tidak akan tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jgn makan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pd ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jg hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu did lm syurga serta makanlah dr makanannya sepuas-puasnya apa shj kamu berdua sukai, dan jgnlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari org-org yg zalim.
(al-A’araf:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Krn mereka tdk dpt mengawal diri. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jln kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan perzinaan kedua-duanya akan kecundan. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

utk mengenali hati budi pasangan sblm buat keputusan berkahwin. Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah
Bolehkah percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak yg terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yg akan pujuk. Jgn harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg memujuk. Banyak org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dgn bumi. Masa bercinta, dia seorg yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima mini, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuran atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagian adalah anugerah Allah kpd hamba-hambaNya yg terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg akan menganugerahnya. Bagaiman mendapat anugerah kebahagian itu, jika jln mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak akan meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta slps kahwin. Bagaimana utk mendpt keluarga yg bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit… adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua itu adlah perangkap syaitan dan iblis. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg dberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adlah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat dalah suatu betuk tupu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah sama. Jln akhirnya akan bertemu dgn zina.

Jadi, seolah-olah org yg bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sbb ukuran manusia sering berbeza-beza, Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bg org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sblm kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah org yg bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Org yg bercingta seolah-olah cuba menggadai maruahnya krn mereka menghampiri perzinaan. Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak utk berkahwin dgn org yg beriman. Allah berfirman:

Lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkawin melainkan dgn perempuan yg berzina melainkan dgn perempuan yg berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dgnnya melainkan oleh lelaki yg sdg berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yg demikian itu terlarang kpd org-org yg beriman.
(Surah al-Nur:3)

Jadi org yg pernah bercinta juga tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dr Tuhan.

Jadi org yg bercinta hanya layak berkahiwin dgn org yg pernah bercinta juga?
Itulah psgn yg layak utk dirinya. Krn wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan shj. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap krn ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorg wanita sbg isteri dan seterusnya menjadi ibu yg baik utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan krn ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada org lelaki normal suka pd barang yg ‘second hand’ sedangkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di show room shj; display only. Tapi ada yg boleh test drive. Ada pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah org yg tidak bercinta di zmn ini?
Ya, masih ada org yg suci dlm debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hr nanti. Mereka aa psgnnya. Firman Alllah:

Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendpt redhaNya.

Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya. Taubat yg memuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adlh slps Ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kpdku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kpdkku perasaan benci kpd maksiat. Hiasilah diriku dgn akhlak yg mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dgn kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kpd org lain. Amin, Ya Rabb.
Moga Allah terima taubatmu.




Kita berpisah krn Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dtg kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.


Jangan hampiri zina..

segala puji bagi ALLAH..Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

salam buat semua hati..
petang yang mendung dan diakhiri dengan limpahan hujan yang membawa rahmat kepada seluruh alam..dingin dan sejuk menyelaputi segenap rasa ini sekaligus membuat hati lupa akan terik matahari yang tadinya menggigit lapisan kulit ini..

aku menghadap lappy ku selepas selesai mengerjakan solat Asar..hati rasa terpanggil untuk mula mencoret rasa..kali ini rasa yang menjadi persoalan di sekitar kampusku..tentang apa ya? apa lagi kalau bukan tentang "couple" atau kalau dimelayukan "bercinta.." atau kalau mahu diindonesiakan adalah "berpacaran.."..

aku mula melakar rasa tentang perkara ini sejak dulu lagi namun kesempatan masih belum ada..hari ini,aku gagahkan juga melukis sesuatu..jujur,bukan hanya untuk diri ini tetapi untuk mereka yang mempunyai hati..yang rasa getar apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH padanya..untuk semua..

kalau dulu,sewaktu aku bermain tenis bersama sahabat-sahabatku..aku sempat mendengar perbualan seorang temanku..katanya..

"..kalau nak bercinta,bercintalah..tapi pelajaran jangan diabaikan.."

aku agak terkejut kerana aku faham makna "bercinta" tadi, lantas aku mencelah walaupun kelihatan sangat biadap..

"..bercinta atau ber"couple" tue tak boleh dalam islam lah.."

dengan nada yang agak meninggi dan matanya sedikit memandang kearahku yang masih berada digelanggang tenis menjawab..

"..cinta itu fitrah.."

inilah kekeliruan yang terjadi..aku masih tertanya-tanya di dalam hati..makan juga fitrah..tetapi mengapa ada benda yang diharamkan untuk dimakan seperti khinzir dan sebagainya? fitrah yang macamane yang kita faham? fitrah yang serupa dengan mereka yang bukan islam?

aku bertanya kepada sahabat hatiku..apakah benar kita boleh bercouple sebelum nikah?
sahabatku membacakan kepadaku ayat-ayat ALLAH yang bermaksud..

"..dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.."
[17:32]

aku termenung..dan sahabatku bertanya..

"..senaraikanlah apa saja perkara yang menghampiri zina.."

aku terpinga-pinga..dan aku akhirnya mendapat idea untuk bertanyakan kepada beberapa sahabat lain tentang pertanyaan sahabatku tadi..apa kata mereka?

ada sahabatku berkomentar..
"..perkara-perkara yang mendekati zina adalah couple, sms, chatting, bergurau senda, keluar date, call.."

ada lagi yang menambah..
"..zina ada macam-macam zina..zina hati ialah ingat kat pakwe or makwe yang kita minat..zina mata if kita usha giler-giler yang bukan muhrim, bercakap tanpa hijab tanpa ada alasan yang sangat-sangat boleh diterima..sekarang ni orang macam salah faham dgn ayat ALLAH..mereka fikir zina yang betul-betul zina tu (pahamkan?)..padahal ALLAH berfirman jangan dekati zina..maksudnya perkara-perkara yang boleh bawa kepada zina la contohnya couple..kau tahu la kan? kalau couple ini teringat-ingat (zina hati), sms, call dan selalu jumpa (zina mata), lama-lama dia berani pegang tangan dan seterusnya.."

aku termenung seketika..seorang teman terus menambah..
"..just to guide you..apa kata try tengok surah 24, ayat 30,31,32 dan 33.."

aku membuka kalam suci itu..

"..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."
[24:30]

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.."
[24:31]

"..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan..."
[24:32]

"..Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.."
[24:33]

aku terdiam membisu..segalanya sudah tertulis dan segala keterangan sudah nyata di dalam Al-Quran ini..namun?mengapa masih ada yang masih terlena? apakah ayat-ayat ALLAH ini sedikit pun tidak mengoncang hati mereka?

ada yang berkata..
"..ala,kalau diorang dah rase diaorang betul..benang yang basah pun nk ditegakkan.."

saudaraku..
aku mencoret rasa hati ini bukan kerana aku benci..bukan kerana mahu mencalarkan ukhwah yang terbina antara kita..tidak!!..bukan itu yang aku mahu..bukan perbalahan,bukan perdebatan..bukan pergaduhan..tidak sama sekali saudaraku..ini kudratku untuk membantu hatimu..kerana kamu harus dibantu!

Rasulullah juga pernah bersabda..

"..kedua-dua tangan juga adalah berzina dan zina itu adalah menyentuh..kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan..mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman..
[HR Muslim dan Abu Dawud]

"..bagaimana seorang yang perjuangkan Al-quran dan hadis boleh terlibat dgn cintan cintun ni?"tanya seorang teman..

"..ana meninggalkan semua ini apabila ana mengenal dakwah..ana mengejar cintaNYA.."sahabat hatiku berkata..

aku diam membisu..membiarkan semua untuk berfikir..

"..bila seorang da'ie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah hatinya..terfitnahlah islam kerananya..runtuhlah dakwah ditangannya..kejayaan dakwah bukanlah terletak kepada kepandaian seorang da'ie berkata-kata..tetapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatinya..waspadailah hatimu dari kekotoran nafsu yang menipu.."

hanya ini yang aku mampu buat sahabat untuk kali ini...

"..kita nak ajak orang masuk syurga,tapi, make sure dulu kita dah ada dalam syurga menunggu mereka.."

ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu..

33 Perkongsian hati:

CiKin berkata...

btol..lagi satu..kite nak bwak org, tpi if perangai x jaga..takut nt ade fitnah yg dtg..

same2 tarbiyah dzatiyah...=)




Budaya Couple-Jangan Hampiri Zina

Assalamualaikum


assalamualaikum.........
belakangan ini, masalah couple sudah menjadi salah satu budaya remaja masa kini. trend ini dilihat sudah semakin meruncing terutama di kalangan orang melayu yang menganut agama islam. sering kali kita dihidangkan dengan berita remaja perempuan kita yang kena rogol oleh kekasihnya, tidak kurang hebatnya pendedahan majalah MASTIKA selama 6 bulan kebelakangan ini yan lebih memberi penumpuan kepada dilema remaja melayu. belumpun selesai isu pendidikan, sudah timbul isu seumpama ini.
1. jadi saya perlukan komen dan pendapat saudara/saudari untuk kita kongsi bersama tentang topik ini. saya bukan pemberita, bukan wartawan dan yang seangkatan dgnnya. just nak berkongsi pendapat anda semua.

2. sila beri komen saudara/saudari tentang artikel dibawah.

diskusi antara seorang pensyarah(P) dengan seorang student(S) di sebuah pusat pendidikan di malaysia........

S:Kami tidak berzina!

P:Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina

S: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum…adakah itu menghampiri zina

P:Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan

S: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

P:Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

S: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

P:Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

S: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

P:Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan

S: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

P:Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

S:Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

P:Study group…?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

S:Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

P:Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia

S:Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi

P:Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula

S:Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

P:Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

S:Tentu ada cinta secara Islam

P:Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah:

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia

S:Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

P:Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

S: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

P:Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang

S:Jadi manusia itu tak tahan diuji?

P:Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah:

Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A’araf:ayat 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

S:Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

P:Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

S:Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti

P:Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

S:Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? ganti bercinta

P:Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan

S:Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

P:Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

S:Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

P:Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:

Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3)

Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

S:Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

P:Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik

S:Kami telah berjanji untuk sehidup semati

P:Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

S:Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

P:Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang ‘second hand’ sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goring dan segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya

S:Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

P:Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)…Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar(Al-Ahzab: ayat 35)

S:Bagaimana kami?

P:Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariMya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya

S:Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha

P:Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini

2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan

3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana:subh:



Tazkirah Remaja: Pergaulan bebas hampiri zina

Posted by membelaislam in Rights of Muslims.
trackback

PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”
Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.”

Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’ Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya.

Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.

Bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina, amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.

Oleh itu, pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat-merapati dan berhimpit di atas motosikal adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, “sesungguhnya aku takut kepada Allah.”

Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka.

Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu mengenai seks selamat, bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan.

Sebab itu mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.

Langkah pencegahan menurut Islam ialah:









  • Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.
  • Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.
  • Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.
  • Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.



  • Jangan hampiri zina...Buat jahat jangan sekali.

    Salam semua.

    Jangan hampiri zina...Buat jahat jangan sekali.(sekali-kali)


    " Jangan hampiri zina " adalah kalam Allah (maksudnya),
    Manakala " Buat jahat jangan sekali "adalah kalam manusia Melayu, kedua-dua prasa ini bak pagar konkrit yang sangat kuat dan sukar dipecahkan lagi.


    Jangan hampiri zina.
    Kalau menghampirinya pun dilarang masakan boleh berlaku zina kerana perbuatan zina itu memerlukan sentuhan dan pelukan erat. Berlaku zina dan ramai anak di luar nikah kerana larangan hampir zina itu diabaikan.
    _______________________________

    Petikan dari Surah Al.Israk.

    17:32

    Chinese
    你們不要接近私通,因為私通確是下流的事,這行徑真惡劣!
    Malay
    Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

    17:33


    Chinese
    你們不要違背真主的禁令而殺人,除非因為正義。無辜而被殺者,我已把權柄授予他的親戚,但他們不可濫殺,他們確是受援助的。
    Malay
    Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

    __________________________________

    23. Al-Mu’minun

    [1]
    Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
    [2]
    Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
    [3]
    Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
    [4]
    Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
    [5]
    Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
    [6]
    Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
    [7]
    Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
    [8]
    Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
    [9]
    Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
    [10]
    Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
    [11]
    Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
    [12]
    Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
    [13]
    Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
    [14]
    Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
    [15]
    Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
    [16]
    Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.


    ( Terjemahan ayat 17 sehingga 118 tiada di sini )
    _____________________________

    Buat baik berpada-pada - Buat jahat jangan sekali. (sekali-kali)
    Kata-kata hikmah orang Melayu ini juga amat kemas dan tegas sehingga tiada ruang kelemahnnya.

    Buat baik berpada-pada
    Melakukan kebaikan juga perlu berpada-pada dan juga berwaspada kerana di sana menugkin terdapat mereka yang tidak jujur akan mengambil kesempatan, Apapun melakukan kebaikan pun mestilah mengikut peraturan dan panduan yang sedia ada, kalau tetamu ke rumah tidaklah sampai ke dalam bilik tidur yang menjadi tempat rahsia keluarga sahaja, melainkan dibenarkan ke bilik yang dikhaskan untuk tetamu.

    Buat jahat jangan sekali. (sekali-kali)
    Kalau sebanyak satu kali pun tidak boleh melakukan kejahatan, manakan boleh melakukannya kali kedua, kalau tidak dimulakan dengan satu kali tentulah kali kedua tidak akan berlaku.Ini bermakna wajib mengekalkan situasi sifar ( sifar zina)

    Ada pendapat berseluruh, katanya kalau tidak boleh buat satu kali kita buatlah banyak kali, bagaimana mungkin membuatnya banyak kali kalau tidak boleh mula dengan sekali, untuk melakukan banyak kali perlu memulakannya dengan sekali dahulu. situasi ini juga mengekalkan sifar kejahatan.

    Lintasan semasa mendengar khutbah tadi.

    Sekian. Allahu aklam.




    Jangan Hampiri Zina,Sesungguhnya Ia Perbuatan Yang Keji dan Jalan Yang Buruk, Serta Seseorang Itu Pasti Tidak Mahu Orang Berzina Dengan Ibunya

    Jangan Hampiri Zina,Sesungguhnya Ia Perbuatan Yang Keji dan Jalan Yang Buruk,Bagi Mereka Yang Tetap Mahu Membuka Jalan Kepada Zina Atau Mahu Melakukan Zina,Tanyakan Kepada Dirimu, Adakah Kamu Suka Seseorang Berzina Dengan Ibumu, Anak Perempuanmu, Saudari Perempuanmu, Saudari Perempuan Ayahmu dan Saudari Perempuan Ibumu?


    Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

    Allah berfirman agar melarang hamba-hambaNya dari perbuatan zina dan mendekatinya,yakni melakukan hal2 dan penyebab2 yang menjerumuskan seseorang kepada penzinaan."وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا",yang bermaksud,"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk", Maksud nya,zina itu seburuk-buruk jalan hidup.

    Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:"Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya."(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Qadar, No 6122; Kitab al-Isti'dhan, No.5774. Juga diriwayatkan oleh Muslim, Kitab al-Qadar, No 4801; juga oleh Abu Dawud dan Imam Ahmad)

    Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Umamah,bahawa ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah saw, seraya berkata,

    يا رسول الله ائذن لي بالزنا ، فأقبل القوم عليه فزجروه و قالوا : مه مه ! فقال : ادنه ، فدنا منه قريبا قال : فجلس ، قال : أتحبه لأمك ؟ قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لأمهاتهم ، قال : أفتحبه لابنتك ؟ قال : لا والله يا رسول الله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لبناتهم ، قال : أفتحبه لأختك ؟ قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لأخواتهم قال : أفتحبه لعمتك . قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لعماتهم ، قال : أفتحبه لخالتك ؟ قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : ولا الناس يحبونه لخالاتهم ، قال : فوضع يده عليه و قال : اللهم اغفر ذنبه و طهرقلبه و حصن فرجه . فلم يكن بعد ذلك الفتى يلتفت إلى شيء

    "Wahai Rasulullah saw,izinkan aku untuk melakukan zina",Maka sejumlah orang terus menghampiri pemuda itu dan memarahinya,mereka berkata,"Diam kamu!" Maka berkata Rasulullah saw, "Dekatkan lah pemuda itu (kepadaku)" Lalu beliau berkata kepadanya, "Duduklah!" Maka pemuda itu pun duduk. "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan ibumu?" tanya Rasulullah saw.Pemuda itu menjawab, "Demi Allah, tidak.Semoga Allah menjadikanmu sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda, "Begitu pula orang lain, tidak ada yang suka ibunya berzina dengan orang lain." "Apakah kamu suka seorang berzina dengan anak perempuanmu?" tanya Rasulullah saw.Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,yidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada orang suka anak perempuannya berzina." "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudari perempuanmu?" Tanya Rasulullah saw. Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sbg tebusanmu".Rasulullah saw berkata,"Begitu pula orang lain,tidak ada orang suka saudari perempuannya berzina dengan orang lain." "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudara perempuan ayahmu?" tanya Rasulullah saw. Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu".Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada yang suka saudara perempuan ayahmu berzina dengan orang lain." "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan dengan saudara perempuan ibumu?".Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikan ku sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada yang suka saudari ibunya berzina dengan orang lain" Lalu Rasulullah saw meletakkan tangan beliau keatas tubuh pemuda itu,sambil berdo'a:"Ya Allah ampunilah dosa-dosanya,bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya" Perawi berkata,"Setelah kejadian tersebut,pemuda itu tidak lagi menoleh kepada sesuatu apa pun (yang diharamkan). (Hadis Riwayat Ahmad,disahihkan oleh Syaikh al-Arna-uth)


    Tiada ulasan: