K'tan cadang separuh gaji ADUN dalam dinar | ||
|
"Kita cadang bawa perkara ini kepada pertimbangan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perbendaharaan Negeri.
"Jika tiada apa halangan, kita mungkin akan melaksanakan separuh bayaran gaji kepada wakil rakyat dalam bentuk dinar dan dirham," katanya menjawab soalan Arifabillah Ibrahim (PAS-Dabong).
Beliau bagaimanapun berkata cadangan pembayaran separuh bayaran gaji dengan menggunakan dinar dan dirham bergantung kepada pilihan para Adun sendiri.
"Atas pilihan masing-masing, kita boleh bayar menggunakan mata wang itu kepada mereka yang setuju, tetapi bagi yang tidak setuju, kita boleh terus bayar dengan duit kertas," kata Husam.
- Bernama
'Monyet' hangatkan DUN Pulau Pinang | ||
|
Ng berkata, kerajaan negeri sedang cuba untuk menarik pelancong asing dengan adanya projek taman tema air "Escape Water Park" di Batu Ferringhi yang dijangka siap dalam masa 18 bulan lagi.
Pada ketika itu, Rayer bangkit menimbulkan isu demonstrasi baru-baru ini yang menurutnya menyebabkan pelancong asing takut untuk melawat Pulau Pinang.
"Demonstrasi yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang mengoncang pintu pagar seolah-olah nak runtuhkan pagar berkenaan," katanya.
Rayer menegaskan: "Kalau perbuatan menggoncang pagar itu bukan perbuatan seekor monyet, itu perbuatan siapa? Kera kah atau beruk?"
Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan meminta dewan untuk melarang penggunaan perkataan monyet itu dalam DUN.
"Saya pernah terbaca sebuah artikel oleh Sharizat yang menyebut negeri-negeri yang diperintah pembangkang itu seperti cinta monyet, mengapa kita tidak boleh menggunakannya dalam dewan?," katanya.
Speaker Datuk Abdul Halim Hussain terpaksa melarang penggunaan perkataan berkenaan bagi meleraikan pertengkaran.
- Bernama
DUN S'gor lulus usul bahas ADUN Sekinchan dibelasah | ||
|
Usul itu juga bagi membidas polis yang didakwa gagal bertindak sehingga menyebabkan ADUN Sekinchan itu cedera dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
Speaker DUN, Teng Chang Khim membenarkan usul itu yang akan dibahaskan pada jam 2.30 petang ini
'Tindakan lebih tegas jika pemilihan PKR diteruskan' | ||
|
"Pemilihan kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan perlembagaan parti dalam Kongres Khas Jun 2009.
"Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil.
"Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang di antara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi," tambahnya.
Oleh itu, Mustaffa berkata, pihaknya juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini.
"Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.Semalam, seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.
Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan