Hazayani Zakaria | ||
KUALA LUMPUR, 9 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meminta kerajaan mengeluarkan satu garis panduan yang jelas berkaitan pembaharuan polisi insurans pemilik kenderaan berusia 10 tahun ke atas. Salahuddin ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, terdapat 5,599,513 buah kenderaan berusia 10 tahun ke atas yang polisi insuransnya gagal diperbaharui kerana syarikat insurans mendakwa kenderaan itu tidak selamat. Kegagalan memperbaharui polisi insurans ini, ujarnya menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan untuk memperbaharui cukai jalan. "Apakah dasar kerajaan terhadap kenderaan-kenderaan lama ini pada masa akan datang. Adakah akan dilupuskan dan pemilik akan diberikan premium kerana mereka sekarang ini merupakan golongan bermasalah dalam memperbaharui insurans kereta mereka? "Sudahlah rakyat dikeluh kesahkan dengan saman ekor ditambah pula terdapat 5 juta lebih rakyat Malaysia yang syarikat insurans tidak mahu lagi mengeluarkan insurans pihak ketiga kepada golongan ini dan menimbulkan pelbagai masalah sehingga tidak dapat membayar cukai jalan di Jabatan Pengangkutan Jalan,” ujarnya. Salahuddin juga berkata, alasan yang diberikan syarikat insurans bahawa kenderaan itu tidak selamat untuk digunakan di jalan raya seolah-olah tidak mempercayai fungsi Puspakom yang membuat seliaan ke atas sesebuah kenderaan. "Oleh itu saya minta jawapan yang bertanggungjawab daripada pihak menteri, adakah akan diadakan dasar baru, adakah tidak percaya kepada Puspakom kerana alasan yang diberikan oleh syarikat insurans kenderaan ini tidak selamat. "Apa gunanya ada Puspakom? Oleh itu kita mahu garis panduan yang jelas kerana jangan memangsakan 5 juta lebih pemilik kenderaan ini yang sangat sukar mendapatkan premium insurans khususnya bagi pihak ketiga," kata Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS. Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Anak Mersat dalam jawapan memberitahu, kerajaan suatu ketika dahulu melalui dasar automotif nasional ingin mewujudkan scrap policy, di negara ini namun terpaksa ditangguhkan kerana menerima banyak rungutan berkaitan cadangan itu. Berkenaan pembaharuan polisi insurans, beliau mengakui polisi insurans yang disediakan syarikat insurans lebih tinggi ke atas kenderaan-kenderaan ini. Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan berapa jumlah keneraan berdaftar di negara ini yang berjumlah 10 tahun ke atas dan langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan-kenderaan dari kategori tersebut masih selamat. Sementara itu, Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) mendakwa terdapat agen-agen yang menjadi perantara di antara pemilik kenderaan dan Puspakom untuk meluluskan sesebuah kenderaan. Ogos lalu, PAS menubuhkan Gerakan Bela Rakyat (Bela) untuk membantu pemilik kenderaan lama memperbaharui polisi insurans kenderaan mereka
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 9 November 2010
BIAR ADIL JANGAN BERAT SEBELAH..LARATKE MASUK NERAKA...JANGAN TINDAS ORANG MISKIN...ORANG KAYA LAIN...WANG MACAM AIR...
Kenderaan lama tak selamat, apa guna Puspakom
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan