Isnin, 8 November 2010

ADAKAH KITA DAH CUKUP BAIK....YANG BAIK DAN ALLAH KASIHI IALAH ORANG YANG TAQWA

Si sepet, si kaki botol, pegawai rasis BTN digantung
Nov 8, 10 11:53am

Pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman telah dihukum, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata timbalan pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran.

Nazri bagaimanapun tidak menjelaskan durasi atau tempoh penggantungan berkenaan.

Beliau menjawap soalan daripada Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang ingin tahu jumlah kakitangan awam yang dikenakan tindakan disipilin kerana bersikap rasis semasa menjalankan tugas mereka.

Pada perjumpaan tertutup, Hamim dilapor merujuk masyarakat Cina sebagai si sepet mata dan masyarakat India pula sebagai si kaki botol.

Jemaah menteri kemudian mengarahkan siasatan dijalankan.

Selain Hamim, Nazri berkata kerajaan juga telah bertindak ke atas dua pengetua - di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah - kerana kesalahan yang hampir sama.

Kedua-dua pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor, Siti Aishah Mansor, dan pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani di Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail juga digantung jawatan mereka. Mereka kini ditugaskan menjalankan kerja-kerja pejabat di jabatan pelajaran di negeri masing-masing.

Menurut Nazri, ketiga-tiga kes itu adalah kesalahan pertama seumpama itu yang dilaporkan kepada kerajaan.

“Namun kerajaan tetap komited dan memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil ke atas mereka yang terbabit mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Disiplin) 1993,” katanya.

Jelasnya, siasatan ke atas pengetua berkenaan dan hukuman yang diambil itu adalah selaras dengan peruntukkan peraturan



Serbuan Sultan, Gobind diarah keluar dewan
Nov 8, 10 1:54pm

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh hari ini diarahkan keluar dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana terus mengasak menuntut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, berhubung serbuan polis ke atas bekas Sultan Kelantan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum itu mendakwa persoalan berkenaan tidak perlu dijawab kerana tiada dalam senarai perbahasan bajet yang dibentangkan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan mahu Hishamuddin menjawab sama ada ada atau tidak siasatan dijalankan.

Speaker bagaimanapun berkata menteri mempunyai hak untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Gobind bagaimanapun bertegas dan terus menyoal speaker jika di dewan yang mulia ini dia tidak dapat jawapan di mana lagi beliau harus bertanya.

Pandikar Amin, kemudian meminta Gobind keluar dan berehat.

Sebelum keluar Gobind berkata lebih baik keluar daripada terus berada di dewan ini dengan menteri tidak dapat memberikan jawapan.

"Besok saya datang dan saya akan tanya soalan yang sama untuk mendapatkan jawapan dari menteri," kata Gobind.

Speaker kemudian menangguhkan sidang untuk rehat sesi tenghari dan akan bersambung pada sebelah petang













Selangor peruntuk RM1.43 bilion bajet 2011
Salhan K Ahmad
Nov 8, 10
12:33pm


Sebanyak RM1.43 bilion diperuntukkan dalam belanjawan negeri Selangor yang dibentangkan di Dewan Undang Negeri itu oleh menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM830 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus mankala sebanyak RM600 juta selebihnya diperuntukkan untuk pembangunan negeri.

Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding jumlah RM1.3 bilion dalam belanjawan 2010 dan dinyatakan sebagai belanjawan berimbang bertemakan "Hasil Negeri Untuk Rakyat."

Di bawah perbelanjaan mengurus, sejumlah besarnya sebanyak RM333 juta (40.12 peratus) diperuntukkan untuk perkhidmatan dan bekalan, manakala RM282 juta (33.98 peratus) akan digunakan untuk bayaran emolumen.

Selebihnya; sebanyak RM208.5 juta (25.12 peratus) diperuntukkan untuk pemberian dan bayaran tetap, RM5.7 juta (0.69 peratus) untuk pembelian aset dan RM800 ribu untuk perbelanjaan lain.

Di bawah peruntukan pembangunan pula, menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri menerima peruntukan paling besar berjumlah RM225 juta, diikuti jabatan kerja raya sebanyak lebih RM153 juta.

Jabatan agama Islam turut merupakan antara penerima peruntukan paling tinggi sebanyak RM110.6 juta, selain jabatan pengairan dan saliran sebanyak RM45 juta serta jabatan pertanian yang menerima RM15 juta.Dalam ucapan pembentangannya pagi ini, Khalid berkata kerajaan negeri turut menjangkakan peningkatan kutipan cukai sebanyak 15.42 peratus (RM70,960,000) melalui kutipan hasil cukai bagi 2011.

Khalid juga berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negeri Selangor untuk tahun 2010 diunjurkan berada pada tahap 6.1peratus berbanding penguncupan 1.2 peratus pada tahun 2009.

Katanya lagi, KDNK Selangor disumbangkan lima sektor utama, paling utama melalui sektor perkhidmatan (60.5 peratus) dan pembuatan (32.4 peratus).

Sumbangan daripada kedua-dua sektor ini membolehkan ekonomi Selangor tumbuh lebih baik berbanding pertumbuhan yang dicatatkan oleh negara Malaysia antara 2007 hingga 2009, katanya.

Menurut Khalid, empat strategi dirangka untuk merealisasikan tema belanjawan kali ini, antaranya melalui pengurusan sumber negeri secara bijaksana dan pengurusan perbelanjaan yang cekap.

Ia turut menggariskan strategi bagi mendorong pembangunan modal insan serta memantapkan pembangunan negeri


Anwar: Keputusan Zaid kerana kekalahan di Sabah
Nov 8, 10 11:36am

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim mungkin telah membuat keputusannya untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.

Namun beliau tidak mahu menglas lanjut status Zaid sehingga membaca apa yang ditulis oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di blognya.

"Saya tidak mahu ulas lanjut hingga saya baca apa yang ditulis oleh Zaid kerana bimbang mungkin salah tafsirnya.”

Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Saifuddin telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dakwaan penipuan undi oleh penulis blog, Haris Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kertas undi yang berlainan warna dikeluarkan setiap minggu.

"Saya sendiri tidak tahu (warna kertas undi itu). Ia langkah bijak oleh pihak parti,” katanya.

Turut mengiringi Anwar adalah presiden PKR yang juga adalah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata Zaid tetap mempunyai peranan dalam PKR di sebalik hasratnya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti.

Beliau ditemui selepas memfailkan beberapa pindaan berhubung notis rayuan qazaf supaya pihak pendakwaan mengenakan tindakan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

Sabah, sebelum ini disebut sebagai kubu kuat Zaid bagi mendapatkan undi setelah ketinggalan hampir 700 undi pada minggu lalu.

Namun perkara itu tidak menjadi kenyataan tetapi sebaliknya, selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi



Mengenali mati pucuk dan ejakulasi pramatang
Nov 8, 10 10:16am
Hubungan seks penting dalam mengekalkan ikatan kebahagiaan antara pasangan mahram tetapi tidak ramai yang sedar masalah seksual yang boleh menjejaskan kemampuan untuk mengadakan hubungan ini.

Seringkali masalah berkaitan dengan lelaki seperti mati pucuk (Erectile Dysfunction (ED)) ataupun Ejakulsi Pramatang (PE) boleh menjejaskan hubungan intim pasangan.

Statistik

Percaya atau tidak satu Kajian Kejadian Ejakulasi Pramatang Asia Pasifik dan Kajian Sikap (AP PEPA) menunjukkan 29 peratus daripada lelaki di Malaysia mungkin mengalami PE, satu keadaan di mana lelaki tidak dapat mengawal atau melewatkan ejakulasi semasa bersanggama.

Kajian ini merentasi lebih sepuluh buah negara di rantau Asia Pasifik membabitkan lebih 5,000 lelaki heteroseksual berusia antara 18 dan 65 tahun yang terbabit atau sekurang-kurangnya terbabit dalam hubungan seksual selama dua tahun.

Kajian yang sama juga menunjukkan 81 peratus daripada lelaki yang terbabit dalam kajian ini di Malaysia bersetuju atau sangat bersetuju bahawa melewatkan tempoh ejakulasi akan menambahbaik hubungan keseluruhan.

Selain daripada itu, 85 peratus daripada responden juga bersetuju atau sangat bersetuju bahawa dengan melewatkan tempoh ejakulasi akan menambahbaik hubungan seksual dan daripada jumlah itu 90 peratus menunjukkan minat dalam melewatkan ejakulasi.

Minta bantuan


Walaupun bilangan lelaki yang berdepan dengan masalah ini boleh dikatakan agak besar, masih ramai yang memilih untuk merahsiakan masalah ini.

Presiden Persatuan Urologi Malaysia Profesor Dr Azad Hassan Abdul Razack berkata masalah dengan kaum lelaki ialah mereka malu untuk meluahkan masalah seksual.

"Tetapi, apa yang mereka lupa ialah masalah yang lebih besar mungkin muncul jika mereka tidak menangani masalah PE mereka," katanya.

Walaupun PD tidak seserius ED yang kebanyakan orang memberi perhatian, ia tetap menyumbangkan impak negatif dalam hubungan antara pasangan.

Beliau berkata kebanyakan lelaki malu atau tidak mahu membincangkan masalah ini dengan doktor atau pasangan mereka dan tidak percaya mereka mengalami masalah itu.

"Jadi, mereka mungkin rasa ia sekadar psikologi, tidak benar, masalah minda, ataupun ia sebahagian daripada proses penuaan," katanya dengan menambah kata lelaki sebenarnya tidak tahu di mana untuk mendapatkan pertolongan dalam hal ini.

Atau mereka mungkin takut yang mereka sebenarnya mengalami ED, takdir yang
paling ditakuti kaum lelaki.

PE dan ED

Menurut Prof Azad, PE dan ED seringkali disalahanggap yang kedua-duanya saling berkaitan tetapi ini tidaklah benar.

PE sentiasa atau hampir sentiasa berlaku sebelum, atau dalam tempoh lebih kurang satu minit selepas mula bersanggama.

"PE berkaitan dengan keupayaan untuk mengawal ejakulasi setiap kali atau hampir setiap kali bersanggama, dan seorang lelaki dengan PE seringkali akan mengalami tekanan, kekecewaan, dan mungkin mengelakkan hubungan seksual," katanya.

ED di sebaliknya merupakan ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ereksi zakar dengan secukupnya bagi aktiviti seksual.

Satu lagi perkata, PE sering berlaku kepada lelaki dalam lingkungan usia muda sementara ED lazimnya dialami lelaki yang lebih tua, selepas usia 45 tahun.

Rawatan

Presiden Kehormat Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki Datuk Professor Dr Tan Hui Meng berkata sehingga hari ini tiada penyelesaian perubatan khusus ataupun praktikal bagi PE.

"Tetapi terdapat ubat luaran yang boleh mengakibatkan reaksi buruk ataupun ubat-ubatan yang masih belum diuji dan diluluskan bagi masalah ini," katanya.

Beliau berkata anestetik luaran termasuk krim dan semburan yang boleh didapati dengan mudah sering digunakan tetapi ia mempunyai kesan buruk seperti alat sulit kedua-dua pasangan berasa kebas dan boleh juga menyebabkan ruam pada kulit.

Sebaliknya, 'antidepressant' seperti 'Selective Serotonin Reuptake Inhibitor' (SSRI) juga digunakan untuk melewatkan ejakulasi walaupun ia sebenarnya bukan untuk masalah ini.

"Lagipun, ia mungkin mengurangkan tenaga batin dan mungkin memburukkan keadaan daripada PE kepada ED," katanya.

Bagaimanapun, hari ini terdapat ubat preskripsi terulung iaitu 'Priligy' untuk merawat ejakulasi pramatang.

Selain daripada ubat-ubatan, kemungkinan kaedah rawatan lain ialah menerusi 'strategi am' yang termasuk komunikasi antara pasangan intim atau dengan doktor pakar dan juga pendidikan psikoseksual.

- Bernama

Tiada ulasan: