Ahad, 1 Ogos 2010

TADI TENGOK FILEM LUCAH....NI BAYI DIBUANG..HASIL ZINA..MUNGKIN..AGAK2 KENAPA BEGINI...TERUS BERLAKU KALAU TAK...TUAN/PUAN JAWAB SENDIRI

NEGARA

Bayi ditinggal di kaki lima kedai


INILAH bayi perempuan yang ditemui selepas dibuang di kaki lima sebuah rumah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, Nibong Tebal semalam.


NIBONG TEBAL - Seorang bayi perempuan berbalut surat khabar dan plastik ditemui ditinggalkan di kaki lima sebuah rumah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.56 itu, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan dan ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal di rumah kedai itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) di sini untuk pemeriksaan lanjut.

"Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan dia menemui bayi perempuan yang masih bernyawa di kaki lima bangunan rumah kedai yang dijadikan tempat tinggalnya.

"Dia kemudian bertindak membawa bayi berkenaan ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat kira-kira 2.58 kilogram itu sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan pada badan," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang nota ditinggalkan bersama-sama bayi yang ditemui itu


Bayi baru lahir empat jam ditinggal depan kedai

SIMPANG AMPAT – Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam tempoh empat jam ditemui berbungkus di kaki lima sebuah kedai runcit di Taman Cegar, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superitendan Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik kedai runcit itu yang memaklumkan kejadian berkenaan.

“Menurut lelaki itu, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dibungkus dengan surat khabar ditemui di hadapan kedainya.

“Polis terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bayi berkenaan masih berada dalam keadaan sihat dan bersih dan disampul dengan kain putih di dalam beg plastik,”katanya.

Pemilik kedai, Ng Seng Huat, 39, ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia cukup terkejut mendapati ada bayi ditinggalkan di hadapan kedainya sewaktu mahu memulakan perniagaan awal pagi semalam.

“Saya terus hubungi polis. Saya harap, biarlah ini kali pertama dan terakhir saya berhadapan dengan kejadian seperti ini. Sesiapa yang terlibat, saya harap mereka insaf.

“Kalau tak mahu anak, serahkan kepada pihak kebajikan. Jangan aniaya anak yang tidak bersalah seperti ini,” katanya.

Bayi seberat 2.58 kilogram dengan panjang 48 cm itu kini ditempatkan di Hospital Sungai Bakap.

Shafien berkata, pihaknya masih menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Polis berusaha mengesan suspek dengan membuat pemeriksaan ke atas klinik-klinik dan hospital di sekitar sini. Sebarang objek atau nota tidak ditemui sewaktu bayi berkenaan dijumpai,” katanya

Tiada ulasan: