Rabu, 4 Ogos 2010

PATUT JADI IKTIBAR DAN FIKIRKAN

Video pelajar di Sarawak tumbuk guru tersebar luas


Oleh Sharifah Salwa Syed Akil
inasalwa@bharian.com.my
2010/08/04

RAKAMAN pelajar berusia 15 tahun dari sebuah sekolah di Sarawak menerkam dan menyerang guru.
RAKAMAN pelajar berusia 15 tahun dari sebuah sekolah di Sarawak menerkam dan menyerang guru.
Kejadian cetus persoalan mengenai tahap disiplin

KUALA LUMPUR: Sarawak yang digemparkan dengan penyebaran rakaman video perlakuan seks membabitkan dua pelajar Tingkat Dua di negeri itu minggu lalu, kini dikejutkan pula dengan rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu memaki-hamun dan menumbuk gurunya.

Rakaman video terbaru itu tersebar secara meluas kerana dimuat turun ke laman sosial, Youtube.

Kejadian itu dikatakan berlaku lima hari lalu membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dan seorang guru lelaki serta dirakam pelajar kelas sama menggunakan telefon bimbit.

Kedua-dua kejadian itu bukan saja dikatakan menimbulkan persoalan mengenai tahap disiplin pelajar sekolah, malah turut menampakkan sikap pelajar yang mudah melenting apabila berdepan guru.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.

“Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.
“Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.

“Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah... cepat bertindak. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan,” katanya.



Rakaman video dari laman Youtube:





Senarai komen

Ravee
Sikit - sikit orang salahkan cikgu. Anak tak pandai baca, salah cikgu, badan anak lebam sikit, salah cikgu, cikgu tegur anak murid pun salah, cikgu rilek je tgk budak tu pula dianggap salah, pelajar tumbuk cikgu pun cikgu salah. Pelajar saje yang betul walaupun kereta cikgu kena calar, hati cikgu kena robek. Kalau semuanya salah cikgu, mak bapak beranak la banyak banyak sebab anak kurang ajar ke, bermasalah ke, sekolah dan cikgu lah tempat segala kesalahan itu. Susah betul jadi cikgu sekarang ni. Ibu bapa dan pihak yang sepatutnya sama sama lah pantau masalah anak dan pelajar. Ibu bapa pula jgnlah terus meletakkan tanggungjawab mendidik anak kpd cikgu. Cikgu pun ada anak juga nak dijaga dan dididik.
guru
Sebabnya guru merotan murid kerana masalah disiplin , guru yang di persalahkan tapi bila murid tumbuk guru , guru juga yang dipersalahkan. Di manakah peranan didikan ibu bapa dalam hal ini. jangan suka menunding jari kepada orang sebab sembilan lagi jagi menghala kepada kita. guru tak pernah di bela dalam hal yang sedemikian tapi sering di persalahkan.
eye
anak sapa budak ya? mun depan aku ya macm tu...habis ya..mcmlah dah terer sangat..ni memang budak dahaka ngan ibubapa. Takkan pihak polis tak ambil tindakan juga..padahal pelajt sabotaj guru pun mereka siasat, ambil tndakan danbawa ke makamah..jgnkn hal mcm ni lg teruk...satu dunia saksikan..tidak kira cpa salah. Patut dibuang sekolah budak ya..bkan ada faeadah pun..buat pa simpan..lontar je masuk batang rajang kena makan jagu...panas satu badan nanga budak ya....cilaka punya budak.
Boy
sedih dan terkilan..masalah disiplin pelajar ini haruslah ditangani bersama (ibu bapa dan guru)..sekiranya hanya satu pihak yg memainkan peranan, ibarat bertepuk sebelah tangan...berdasarkan rakaman ini, kita tidak boleh sewajarnya menyalahkan pelajar itu 100%...sewajarnya, kita harus mendengar dari kedua-dua belah pihak...barulah kita dapat mencari penyelesaian yg sesuai...justeru, disiplin pelajar haruslah ditangani bersama oleh guru dan juga ibu bapa....
avanza
remaja hari ini semakin menjadi-jadi perangai tak baiknya.
Ya Allah, apa lah budak2 sekarang ni. Macam ni maju ker? Sedih tgok.
zu
terkilan bila wakil NUTP sendiri secara jelas menyalahkan guru.macamana pelajar2 nak hormat guru kalau wakil guru sendiri buat kenyataan melulu.kalu nak buat kenyatan akhbar tu berlapik la sikit yob jangan ikut sedap rasa.
kuman
Zaman sekarang ni guru takutkan murid,bukan murid takutkan guru.
Waktu Zaman saya sekolah dulu, guru di anggap ibubapa bila berada di sekolah.
Begitulah lumrah kehidupan, sedih yg amat sedihlah dgn kejadian begini. Wal hal guru adalah insan yg istimewa bukan utk di maki hamun. Tanpa guru kita tak akan mengenal huruf dan angka. Jadi hormatilah guru-guru kita.
jebat sanggora
budak tu kalau nak blajar biar lah ikut law kalau nak tunjuk samseng jom mari sini .dah dia layak jdi cikgu xkan la nak suruh dia jdi murid.
nur agnes
mmg xptt plajr tsbt bertndk dmikian...walau ape yg cikgu tegur kta itu adelah mendidik dn membina kita...xusah kta nk melenting...pkara mcm nie pihak atsan atau kpm jgn pndng ringan...kalau dieorg berani bt cikgu dlm kwasan skolah mcmtu apetah lgi diluar sekolah...jgn slahkan cikgu sewenangnyer...murid2 zaman skarg jgn dimanjakan sgt...nnti naik hantu...bnyk pkra mcm nie dah blaku...murid sma murid bgaduh smpaikn ade yg meninggal...2 sb kita xblh ambik ringan...displin bdak dtgnye dri rumah...cra ibu bapa mendidik ank2 guru2 hnya menmbhkn didikkn di skolah...yg pnting peranan ibu bpa...yg nl sy tkankn dkt sni ialah...usah kita slahkn guru semta2...displin bermulanye dri rumah...fikir2kn lah...
rakyat biasa
pelajar berkenaan mungkin di beri makan duit
dari sumber yang haram oleh ibu bapanya..
gerald ugi
hantar sahaja murid berkenaan ke sekolah budak-budak bermasalah. Jangan ada komporomi lagi. jgan ada runding2 lgi dengan keluarga murid berkenaan.
bontanen
Zaman kita sekolah dulu taklah teruk macam ni. Nilah kesan anak dimanjakan sangat. Nak tegur pelajar pun susah sekarang ni. Dasar pun perlu kaji semula. Dengan keadaan sekarang ni kita ajar akademik saja. 'Pendidikan sahsiah dan disiplin' bimbang nak masuk campur. Sebab perkara macam nilah!!!
dayang noraslinah
saya sangat sedih dengan tingkah laku pelajar tersebut.mengapa ini terjadi kepada generasi baru di negara kita ini???seharusnya pihak ibubapa dan guru2 perlu berganding bahu untuk mendidik anak-anak dan membendung masalah ini. jangan hanya menuding jari kepada satu pihak sahaja. kita perlu mencari alternatif dalam menangani masalah seperti ini.
jeli
..rotan...benarkan semula hukuman rotan di khalayak atau perhimpunan rasmi sekolah....biar ianya jadi pengajaran kepada yang lain...macam masa dulu-dulu ketika di sekolah...kini banyak sangat songelnya...itu tak boleh..ini tak boleh...melanggar hak asasilah...kesannya jadi manja..terlalu manja...ibu bapa pun terikut sama dengan rentak dan ragam anak-anak mereka...inilah jadinya...sampai bila....
DJ Pendita
kita semua ni hanya pandai bercakap ttg kesalahan guru,kesalahan orang tua yg mendidik,kesalahan peraturan sekolah,kurang ajaran agama dan pelbagai lagi di lempar kepada guru dan murid.Adab seorg murid sdh tidak ada dalam sanubari mereka sebab apa???? dulu anak di kasi minum susu ibu yg berzat kini di kasi minum susu binatang yg lebih berzat maka tabiat anak mcm perangai binatang dn si guru pula ada yg tak kena dgn gaya dn permasalahan di rumah di bawa ke sekolah asik melempar kata kata yg menyakitkan.kedua duanya bersalah jdi salah siapa???
bontanen
Tengok nak tulah. Tengoklah besar nanti, apa jadi dengan pelajar mcm ni; Sampah! Kalau sayalah.... Pelajar mcm ni bagus hantar lawan Israel je.
nazarul
budak zaman skrg mmg dah tak hormatkan guru.saya saya dulu nak jumpe guru pun gerun,apalagi nak ajak guru bertumbuk.
ZAZA
Zaman saya skolah dulu tiada kes2 mcm ni.. Kalu kena rotan dgn cikgu pon tak berani nak jawab apatah lagi nak tumbuk.. Balik rumah pon takut nak cerita kat ibu bapa sebab nanti diri sendiri yg disalahkan.. Zaman skrg dah byk berubah.. Ibu bapa lebih percaya kepada anak2 mereka.. Sampai nak kena rotan pon tak boleh.. Dah tua nanti kena terajang dgn anak sendiri baru la diaorg nak fikir.. Sayang anak tangan-tangankan.. Bukan nak dera, tetapi perlu menimbulkan rasa takut untuk mewujudkan kesedaran dalam diri mereka..
pok sue
pendidikan kekeluargaan dirumah bermasaalah.pendidikan hormat jatidiri pelajar itu sendiri bermasaalah jadi timbullah perkara sebegini.ini cerita saya dulu dulu thn 80an kalau balik rumah ayah dapat tahu saya kena sebat disebabkan kesalahan kita sendiri bukan kata ayah nak backup kita kena tambah lg ada.begitulah senarionya dulu dan sekarang tepuk dada tanya ////selera
shah
cara guru mengawal situasi salah. budak yang baru memasuki alam remaja kena dikawal dgn betul. try buat diaorang respect kepada guru.
Izat Abd Wahab
Salam & selamat pagi...pandangan saya, disiplin yang penting + didikan mak/ayah. Renung sejenak kes pelajar MTD mati hari tu. Renung kembali tahap disiplin pelajar2 MTD. Ada tak kes2 mcm nih? Saya rasa tak ada. Penderaan mmg dah tak dibenarkan di MTD malah di dalam ATM sendiri. Tp kadangkala punishment yg diberikan dpt membentuk displin dan keperibadian seseorang. Mungkin 1 dalam 1000 kes yg menyebabkan kematian. Apa2 pun, buli @ ragging dah tak dibenarkan. Tp punishment yg tak melibatkan men handling masih diteruskan. Itu je cara nak disiplinkan pelajar di samping penyerapan nilai2 agama & tatasusila. Lg satu, renung kembali apa kesalahan lampau yg ibu bapa pernah lakukan. Renung kembali semasa sebelum kahwin, semasa kahwin dan selepas kahwin. Wallahualam..sekadar pandangan. Budak2 mcm ni, hantar ke sekolah Henry Gurney. TQ
edot
berik malu urg swk jak dak mbiak tok..mesti ada bdk2 lain akan ikut trend mcm kelak kalu tak di tangani segera. jgn anggap terpencil perkara yang dah di heboh2..
orang yg tidak prnah jd cikgu tidak akan faham masalah ini, sama mcm orng yang hntar orang pergi angkalepas tidak sama dengan orang yang sudah ke sana, peljar kurang disiplin punca dari rumah. ibubapa terlalu manjakan,tidak peduli dengan anak atau perilaku ibubapa sendiri. jangan suka salahkan guru..orang tidak akan jadi insan jikalau tiada guru...
ahmad fauzi
adoi....kenapa budak2 sekarang nih.....
loveprincexx91@gmail.com
salah ibu bpa mndidik anak!
Hamdi Terry
kita sebagai pelajar haruslah menghormati setiap guru.bak kata pepatah guru umpama lilin yang menerangi kegelapan.kalau tak ada guru,kita tak akan jadi pandai,dengan itu kita sebagai pelajar harus menghormati guru.
LeEpan yundul
aku tengok budak ni takde lah samseng sangat..kita kena ambil kira juga apa yg budak tu cakap.. dua tahun dia memendam perasaan, mungkin budak ni selalu di kena kan oleh guru tu kot..Kes begini banyak juga berlaku di sekolah. Oleh itu untuk guru2, kalu bertegas itu, biar tegas untuk semua, adil dan seksama.. kalau salah perlu di tegur dan jelaskan kesalahannya. Bila dia buat baik.. perlu dan sangat perlu juga di puji. supaya dia tahu dan sedar yang baik dan buruk. Tugas guru menjadikan Orang jadi Manusia.!!

A.yazeet
Pemakanan dari unsur-unsur batil yang berleluasa dan tiada didikan agama akan melahirkan macam-macam penyakit sosial yang kronik..hasil pendapatan oleh kerajaaan dan kelarga mesti di hisab.ianya halalkah atau haramkah???.kesan dari makan yang batil hati jadi hitam..bila hati dah hitam macam-macam boleh jadi malah yang lagi teruk dari apa yang diperkatakan..kita selalu terpesong dalam memilih idola sebab kita sudah idola dari dulu iaitu al-quran,rasul-rasul dan sunnah-sunnahnya.
utadd
akhlak pelajar malaysia sekarang makin parah ...sikap biadap yang diwarisi dari ibubapa menyebabkan keruntuhan moral yang menyedihkan .......sebab itulah didalam agama kita diminta mencari rezeki halal untuk diberi makan pada anak-anak supaya menjadi anak yang soleh .......masalah nya hari ini . ramai antara kita mencari rezeki tanpa memikirkan halal atau haram .wallah walam bisawabb
suraya
sy dh tgk vdeo ni kt facebook.tp tak perasan lak bab yg tumbuk tu..tp setakat yg sy tgk,sy rasa sedih..sy pcaya,guru tu pon sedih dgn tindakan dan perlakuan pelajar tsebut...bkn senang jd guru..sy bukan seorang guru tp sy ttp sanjung guru2 yg mengajar sy..sy pnh bt salah dgn cikgu BI sy dan sy rasa menyesal.sy dh mtk maaf wpon pd masa tu sy rasa cikgu tu yg slh..tp dia ttp guru kita...sy yakin,selagi budak tu tak menyesal dan pohion kemaafan dr cikgu tu,hidup dia takkan senang...sy yakin sgt2....
abd rahim minin
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk membentuk sahsiah anak-anak. Jangan mengharapkan guru 100%.
Yangretibase
Hashim Adnan berfikiran amat lemah! Kes jenayah melampau pelajar sekarang ini bukan lagi kes terpencil; kes biasa sangat, selalu saja berlaku! Kalau dalam setahun terdapat satu kes melampau begitu, logiklah dikatakan kes melampau!
zaaba
Presiden NUTP terang2 MENYALAHkan GURU, dlam Buletin TV3.......kalau dah mcm ni, adakah statement dia menjernihkan keadaan?
zul Qasim
Janganlah anggap kes ini sebagai kes terpencil..... api dari kecil boleh membakar sebuah gedung akhirnya.... masalah disiplin pelajar yg serius pada masa ini kerana banyaknya dasar yang terlalu di ubah. Hukuman rotan perlu di kaji semula... berikan hak sepenuhnya kepada sekolah. setakat ini mana ada pihak sekolah yang mendera pelajar sedemikian. kita banyak pemimpin di kalangan pengetua dan guru besar yang lebih profesional berbanding pemimpin2 politik. Ayuh semua kita bangun untuk mencapai Falsafah pendidikan negara untuk menjadikan insan yang kamil yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelik. Ibubapa kena main peranan untuk bantu guru bukannya terus nak saman guru kerana ambil tindakkan pada anaknya. para pemimpin jangan hanya pandai bercakap untuk bela rakyat... apa guru bukan rakyat kah... kalau guru rotan pelajar bukan main lagi semua mau tunjuk hero... tapi bila guru kena pukul mana orang2 yang pintar tu? Sedarlah semua... sekolah bukan tempat memulihkan akhlak anak tuan2, tapi ia bermula dari rumah. kalau didikan agama yang sempurna insya Allah anak kita akan berada di landasan yang betul....
multisaadah
apa-apapun guru dan murid kena jadi hamba allah dulu baru timbul rasa hormat mghormati.
sakinah sable
PELAJAR ITU HARUS DIAMBIL TINDAKAN DENGAN SEWAJARNYA,SAYA SARANKAN PERKETATKAN KES UNDANG2 DISIPLIN AGAR PELAJAR TIDAK MALAKUKAN KES2 YG LEBIH BERAT LAGI....
mohd harris
Masalah macam ni dah terlalu banyak sekarang...baru tingkatan 3 dah pandai maki hamun guru, siap tumbuk lagi...mungkin pendekatan tegur cara lembut perlu di ubah menjadi tegur dgn rotan aje..zaman saya guru badan semua kecil2 aje..tapi student takut dan hormat..kalau tak puas hati pun kutuk kat belakang aje..ibubapa tlg main peranan..pelajar macam ni kena ambik tindakan tegas..sebab menjadi contoh tak baik kepada pelajar lain...mereka akan jadi bangga kalau guru pulak takut kat dia org...silap2 bila dewasa esok mak bapak dia pun dia maki dan silap2 pukul sekali
ina
Sebab tu,murid skrg makin kurang ajar..
Roslan Daud
Inilah akibatnya jika cikgu sudah tiada kuasa merotan pelajar.Kembalikan semula kuasam merotan kepada guru barulah boleh selesaikan masalah disiplin.
Mohd Salleh B. Mohd Ali
Ini adalah masalah individu yang kurang ajar. Walau apa pun seorang murid tak boleh bertindak kasar pada guru. Dia telah mengamalkan budaya samseng di sekolah dan biarlah pihak polis ambil tindakan untuk menyedarkan siapa dia sebenarnya.
Lucy Frei
ada2 saja....
Parakang
Pandai cakap saja engkau orang persalahkan guru.Kau orang tahukah berapa banyak tugas guru di sekolah selain menguruskan perangai budak samseng. Janganlah asyik menutup kudis tanpa mengubatinya. Janganlah memperlekehkan masalah disiplin pelajar dengan mengatakan bahawa ianya hanya masalah biasa. Ibarat
kudis yang tak diubati akhirnya menjadi barah dalam diri. Jangan kerana menjaga reputasi sendiri, maka masalah ini dibiarkan begitu sahaja.
nor
saya berpendapat guru perlu di beri hak untuk mengenakan tindakan lebih tegas di setiap sekolah.saya pernah menjadi guru dan saya berpendapat penyelesaian secara lembut seperti kaunseling amat tidak berkesan. kadar masalah disiplin dan sosial di setiap sekolah makin meningkat secara mendadak. pelajar semakin berani dan agresif. dan sikap hormat dan takut kepada guru sekarang hilang. pelajar perlu dididik secara disiplin yang tegas dan bukan sebaliknya. kita boleh lihat hasil didikan guru zaman sekarang dan sebelumnya. bagi saya disiplin akan membentuk quality .seharusnya perkara ini di ambil tindakan segera kerana setiap hari kita membentuk generasi.tak perlu tunduk kepada kehendak ibubapa yang kadang2 tidak berasas dan tidak sepatutnya malah terlalu memanjakan anak tidak bertempat.
MATHEW JOE
Sekarang guru tidak mengira disiplin pelajar disebabkan setiap tahun elaun guru dinaikkan.Jadi hilanglah fokus guru untuk mengajar.Stail mengajar perlu selari dengan peredaran zaman.
YUSOF
Dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat, persaan menghormati orang lain sudah semakin terhakis. Keadaan ini sebenarnya bukan saja berlaku pada remaja tetapi juga kepada semua. Setiap perkara yang berlaku ada hikamhnya.....sama-sama lah kita kembali kejalan ALLAH.
seorng cikgu
"Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.

"Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan," Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan.

Allo presiden engkau hanya duk dalam aircond mana tahu ape2 datang sendiri la mengajar di sekolah yang bermasalah. Untuk kenyataan tahap disiplin pelajar sekolah sekarang ini memang pada tahap kritikal. kalau tidak mana de budak Form 3 rompak pemandu teksi n 7eleven. lu pikir la sendiri.
hafeez
Guru tidak patut selalu disalahkan apabila berlaku masalah disiplin pelajar. Sepatutnya ibu bapalah yang memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dalam aspek akhlak dan kesedaran rohani. Apabila ibu bapa sendiri tidak mendidik dan menunjukkan contoh yang tidak baik, maka anak-anak juga akan terikut dan sikap sedemikian akan terbawa-bawa hingga ke sekolah. Kerajaan sepatutnya mengadakan kaunseling juga kepada ibu-bapa bagi anak-anak yang bermasalah.
abdul hadi
Inilah akibat nya memansuhkan hukuman rotan satu ketika dulu. Inilah produknya. Tahniahlah kepada menteri yang bertanggungjawab.
kepala kuda hangin
salam..ini pendapat sey lah yo..nang sebona eh cikgu x salah..sebona eh mak apak eh yg salah..sobab mak apak eh lah yg sonang nak melontor buluh sobab dr ghobong (rebung) sobab ghobong tu lombut..bilo sampai ke tahap cam budak umur 15 neh dah jadi buluh..ingat sonang ko nak lontor buluh.kono guno api jugak nak lontor..tu baru peringkat sekolah menongah dah bobal, bega,...lopeh tu masuk lak peringkat ipt..dah pensyarah eh pulak yg tanggung boban..lopeh tu dapek lak kojo..boss eh pulak nanggung boban..lopeh tu kawen..binik,anak2,mentuo,pejabat agamo lak nanggung boban..hidup lau buleh jgn menyusahkan masyarakat..dan jgn jadi sampah masyarakat..sebaik2 maknusio iyolah maknusio yg bagi manafaat kepado orng lain.
Felda boys
Slm... Pd pndpt aku la,sume ni slh mak bapak diorg. Tgk la parents skrg ni,anak kene usik ckit nk mlntg. Diorg x thu ke yg rotan2,denda2 ni la yg blh bntuk mase dpn bdk tu. Kalo tiap kali ade kes, parent backup je,mmg naik lemak la. Jd degil la smpai ke tua. Aku kene rotan dulu pn takut nk bgthu parents. Mmg kene tambah la. So far,aku ade life la jgk brkat kene rotan. Kalo ibu bapa skrg syg anak2,biar la anak anda dirotan,didenda supaya diorg tidak mndenda anda kelak. Guru2 dh dilatih. Xkn merotan kalo budak tu baik dan terbaek. Asal dari kampung..adios.
udeen
kenapa guru sahaja yg dipersalahkan???
arina
kepada luqman
awak ingat semua guru tu baik ke!!!!!jangan ingat awk tu bagus sangat jaga dulu anak2 awk jangan main hentam je
smua nak tuduh pelajar je la
bis klau guru salah nak diam je la
aien rkey
ibu bapa main pranan pntg..pndidikan awl di rumah mmpu menc0rak sifat anak2..k0nsep h0rmat-mengh0rmati itu sndri perlu ada dlm tiap plajar..sbg org yg lbh muda,harus mengh0rmati org yg tlbh dhulu mkn garam..apabila prasaan mrh menguasai dri smemangny prbuatan tnpa jangkaan,nmun pmikiran yg rasi0nal & prasaan h0rmat thdap org yg lbh tua mmpu mengawal dri spatutnya..
intan suraya
Kesilapan sebelah pihak tidak mungkin akan berlaku. Mungkin berlaku salah faham antara kedua-duanya. Sikap saling menghormati pelajar kepada guru dan guru kepada pelajar amat penting. Perasaan kasih sayang akan timbul sekiranya sikap positif ditanam dalam diri setiap individu.
aku bukan guru
jgn nak salahkan guru..ibu bapa perlu mainkan peranan didik anak..jgn serah kat cikgu bulat2..cikgu pun manusia..kalo dah hari2 anak murid kurang ajar tak makan saman sapa bleh sabar? bukan sorang dua jek anak murid..kita yg ada anak 2-3 org pun boleh ilang sabar tambah la cikgu..nak pukul nanti ibu bapa mai serang...bila biar makin melampau...apa pun ibu bapa kena pantau anak2 jgn dok perasan kata anak sendiri bagus sesekali keluar rumah siasat perangai dan tingkah laku anak...
supir
geram pulak aku rasa..kalau ikut hati, nak je aku sepak terajang budak tu..kurang ajar...!!!!
Azhar Ibrahim
Kesihan.. Inilah anak orang yang baik-baik.. Yelah, sebab ibubapa mereka ni baik, maka terhasilah anak yang sebergini. Sanggup memaki hamun guru, sanggup mencederakan gurunya sendiri.. Siapakah kite jika tiadanya guru???
mariff2
Juz nk betulkan statement "dirakam pelajar"..kejadian nie dibilik guru,kawasan pon tertutup..so tak logik la pelajar yg rakam..

Jgn kerana ia didakwa kes terpencil, kita pandang sebelah mata saja..pelajar sebegini ada dimana2..tak kira bandar atau luar bandar..pelajar memaki hamun guru dihada[an guru lain seolah2 mereka lebih berkuasa disekolah..apa cerita??

tambadau..
pd thun 1999, saya prnah tlibat dngn masalah antara pljar dan guru...tpi bkan d sbb kan oleh plajar,tpi d sbb kan oleh guru trsbut sndri....adalah tidak jawar seorang guru menumbuk plajar,sprti yg saya alami....d sebab kan itu,saya terpaksa mempertahan kan dri saya...so,tdak smua d sbb kan oleh plajar...krna ada sblangan guru TIDAK LAYAK brgelar guru.....
En Din
dalam kes seperti ini, kita hendaklah merujuk..dari segala aspek, kita tak boleh menyalahkan dari sebelah pihak sahaja.yang patut di persalahkan ialah pucuk pimpinan kerana nilai2 keagamaan tidak di wajaibkan dalam pembelajaran..tepuk dada tanya selera sekian
hadi
saLam..keMenterian pelajaran MESTi ambil tindakan kpd pelajar ini..Jgn sampai cikgu masuk hospital kerana dibelasah pelajar baru nak bertindak.Jangan salahkan guru.
fathi
kalau guru tumbuk murid,masuk semua media massa, ke mahkamah dan parlimen. Tpi murid tumbuk guru kes terpencil.
Intan
Sekiranya emosi menguasai diri, inilah jadinya. Remaja masih boleh dibentuk. Gurulah memainkan peranan dalam mendidik dan mensahsiah dan mentarbiah murid terbabit. Bertikam lidah bukan penyelesaian masalah. Adalah lebih baik berbincang melalui saluran seperti kaunseling dan sebagainya.
azmi bin abdullah
itu lah punca kurang didikan agama
Hazlan Ghazali
Pada pendapat saya perkara ini sangat serius. Saban hari kita mendengar rintihan guru-guru mengenai disiplin pelajar sekolah yang semakin teruk. Akta Kanak-Kanak 2001, hendaklah dikaji semula membolehkan sekolah adalah tempat mendidik dan bukannya sekadar tempat mengajar. Sekiranya dari kecil lagi disiplin tidak dititik beratkan, apa nak jadi dengan Malaysia satu hari nanti. NUTP sepatutnya berjuang untuk menjadikan sekolah tempat selamat untuk kanak-kanak disamping membentuk disiplin akhlak yang baik. Sebelum tahun 90an, jarang sangat kita dengar kes pelajar tumbuk guru. Tetapi malangnya sekarang, guru tidak lagi dihormati. Bahkan budak darjah 2 pun sudah pandai meludah guru. Jika ini berterusan, satu hari nanti Malaysia akan menghasilkan satu generasi yang rendah disiplin dan rendah moral.
andik rashidi bin rashid
asalamualaikum,plajar ni perlu diberikan tindakan yang sewajarnya dengan tindakannya,terlalu biadap terhadap guru,tapi soal siasat juga perlu di lakukan kepada guru terbabit,sebab ada segelintir guru yang menunjukkan sikap yang kurang baik terhadap pelajarnya.sekian
luqman
banyak orang senang bercakap, guna pendekatan lembut lah, pendekatan orang dewasa lah, bertolak ansur lah, apa yang anda tahu???? jangan pandai cakap saja. duduk lah jadi guru, anda mungkin berkata sama seperti yang saya kata. Ada pihak pula asyik menyalahkan guru, anda tahu apa??? berapa lama anda mengenal ribuan pelajar di Malaysia, apakah anda ingat semua pelajar itu baik??? Kenapa kita tidak perna melihat kesalahan pelajar ini berpunca dari didikan ibubapanya??? Ingat "seorang anak adalah tanggungjawab ibubapanya, dialah yang mencorak anak-anaknya sama ada baik atau sebaliknya. Kalau kita lihat pada kes pelajar menumbuk guru ini, guru masih seakan dipersalahkan. Bukankah sepatutnya pelajar tersebut harus menghormati guru berkenaan. Kalau pelajar tersebut dididik dengan perkara yang baik oleh ibubapanya (Didikan di rumah) tak akan jadi perkara seperti ini, percayalah.IBUBAPA apa yang anda lihat dan dengar??? takkan lihat dan dengar saja, anak-anak kita sendiri macam mana??????
selipar jepun
zaman sekarang mereka lebih berani utk bertindak di luar batasan..undang2 yg diwujudkan di sek langsung tidak dihiraukan.mereka umpama mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar utk melakukan jenayah dan gengsterism di sek.mne silapnye?ibu bapa dilihat lebih rapat dgn anak berbanding orang lain..w/pun masalah ini berpunca dr kawan2, tp make sure fmily kene tau akan gerak geri dan kenalan anak2 mereka..
wahai budak umur 15 thn ni..ko tnjuk samseng pd guru,lihatlah kelak ari..bertubi2 masalah akan datang menimpa kamu.hanya Tuhan yg mampu utk membantu..tu pn if diizinkan olehNYA.
mas
sama sama salah. macam kita tak pernah muda. kalau di cabar inilah akibatnya. Cikgu kurang didikan psikologi mendidik dan anak murid kurang didikan dirumah
Hamdi Terry
kita sebagai pelajar haruslah menghormati setiap guru.bak kata pepatah guru umpama lilin yang menerangi kegelapan.kalau tak ada guru,kita tak akan jadi pandai,dengan itu kita sebagai pelajar harus menghormati guru.
etiq
tengokla pelajar sekarang.. dan tgklah peranan cikgu zaman sekarang. bukan calang2 orang boleh jadi cikgu. yang bersemangat waja nak majukan anak bangsa sahaja layak... jgn lak tak de kerja baru nak jadi cikgu.

biasanya budak2 mcm ni akan datang dia akan menyesal juga... tapi tu la... nak tunggu penyesalan tu.. makan tahun.. masa tu nasi dah jadi bubur.
Abd Rahim
Masyarakat kena akui bahawa tahap displin pelajar sekolah berada di tahap yg membimbangkan . Jng mengatakan ianya kes terpinggir hanya utk menyedapkan hati pihak yg berkaitan. Semua pihak / PIBG kena akui bahawa pelajar skrg tidak berdisplin. Telah sampai masanya masalah displin ini di atasi bukannya menyalahkan sesiapa. Fikir fikirkan lah
saya dah tgk dgn mata sendiri mmg kebanyakan pelajar sekolah sekarang mempunyai masalah disiplin.mereka tidak menghormati guru tidak seperti generasi sebelum ini.senakal-nakal mana pun masa kita sekolah dulu tetap hormat dan takut kepada guru.Saya berkawan dgn ramai guru dan mereka menyatakan bahawa memang pelajar sekolah sekarang susah untuk mendengar nasihat guru.ibu bapa juga perlu memainkan peranan untuk mendidik anak kerana pada masa sekarang jika anak buat salah dan dihukum di sekolah pasti guru akan dibawa ke mahkamah.tepuk dada tanya selera.
jamdin
pelajar begini patut dirotan diperhimpunan supaya menjadi pengajaran pelajar lain.itulah guru selalu dipersalahkan apabila merotan pelajar untuk mendidik
ridzuan
ya... masalah disiplin belum serius... nak tunggu apa lagi baru serius....
adee
kan betul...camner pun org salahkan guru...budak tu ttp nampak x salah...jadi cikgu ah kalau nak tau...jgn tau duk bilik aircond pastu komen jer....
toywatie
nampaknya semua guru kena perkemaskan diri dgn ilmu mempertahankan diri lah kalau mcm ni...
zahar
cikgu perlu lebih tegas dalam hal ini. pelajar tersebut baik dibuang sekolah je. Jangan nak salah cikgu semata2
dee
selain guru.peranan ibubapa amat pting dlm mendidik anak2.
ahadsdifah
Pelajar mcm ni, patut buang sekolah je.tp apa-apa pun setiap kesalahan pelajar perlu dimaklumkan kepada mereka.apa salah mereka dan kenapa mereka di panggil serta dihukum.
Jazz
Telah tiba masanya untuk pihak kerajaan membenarkan kembali penggunaan rotan di sekolah, agar murid jauh lebih berdisplin. Ianya bukan kes terpencil, rata-rata masyarakat tahu tentang kejadian seumpama ini berlaku dimana-mana sekolah. Jangan salahkan guru, bagaimana guru hendak mendidik, sedangkan pelajar tidak langsung menghormati guru. Jika dibiarkan, tidak mustahil, 1 ketika nanti, semua guru takut akan pelajar. Rosak anak bangsa kita nanti...Fikir-fikirkan...
mawar_spaoh
kesian guru. rupanya memang susah nk jadi guru. terpaksa guna tenaga mental yg tinggi.

walaupn ni kes terpencil, diharap di tangani ok.

pelajar2 xjahat, cuma nakal. so, jgn emosi sgt. usaha n doa, moga pelajar nakal ni berubah.. Amin
sofia abdrahman
Cikgu, apa komen cikgu tentang disiplin murid masa kini?
adie
Budak2 zaman sekarang....tak sedar diri,mudah melenting,tidak boleh d tegur. Guru janganlan sampai mencabar pelajar untuk buat sesuatu yang memudaratkan,darah muda budak mudah panassss,jangan ikut hati cikgu.
adik lan cheras
apa sudah jadi pelajar sekarang sudah berani mencabar guru.... mana letaknya akhlak murid tersebut..... zaman dlu mana ada pelajar yang berani melawan guru.... jika ini berterusan maka x lama lg negara akan melahirkan generasi yang melawan pemimpin negara..... tanpa warga pendidik tiada pemimpin dimuka bumi ini..
matchekoleng
dlm kes ini, sy lihat guru berkenaan terlalu berlembut,kalau saya ditempat guru tersebut.........dah lama budak tuu makan penampar saya......
budin
kejadian itu seperti di rancang oleh pelajar-pelajar terbabit kerana kejadian berlaku bukan dibilik darjah kerana terdapat kerusi set disana. harap pihak berkenaan mencari tuan punya akaun youtube tersebut.

Tiada ulasan: