Kamarina |
SUBANG, 17 Ogos: “Jika dibandingkan dengan pemerintahan yang dulu hanya tahu nak tutup sekolah agama tapi kerajaan sekarang menghargai sekolah agama,” ujar Pengetua Ma'had Tahfiz An-Nur, Desa Subang Permai, Ustaz Sobri Mohd Nor. Beliau menyatakan demikian pada majlis ringkas menerima sumbangan kerajaan negeri yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, pagi ini. “Saya tidak pernah menerima sumbangan seperti ini sebelum ini. Ini merupakan rezeki dari Allah,” ujarnya yang merakamkan perghargaan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat. Dr Halimah menyampaikan cek bantuan tersebut untuk membaik pulih fizikal sekolah agama. Majlis utama fasa satu mengenai bantuan itu kepada sekolah agama rakyat telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Ma'had Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar Kampung Asahan, Batang Berjuntai, Kuala Selangor pada 10 Ogos lalu. Pada majlis itu, seramai 120 daripada 136 penerima hadir sementara yang selebihnya disampaikan sendiri Dr Halimah dengan pergi ke sekolah berkenaan di samping meninjau masalah yang dihadapi. Kerajaan negeri telah meluluskan RM2.666 juta daripada RM6 juta yang diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat pada tahun ini |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 17 Ogos 2010
NAMPAK BIASA AJE BUNYINYA....MENUTUP SEKOLAH AGAMA(ISLAM) ADA UNSUR ANTI ISLAM AGAMA ALLAH REDA...IA BOLEH MEROSAK IMAN DAN ISLAM
Kerajaan dulu kira nak tutup sekolah agama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan