Jumaat, 9 Julai 2010

INI KESAN KERJA BERCAMPUR LELAKI DAN PEREMPUAN....BERGAUL BEBAS...TANYA MUFTI2 APA HUKUMNYA...TAK KAN SYAITAN DIAM AJE...

NEGARA

Siasat atau didenda RM10,000




KUALA LUMPUR - Majikan yang gagal mengadakan tatacara bagi mengendalikan aduan gangguan seksual, menyiasat aduan dan menyampaikan laporan siasatan kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja boleh didenda sehingga RM10,000.

Perkara itu merupakan bahagian baru yang dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan (gambar) di Dewan Rakyat semalam.

Bahagian baru itu bermaksud aduan berkaitan dengan gangguan seksual yang dibuat oleh pekerja terhadap pekerja lain, pekerja terhadap majikan, majikan terhadap majikan lain dan majikan terhadap pekerja.

Jika majikan berpuas hati terhadap siasatan dan terbukti ada gangguan seksual, majikan perlu mengambil tindakan disiplin seperti memecat tanpa notis, menurunkan pangkat atau mengenakan hukuman ringan seperti menggantung tidak lebih daripada dua minggu terhadap pekerja yang membuat gangguan seksual.

Menurut rang undang-undang itu, jika aduan gangguan seksual dibuat secara terus kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja, beliau perlu mendalami aduan tersebut dan mengarahkan majikan untuk menyiasatnya.

Laporan kemudian harus diserahkan kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 30 hari daripada tarikh arahan dibuat.

Rang undang-undang itu turut memasukkan seksyen baru yang mengkehendaki majikan membayar gaji pembantu rumah terus ke dalam akaun bank pembantu rumah itu, melainkan jika dikecualikan secara bertulis oleh ketua pengarah.

Maznah turut membentangkan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi bacaan kali pertama, bertujuan menaikkan umur minimum kanak-kanak dan orang muda yang boleh diambil bekerja, selaras dengan Konvensyen Umur Minimum 1973 yang telah diratifikasi oleh Malaysia.

Tiada ulasan: