Ahad, 11 Julai 2010

BUAT KEZALIMAN...BUAT MUNGKAR DAN LANGGAR HUKUM ALLAH NI SEMUA KITA MENCARI NAHAS SENDIRI

INGAT! ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...DAN LEBIH DARI INI...DAN DI MANA SAJA...JANGAN KITA MELAMPAUI BATAS

Ombak panas 'masak' penduduk AS, Britain


2010/07/11

PENDUDUK  Seville di selatan Sepanyol menyejukkan diri ketika cuaca panas diramal berterusan mencapai 41 darjah Celcius.
PENDUDUK Seville di selatan Sepanyol menyejukkan diri ketika cuaca panas diramal berterusan mencapai 41 darjah Celcius.
Korban cuaca dijangka berterusan termasuk di Eropah

PHILADELPHIA: Cuaca panas melampau berterusan di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah dengan pihak berkuasa meramalkan peningkatan bilangan kematian akibat suhu luar biasa tinggi yang disifatkan seperti 'memasak' penduduk tempat berkenaan

Wilayah timur Amerika dan sebahagian Kanada dikatakan dilanda ombak panas hingga memberi tekanan kepada sistem bekalan tenaga yang memaksa pihak berkuasa menyediakan ‘pusat sejuk’ iaitu bangunan dilengkapi pendingin hawa untuk kegunaan awam.

Suhu yang tinggi dari Qubec ke Virginia mencapai 39.5 darjah Celcius di tempat tertentu selain memutuskan bekalan kuasa kepada beribu-ribu penduduk dan dipercayai punca dua kematian beberapa hari lalu.

Seorang wanita berusia 92 tahun yang tidak ada pendingin hawa di rumah, dijumpai mati di kediamannya di sini manakala satu lagi mayat wanita ditemui terbaring di tepi sebuah kereta di Detroit.

Kepanasan melampau itu juga menyaksikan peningkatan kunjungan ke hospital di Kanada. Pegawai memberitahu, 158 orang mengunjungi bilik kecemasan di Hospital Montfort, Isnin lalu, kadar tertinggi untuk sehari.

Penggunaan bekalan elektrik berlebihan juga menjadi punca bekalan terputus di New York, Philadelphia dan Washington DC.
Syarikat tenaga berkata, permintaan tenaga semakin hampir dengan rekod ketika ombak panas melanda pada 2006.

Firma khidmat kaji cuaca Eropah, Eumetnet, turut mengeluarkan beberapa amaran ombak panas supaya penduduk lebih berhati-hati di Sepanyol, bahagian barat Jerman, Belgium dan sebahagian Belanda.

Suhu di Berlin dijangka kekal pada 35-36 darjah Celcius manakala tahap di Madrid mencapai 40 darjah Celcius, Khamis lalu.

Di Britain, suhu mencapai 31.7 darjah Celcius di Kent, daerah Gravesend dengan Agensi Perlindungan Kesihatan (HPA) menyatakan beratus-ratus orang maut kerana cuaca terlalu panas sejak dua minggu lalu. – Agens

Tiada ulasan: