Ahad, 11 Julai 2010

BANYAK PERKARA HARAM TAPI TAK KELUAR FATWA HARAM....SEBAB DAH TERLALU BIASA...LAGI PUN NAK JAGA HATI MANUSIA...WALAUPUN MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH...

DUNIA

UAE warta fatwa haram tiup vuvuzela bunyi kuat


AKSI penonton dalam satu perlawanan Piala Dunia 2010 meniup vuvuzela di sebuah stadium di Afrika Selatan.


DUBAI - Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin mewartakan fatwa yang melarang masyarakat Islam meniup kuat trumpet popular Piala Dunia 2010 iaitu vuvuzela sehingga melebihi kadar 100 decibel.

Akhbar-akhbar negara Teluk itu melaporkan, keputusan dibuat dengan alasan bunyi vuvuzela pada kadar minimum itu yang menyamai bunyi bising kereta api bergerak laju boleh memudaratkan pendengaran pengguna dan orang di sekitarnya.

Ribuan trumpet tradisi masyarakat Afrika Selatan itu yang diperbuat daripada plastik laris dijual di UAE dan ia biasanya boleh ditiup sehingga mencapai kadar 144 decibel, bersamaan dengan bunyi mercun meletup atau jet berlepas. - Agensi

Tiada ulasan: