Jumaat, 16 Julai 2010

BAGUSLAH...BAGI MAKANAN ZAHIRNYA...MAKANAN ROHANI ATAU JIWA TAK BAGI KE....MAKSIAT YANG MERATA2 TAK TEGURKE...ATAU MACAM DAH RASA DAH TAK HARAM LAGIKE

NEGARA

Rezeki nasi masjid


Jamil Khir mendengar luahan hati seorang penerima makanan percuma di Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Simpati dengan nasib golongan fakir dan terpinggir di ibu negara, satu program khas pemberian makanan kepada golongan tersebut di masjid-masjid dan surau-surau terpilih di ibu negara dilancarkan semalam.

Buat permulaan, sebanyak 250 bungkus makanan diagihkan di Masjid Negara untuk dinikmati oleh golongan tersebut pada waktu makan tengah hari sekali gus menarik mereka supaya mendekati masjid.

Ketika merasmikan program tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berharap persepsi lama bahawa masjid dan surau hanya tempat bersolat semata-mata dapat diperbetulkan.

"Fungsi masjid dan surau sebaliknya perlu lebih proaktif bagi menarik masyarakat melaksanakan aktiviti kemasyarakatan," katanya.

Program tersebut yang bermula 5 Julai lalu dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan Baitulmal Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Ia turut mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Islamic Outreach ABIM, Yayasan Salam dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Kosmo! sebelum ini pernah menyiarkan kisah 'setinggan Masjid Negara' dan mereka yang merempat di Dayabumi dan rata-rata mereka menjadikan masjid sebagai lokasi tempat tidur.

Sementara itu, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali memberitahu, antara lokasi yang terlibat dengan program berkenaan ialah Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru, Surau Perkim, Surau Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Rumah Sinar Salam



NEGARA

Penagih dadah hargai makanan percuma


PARA pegawai AADK menyerahkan bungkusan makanan percuma kepada para penagih Pusat Khidmat AADK, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Golongan penagih dadah yang mengunjungi Pusat Khidmat Masyarakat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Dato' Onn di sini, melahirkan rasa terharu apabila diberi makan tengah hari secara percuma semalam.

Malah, rata-rata mereka yang datang untuk menjalani rawatan terapi metadon itu menyifatkan bungkusan makanan yang disediakan melalui program khas pemberian makanan percuma itu sebagai satu rahmat kerana dapat mengurangkan beban hidup masing-masing.

Seorang penerima yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat berkata, program itu memberi banyak manfaat kepada golongan penagih sepertinya yang sering ke tempat itu untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, bantuan makanan percuma itu secara tidak langsung dapat meringankan beban kos makanan bagi mereka yang majoritinya datang daripada keluarga susah.

"Kami berterima kasih kepada pihak yang memberi bantuan ini kerana ia benar-benar membantu golongan seperti kami yang bukan selalu dapat menikmati makanan seperti ini," katanya.

Golongan bekas penagih dadah merupakan sebahagian daripada golongan sasar program yang dibiayai di bawah peruntukan Baitulmal Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan itu.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom melancarkan program tersebut di Masjid Negara yang bertujuan untuk membantu golongan fakir dan terpinggir di ibu negara.

Bagi menjayakan program itu, peruntukan sebanyak RM400,000 disediakan bagi tempoh enam bulan untuk menyediakan makanan yang akan diagihkan di beberapa buah masjid dan surau terpilih pada setiap hari.

Tiada ulasan: