DUNIA
Wanita tertua di dunia meninggal
|
|
LISBON - Seorang wanita Portugal yang dipercayai sebagai individu tertua dunia meninggal pada umur 115 tahun, kata para pegawai kelmarin.
Maria de Jesus (gambar) yang meninggal dunia di bandar Tomar pada awal pagi Jumaat, sempat menyaksikan kelahiran lima piutnya.
Guinness Book of World Records menyenaraikan de Jesus sebagai manusia tertua dunia. Rekod manusia tertua dunia kini dipegang oleh seorang wanita berkulit hitam warga Amerika Syarikat (AS), Gertrude Baines yang berumur 114 tahun.
Beliau yang dilahirkan pada 10 September 1893 menjadi balu pada umur 57 tahun. Tiga daripada enam anak de Jesus masih hidup bersama 11 cucu dan 16 cicit.
Seorang anak de Jesus, Maria Madalena berkata, ibunya sempat menjamah sarapan pada pagi Jumaat tetapi beliau terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami bengkak-bengkak.
Menurut penyelidik Universiti California, Dr. Stephen Coles, kini terdapat 82 wanita dan sembilan lelaki yang disahkan berumur 110 tahun atau lebih tua di seluruh dunia. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan