DUNIA
25 maut kereta api bertembung
BRUSSELS, Belgium - Dua buah kereta api bertembung di pinggir Brussels semalam menyebabkan 25 orang terbunuh, kata seorang pegawai perkhidmatan kereta api.
Kereta api itu bertembung dalam cuaca bersalji dekat sebuah stesen di Buizingen kira-kira pukul 8.30 pagi waktu tempatan.
"Kami terpelanting (dari tempat duduk). Terdapat sejumlah orang yang cedera di dalam gerabak yang dinaiki saya tetapi saya berpendapat semua yang mati berada di gerabak pertama," kata seorang penumpang Christian Wampach, 47.
Punca kejadian masih tidak diketahui.
Ia merupakan kemalangan kereta api paling buruk sejak 28 Mac 2001.
Dalam nahas itu, seramai lapan orang terbunuh semasa sebuah kereta api bertembung dengan sebuah kereta api lain yang tidak membawa penumpang selepas memasuki landasan yang salah. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan