Selasa, 16 Februari 2010

PELBAGAI CARI DUIT....DAN INI KESAN HUKUM ALLAH DINAFIKAN ATAU DIKETEPIKAN...TUNGGU BALA ALLAH TURUN BARU TAHU LANGIT TINGGI ATAU RENDAH

Pakej ke neraka

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my
2010/02/16

KUALA LUMPUR: Pakej memaksa pelanggan membeli dadah terlebih dulu sebelum mengadakan hubungan seks ditawarkan wanita pelayan bebas di beberapa kelab malam di sekitar ibu negara, disifatkan sebagai sebagai pakej ke neraka dan ke arah kehancuran umat Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata jika tidak dikawal dan dihapuskan segera, ia boleh menghancurkan ummah kerana zina dan penagihan dadah antara perkara dipandang hina dan jijik dalam Islam.


“Apabila zina berleluasa, bala Allah akan turun dan perkara ini (hisap dadah dan zina) jelas mengundang bala bersama musibah serta penyakit kerana dalam al-Quran, Allah mengingatkan akan berlaku kerosakan dan kehancuran akibat perbuatan manusia melakukan maksiat.


“Islam melarang tindakan akhirnya ke arah zina atau mendekati zina kerana perbuatan keji dan jijik dengan kesudahan bahaya serta cukup tidak baik serta merugikan semua sama ada ummah atau bangsa serta menjatuhkan imej umat Islam.


“Pakej seperti ini cara untuk menghancurkan umat Islam, apa lagi ia berkait rapat dengan dadah apabila pelanggan tetap perlu membelinya, walaupun tidak mahu mencubanya,” katanya ketika dihubungi semalam.


Tokoh agama itu berkata, sehubungan itu, semua pihak perlu mengambil tindakan segera kerana dadah dan zina akan menghancurkan bangsa, keturunan dan boleh melahirkan lebih ramai anak luar nikah.

Beliau berkata, pihak berkuasa sepatutnya tidak memberi maaf apabila berkaitan dengan zina dan dadah serta tiada pengecualian terhadap individu tertentu sama ada orang kenamaan, artis atau orang biasa.


Menurutnya, ketegasan arwah Tan Sri Mohamed Rahmat ketika memegang jawatan Menteri Penerangan wajar dicontohi apabila, artis atau selebriti yang terbabit dengan dadah dan arak digam terus daripada muncul di kaca televisyen sebagai pengajaran dan teladan kepada orang lain.


“Tetapi, kita terlalu banyak tolak ansur hingga akhirnya jejaskan bangsa sendiri. Jika kes membabitkan dadah, jangan mudah beri jamin kerana paling penting adalah penguat kuasaan dan pihak berkuasa seperti polis dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mesti menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memastikan elemen jijik seperti ini tidak berleluasa.


“Selain itu, pemantauan ibu bapa dan semua lapisan masyarakat amat penting bagi mengelakkan perkara seperti ini menjadi barah dalam negara kita. Tokoh korporat juga tidak boleh hanya memikirkan untung semata-mata sebaliknya turut mengutamakan kepentingan ummah.


“Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai supaya kembali ke pangkal jalan...ingat masa depan dan satu hari nanti kita akan tua dan mati...jadi bertaubatlah sebelum terlambat,” katanya.


Muka depan Metro Ahad kelmarin memaparkan mengenai tindakan segelintir wanita dikenali sebagai kupu-kupu malam yang berpakaian seksi dan tutur kata menggoda sebelum memaksa pelanggan yang kebanyakannya golongan pertengahan, membeli dadah sebagai syarat untuk meratah tubuh mereka. Kumpulan wanita terbabit menjalankan operasi mereka di beberapa kelab malam di sekitar ibu kota dan wanita layak digelar Minah Gian kerana sudah lama terbabit dengan penagihan dadah itu mengakui meletakkan syarat mewajibkan pelanggan membeli bekalan dadah dibawa jika mahu melakukan hubungan seks dengan mereka.


Mereka mendakwa dadah seperti Ecstacy, syabu dan ganja itu boleh memanaskan badan lelaki hidung belang yang mahukan pelayan kelab malam sebagai teman ran jang.


Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mia, 23, berkata dia perlu menjual bahan terlarang itu bagi menampung kehidupannya, namun dalam kuantiti kecil.


“Sebagai pelayan bebas, kami hanya mengharapkan komisen pelanggan. Bagi mencari duit lebih, kami terpaksa menjual dadah sebagai syarat jika pelanggan ingin meniduri kami dan ini jalan paling menguntungkan,” katanya.

Tiada ulasan: