Kita seringkali bertanyakan persoalan yang mana kita terlupa telah termaktub jawabnya di dalam kalamullah...Al-Qura n..
Renungkanlah..
kerana di situ terungkai segala kekeliruan..
di situ ditemukan jawapan..
kenapa aku di uji?
jawapannya (al-ankabut:2-3)
kenapa aku x dapat ape yg aku idam2kan?
jawabnya ( al-baqarah:216)
kenapa ujian seberat ini?
jawabnya ( al-baqarah:286)
kenapa rasa kecewa?
jawabnya (ali imran: 139)
Bagaimana harus ku hadapi?
jawabnya (al-baqarah:45)
apa aku dapat dari semua ini?
jawabnya ( at-taubah:111)
kepada siapa aku berharap?
jawabnya ( at-taubah:129)
Aku tak mampu bertahan!!!
jawabnya (yusuf:12)
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Penyayang..
Ingatlah sabda junjungan besar kita, bahawa kita tidak akan sesat selama-lamanya andai kita berpegang teguh dengan 2 sumber perundangan Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah..
Ingatlah juga akan Allah sewaktu kamu dalam kesenangan, nescaya Dia akan membantu sewaktu kamu dalam kesusahan.....
YA ALLAH HIDUPKU HANYA UNTUK MU
Ya Allah!!...Aku semakin lemah....kuatkanlah imanku...tabahkanlah hatiku menghadapi segala ujianMu Ya Allah...
Aku sndiri tidak pasti sejauh mana aku sanggup bertahan lagi....Hanya padaMu Tuhan...tempat ku bergantung harapan...tempatku luahkan perasaan...
Engkaulah sebaik2 tempat ku mengadu nasib...merintih secebis kasihMu...merayu agar aku sentiasa berada dibawah rahmat dan redhaMu...
Kerana aku sedar....hanya Engkau Ya Allah...yg lebih memahami dan megerti segala yg terjadi pada hambaMu ini....
Hanya Engkau tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu...berilah yang terbaik untuk diriku Ya Allah....
Amiin Ya Rabbal 'Alamin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan