Khamis, 11 Februari 2010

BILA KITA TIDAK MENGENANG BUDI

Sudah lama penulis relax dari menulis....hanya copy paste dari suratkhabar2 harian.Penulis sangat2 berterima kasih atas maklumat tersebut.Ia telah memberi bukti2 yang nyata apa yang telah dikatakan selain info yang sangat berguna sebagai panduan kita bersami.Diharapkan sebagai tatapan,bacaan dan maklumat tetapi biar lebih dari itu.Iaitu untuk bertakwa pada Allah swt selain ingatkan diri semakin tua dan dekat kepada kematian.

Memang sudah jadi lumrah biasa orang melupakan budi,jasa atau khidmat telah diberikan....termasuk melahirkan,membesarkan,mendidik sebagainya...membantu bila menempuh kesusahan seprti memberi hutang,meminjamkan kereta dsbnya....ada yang membantu memberi tempat berteduh sebelum kukuh kewangan dan mencarikan pekerjaaan....ada mengahwinkan serta menemukan jodoh....dan segala macam jenis mak nenek punya perkhidmatan dan dibuat oleh seseorang...termasuk memberi ilmu,khidmat kaunseling,menyembuhkan penyakit@mengubat.....
dan tidak terhitung contoh hendka diberikan sebab terlalu banyak....

Memang kita kena sedar dan ingat serta perlu yakin bahawa itu semua datang izin Allah swt dan kurnia Allah swt bukan dari kehebatan diri.Tetapi kita tentukan oleh Allah swt sebagai penyebab saja yang Allah kurniakan kepada kita .....dengan ini jika memberi khidmat dengan ikhlas....maka akan dibagi ganjaran pahala oleh Allah swt.Malah ia dilarang sekali bagi kita hendak mengungkit2nya.

Tapi

Cuma kita hendaknyalah .......yang berpelajaran,berotak,berakal,besar panjang dan telah tua bangka....dah kaya raya,berpangkat besar,dah boleh berdikari....dah kukuh....dan segala macam mak nenek kejayaan.....jangan lupa orang yang telah memberi khidmat dan berbudi kepada kita.Kita tidak mengenang budi sama juga mereka tidak bersyukur pada Allah swt....

Tiada ulasan: