Rabu, 17 Februari 2010

MENUTUP AURAT TIDAK MENGIKUT SYARIAT

MUI timbang keluar fatwa haramkan aerobik



2010/02/17

JAKARTA: Selepas mengesyorkan pengharaman terhadap sesi bergambar sebelum berkahwin, ojek (teksi motosikal) dan rawatan rambut, Majlis Ulama Indonesia (MUI) kini mensasarkan tumpuan terhadap senaman aerobik.

Pengerusi cawangan MUI Sumatera Selatan, M Sodikun berkata semalam, majlis berkenaan menimbang untuk mengeluarkan fatwa mengharamkan senaman itu jika peminat aerobik yang kebanyakannya wanita, tidak mengubah gaya pemakaian mereka yang dilihat sebagai memberahikan.


Sodikun turut menyelar pergerakan senaman berkenaan yang disifatkannya bertujuan mencetuskan keinginan seks. Menurutnya, pergerakan seumpama itu bertentangan dengan moral Islam.


“Senaman memang disyorkan untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan tetapi ia perlu dilakukan menurut budaya dan norma sosial kita.


“Senaman aerobik mesti mengelak penggunaan pakaian yang telus kerana ia lebih membawa keburukan daripada kebaikan,” kata Sodikun. - Agensi

Tiada ulasan: