Sabtu, 13 Februari 2010

APA DAH JADI...INI BUKAN PERKARA

Empat tuduhan raba murid

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my
2010/02/13

MUAR: Seorang guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan kelas membaca al-Quran di sebuah sekolah rendah di sini, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul empat murid perempuan berusia 10 tahun.

DIDAKWA ...Samsul Bahri dibawa ke Mahkamah Majistret Muar, semalam.
DIDAKWA ...Samsul Bahri dibawa ke Mahkamah Majistret Muar, semalam.
Tertuduh, Samsul Bahri Saleh, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nor’Iza Mohamed.

Samsul menghadapi empat pertuduhan dengan niat ingin mencabul empat pelajarnya dan pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa meraba paha dan bahagian sulit muridnya pada 1 Februari sehingga 5 Februari lalu antara jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari di sebuah kelas di sekolah tempat dia mengajar.

Manakala bagi tuduhan kedua, Samsul didakwa meraba bahagian sulit mangsa yang juga muridnya pada tahun lalu di dalam sebuah kelas antara jam 8 pagi sehingga jam 1 tengah hari.

Tuduhan ketiga pula, dia sekali lagi didakwa meraba alat sulit mangsa lain pada tahun lalu antara jam 1 tengah hari di dalam sebuah kelas.

Manakala pertuduhan keempat, tertuduh didakwa meramas buah dada mangsa seterusnya dengan niat ingin mencabul pada 8 Februari lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Nor’Iza menetapkan 15 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah menetapkan RM8,000 sebagai jumlah ikat jamin bagi setiap kesalahan dilakukan tertuduh.


Bagaimanapun, tertuduh meminta jumlah itu dikurangkan kerana dia mempunyai ramai tanggungan.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM6,000 bagi setiap kesalahan dengan seorang penjamin.

Semalam akhbar ini melaporkan tindakan ustaz yang didakwa mencabul kehormatan murid agama di sebuah sekolah dekat Taman Lagenda di sini, terbongkar apabila ibu bapa lapan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sagil supaya tindakan segera boleh diambil.


Tiada ulasan: