Selasa, 16 Februari 2010

SALAH ANGGAP TU SATU BAB....HUKUM PULA CAMNA...CUBA TANYA USTAZ2 ATAU USTAZAH2...IA BANYAK KEARAH MELALAIKAN DAN MAKSIAT

HIBURAN

Enggan disalah anggap




KEDUA-DUANYA baru berusia 24 tahun. Mereka bijak, mempunyai bakat menyanyi dan mencipta lagu sendiri serta memiliki pakej unik dalam memperkenalkan diri masing-masing.

Pendek kata, mereka boleh dikelaskan dalam kumpulan artis yang mantap disebabkan mempunyai latar belakang akademik tentang muzik yang mereka ceburi.

Disebabkan jaminan kredibiliti diri dan muzik yang dibawakan juga cukup tersendiri, mereka digandingkan pada Konsert Malam Nada Biru siri kedua, yang bakal berlangsung di Actors Studio, yang terletak di bahagian bumbung Lot 10, Kuala Lumpur, pada 27 dan 28 Februari ini.

Penerbit konsert tersebut, Atilia Harun percaya pertaruhan membawa dua penyanyi berbakat ini mampu memperkenalkan lebih muzik yang dibawakan masing-masing.

Kehebatan Yuna atau Yunalis Zarai sememangnya diketahui umum, tambahan pula lagu Dan Sebenarnya telah memperkenalkan Yuna kepada seluruh peminat muzik tempatan.

Apalagi setelah memenangi tempat kedua pada Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, nama Yuna semakin kuat dan kukuh di persada dunia muzik tempatan.

Namun siapakah pula gerangan Najwa? Bukan anak calang-calang orang. Gadis ini sebenarnya anak kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan mahu mengaitkan empunya diri dengan bapa tersayang, namun sebaliknya kemunculan Najwa itu adalah hasil daripada usahanya sendiri, selain memiliki bakat yang begitu mengagumkan.

Sedikit pun, tiada kata-kata riak yang diperkatakan mengenai latar belakang diri, sebaliknya Najwa bersikap merendah diri.

Najwa seboleh-bolehnya tidak mahu orang luar salah anggap, disebabkan pengaruh bapa, dia mempunyai laluan yang mudah dalam bidang muzik yang diminati.


YUNA dan Najwa, generasi baru penyanyi yang bukan sekadar menyanyi tetapi mampu mencipta lagu sendiri.


Dia sebenarnya bukan sehari dua menceburi bidang muzik, tetapi sudah genap empat tahun.

"Selama empat tahun bernyanyi, saya berdikari dan tidak menggunakan pengaruh sesiapa pun. Tidak perlu mengaitkan saya dengan sesiapa, cukup jika orang kenal saya sebagai Najwa. Saya senang dengan cara sekarang.

"Walaupun keluarga tidak masuk campur dengan urusan muzik saya, mereka tidak pernah menghalang saya menceburi bidang ini. Cuma mereka akan memberi semangat dan sokongan dengan setiap perkara yang dilakukan.

"Lagipun muzik adalah jiwa saya dan saya meminatinya sejak keci lagi," ucapnya sambil tersenyum pada sidang media di Bsync Production, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sedia dikenali

Jika sesiapa pernah mendengar vokal Najwa, pasti ramai akan terpesona kerana ia saling tidak tumpah seperti suara alunan penyanyi R&B terkenal, Erykah Badu.

Cuma sebelum ini, gadis yang meminati muzik berbentuk campuran jazz, neo dan soul ini belum bersedia untuk tampil sebagai penyanyi arus perdana.

Namun, Najwa mula bergerak secara perlahan-lahan dan dia pernah berduet bersama dengan Malique Too Phat menerusi lagu Kau Yang Punya.

Selain itu, gadis berimejkan penyanyi Katy Perry itu juga pernah menjadi artis undangan bagi Konsert Neo di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SELEPAS menamatkan pengajian, Najwa kini bersedia dikenali sebagai penyanyi.


"Selain belum bersedia untuk dikenali ramai sebelum ini, saya juga sibuk dengan pelajaran saya di Kolej Antarabangsa Muzik (ICOM) dan bimbang tidak mampu memberi perhatian kepada pelajaran dan karier serentak.

"Sekarang ini, barulah saya boleh bergiat aktif dan menunjukkan bakat kepada umum. Kebetulan pula saya mendapat panggilan telefon daripada Atilia dan dia menawarkan saya mengadakan persembahan untuk konsert bersama Yuna ini, saya terus menerima tawaran tersebut.

"Rasanya, konsert ini juga adalah pembuka jalan untuk memperkenalkan diri kepada umum dan inilah masanya untuk orang ramai menilai saya.

"Jika saya diterima, saya percaya album yang akan dihasilkan nanti juga mungkin akan diterima," luahnya yang akan membawakan sebanyak sembilan lagu hasil ciptaannya sendiri pada konsert itu nanti.

Bagi Yuna pula, konsert tersebut bakal menjadi pentas persembahannya yang terakhir di Malaysia sebelum dirinya terbang ke Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan Mac ini.

Mula dari bawah

Yuna melihat konsert itu sebagai peluang keemasan buatnya untuk memperkenalkan koleksi hasil ciptaan lagu-lagunya seperti Rocket dan Cinta Sempurna.

"Saya tak mahu orang kenal saya kerana lagu Dan Sebenarnya sahaja kerana ada banyak lagi koleksi lagu-lagu lain dan peluang mengadakan persembahan di konsert itu nanti membolehkan para peminat mengetahui lagu saya yang lain selain Dan Sebenarnya.

"Pada konsert nanti, saya dan Najwa akan berduet untuk beberapa buah lagu dan inilah kali pertama kami berkongsi pentas menyanyi bersama. Dulu, kami ada juga membuat persembahan pada majlis yang sama, Cuma kami tidak berduet pada waktu itu.

"Buat masa ini, tidak banyak persiapan yang dibuat kerana sibuk dengan urusan visa dan persiapan untuk ke AS mencuba nasib mengembangkan karier di sana," akui Yuna.

Tambah anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu, dia bakal mengadakan persembahan pada 2010 Texas Music Festival yang bakal berlangsung pada 5 Jun hingga 3 Julai depan.


YUNA bakal membuat persembahan di Texas, Amerika Syarikat.


Yuna bakal beraksi di atas salah satu daripada 60 buah pentas pada festival tersebut.

Menurut Yuna, ramai yang tersalah faham mengenai tujuannya ke AS dan menganggap dirinya mendapat tawaran besar di sana.

Sebaliknya Yuna ke sana kerana terdapat sebuah syarikat pengurusan iaitu Indie Pop, yang akan membantunya dalam mencari tawaran mengadakan persembahan dan rakaman album dengan syarikat rakaman di sana.

"Saya akan ke sana selama tiga bulan. Kalau diikutkan pihak pengurusan di sana mahu saya tinggal di AS selama enam bulan, namun ia terlalu lama bagi saya memandangkan saya juga ada karier di sini.

"Kiranya, bila di AS, saya akan bermula dari bawah semula untuk membina kerjaya nyanyian di sana. Kalau boleh, saya mahu mendapat peluang seperti penyanyi Zee Avi. Dalam pada itu, saya juga akan mengkaji aliran pergerakan industri muzik di sana.

"Takut juga jika pihak pengurusan tak tahu imej bertudung saya dan terus tidak diterima nanti. Namun, mereka telah melihat video saya di Youtube dan berkata, mereka tetap mahu mempromosikan saya dan tidak kisah dengan imej kerana begitu menyukai muzik yang dihasilkan," ujarnya.

Tiada ulasan: